Friday, August 24, 2012

27 TauruZ


27 TauruZ:

Tengku Muhammad Azil Iqbal Tengku Syahran :

            Tangan kiri menyangga kepala sementara tangan kanan sibuk memutar pensel mekanikal biru membentuk heli. Nota matematik yang tercatat di papan putih di depan kelas ditenung kosong. Mak oi…boringnya! Kepala perlahan menoleh ke kiri, mata melirik tepat ke tempat duduk belakangnya. Erk? Kembarnya yang lahir 4 minit lewat tu sudah menelangkupkan kepala ke atas meja. Heh, sahlah matematik tu bukan untuk dia orang.

Tengku Muhammad Azul Iskandar Tengku Syahran :

            Kepala dibiarkan mendagu di atas meja. Papan putih dah nampak kelabu je. Almaklumlah mata pun ala hidup segan mati tak mahu, separuh je terbuka. Rasanya Azil yang kat depan dia tu lagi menarik dari binatang matematik ni. Jam di tangan kirinya dilirik dengan ekor mata. 1.20 p.m. Lagi 10 minit habislah kelas matematik ni. Mata dipejam sekejap. Kepala ditelangkupkan terus di atas meja. Agak terlena jugalah sekejap. Kemudian kepala diangkat semula. Jarum jam ditenung lagi. Adoi… satu minit je bergerak? Betul la matematik ni bukan untuk dia orang.

Syiffa Alia :

            Kepala dilentokkan ke kiri kanan barang dua tiga kali. Nak menghilangkan rasa sengal yang dah menyerang otot leher. Nge… aku ni la dengan akaun. Kepala dilandingkan di atas meja. Mata dipejam celikkan beberapa kali. Mata menangkap figura kembar berdua itu berjalan di koridor kelasnya. Refleks kepala diangkat, anak mata coklatnya sekadar memerhati tingkah si kembar yang hampir tiada bezanya antara mereka. Azil... si abang yang mendahului di hadapan sekadar ditenung. Jantung yang bergetar dibiar bergetar mengikut alunan lagu entah apa. Bibir mengukir sengih di bawah pengaruh sedar. Tangan mengetuk dahi. Angau overboard aku ni.

One:

            Beg sandang dibawa melepasi kepala. Kini dia memandang si abang yang sedang membetulkan tali kasut. “Cepat la…”
“Sabar la…”
Kepala ditala ke depan semula. Menunggu Azil betulkan tali kasut rasanya boleh siap makan tengah hari tu. “Adoi…” Refleks kepala memandang belakang semula. Azil menggosok kepalanya, mata dihala ke lantai, buku references Mathematics dan Biologi yang setebal-tebal alam tu selamat berlipat-lipat bersepah . Apakah?
Mata terus tertancap pada gadis disisi Azil, yang kejung tak buat apa-apa.
“Kau okay?” Azul bunyi concern.  Azil bangkit berdiri memandang gadis unknown unidentified disisinya itu.
“Sorry?” Gadis itu bersuara perlahan.
Pandangan masih tak berubah Kedua-duanya kini memandang dirinya yang terasa kerdil lagi pathetic tu. Kepala menggeleng sendiri. Adoi… macam mana boleh jatuh ni Syiff?
“Peningnya la kepala aku… Tulah Mathematics la ni…”
Buku Mathematics dan Biologi yang bertaburan di lantai dikutip satu per satu, diserah pada gadis itu. “Sis, lain kali jalan pandang orang la…”
Syiffa mengangguk dua tiga kali. Serentak Azul dan Azil melangkah pergi.

Two:

