Thursday, February 2, 2012

Kimia Romantika



How can I spell s_cess without “U” or c_tie, or _niq_e? I can’t even have f_n or good l_ck without “U”. Looks like I just can’t s_rvive without… “U”
“Let’s  flip a coin, Head, you’re mine, Tail, I’m yours” Edmund menayangkan syiling lima puluh sen di atas tapak tangannya. Gadis itu berkerut kening memandangnya.
“Apa hal kau ni?” Razieqa menyoalnya pelik. Tak pernah-pernah lelaki ni nak main tossing coin segala. Kelakar ke?
Edmund Hadziq, lelaki berblazer hitam lengkap dengan tie berwarna merah itu menelengkan kepala memandang gadis yang duduk dihadapannya. Dia faham gadis itu pelik. Rasa nak tergelak pun ada. Koin dibaling ke udara , mendarat elok sahaja di tengah-tengah tapak tangannya.
“Hmm… looks like the fate is on my side…You’re mine…”
“What’s the difference? Head, you’re mine. Tail, I’m yours? Like I have another option?”
“It’s a huge different, my lady”
“Ha,  tu lagi pelik. My Lady? Sejak bila ni? Edmund…”
“Do you love me?” Edmund menyoal dengan wajah nakalnya.
“No…”
“Ha, I even don’t love myself, looks like we have a commence…” Lelaki itu tersengih menayangkan barisan giginya yang putih bersih.
“Huh?!”
 
 
            Dia tersenyum sendiri, teringat kenangan yang terjadi kurang lebih dua tahun yang lalu. Heh, memang rasanya takkan boleh lupa sampai bila-bila. Edmund, nak flirt dia tak kena gaya, tak kena masa. Nasib baik dah kenal lama, kalau tak free je makan penyepak kiri kanan. Penyepak? Sampai hati ke, Razieqa?
            Dia melemparkan tubuh di atas katil. Berhenti mengimbas kembali la Razieqa. Esok ada benda lagi penting nak kena settle. Fail berwarna kuning di atas meja dicapai. Laporan yang telah kemas bertaip itu dipandang sekali lalu. Buat masa ni, benda kecil ni je yang dapat dikaji. Lepas ni banyak lagi kemungkinan yang akan muncul. Kerja Jurutera Nuklear ni bukan senang beb. Kalau kau ingat meredah lautan api tu dah bahaya, ni sepuluh kali ganda bahaya. Silap haribulan boleh mati kena radiasi.
            Bacaannya terhenti apabila telefon bimbit Nokia Express Music 5800 nya menjerit menandakan mesej masuk. Bibir mengukir sengih tanpa paksa. Dah dua tahun, memang bibir dia akan mengukir sengih tanpa paksa. Ni semua Edmund punya hal.
“Are you tired, my lady?”
Kening dikerut. Asal pula?
“Why?” Hanya itu yang dibalas.
“Coz you’ve been running outta my mind all day long. Night sweetie. Jangan penat-penat…”
Dia  mengetuk dahi. Lelaki ni memang terlebih krim. Sengaja nak buat dia blushing. Melampau!
 
 
            Langkahnya dipercepat. Jam di tangan dipandang berkali-kali. Menggelabah tak cukup tanah dibuatnya. Mana nak handle sini, mana nak tangan-dle sana. Mana nak lari sini, mana nak marathon sana. Serabut o…
Hati berkecamuk dengan berjuta soalan. Dah dekat tiga jam dia biarkan lelaki tu tertunggu-tunggu,  Restoren Blue And Bright itu kini tersergam di hadapan mata. Pintu dikuak oleh seorang waiter yang tersenyum manis ke arahnya, tapi dia langsung tak membalas. Kecut perutnya mengalahkan segalanya. Ada lagi ke Edmund kat situ? Meja bernombor empat belas didekati. Dia terhenti apabila kelibat lelaki itu masih di situ. Dengan blazer yang telah selamat di sidai di kerusi, tie yang telah dilurutkan dari leher. Dan butang kemeja yang pertama dan kedua yang telah dibuka kancingnya. Tapi dia masih di situ. Memegang telefon bimbit yang sengaja dipusing-pusingkan dengan tiga batang jari.
 
