Sunday, August 7, 2011

Tinted : Babak Kelapan


Babak Kelapan
               

            Edmund melangkah turun dari Mercedes F400 nya menuju ke bangunan Telco And Post. Dia melewati deretan bangunan itu dan berhenti di hujung sekali. Memerhati retak-retak dinding yang mula jelas. ‘Dah uzur dah...’ Hatinya berdetak sendiri. Dia menoleh ke atas memerhati kalau-kalau ada retakan yang berlaku di bahagian atas pula. Memang nampak sangat. Bahaya betul, bila-bila masa aje boleh runtuh bangunan ni kalau macam ni la struktur dia sekarang.
                Segalanya diamati dengan teliti, Apple ditarik keluar dari poket seluar. Mengambil gambar mana yang patut untuk dibuat pembaharuan nanti. Untuk dibega nanti. Tiba-tiba bahunya berlanggar seseorang. Seseorang yang baru sahaja turun dari tingkat atas bangunan itu. Hampir tergelincir Apple itu dari tangannya.
“Ho, nasib baik!” Apple berwarna hijau terang itu dipegang kemas. Mahal ni!
“Sorry... sorry...” Tertunduk-tunduk gadis itu meminta maaf.
“Tak apa, tak apa...” Dia mula meneruskan kerjanya. Gadis itu langsung tak diendahkan.
Gadis itu pun malas la nak memanjangkan cerita, dia mula melangkah ke tempat yang dituju. Ada hal lagi penting nak dibuat.

                Bunyi bising yang datang dari Mercedes F400 nya menghentikan kerjanya. Dia menoleh. ‘Ya Allah~’ Tangan kanan memegang kepala. Perempuan ni la~. Pantas dia mengatur langkah ke sana. Selamat sahaja belakang Mercedes F400 nya mencium belakang Viva berwarna putih yang telah didekorasi mengikut citarasa pemiliknya.
“Encik, saya minta maaf... saya tak sengaja saya nak cepat. Saya minta maaf sangat.” Merayu-rayu gadis itu meminta maaf. Bertambah-tambah lagi rayuannya bila melihat muka Edmund yang tidak beremosi.
“It’s okay...” Edmund mendekatkan dirinya kepada Mercedes F400. ‘Calar la...adoi~’
“Encik nak minta ganti rugi ke? Saya tak mampu nak bayar... saya tengah kering ni encik. Tolong la maafkan saya. Saya tak sengaja. Encik suruhlah saya buat apa pun, saya sanggup... tapi saya memang tak ada duit nak bayar...” Gadis itu bersuara lagi.Jujur. Muka dia nampak tegang sungguh.
“Tak apa, tak apa... betul. Saya handle sendiri. Jangan risau.” Tak sampai hati la pula.
“Betul ke ni encik? Saya minta maaf encik. Saya tak sengaja saya nak cepat ni. Er, saya pergi dulu encik... terima kasih banyak-banyak...” Cepat-cepat gadis itu berlalu. Takut Edmund bertukar fikiran pula nanti.
“Menggelabah betul” Rasa nak tergelak si Edmund melihat sikap gadis itu. Macam Jenn. Menggelabah.

Saturday, July 30, 2011

Happy Birthday, Mama~

Post ini khas di dedikasikan buat Pn. Sarimah Bt Shamsuddin. Wanita yang paling aku sayang dalam hidup aku walaupun aku jarang tunjuk pada Mama yang aku memang terlalu sayangkan dia. Terlalu, ya~.

Esok, hari jadi Mama. Aku tak tahu nak bagi Mama hadiah apa. Maybe la aku nak kasi Mama kain yang Mama teringin sesangat nak tu... atau aku belikan Mama tudung aje memandangkdan duit dalam poket aku pun tinggal RM25 aje...

Tapi tadi Mama terjatuh kat tem[at kerja dia, pinggang dengan lutut dia terhentak. Semua salah manusia yang tak guna tu. Dah berapa kali cakap suruh tukar paip air tu sebab dia bocor, tapi dia tak tukar-tukar juga. Orang tu memang nak kena dengan aku. Tadi Mama cakap sesuatu yang aku sangat takut akan berlaku. Terlalu takut. I won't mention it 'ere but I hope that you'll understand.

