Sunday, April 24, 2011

Best Friend Forever~

Chapter 2:-

Yes, dan pertemuan hari tu lah yang membawa Irsyad untuk berjumpa Nuzfa hari-hari. Till one day, mak Irsyad tu, mula masuk jarum.

“Hari-hari jumpa Nuzfa, ada apa-apa ke?”

Risau juga anak teruna dia jumpa anak dara orang tiap-tap hari. Gila kau…

“Mana ada apa. Kita orang kawan je. Lama tak jumpa sebab tu la nak …”

“Lepas rindu?”

“Ya, huh?!”

Kunci kereta kat tangan yang dilambung-lambung tadi digenggam terus. Ada ke?

“Ajak je la dia kahwin , Chad”

Muka kelam.

“Chop,chop,chop. Apa ni, ma? Kita orang kawan je la. Tak lebih daripada tu pun.”

“Kalau dah jumpa hari-hari tak macam bercinta namanya tu? Kawan mama ada terserempak dengan kamu dan Nuzfa. Dia kata bakal menantu mama lawa. Mama ingat siapa. Nuzfa rupanya.”

Irsyad garu kepala. Dah melalut la ni. Malas nak layan macam ni.

“Ma, Chad pergi dulu la, nanti dia tunggu lama pula kat kedai mamak tu.”

“Dating kat kedai mamak?” Pn.Norita terjerit sedikit.

“Bukan dating la, jumpa je…”

“Macam-macam la kamu ni Chad.” .

Mama yang macam-macam…Irsyad monolog. Perbualan dia dengan mak dia hari tu membuatkan dia berfikir. Berfikir pasal idea mak dia yang tak masuk dek akal tapi macam nak masuk je dah kat akal dia tu. Pergh, aku ni la… Kahwin?? Kedai makan Selera 7 yang bising tu langsung tak menggangu konsentrasi dia berfikir fasal benda yang satu ni. Sampai Nuzfa sampai pun dia tak sedar.

“Chad..”

Nak ke Nuzfa kahwin dengan aku? Shesh apa aku pikir ni? Tapi…

“Chad…”

Nuzfa dah berbulu je panggil mamat tu. ‘Jom kita…’ Irsyad monolog lagi…

“Irsyad!”

“Jom kita kahwin?”

Dua-dua tergamam. Dua-dua terhenti.

Irsyad. ‘Ya, Allah apahal aku ni. Argh!’

Nuzfa. “Gila kau!” .

Nuzfa bangkit dari kerusi yang didudukinya tadi. Mamat ni mereng ke apa?
Tak boleh nak masuk ke kepala dia sekarang ni. Apasal mamat tu buat macam tu??? Persoalan merapu mula menerpa-nerpa masuk ke dalam kotak fikiran. Berbahas pula dengan hati.
Irsyad di hadapannya dah kelam-kabut.

“Aku terlepas cakap… aku nak…” Berhenti.

Tak tahu nak cakap apa … Nak explain pun memori kosong. Dia tak ada alasan kukuh.

******

“I’m sorry.”

Sepatah lelaki tu bicara. Pandangan tak ditala langsung ke arah gadis tu yang berdiri sebelah dia, mengahadap tasik yang tenang tu. Dia kalut, dia takut.

“Gila la kau, Chad”

Nuzfa cuba berlagak tenang tapi kat dalam hati dah menyumpah seranah lelaki tu.Dan semuanya sebab hari tu. Tarikh tu. 26 Februari. Dia balik je kerja, mak dia call, suruh balik kampung cepat. Dia ada juga bertanya. Kenapa kena balik? Mak dia tak nak menjawab. Tapi suara excited semacam. 11 malam, dia sampai kampung. Tengok hantaran meminang bersusun dari tepak sirih sampai kain lace yang mahal tu. Aik? Siapa pula yang kena pinang? Nak kata family aku yang nak pergi meminang… aku mana ada adik beradik lelaki. Nak kata ada orang masuk meminang, siapa pula? Kakak aku dah 3 tahun kahwin. Takkan… aku???
“Ma, apa ni?”

Dengan bodoh-bodohnya Nuzfa bertanya.