            Dia meneruskan langkah, tetapi lelaki itu seakan sedar akan kehadirannya, Edmund tersenyum kelegaan.
“Kenapa kat sini lagi?” Razieqa menyoal sebaik sahaja duduknya dilabuhkan.
“Kita dah janji nak jumpa kan?” Edmund memesan minuman untuk gadis itu.
“Tapi dah tiga jam…”
“Tahu pun, you made me worry, call tak angkat, mesej tak reply. Where’ve you been?”
“Kena pergi tengok site power plant tadi. Sorry sangat. Phone tertinggal kat office. Tak perasan pun. I’m sorry~” Gadis itu meraup wajah.
“It’s okay. Minum dulu.” Kasihan dia melihat gadis itu. Tercungap-cungap macam tak cukup nafas. Mesti keringatnya habis diperah semasa dia berjalan ke sini tadi.
                       
“So, how about the research?” Edmund membuka ruang perbualan.
“Fine… We’re doing it well…”
“Nice…I’m sure that we can see the results soon…”
Razieqa tersenyum. Sekadar tersenyum tawar.
“So… kita nak buat apa hari ni?”
Edmund angkat kening, menunjukkan jam tangan pemberian Razieqa semasa sambutan hari lahirnya dua tahun lalu. 5.15. Sleazy!
“I’m sorry~”
“Maybe next time kita boleh buat something…I tak asar lagi pula…”
Razieqa mengangguk perlahan. Me either…
Edmund bangkit berdiri, menyarung semula blazernya ke tubuh.
“Ah, before I forget… I’ve two words for you…”
“What?”
“I love you…” Lelaki itu tersenyum.
“Hey, isn’t that three?”
“Coz you and I are one.” Terus dia melangkah pergi meninggalkan gadis itu terpinga-pinga sendiri. Razieqa menyandarkan tubuh ke kerusinya.
Aku tak minta kau cintakan aku… Tapi… I love you too. I do love you too.


            Razieqa menyarungkan pakaian berwarna putih itu ke tubuhnya. Pakaian yang direka khas daripada bahan sintetik aluminium plate. Yang memang dijadikan baju khusus untuk masuk ke dalam bilik ujikaji. Mengkaji Isotope Uranium yang boleh di’bombard’ dengan neutron untuk penghasilan tenaga elektrik yang berterusan dan lebih murah.

            “Razieqa… ada bunga untuk kau, sampai dua ni ha…” Alicia, teman sepasukan tu menghampiri dengan dua jambak bunga ditangan. Heh? Sampai dua? Hantar kat power plant pula? Gila apa…
Bunga bertukar tangan. Kad kecil yang terselit di jambangan itu dicapai.
Bunga Pertama: To my one and only, Razieqa. From, Yours Truly: Eddy.
Bunga Kedua : To my best friend, Razieqa. From, Your Best Man: Eddy

            Senyum terukir di bawah pengaruh sedar. Sengal. Edmund memang penuh dengan Kimia Romantika. Genetik manala tersesat dalam DNA dia…
 Kepala digeleng perlahan. Topi ala-ala angkasawan tu disarung ke kepala. Bersedia untuk berjihad. Berjihad untuk kemudahan manusia nanti…


