Thursday, January 20, 2011

Kolako Habio Bonar Nih!!

Serius. Hari ni kan cuti. So aku dengan family pakat kemas rumah la. Lastnya aku terjumpa buku lama yang aku tulis sebuah cerita-tah-apa-apa-di-dalamnya. Yang mana melihatkan kolabrasi antara aku dengan along yang tak berapa nak menjadi since umur aku waktu tu kurang lebih dalam area sekitar 13 tahun. Haha. Memang tersangatlah jijik ceritanya. Harap je genre seram konon aku baca balik komedi ada. Haha.

Tajuknya Villa, yang tak tahannya dia punya quote. Muncul selepas 12 malam. Hilang selepas 9 pagi. Memang bapak tak logik a cerita tu. Boleh pulak budak umur macam aku ni mak bapak lepaskan pergi Itali Colleseum nun. Memang tak a. Pastu melepak dengan member lelaki. Tak senonoh betul la. Paling tak logik ada kes murder-murder tu. Haha.

Aku ni la, bila baca balik cerita aku yang aku tulis lama-lama tu memang kelakar. Ada juga aku jumpa diari aku yang sarat dengan cerita merapu-merepek tak cukup bahasa tu. Ada Third Watch. Ada Seputih Kasih Merpati. Ada Kembali Pulang. Ada Bila April. Gurls Band. Ada Step Up Friends. Aku tak tahan je baca cerita-cerita tu. Kalau kau orang baca pun mesti kutuk kaw-kaw punya la tak pun terbahak-bahak ketawa guling-guling. Ha yang tu memang nak kena sepak namanya. Haha. Eh, apasal aku gelak? Abaikan...

Aku tak dapat nak terima hakikat bila baca balik cerita-cerita aku yang tulisannya dah lah huduh-huduh belaka. Pastu gaya penulisan yang tak boleh terima dek akal fikiran. Tapi that a sense of humuor la. Insaf la aku. Belajar juga gaya penulisan dulu dengan sekarang memang jauh beza. Tulisan pun dah lain gila.(Dengan harapan ada orang kata hand writing aku cantik sekarang. Haha)

Villa tu eksyelly menceritakan pasal beberapa orang remaja yang mana dia orang pergi bercuti kat Itali. Dan since dia orang pergi Collesium tu la banyak perkara ngeri terjadi. Tapi aku tak nak la cerita panjang-panjang nanti kau orang gelak kaw-kaw punya. Tak mau la... Biar aku je yang tahu. Haha.

Tambah ketak tahanannya lagi bila buku tu siap ada 2 volume lagi. Tapi tak habis-habis juga. Kelakar betul la.Aha, aku jumpa lagi buku-buku lama aku. Well ada juga cerita yang macam menarik. Antaranya :

-Vices And Virtues
-First Sight
-Whisperers Of The Supernatural ft. Dealova_Aurome (member aku)
-The Prince And Princes Of Academy
-The Various Of Devil Couples
-A Wedding In Contract
-Nightmare Before Halloween
-The Prince And The Pauper
-The Saviour Of The Broken
-TWOTHS Academy (The Warriors Of The High Sky) ft. Aiman Izz (Member aku)
-Love Story

Dan adalah beberap cerita-cerita lain. Serius aku baca balik. Wow. Pada usia aku 12 tahun aku dah tulis cerita banyak macam ni. It's something proud. Eh ye ke ayat aku ni? Apa-apalah.
Nantilah kalau aku ada kesempatan aku tulis balik cerita-cerita tu dalam komputer pastu aku publish kat sini. Tengoklah habis SPM nanti ke. Haha..