“Hantaran meminang.” Mama muncul dari ruang tengah.

“Siapa…” Tak habis soal lagi mama dah memotong percakapan dia.

“Irsyad masuk meminang, mama tak sangka pula.Terkejut juga. Tapi mama terima je. Kau orang pun dah lama kawan kan?”

Argh!! Mama terima??? Tidak… habislah terang, timbullah gelap. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dia terkaku kat situ. Posisi tak berubah.

“Cincin ada atas meja ruang tamu tu. Dia orang datang mengejut. Tak sempat buat apa- apa pun. Pergilah try pakai.” Erk??

“Chop!Chop! Chop! Mama, boleh ke majlis tunang berlangsung kalau perempuannya tak ada masa majlis? Bukan bakal mak mertua tu kena sarungkan cincin ke?”

“Esok mak mertua kamu datang sarungkan cincin.”

Aku ni la~ Nak menolak nanti mama cakap apa pula. Nanti pihak sana cakap apa pula. Tapi.. apsal kau! Irsyad!!!

“Aku betul-betul minta maaf.”

Kata-kata Irsyad mematikan terus lamunannya.

“Useless”

“So, apsal kau terima?” Irsyad macam nak bengang.

“Bukan aku yang terima, mak aku!”

Aura-aura pergaduhan dah mula tercetus. Hangit semacam. Irsyad meraup wajah.

“Okay macam ni. Kita cuba je. Okay? Aku nak tarik balik memang tak boleh la. Mak aku dah ia-ia nak kau jadi menantu dia. Aku tak sanggup pula nak hancurkan kegembiraan dia tu.”

“Mak aku pun” Nuzfa bersuara mendatar.

“So?”

“Tah la suka hati kau la. Kau meminang aku pun tak cakap kan?”

“Nuzfa~” Aku ni la malas betul bila dia dah mula mengungkit la bagai!
“Aku tak janji aku boleh jadi isteri yang baik untuk kau…”Serius suara gadis tu bicara.

“Aku tak janji.”

Blah. Macam tu je…

****
Chapter 3

Dan situasi tu la yang memulakan hari ini, hari di mana dia terpaksa buat keputusan yang macam ni. Dia pandang Nuzfa sekilas dihujung katil. Baju pengantin organza warna lilac dia entah mana dicampak. Habis je kenduri malam tu, memang tak nampak muka dia la, rupanya terconggok dalam bilik merenung masa depan mencongak hari la bagai. Dan dari tadi, memang tak bercakap sepatah pun. Nuzfa memandang dia semula, saat mata bertentang mata tu… Irsyad mengalih pandangan. Aku faham pandangan dia tu. Dia tak sedia… Tak sedia in all way, baik nak jadi isteri aku yang betul-betul isteri atau nak pegang tittle sebagai isteri aku pun kira dia dah surrender awal-awal.

“Nanti kita duduk bilik lain-lain bila kita dah pindah rumah aku.”

Satu nafas Irsyad bicara. Bantal di atas katil dicapai lalu diletak atas sofa di kiri katil. Landing kat situ. Nuzfa angkat kening sebelah.

‘Apahal lu mamat? Aku tak cakap apa pun~’ Bahu diangkat. Malas nak fikir, dah turun titah macam tu, malas nak protes. Dia pula terus merangkak naik ke katil , slumber tidur tak ada rasa belas langsung pada Irsyad yang kat atas sofa tu.

“So, macam mana malam tadi?”

Mama Norita tersengih-sengih di hujung meja. Irsyad yang blushing. Nuzfa tak apa-apa. Tak jadi apa nak malu apakehal?

“Ish, awak ni… tak baik menyakat budak-budak tu pagi-pagi ni.”

Papa Harez menggeleng sendiri. Mama Norita menjeling Papa Harez manja. Dalam hati, Nuzfa sengih sendiri. Main manja-manja pula depan aku ni. Ei, geli mak oi!

“Kita orang nak move ke rumah Irsyad esok…” Irsyad memandang Nuzfa. Minta sokongan. Nuzfa mengangguk.