Aku tak boleh hadapi tu semua, sungguh dalam keadaan aku nak SPM ni, dalam keadaan ayah selalu back-up along ni... dalam keadaan aku selalu tension-tension ni... aku tak boleh hadapi benda-benda kebarangkalian tu semua lagi.

Harapan aku, aku harap mama dapat tengok aku pakai jubah konvo tu, dapat tengok aku pegang ijazah Bachelor of Aircraft Maintenance Technology tu, dapat rasa gaji pertama aku, dapat uruskan perkahwinan aku, all that sampai satu tahap aku rasa biarlah aku yang 'pergi' dulu. Entah... mungkin aku terlalu takut. Tapi aku memang takut.

Bukan niat aku nak pancing readers ke apa, tak... ini rasa hati... aku takut, aku tak nak benda-benda buruk tu berlaku. Aku tahu Allah tu lebih mengetahui... tapi aku pun tahu Allah pun sayang aku dan faham aku... Semoga Allah kabulkan permintaan aku. Insya-Allah.

Untuk Mama~
*Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
*Happy-happy selalu
*Awet muda selalu
*Sayang mama forever after.
*May all your wishes comes true , Insya-Allah.
*May Allah bless you in all way.

Nota kaki: Damn! it's hurt~

Wednesday, June 29, 2011

1 + 1 tak semestinya =2.

Bismillah~.

Hari ini nak bercerita tentang prinsip manusia. Well, bukan la prinsip sangat pun, just pendirian seseorang terhadap sesuatu. Saje nak story sebab ada segelintir masyarakat tu hidupnya macam lalang. Bila angin tiup ke kiri, dia pun tertelentok ke kiri, bila angin ke kanan, dia pun lentok ke kanan. Nampak sangat tak ada pendirian. Bukan nak kata sesiapa, cuma nak mengingatkan, kita hidup ni biarlah ada attitude sendiri. Ada jati diri. Tak payah la nak ikut orang walaupun orang tu berpengaruh besar ke popular ke. Yang penting kita tetapkan pendirian kita.


Ada seorang kawan tu, N bukan nama sebenar. Asyik nak jadi mak turut je. Yang si member lagi satu, J pun bukan nama sebenar mula la mempergunakan orang macam si N. Bukan la nak mengutuk mana-mana pihak. Cuma kadang-kadang tu kesian tengok si N asyik nak kena angguk bila Si J kata benda tu betul dan geleng bila J kata benda tu salah. Bila tanya apa reason, dia tak tahu. Bijak tak bijak orang macam tu? Yang aku tak faham kenapa ada orang yang macam ni yang sanggup diperbodohkan dikurang pandaikan oleh orang macam J? Kenapa dia tak nak sedar yang dia tu sedang dipergunakan walaupun ramai dah yang bagi tahu benda ni? Apa motif dia dan apa yang dia dapat? Musykil la der...



Memanglah tak dinafikan si J tu memang famous,popular la konon. Tapi agak-agak la. Yang si N ni pula sebenarnya dah banyak sangat terkena dengan si J tapi langsung tak nak ambil berat fasal benda-benda ni. Bukan nak memburukkan J tapi, kena sedarlah wei... Janganlah nampak sangat kau tu senang nak digunakan.

Aku story benda ni pun sebab aku ada pengalaman sendiri. bila kau orang baca ni, anggap je sebagai satu pengajaran. Well, aku rasa aku dah kenal sangat dengan si J. Dan sekarang memang rasa menyesal geez berkawan baik dengan dia dulu, walhal aku dah tahu pun budak tu memang tak suka aku. Tapi sebab, dia buat-buat baik dengan aku, aku pun terpedaya ingatkan dia memang macam bagus. Rupanya ada udang di sebalik batu.

Benda ni berlaku dah lama dah, time tu kita orang ada program sivik kat sekolah.... Kena melakonkan satu cerita rakyat. Kita orang ambil verse part satu story ni, tapi kita orang tak dapat nak buat lakonan tu pada hari yang ditetapkan. Sebab masing-masing malas nak buat latihan la bagai. Memang tak aku tak salahkan sesiapa dekat sini. Aku pun bersalah sebab tak ajak buat kebaikan, eceh... kebaikan la sangat. Tapi benda yang menaikkan kemarahan aku ialah, bila kita orang kena panggil dengan cikgu tersebut untuk disoal siasat ditanya kenapa kita orang tak boleh buat.