            Kakinya melangkah perlahan ke dalam pejabat di tingkat lima bangunan Angkasa Holdings itu. Tempat Edmund bekerja. Dia menjengah di balik pintu cermin kaca ke dalam. Edmund sedang duduk di sofa dengan kening hampir bercantum merenung entah apa. Lelaki tu memang workaholic. Serius sokmo bila bekerja,
            Edmund, rasa ada aura yang membelenggu. Dia angkat kepala dari paper plan yang dah siap dilukis. Razieqa… senyum hambar dilampiaskan, menjemputnya masuk.
“Are you alright?”
“Tension sikit. Banyak benda nak kena settle by this month…”
“Mana boleh tenion-tension…Nanti cepat tua…”
“Bukan kalau marah ke yang cepat tua?”
“Tension pun sama… Asyik berkerut macam ni… nanti terus ada kedut kat dahi…” Razieqa siap buat gaya dengan nada tak boleh blah…
Edmund tergelak kecil dengan kelakuan gadis itu. Razieqa tersenyum apabila lelaki itu ketawa.
“So, jom pergi lunch?”
Edmund menghentikan tawa, sebaliknya dia mengukir senyum dan merenung tepat ke dalam mata gadis itu. Tak menjawab soalan Razieqa tadi.
“Why?”
“You know what, I love the way you make me laugh when I don't even want to smile.”
“Then I will always be there when you need me to make you laugh…”
“Really?”
“If HE let me…” Jari telunjuk kanannya ditunjuk ke atas. Edmund mengangguk. Okay, I’m fine… I’m well…

            Tangannya menggigil sebaik sahaja dia keluar dari bilik itu. Perutusan yang diterima begitu mengejutkan sampai rasanya tak boleh nak menangis. Dia menyandarkan tubuh pada dinding, kemudian melurut perlahan ke lantai. Rasanya dia tiada kekuatan lagi untuk berdiri. Air mata yang jernih itu jatuh perlahan –lahan di sudut pipinya, terus meniti ke bibirnya.
Saat ini kata-kata Edmund terngiang-ngiang di telinganya.
“I wanna be your tears that born from your eyes live on your cheek and die in your lips.”
Air matanya makin galak menuruni pipi. Teringat pula perbualan dua hari lepas.
“You know what, I love the way you make me laugh when I don't even want to smile.”
“Then I will always be there when you need me to make you laugh…”
“Really?”
“If HE let me…”
Yeah… but HE doesn’t let me… HE loves me more. I’m sorry; I mean no lie to you…

            Telefon bimbit yang berada di tangan, direnung sekejap-sekejap. Pandangan ditala ke segenap ruang. Tak ramai orang. Nombor telefon Edmund didail.
“Hello? I’m sorry, I can’t accept long distance calls” Suara Edmund pecah dibalik sana talian.
 “What do you mean?” Razieqa mengerutkan kening. Dia tak cakap nak outstation? Tengok site?
 “Well, heaven is a long way from here, and I figured I was talking to an angel. Are you an angel named Razieqa?”
“Eddy~” Razieqa tak rasa nak senyum sekarang. Hatinya rasa bertindih.
Edmund tersengih sendiri. “What’s up, my lady?”
“Boleh kita jumpa?”
“I really wanna meet you but I’m afraid that I can’t make it…”
“Why?”
“I dah nak fly ni… Emergency case… I lupa nak bagi tahu you… Maybe I balik dua minggu lagi. Kita jumpa lepas tu okay? I pun ada benda nak cakap dengan you. Okay, My lady, I got to go now…Love you…”
Talian terus dimatikan. Agaknya Edmund tengah on the way nak naik plane.
Razieqa melepas nafas perlahan. Dua minggu lagi? Boleh tunggu ke?