“Kenapa cepat sangat. Duduk la sini dulu. Mama tak kenalkan lagi Nuzfa dengan kawan-kawan mama.”

“Irsyad dah start kerja la Rabu ni mama. Nak kemas barang-barang kita orang lagi.”

“Tu la ianya… ambil cuti 3 hari je… ambil la lama-lama sikit, boleh pergi honeymoon.”

“Kita orang ingat nak tangguh honeymoon bulan 4 nanti…” Nuzfa yang tolong jawab.

“Irsyad kan ada project besar bulan ni, Nuzfa pun tak nak kacau…” Nuzfa tersenyum.

“Nuzfa, tapi 3 hari memang tak cukup…Mana nak beli barang-barang lagi, nak kemas rumah lagi…”

“Insya-Allah boleh, mama”

***
“Kecilnya rumah kau….” Nuzfa memandang keliling.

Banglo dua tingkat tu direnung atas bawah.

“Belum masuk lagi dah bising. Okaylah ni. Mana ada kecil. Aku tinggal sorang okay je.” Irsyad tak puas hati.

Dia cakap rumah aku kecil, habis rumah dia tu besar sangat ke? Ish bengang la aku ni. Pintu besar dibuka. Set perabot dan home theater menyapa mata. Mamat ni kalau bab gadgets… memang tak berubah~ Kau tengoklah dia punya speaker, macam kat disko punya je. Dia ingat rumah dia pusat karaoke ke apa? Cat greenish light yellow tu betul buat ruang tamu ni nampak besar. Kombinasi menarik dan menjadi.

“Jom la naik, tunggu apa lagi?” Beg roda tu diangkat ke atas.

“Boleh tak? Tak boleh aku bawa?”

Nuzfa pandang lelaki tu terkelip-kelip. Aish, aku lupa minah ni flight engineer… benda berat apa dia tak pernah angkat?

“I’m trying to be gentleman.”

“Please…” Beg roda tu ditinggal macam tu je, dan dia terus menapak naik ke atas.

Irsyad berbulu je kat tangga, minah ni la…

Pintu bilik kedua dibuka, warna hijau pekat dan hijau pucuk pisang bersilih ganti. Macam bilik kanak-kanak tak cukup umur je…

“Bilik untuk anak kau ke?”

Slumber Nuzfa menyoal, dah la tu suara mendatar gaya betul nak cari gaduh ni. Irsyad memandang gadis tu dengan ekor mata. Kalau la kau ni bukan isteri aku… memang dah lama aku kasi pancak silat harimau aku. Tilam yang masih belum terpasang cadarnya tu didekati, lantas dia duduk dan menguji keempukannya. ‘Best…’ Bilik air yang di hujung bilik tu pula di datangi, pintu dikuak… ‘bagus’.
“Puas hati?”

“Boleh la…” Irsyad melangit.

“Enjoy yourself…” Dia pantas berlalu, pergi ke bilik yang pertama dan…Zzzz.

Malam tu masing-masing memang tak keluar bilik. Lantak kau lah nak buat apa, aku malas nak ambil tahu. Nuzfa, sibuk dengan paper plan dia yang bergulung-gulung mengalahkan arkitek punya project 3 juta. Yang si Irsyad sibuk dengan penyata akaun dia kat atas meja. Kang sekejap-sekejap dia mengangkat-angkat fail yang berterabur tu mencari kertas yang hilang. Sambil mulut terkumat-kamit membebel entah apa. Dua orang workaholic dalam satu rumah. Ha, memang tak la pun nak bertegur sapa beramah mesra la bagai. Masing-masing hanyut dalam dunia masing-masing. Yang seorang dengan status flight engineernya, yang seorang lagi dengan pangkat pengarah urusannya. Sibuk semedang.

***
Chapter 4

“Oi, aku lapar ni… kau tak masak ke?”

Pintu bilik kedua tu diketuk bagai nak runtuh. Irsyad terduduk depan pintu, penat betul aku nak memanggil kawan yang seorang ni. Dia kalau dah tidur, bom meletup kat sebelah pun belum tentu dia dengar. Kalau dah tidur pukul 2, pukul 6 belum tentu dia bangun. Aku ni la… Pintu terkuak tiba-tiba, Nuzfa muncul dengan tuala di kepala. Rambut dia yang basah tu dikeringkan dengan tuala tu.