Well, selama ni, si J yang bagi arahan "kita tak payah la buat sketsa tu... aku malas la..." Dan bila ada budak lain ajak dia akan kata. "Ala, kau nak buat, buat la sorang-sorang, aku tak ada masa nak datang tahu tak?" Alasan dia... buat orang sakit hati je. Tapi kita orang memang ikut je la cakap dia ni sebab ye la dia kan macam "ketua". Lagi pun dia yang konon lead group kita orang time tu.

Berbalik pada saat disoal siasat tu, cikgu nak jumpa ketua bersendirian lepas ni. Private and confidential la konon. Boleh pula si J tu menyorok-nyorok belakang adalah seorang ahli lagi ni. Budget dia tak nak bertanggungjawab sebab takut kena ganyang dengan cikgu tu. Dan dia tunjuk-tunjuk aku. Aku dengan terkejut bataxnya... cakap. "Eh, bukan kau ke?" Dia boleh kata. "Engkau la... engkau yang selalu bagi arahan sangat kan?" Uuh~ pedih mak oi... rasa nak sula tembak je si J ni...

Memang aku bersabar tahap tak hingat la time ni kan... tak apa-tak apa... aku terus cakap kat cikgu time tu... "Tak apa cikgu, kita orang akan settlekan lakonan kita orang, dan Isnin minggu depan kita orang present." Dengan condifentnya aku berkata, padahal hari tu adalah Khamis... Sabtu Ahad memang tak jumpa yang lain la... Nasib la...

Balik je kelas time tu aku cakap kat si J, " Esok kita berlatuh, no excuses... lantak kau orang la nak buat macam mana, kita akan present juga Isnin ni..." Dan si J buat muka dengan aku. "Apahal? Cakap je la kita tak boleh buat."  "kau nak cakap sangat pergi la... Aku kan ketua suka hati aku la nak rule macam mana. Kalau kau tak nak terlibat tak payah datang. Tapi markah kau kosong la..." Slumber weyh aku cakap macam tu. Ni baru buku bertemu rak bukunya. Biar kena sikit batang hidung penyek si J. Biar dia tahu langit tu tinggi ke sejengkal dari tanah!

So, dengan tidak bersungguhnya, dia datang practice, tapi banyak rehat je.. penat la panas la... Aku paksa juga. Kata group famouse weyh,.. kena lah show off! Ini harap muka je hensem, tapi perangai macam cipan tak guna juga!

Peristiwa kedua yang betul buat aku menyesal sebab masih bekawan rapat dengan dia dulu ialah dia sisihkan aku tanpa reason. Serious wei.. aku macam layang-layang putus tali... aku dah la tak tahu menahu apa reason dia buat macam tu lagi dia tarik member-member aku jangan kawan dengan aku. Spastiknya la budak tu. Pastu dengan rendah hatinya aku call dia... cakap aku minta maaf kalau aku buat salah. Semua tu la... dia boleh story kat satu kelas, dia cakap aku macam g*y, minta maaf la bagaikan... Lepas tu member-member aku yang lain boikot aku, pulaukan aku sebab dia. Tapi alhamdulillah, seorang musuh aku dulu, kutip aku baby, jadi kawan aku... betapanya la... terharu gila do... Tapi aku tak puas hati juga, aku tetap nak tahu reason dia benci aku. Aku pun curi dengar la perbualan member-member aku dulu tu... Salah seorang nampak aku tengah mencuri dengar. Dia cakap kuat-kuat satu kelas. "Nak minta maaf time raya la, g*y." Kurang kering betul budak tu.

Lastnya kau tahu aku buat apa? Aku tarik satu member aku, si N tu la... muka dia takut gila. Nak folo sangatkan si J tu. Aku tanya dia, apa masalh dia orang semua sebenarnya? Kau tahu apa reason j benci aku? Sebab aku lagi tinggi daripada dia, tinggi aku time tu 154, dan dia 148cm.... dia pulaukan aku sebab tu... Bangang tak bangang? Aku pelik betul ada juga orang macam tu bila otak tengah membesar ni. Childish!

Dan si J mula berbaik dengan aku bila cikgu umumkan peperiksaan PPT nak mula beberapa bulan lagi. Heh, macam biasalah aku kan "kuli" dia... Memang aku mengaku, dia pernah tukar paper dengan aku, Math... suruh aku buatkan paper dia yang almost kosong tak bertulis. Tapi not this time la weyh... aku menyesal kot.