            Razieqa termenung di meja sebelum Edmund mendatangi dirinya. Lelaki itu berdehem meminta perhatian. Dia tersentak, lamunannya berkecai, terus anak matanya memanah figura lelaki itu.
“Do you believe in love at first sight or should I walk by again?"
Razieqa tersengih. Ada pula lelaki ni, nak main patah balik-patah balik pula…
Lelaki itu terus mengambil tempat dihadapannya. “Are you alright, my lady? Awalnya sampai…”
“I’m afraid if I can’t make it…”
“Make it what?”
“Na… I’m fine… So, what are you going to tell me?”
“I…” Sebuah kotak kecil berwarna merah ditarik keluar dari poket seluar. Dibuka kotak itu, menampakkan isinya lalu disua kepada Raziqa.
Razieqa menelan saliva yang rasa berpasir. Cincin dengan batu satu itu sekadar dipandang.
“Sudi tak kalau you jadi isteri I? Kita macam dah lama sangat kawan, and I think that this is the time.” Perlahan lelaki itu menuturkan kata-kata.
“You dah ready nak pikul tanggungjawab ke? I susah nak jaga tau?”
“Yes, I’m ready. Insya-allah… I akan jaga you baik-baik.”
Razieqa mengangguk. “Let’s flip a coin… Head, I agree, Tail, you have to wait.”
“What?”
Syiling lima puluh sen dibaling ke udara.  Tail.
“Razieqa…” Edmund gugup memanggil gadis itu. Dia nak buat main pula…
“I’m serious, Razieqa…”
“Tail. You have to wait. Mari kita cuba kalau you boleh hidup tanpa I atau tak…”
“You nak uji I?”
Angguk. “Kalau sehari… sehari je, you tak payah contact I, tak payah mesej I, tak payah jumpa I, even tengok gambar I pun tak boleh… then I’ll marry you…Kalau you boleh buat semua tu…”
Edmund mengalih pandang ke tempat lain.
“This’s so illogical.”
“Boleh you buat?”
“Then, you’ll marry me?”
Angguk.
“Okay, fine,,, let’s try, then…But what if I fail?”


            Sehari sudah berlalu, dan dengan jayanya, Edmund telah melepasi cabaran yang dikemukakan oleh Razieqa. Dan ini harinya. Hari di mana dia akan membawa ibu bapanya merisik gadis itu mengikut adat.
            Tatkala Honda Accord berwarna silver itu tiba di perkarangan rumah gadis itu, kelihatan seorang tua sedang menjengah-jengah kenderaan yang bertandang. Itu bapa Razieqa.
“Hadziq?”
“Pak cik…” Lelaki tua itu disalami. Bapanya, En.Mohd Hisyam juga turut bersalaman dengan bakal besannya itu.
“Saya datang bawa hajat besar…” Kata-kata itu terus dibicarakan apabila meeka sudah melabuhkan duduk.
“Hajat apa, nak?”
“Saya nak merisik Razieqa, pak cik…”
“Astaghfirullahalazim…” Bapa Razieqa terkesima , berpandangan terus dengan isterinya yang sedang menuangkan minuman ke dalam gelas tetamunya itu.
“Dah dekat dua hari Raziqa tak ada…”
“Huh? Dia pergi mana?”
“Hadziq, Razieqa dah tak ada, Razieqa dah meninggal sebab radiasi. Tengah hari lepas kamu jumpa dia dua hari lepas, bila sampai rumah dia terus… Petang tu juga kami kebumikan…”
 Edmund terdiam. Masih terkejut dengan cerita yang didengarinya. Rasanya Razieqa sihat je masa dia jumpa siang tu…
“Pak cik tipu saya ke?”
“Astaghfirullah… Hadziq… pak cik tak tipu… malam ni kami nak buat kenduri lagi. Kejap lagi orang sampai la…”


Jangan engkau jangan pergi,
Jangan tinggal ku sendiri,
Jangan tinggalkan carta hati
,

Cincin di dalam kotak itu ditenung, masih tak bersentuh. Ya, masih.
How can I spell s_cess without “U” or c_tie, or _niq_e? I can’t even have f_n or good l_ck without “U”. Looks like I just can’t s_rvive without… “U”

Then how can I survive without you, my lady, Razieqa?

Ikhlas
Juann Fitri
Credit to: Edmund Hadziq Bin Mohd Hisyam
Thanks for the story.