“Kau tak reti sabar ke ha?”

Tuala tu dililit kemas di kepala. Terus dia turun ke dapur. Peti ais gedabak tu dibuka. Ha, ni la ianya… peti ais je besar mengalahkan almari baju, tapi satu apa pun tak ada. Dia nak suruh aku masak air batu ke??

“Oi! Apanya nak dimasak pun? Satu apa pun tak ada…”

Irsyad mendatangi dia. Mengahadap peti ais yang sama.

“Ye la…ye la… kita sarapan kat luar la…”

Restaurant Blue And Bright tu menyapa pandangan. Uishy… mamat ni nak sarapan tempat grand macam ni? Perlu ke? Nuzfa di seat sebelah pemandu bermonolog dalaman. Yes… aku lupa mamat ni spesies jaga status. Memang tak berubah dari dulu. Mata Irsyad menjengah meja kosong. There… memang untuk dua orang dan agak terlindung. Okay la tu, memang the best place la kalau nak bincang fasal kita orang ni. Pesanan di ambil dan…

“Kau okay tak?”

Nuzfa mengalihkan pandangan dari telefon bimbit Sony Ericson tu menghadap Irsyad di hadapannya.

“Apanya?”

“Kau okay tak hidup macam ni?”

Nuzfa angkat bahu. Tak tahu nak kata apa. Rasa macam okay je… Bebas pun bebas.

“Aku rasa macam ni la…” Irsyad menarik nafas sebelum memulakan bicara.

“Kita hidup style masing-masing tapi kira bab nafkah semua kasi aku yang settle, bab jaga rumah masak segala tu kau ambil boleh? Aku tak nak la nampak sangat macam budak bujang yang duduk rumah, mau mama kau ke mak aku buat flying visit. Tak cukup tanah nak kemas segala benda kat rumah tu.”

“Rumah kau bukan besar sangat pun…”

Perempuan ni la… saje je nak menguji kesabaran aku pagi-pagi ni.

“Okay~ tapi kalau aku tak masak kau jangan bising pula. Aku pun ada banyak benda nak settle..”

No offense… Nuzfa kerja macam mana… dia pun tahu, spesies workaholic macam esok dah tak ada untuk dia. Senang kata 24 jam tu macam tak cukup la untuk dia.

Makanan yang dipesan dihidang. Dan mereka terdiam tak kata apa sampai makanan habis, sampai rumah Irsyad, sampai masing-masing masuk bilik balik, dan jalani hidup guna style masing-masing. Macam yang Irsyad titahkan.

***

( To be Continue~ Enjoy your oreder!)