Tapi sekarang aku dah maafkan dia, cuma some things cannot be forget, like friendshhip, like vices, like virtues. Never, I forgive but I didn't forget. Sebab aku tak nak kena lagi. dan atas sebab tu, aku macam trauma sikit la nak mulakan persahabatan dengan mana-mana pihak pun. Sorrylah kalau nampak aku sombong, aku memang macam tu... sekarang.

Tu je la story aku, tapi aku rasa macam lari je dengan riview tajuk aku... tak apalah yang penting kat sini aku nak kau orang semua berani, jangan nak jadi mak turut macam N. Dia dah kena macam aku kena seh... tapi yang menconfiuskan aku adalah dia masih nak berkawan rapat dengan si J. Yeah, mungkin la... friendship will last right? Tapi kena ingat satu benda la... 

 

 

Nota kaki : 1-Experiences talk louder than me. Never assume, experience it yourself. Never afraid, be brave!
2- Teori Mathematics modern. 1+1 = 10... ni namanya formula of base... Study hardla... Salam~

Sunday, June 26, 2011

Cinta : Antara Nafsu Dan Fitrah

Bismillah~.

Hari ini nak bercerita tentang alam percintaan. Setiap orang ada pendapat yang berbeza fasal percintaan ni. Ada yang kata kalau tak bercinta masa muda adalah satu kerugian. Ye ke? Mungkin orang yang bercinta tu tak dapat rasa bahagianya bercinta tapi adakah orang yang bercinta tu dapat rasa bahagianya seseorang itu bila dia tidak bercinta. semua orang ada persepektif yang berbeza yang kalau dihujahkan mana lebih baik bercinta atau tidak, mesti tak jumpa jalan keluar. Sebab bahagia tu dia orang sendiri yang rasa.

Apa yang aku nak ketengahkan kat sini, hari ini adalah tentang manusia sekarang yang kalau bercinta macam terover la pula. Nak juga berpimpin tangan la bagai kalau bercinta tu. Nak la juga berpeluk sakan kalau bercinta tu.  Bercinta tu bukan tiket untuk usung anak dara/teruna orang ke hulu-hilir la wei. Bukan pas untuk kau sentuh mentuh tacing la bagai. Benda tu yang lead kepada perbuatan zina yang dah jatuh hukum haram kat situ. Kalau zina hati je dah berdosa inikan pula zina yang sudah terang lagikan bertorchlight macam tu.



Manusia tu memang la dilahirkan dengan perasaan ingin sayang disayangi, tapi tunggu masa yang sesuai la baby. Tak kan la sebelum kahwin dah free je bagi pegang-pegang, kena tinggal karang rugi je. Kalau bab macam ni, ni namanya nafsu. Kalau bercinta cara matang itu nama dia fitrah. Jatuhnya haram bercinta ni sebab benda pegang-pegang tu la, kalau kau orang buat lepak sampai tak ada orang sedar pun kau orang bercinta tu nama dia matang. Tu nama dia cinta yang berjaya.


Lagi satu, orang kata cinta tu mematangkan kita. Tapi bagi pendapat aku la, cinta tu sendiri dah perlukan kematangan kalau tak mesti asyik gaduh semedang sampai orang tengok pun boring. Kalau banyak kali gaduh pun hilang la manis bercinta tu. Cuba try jadi rasional, Insya-Allah, orang tengok pun layan~.

Dah tu je la cerita hari ni. Semoga kau orang dapat apa yang aku cuba nak sampaikan. Aku pun tak sempurna, kita sama-sama belajar. Yang penting professional masa bercinta. Jujur. Sebab percintaan ni sebenarnya perlukan satu commitment yang tinggi. Fikir la banyak kali sebelum becinta sebab bercinta ni sepanjang hayat sebenarnya. Cari orang yang kita boleh jadikan macam kawan. Yang boleh terima kita seadanya. Dan lagi best kalau dapat bercinta dengan orang yang betul-betul sayangkan kita.Yang boleh bimbing kita ke jalan yang lebih baik daripada apa adanya kita, bukan ubah kita cuma bawa kita.

Nota kaki : Purata hidup manusia adalah 80 tahun. Lebih kurang umur kau 24, kau dah boleh cari pasangan yang sejati. cari pasangan yang kau boleh hidup , menghadap muka dia hari-hari selama kurang lebih 56 tahun. Ada beran?