Monday, April 11, 2011

Best Friends Forever~

Prologue:-


Irsyad melangkah masuk ke bilik gadis itu. Dengan kot yang masih tak bertanggal, dengan tie yang sengaja dilurut. Betul nampak stress sungguh. Nuzfa yang berbaring di atas katil terus duduk menghadapnya apabila pintu terkuak macam tu je. ‘Apasal pula ni?’ “We need to talk” Irsyad bicara sepatah. Kerusi kecil di bahagian meja make-up tu ditarik lantas dia duduk berhadapan dengan gadis itu. “Okay~” Gadis itu mengangguk. “Kita tak boleh terus hidup macam ni. Kita ni suami isteri tapi tak macam tu pun. So, what’s the point of marrying? Lagipun cara ni berdosa tau? Macam mempermainkan hukum agama. So, aku minta kau pertimbangkan kalau-kalau kita boleh jalani hidup macam suami isteri normal yang lain. Live in peace, harmony, loving, having babies, care of each others, no secrets. How ?” Lancar Irsyad bicara. Macam ayat karangan je lelaki ni cakap. Nuzfa garu kepala yang tak berapa nak gatal. ‘Apakah??’ “Kau yang buat permintaan duduk bilik asing-asing dulu.” Dia bersuara pula. “Oh~aku tau tu… that’s why I’m tryin’ to make up for everything. Every single thing yang patutnya kita dah buat dari dulu. Umur kita bukannya makin muda.” Nuzfa diam. Tak ada respon. Statik membatu dalam posisi yang sama dari tadi. “Aku tak paksa kau bagi jawapan sekarang. Aku tahu permintaan aku ni tiba-tiba. Tapi, kita kena mulakan sesuatu kalau nak sesuatu. Betul tak?” “Kau cakap bahasa aku tak faham. Berbelit otak aku ni. Cuba sabar, bagi aku interpret apa yang kau cakap tadi. Cakap nak cepat macam kereta api high speed bawah tanah.” Giliran Irsyad terdiam. Menanti kata putus gadis itu. “Tapi kenapa tiba-tiba ni?” “Ramai member kita dah kahwin. Dah ada anak dah pun. And I just can’t stand when they’re keep on askin’ me ‘bout children. Oh,whatever! Keep on talkin’ ‘bout their family. I’m stuck in the middle of it. I’m married , but I know nothing ‘bout a family. Is that make senses, bila dia orang ketawakan aku fasal aku tak tahu apa pun sedangkan aku kahwin dulu sebelum dia orang?” “Kita dah sedia maklum fasal benda tu.” Nuzfa meraup wajah. “Nantilah aku fikir macam mana. Kau cakap macam ni. Buat aku rasa tertekan.” “Girl, aku tak paksa. Terpulang. Kalau setuju, OK. Kalau tak, tak apa. Ambil masa kau. Aku tak kisah sebab aku fikir ni pun lama juga since minggu lepas. Naik gila aku fikir sorang-sorang.” Irsyad membangunkan diri. “Chad.” Irsyad menoleh. “Kau kata kita best friend…” “Tak semestinya suami isteri tak boleh jadi best friend kan?” Irsyad memotong percakapan gadis itu lantas terus keluar. Shesh! Aku tahu kau orang mesti tak faham apa yang aku cuba ceritakan ni.Mari kita berbalik pada keadaan di mana alkisahnya bermula kurang lebih beberapa tahun yang lalu. Asal kisahnya… Barang-barang di dalam almari itu dipunggah pindah ke dalam sebuah kotak besar. Nak pindah rumah ni bukan kerja senang mak oi! Tapi dia bersyukur, akhirnya dapat juga dia beli rumah sendiri. Tak adalah asyik nak kena susahkan mak bapa dia aja. Alhamdulillah, kerja dia sekarang menjamin kehidupan dia akan datang. Dah beli kereta, rumah… tinggal cari isteri je~ heh… “Au!” Tak semena-mena dia menjerit. Kakinya dipandang. Frame gambar kayu tu dah telangkup mencium lantai. Dibalikkan frame tu, gambar dia dan Nuzfa. Member satu sekolah sejak sekolah rendah lagi. Tapi lepas sekolah menengah dah tak jumpa-jumpa dah. Uisyh! Lama tu tak jumpa~Shesh, rindu la pula. Last jumpa dia masa hari kecemerlangan pelajar SPM dulu. Masa ambil result SPM tu tak pula jumpa. Kenangan terimbau di layar mata. Gadis tu turun lepak dengan baju kurung moden. Tudung hitam yang dililit kemas di kepalanya diselempang kiri kanan. Uisyh~ lain dia sekarang. Dah… lawa~. Dan Irsyad Cuma memandang Nuzfa tu dengan ekor mata. Dah besar panjang macam ni… segan la pula nak menegur pun. Walhal masa sekolah punyalah kamceng mengalahkan orang bercinta. Padahal tak ada apa pun. Tapi~betul dah lain… dah tak berapa nak boyish macam dulu. “Weh, Nuzfa!” Satu suara menjengah eardrum. Raja, bekas teman sekelas gadis tu memanggil. “Oi, lama tak jumpa~.” Ardani pula. Nuzfa tersenyum cuma. “Oi, aku dengar kau dapat trial flight betul ke? Tak bagi tahu kita orang pun kan?” Nasmahira menyoal. Suaranya ada getaran kecewa. “Mana kau tau?” “Ala~ dah heboh la cikgu-cikgu cakap. Lagi pun berapa orang je yang dapat trial flight kat sekolah ni kau sebut sikit kat aku.” “Heh, betul la tu~” Nuzfa membalas. “Ke mana? Asal tak bagi tahu kita orang?” Syam pula menyoal. “Ala aku tak nak kecoh-kecoh. Bukannya grand mana pun. Tempat biasa je.” “Mana?” “German.” “Kalau kau kata German tu tempat biasa memang aku rasa nak cincang kau.” Raja bicara slumber. Nuzfa tergelak. “Coarse ape?” “Aircraft Maintenance Technology.” “Wa~ dapat juga kau eh?” “My dream. “ “ Ceh, dah pandai kecek German la ni ye?” “Shesh! Tergeliat lidah aku seh~ “ Done! Sampai situ je dia dapat tahu fasal Nuzfa member baik kamceng sahabat sehati sejiwa semuda setua sehidup semati tu. Lepas tu. Terus lost contact, tak bercakap, tak apa. Padahal best friend dulu. Tapi ye la, people changes by time. Grows up by days. Matured by years. No one can be blame for this.Mana la dia sekarang? Barang-barang yang masih bersepah di dalam almari dibawa turun. Key chain Smiley… benda kecil tu menyapa mata. Hadiah dari Nuzfa masa birthday dia yang ke 16. Lagi sekali peristiwa yang dah berkarat tu datang balik dalam kotak memori. Waktu tu masing-masing tengah sibuk nak menyiapkan projek anti dadah peringkat kebangsaan yang dia orang masuk. Nuzfa dihulu bilik, dia di hilir. Dia sibuk buat roket 1 Malaysia, gadis tu sibuk buat senarai AJK. “Hadiah hari jadi aku mana?” Irsyad menyoal kuat. Sungguh la mamat ni… tak malu! “Ambik la dalam beg aku tu. Dalam poket paling kecik.” “Shesh! Mesti hadiah kecik!” Gadis tu seolah tak ambil peduli. Na~ kan betul hadiah kecil. “Ni je ke?” “Ha’ah tu je…” “Ei, kedek gilla. Kata tajaan Petronas.” “Kau ingat Petronas kerja cop duit?”Sarcastic. Bilik tu didatangi seorang guru, minta tolong untuk buat apa entah. Dan Nuzfa la mangsa ketiga dalam banyak-banyak manusia yang ada dalam bilik tu.Redha~ Dia turun laju. Time tu… betul sunyi. Tak ada siapa nak dijadikan bahan, nak cari gaduh ke. Mata melilau mencari mangsa. Tak ada. Semua spesies sememeh, main kasar sikit, menangis tak cukup air mata. 3 jam berlalu dan dia menjalankan tugasnya sebagai pengerusi projek dengan penuh integriti sebab tak ada bahan. “Chad, benda ni tak cukup dow kalau nak bagi semua budak pakai.” Fazlin menayangkan vest pengawas anti dadah kepadanya. “Bagilah budak-budak yang buat kerja.” Fazlin dah mula nak mengagih vest tu dalam kawanan kelompok dia aje~. “Dan~ jangan memilih kawan. Bagi yang buat kerja betul-betul” Dia menyambung. Rata-rata vest tu banyak yang ditarik balik, serah kat budak lain yang selalu datang awal bagi komitmen. “Simpan untuk Nuzfa satu” Dia bicara. Fazlin mengangguk. Derapan kaki tu menarik perhatian. Nuzfa muncul dengan gabus sebesar alam di tangan. Bertampal dengan bermacam jenis tulisan pelbagai warna dan bentuk. Irsyad menyengih lantas keluar berhadapan dengan gadis itu. “Miss me?” Nuzfa pandang sekejap. Mungkin menginterpret apa yang Irsyad cakap. “Tak kuasa!” Gadis tu terus masuk meninggalkan dia tersengih sorang-sorang. Kelakar la minah ni~ “Chad!” Suara Pn. Norita, ibunya, mematikan lamunan. Kenangan tu berderai terus dari ingatan. “Ya, ma!” “Kamu dah siap kemas ke? Minum petang dulu~” “Comin’…” Bibir mengukir sengih sendiri. Macam mana la dia sekarang gamaknya? Persoalan tu timbul di tangkai hati. Makin berkobar dia nak tahu fasal gadis tu.