Tuesday, June 21, 2011

Babak Ketujuh

Babak Ketujuh.

Salji yang masih meliputi bumi German masih galak turun. Ais-ais halus tu kelihatan seperti kapas sahaj galaknya. Juann merapatkan sweater ke tubuh. Sejuk si~. Asyraff di sebelah sudah mula menggosok tangan.

“Tempat orientasi dia jauh gila!” Asyraff bersuara dalam kesejukan.

“Aku macam nak tergolek dah jalan atas salji ni.” Juann mengadu seperti selalunya.

“Shortcut punya fasal.”

“Kau la bangun lambat. Aku pula nak kena tunggu.”

“Sorry la, malam tadi aku sibuk melayan mamat Perancis yang duduk sebelah katil aku tu. Aku tak faham do dia cakap apa. Aku nak tidur, lagi galak dia bercerita. Aku angguk-angguk je la.”

“Dia cakap English je...”

“France dia pekat la, tak faham.”

Juann tergelak kecil. Asyraff memang kalau dah malas melayan tu. Memang ada sahaja alasannya.

Suasana di dalam dewan itu agak hingar dengan pelbagai suara dan bahasa. ‘Macam tak ada Malay lain je...’ Hati kecil Juann berdetik. Mata melirik ke kiri kanan. Hampa. Tiada.

“Cap, kau rasa ada Malay lain tak?” Soalan itu terkeluar juga.

“Ada la, takkan tak ada. Banyak lagi coarse, tak kan tak ada Malay. Melampau la tu...” Asyraff mula menyedapkan hati. Sedangkan dalam hati dia juga timbul persoalan sebegitu. Semalam, sewaktu dia dapat watikah perutusan tempat yang bakal dia orang tidur untuk sementara waktu tu , memang tak nampak mana-mana Malaysians. Sama ada dewan tempat dia orang tidur tu terlalu besar atau memang tiada. Entah~. Timbul keraguan di situ.

Satu suara menjengah eardrum. Suara emcee yang bertugas itu menarik perhatian. Berbahasa Inggeris pastinya. Semua pelajar diminta duduk dan sesi orientasi pun bermula. Pembahagian kumpulan berlaku. Pembahagian kumpulan dalam ratio yang besar juga. Dan dia tersesat sendiri. 7 orang satu kumpulan dan cuma dia seorang Malaysian. Senyum dihadiahkan.

Sesi suai kenal bermula sesama ahli kumpulan.

“Hi, the name is Qwen.I’m from Malaysia.” Juann mula bicara.

“Ich bien Alonzo. Ich bien Germany” Alonzo memperkenalkan diri dengan bahasa ibundanya.

“I’m Yuki. I’m from Japan.” Fasih amoi Jepun ini berbahasa Inggeris. Langsung tiada slanganya.

“Amanda from USA” Manis Amanda bicara. Tengok sekali sahaja sudah tahu dia ini lembut orangnya.

“I’m Raaj. I’m from Bombay.” Tetapi lelaki ini langsung tiada rupa Indian. Sejujurnya. Campuran mungkin.

“Delvin ‘ere. France.” Simple.

“Armstrong. California.” Akhirnya lelaki selekeh ini bicara juga. Selamba je dia datang pakai tee dan jeans. Muka memang serabut kusut habis. Macam baru bangun tidur. Tetapi di balik rambut blonde yang menutupi sebahagian wajahnya itu dia nampak kacak juga.

Suara emcee pecah lagi. Kali ini kumpulan-kumpulan tadi disatukan dalam satu band. Bukan band muzik itu tetapi band orientasi. Satu band 5 kumpulan. Pincang! Juann dan Asyraff berbeza band. ‘Dah la tak ada kawan. Susah la baby...’

Ya, memang sangat susah. Lagi-lagi bila band-band ini bakal dipecah-pecahkan tempat. 5 band pertama di Blok Dumont. 5 band kedua di blok Wright. 5 band ketiga di blok Cayley. Dan seterusnya. Dan Juann di blok Coanda~.

Langkah di atur perlahan meniti jejak mereka yang lain. Dalam 1200 pelajar A-Level yang mengambil prep language di sini hanya 140 sahaja yang mendapat coarse Aircraft. Dan apa yang dia duga cuma dia dan Asyraff sahaja Malay di sini. Sungguh tak percaya!