******

Chapter 1:-


Na~ soalan tu la yang paling aku benci sungguh! Persoalan tu la punca segalanya! Saat dia turun minum petang dengan ibu dia tu. Mereka ada berbual sesuatu. “ Mama jumpa Nuzfa dekat JJ tadi.” Irsyad terkejut besar. “Dia dengan mak dia. Lawa sekarang Chad!” Irsyad semakin excited nak tahu. “Dia kat mana sekarang, ma?” “Dia tinggal kat KL. Baru balik dari German 3 bulan lepas. Dia kerja kat MAS sekarang. Flight engineer?? Kerja dia… tak silap mama la” Pn. Norita bicara lagi. Bukan dia tak tahu anak dia dengan gadis tu dah macam adik-beradik je. Memandangkan Irsyad tak ada adik-beradik perempuan dan Nuzfa pun tak ada adik-beradik lelaki. Boleh kata, Irsyad tu dah macam abang kepada Nuzfa. “Oh~” Dipendekkan cerita, dia kena bertugas tengok cargo satu hari tu. Periksa batu-batu permata yang nak dihantar ke Perancis untuk dibentuk jadi barang kemas di sana. Oh, by the way dia ni salah satu pengarah urusan di Syarikat E. Shine Holdings. Syarikat batu permata dan barang kemas yang tengah meningkat namanya sekarang ni bersaing dengan Habib Jewels. Heh~Dan disinilah sebenar-benarnya cerita ini bermula. Kaki melangkah pantas menghala ke cargo department. Sementelahan, dia terhenti di tempat penyelenggaraan kapal terbang apabila kelibat seseorang yang macam kenal menyapa matanya. Dia melangkah ke arah seseorang itu. “Assalamualaikum…” “Wa’alaikumsalam. Maafkan saya, encik tapi encik tak sepatutnya berada di sini. Kawasan ni bahaya encik.” Enjin kapal terbang AE Jumbo 84 itu ditinggalkan sebentar. Menoleh ke arah lelaki itu. Berkerut juga keningnya nak mengingat wajah yang satu tu. “Oi! Tak ingat aku ke?”Irsyad separa menjerit. “Chad?” “ye la, aku la ni… apa la member sendiri pun tak ingat ke?”. “Wow, lainnya kau.” Lelaki itu nampak kemas dengan blazer hitam yang disarung kemas di badannya. “Kau pun lain.” Pakaian mekanik itu langsung tidak mencacatkan kecantikan gadis yang berada di hadapannya tatkala ini. “Sorry man, tapi serius, kau tak boleh ada kat sini la~” “Aku nak pergi tengok cargo…” “Oh~kau kerja apa sekarang ?” “Biasa je , aku mana hebat macam kau.” “Poyo, bagi kaki karang…” Irsyad tersengih. Perkataan gadis itu masih tak berubah. Masih pelik-pelik macam dulu. “Aku kerja kat E. Shine~ Pengarah urusan.” Nuzfa sedikit ternganga. “Kerja dengan Tengku Azul?” “Aku under dia.” Tengku Muhammad Azul Iskandar, CEO muda di E.Shine.(Dalam novel The Silent Melodies saya). “Isterinya dekat sini.” Irsyad mengangguk. “Gaji mesti besar kan?”Nuzfa menjungkit kening. “Apa maksud kau angkat-angkat kening tu ha?” “Esok gaji… so, kena belanja aku makan… dah lama tak jumpa, nak borak lama sikit…kalau kau nak la…” “Aku nak tapi aku tak nak belanja.” “Shesh, kedek!” Irsyad ketawa lepas. “Ok, ok.. aku belanja. Jumpa kat McD esok nak?” Nuzfa mengangkat thumbs up. “Aku chow dulu. Assalamualaikum.” “Wa’alaikumsalam.” Tak lama, Irsyad datang semula. “Ni kad aku. Ni kad private aku. Call me on this number.” Nuzfa mengangguk.

****

(To be continue...)