Dewan besar di blok Coanda~ mula dipenuhi manusia dari pelbagai ceruk bumi. Dan kumpulan dia ditempatkan di kedudukan depan sekali. Duduk dalam kumpulan tu menyeksakan jiwa dan raga betul. Nak berbual tak tahu nak cakap apa. Dengan muka-muka asing tu. Dia juga bukanlah jenis yang senang rapat dengan orang. Makan masa juga ni.

Babak Keenam

Babak Keenam.

Beryll kini mula sibuk dengan pekerjaannya sebaggai seorang jurutera. Kilang Proton yang menggajinya kini banyak pula mengeluarkan kenderaan terbaru. Thanks to Beryll yang banyak mengetengahkan idea luar kotaknya. Yang banyak mengaplikasikan kreativiti otak kanannya dalam setiap lakaran.

“Bos, meeting pulul 2.30 nanti di Tropicana Golf Club. Jangan lupa ye.” Rina, personal assistantnya mengingatkan akan jadual kerjanya hari ini.

“2.30...” Jam di tangan kanan dilirik. ‘Dah lunch hour... patutlah...’ Dia segera mengambil beberapa gulung paper plan dan fail proposal. Terus dia turun mendapatkan BMW 7th seriesnya. ‘Jenn mesti dah balik.’ Mengambil Jenn dari sekolah kini memang tugasnya. Kalau dulu Jenn dan Juann memang selalu balik jalan kaki sama-sama. Tapi, dah tak ada Juann ni... risau pula biar dia jalan seorang diri.

SMK Cyberjaya sudah mula dibanjiri manusia. Kelibat Jenn dicari di celah-celah pelajar yang mengerumuni bus stop. Tiada. Belum keluar mungkin.

“Mak oi... 7th series kot...” AV bicara. Lebih kepada kagum sebenarnya. “Siapa la tu... mantap gila!” Ash pula menyampuk. Jenn mula memotong mereka. Menonong sahaja ke hadapan tanpa melihat kiri kanan. Terus dia meloloskan diri ke dalam BMW berwarna hitam itu.

“Dia kah?” “Setahu aku dia balik jalan kaki je dengan Qwen dulu...”

“Rajin kau ambil aku hari ni?”

“Aku ada meeting kat Tropicana Golf Club nanti...”

“Oh...”

“Mama tak ada kat rumah...”

“Mana kau tahu?”

“Aku call mama tadi, mama pergi lunch dengan papa...”

“So, kau nak bawa aku pergi makan la ni?”

“Kau nak makan apa?”

“Apa-apa juga boleh... Eh,tapi kita kena cepat. Aku kena pergi sekolah balik.”

“Ada apa hal?”
“Aku latihan balapan la hari ni...”

“Kau ganti tempat Qwen pula?”

“Tu la pasal... adoi la. Cikgu ingat aku kuat lari macam Qwen kot.”

Beryll tergelak kecil. “Boleh je... kau pun kuat lari juga.”

“Aku tak kuat macam Qwen...”

“Qwen dah habis sekolah la...”

“Tahu...”

“Kau nak makan kat mana ni?”

“Pergi tempat kau selalu pergi dengan Qwen dulu...”

“Aiyai ma’am...”

Edmund mendatangi adik beradiknya yang sedang best je bersantap di Blue And Bright. Terkejut beruk dia bila melihat BMW Beryll ada di situ. Apa lagi, join sekaki la...

“Mama tak ada kat rumah?” Tempat di ambil di sebelah Beryll yang juga sedang menikmati Sizzling Mee.

“dating...” Selamba Jenn menuturkan.

Edmund tersengih. Dipandang dua orang adik-adiknya. Kurang seorang. Kalau dulu melepak biasa memang berempat. Lepas Beryll pergi, bertiga. Dan hari ni bertiga lagi. Juann tak ada.

“Bila nak summer ni?” Tiba-tiba ayat tu terpacul keluar dari bibir nipisnya.

Jenn yang tengah sedap melantak Nasi Ayam terhenti suapannya.

Beryll yang tengah minum Fresh Orange tersedak langsung.

“Sorry.” Sepatah Edmund menuturkan.

“Baru 2 minggu dia blah wey, sekarang siapa yang hardcore?” Beryll bersuara sarkastik.

“Sengal!”

Jenn tertawa melihat kerenah dua orang abangnya.

“Kau dari mana sebenarnya?” Beryll menyoal Edmund selepas makanannya dihidangkan. Mee Ladna tu nampak sedap je berasap-asap macam tu.

“Aku meeting kat Telco And Post tadi.”

“Nak buka cawangan baru la tu eh?”

“Renovate je...”

“Aster apa khabar?”

“Sihat je aku tengok.”

“Lama tak lepak dengan dia.”

“Dia tak ada Qwen mana nak lepak dengan kita.”

“gedik gila la mamat tu. Memang aku tak bagi la dia rapat dengan Qwen. Tak kuasa aku.” Beryll, memang tak suka Aster tu rapat dengan Qwen. Tak sanggup rasanya nak terima bakal adik ipar sebaya dengan Edmund.

“Dia gilakan Qwen gila-gila la. Aku jijik do dengan dia.” Jenn tergelak menyambut kata-kata Beryll.

“Kau ingat tak masa dia bagi hadiah Valentine tu? Dia ingat kita sambut macam dia la?”

“Muka Qwen la tak boleh blah.”

“Apa benda ni?” Edmund mengulang tayang reaksi Juann sewaktu menerima chocolate candy daripada Aster. Terbahak-bahak Beryll dan Jenn ketawa. Nasib sahaja mereka duduk di tempat yang agak terlindung, jadi tak ada masalah kalau nak gelak kuat mana pun.

“Totally innocent...” Beryll masih dengan sisa tawanya.

“Selamba je dia cakap, aku tak makan coklat candy la...padahal kat dalam beg plastic 7E tu stok chocolate dia.” Jenn menyambung. Makin galak mereka ketawa.

“kesian gila aku dengan Aster tu...” Beryll bicara. Jam di tangan kanan di pandang sekilas. 2.15.

“Hallamak! Aku nak kena blah ni. Adoi... weh kau hantar Pai’e balik eh... Aku blah dulu. Bai, Assalamualaikum.” Segera Beryll medapatkan BMW nya. Tujuannya kni satu, stesen Petronas, solat zohor dulu baru pergi meeting. ‘Sorry la Pai’e’

Edmund masih dengan sisa ketawanya. “Selambanya dia blah...” Jenn bicara. “Dia nak cepat tu.” Edmund menjawab masih bersantap Mee Ladnanya yang masih belum habis dari tadi. Sakan bergelak ketawa sampai lupa fasal Mee Ladna.

Babak Kelima

Babak Kelima.

Rumah ala-ala chateu di Cyberjaya tu kini sunyi sahaja. Masing-masing masih terkesan dengan pemergian Juann. Jenn duduk di sofa, memandang televisyen yang mati tidak terbuka. Edmund di sebelahnya juga begitu. Langsung tiada mood nak menonton ke apa sekarang ni. Beryll, awal-awal sudah naik ke bilik, masih melayan perasaan. Beryll, si emo yang selalu control macho. Teringat kata-kata Juann waktu Edmund mahu bertolak ke Sydney dulu.

“Kau ni nangis-nangis, buruk a...” Edmund yang sudah sedia dengan bagasi di sisinya memandang adik lelakinya yang seorang tu. Sudah tak tahu macam mana nak pujuk.

“Biar a... aku sedih je...” Beryll masih cuba mempertahankan diri.

“Emo la kau!” Edmund.

Tiba-tiba Juann tergelak kecil. “Ni bukan emo, ni hardcore dah...”

‘Heh,Qwen...’ Foto dia bersama Juann dipandang. Dah terasa rindu padahal Juann baru pergi 3 jam lepas. Memang, memang dia hardcore, memang dia emo. Dia tak kisah pun adik-beradik dia nak label apa pada dia. Tapi, perasaan kekeluargaan dia memang kuat. Dia tak boleh nak tolak tu.

“Ed... nanti kalau aku pergi Ireland kan, Beryll macam tu tak agaknya?” Jenn, entah kenapa menyoal begitu. Edmund diam. Tidak menjawab. Jenn menala pandang pada lelaki berkening tebal itu.

“Ye la kot. Dia kan hardcore... Kau nak pergi Ireland?”

“Tengokla kalau ada rezeki.”

“Study hard la baby...” Edmund. Heh, gaya bahasa Qwen yang memang dia tak boleh lupa. Entah mana datang ‘baby’ di setiap hujung perkataannya pun dia tak tahu. Yang pasti, dia dah mula terikut-ikut dengan gaya tu.

“Kau tiru ayat Qwen...”

“Aku kan abang dia...” Edmund segera bangkit meninggalkan Jenn bersendirian di ruang tamu. Ada perkara yang dia perlu selesaikan. Ada paper plan yang nak kena siapkan sebelum deadline dia minggu depan.

Jenn bangkit menuju ke bilik Beryll. Pintu berwarna hijau itu diketuk. “Masuk...” Perlahan suara Beryll bicara. Daun pintu ditolak, kelibat Beryll bersantai di atas katil dipandang.

“Kau nangis lagi ke?” Berhati-hati Jenn menyoal. Comel betul gaya dia.

Beryll tersengih. “Tak adalah. Kenapa?”

Jenn melangkah masuk. “Tak ada, aku risau je kau nangis.”

“Tak adalah, aku okay.” Jenn ditarik naik ke atas katil. Bersantai di sebelahnya.

“Beryll...”

“Hmm...”

“Aku rindu Qwen...” Perlahan suara itu dituturkan. Merembes juga air matanya yang cuba ditahan semasa Juann melangkah ke balai pelepasan.

Beryll menarik Jenn dalam pelukan. “Aku pun rindu dia.”

Hubungan kekeluargaan yang rapat adalam keluarga Encik Hisyam, memang tiada siapa boleh sangkal benda satu tu. Bila seorang pergi, memang terasa. Lagi-lagi dengan attitude yang pelbagai dari setiap individu anak-anak Encik Hisyam ni.

Edmund, hidup gaya selamba yang memang enjoy hidup bujang dia. Yang memang enjoy hidup tiada girlfriend dia. Yang hidup dengan berlandaskan paper plan dan tools melukis dia. Yang memang enjoy aktiviti bersama adik-beradik dia. Itu Edmund.

Beryll, anak kedua yang tidak dapat dinafikan lagi mempunyai perasaan kekeluargaan yang kuat. Yang emosi bila adik-beradik dia jauh dari pandangan. Yang betul-betul enjoy bila family dia berkumpul buat aktiviti. Yang sentiasa punya idea luar kotak untuk buat aktiviti yang bagi kesan. Macam Bungee Jumping yang dia cadangkan dulu. Siapa tak takut nak buat extreme game tu? Tapi, bila ramai-ramai buat aktiviti... memang masyuk~. Itu Beryll.

Juann, anak ketiga merangkap anak perempuan sulung yang selamba sepanjang masa. Yang tak pernah kisah dengan lifestyle remaja havoc dan popular. Yang menjadi ‘hot stuff’ dengan cara dia sendiri. Yang punya otak genius dan tidak perlu dipertikaikan kepandaian dia. Yang pandai sesuaikan diri dalam setiap keadaan. Yang pantang menyerah. Ada strong willing power yang memang orang lain boleh solute pada dia. Itu Qwen.

Jenn, anak bongsu yang tak macam anak bongsu langsung. Yang indipendent walaupun kakak dan abang-abang dia ada je kat rumah. Yang matang dalam pemikiran dia. Yang mempunyai azam kuat untuk lebih berjaya daripada abang-abang dan kakak dia. Yang selalu menanam hasrat untuk ikut jejak langkah mereka untuk belajar di luar negara. Itu Pai’e.

Memang kalau buat penilaian sikap dan sahsiah, mereka semua ada graph attitude yang berbeza. Tetapi semua itu yang melengkapkan diri mereka tu sendiri. Mereka bukan sempurna, tapi hidup mesti enjoy beb. Live with you fullest. Baru hidup tu terasa hidup. Tapi enjoy jangan melampau, enjoy dalam konteks Islam tu sendiri. Itu yang papa selalu pesan. Dan itu yang dipraktis oleh anak-anak dia sampai sekarang.

“Beryll, boleh tak aku cuti bulan tiga nanti kita pergi German?”Jenn si adik tiba-tiba menyoal. Beryll yang masih hanyut dengan perasaan tersentak. “Kau nak melawat Qwen ke?”

“Aku kumpul duit sendiri. Aku support diri aku sendiri. Boleh ye Beryll...” Jenn menjawab. Memang terasa sangat kakak dia tak ada. Memang dia dan Juann rapat.

“Boleh je kalau kau nak...” Excited.

“Yes! Aku cuti seminggu, kita kat sana seminggu okay?”

“Okay~” Yakin Beryll menjawab.