                     Tangan menopang dagu. Jenuh mencari jawapan akaun ni tak settle juga. Stress dibuatnya. Kerana nombor nan satu rosak jawapan seakaun. Apa kau ni Syiff, lawak ke buat perumpamaan macam tu tengah hari buta ni? Suasana yang redup disekitar kawasan picnic table itu langsung tak membantu dia menyelesaikan masalah akaunnya. Mata memandang keliling, terasa berpinar pandang nombor dengan table lama-lama. Erk?
                     Azul dan Azil, si kembar berdua itu mengecilkan mata meninjau-ninjau ke arah dirinya yang keseorangan lagi kesepian di picnic table itu.
Azul menoleh kepada Azil. Azil terus melangkah ke arah gadis itu.
“Oi, kau yang jatuhkan buku atas kepala aku kan?”
Alapak! Dia ingat! Refleks tangan buat palmface.
“Eh, tak payah la drastic sangat. Releks sudah…” Tempat di hadapan gadis itu diambil. Azul menyelit disisinya seperti selalunya, di mana ada Azil di situlah ada Azul.
Syiffa, kepala ditoleh ke kiri. Awatnya dok sini? Pi la main jauh-jauh sana…
“Heh, akaun la der…”
Azil menarik kertas yang sarat dengan table dan nombor itu. Azul,sekadar memandang tanpa bicara.
“Kenapa tak siap?”
“Tak tahu buat…”
“Zul…” Azil memandang adik kembarnya itu. Azul, tangan ditadah lalu jemarinya dikipas perlahan, meminta pensel. Soalan dibaca sekali imbas. Jawapan yang salah dipotong segaris, ditulis jawapan baru ditepinya. Tak sampai 3 minit jawapan sudah terhidang depan mata.
“Ambil akaun ke?” Soalan cepumas.
Serentak kepala menggeleng. Heh? Then how come?
“Ambil kat luar untuk SPM je.” Azil yang menjawab, si adik hanya diam.
Memang kalau nak compare Azul dengan Azil, Azul nampak sombong, berbeza dengan Azil yang ceria peramah sepanjang masa.
Dan perbualan antara Azil dan gadis itu berlanjutan agak lama dari yang sepatutnya. Heh, Azil memang cepat rapat dengan semua orang.

Three:

                     “Zil, beragak sikit… lasagna aku tu.” Azul mendagu di kaunter dapur dengan muka boring. “Sikit la… sikit…”
“Sikit-sikit… kau pergi la makan spaghetti kau tu, tadi nak sangat…Penat Mak Yah buat tu…”
“Adoi… sombong la… sikit pun tak boleh~…” Mulut bicara namun mulut masih mengunyah lasagna seafood milik Azul.
            “Zil…”
“Hm?”
“Kau… macam interested dengan budak tu…”
“Syiffa?”
“Hm…”
Azil diam, muka serius. “Tak ada la…” Senyuman terukir tiba-tiba.
Heh, gaya aku kenal kau semalam, aku kenal kau dari dalam perut la der…

Four:

            Azul melangkah merapati Syiffa yang sedang memasukkan syiling dalam mesin air. Sedaya-upaya dia cuba menceriakan wajah. Nak buat rupa Azil ni kena senyum sampai telinga.
“Oi…”
“Hai…nak air?”
“Tak… kau busy?”
Syiffa kerut kening. “Tak…Er… tapi… Azil mana?”
Heh? “Aku la Azil…”
Syiffa angkat kening kanan. “Kau Azul.”
Identified. “Kau dapat bezakan aku dengan Azil?”
“Mesti a…”
“How come?”
“Sebab…” Kepala ditunduk sekejap, mencari alasan yang sesuai mungkin.
“Kau suka Azil?” Azul masuk mode diri sendiri.
Erk? “Azil suruh tanya ke?”
“Dia tak tahu apa-apa… tapi aku wonder macam mana kau boleh beza aku dengan Azil. Jarang orang boleh buat macam tu.”
“Sebab… kat mata aku kau orang berbeza…”
“Memang la… sebab kau kenal Azil lebih dari orang lain. Kau suka Azil kan?”
“Kenapa kalau aku suka dia?” Suara Syiffa naik satu not. Dari A ke C major.
“Eh, janganlah marah, aku tanya je…” Senyum ikhlas terukir di bibir Azul. Buat pertama kalinya dilihat Azul begitu. Ha, kali ni kalau dia nak kata dia Azil, baru aku percaya.

Five:

            Dia berhenti melangkah di notice board. Maklumat terbaru diteliti. Heh, result trial dah keluar a… 9 A 1B? Tak ada lain akaun la tu~
“Riddle-riddle… Math aku B la, Zul…”
“Aku pun cukup-cukup makan der…” Entah dari mana si kembar ni datang.
“Yang B ni mesti akaun kan?” Azil menyengih memandang dia. Syiffa sekadar mengangguk.
“Ha, padan la kau orang tu. Pergi la swap mata pelajaran tu~” Azul memberi cadangan.
“Habis kau?”
“Jap lagi aku datang… kau orang jalan la dulu.” Tangan Azul menolak bahu Azil sementara Syiffa disuruh jalan sekali. Azil menggaru kepala yang tak gatal. Syiffa dipandang dengan muka pelik.
“Macam mana kau boleh pandai mathematics? Kan ke susah binatang tu?”
“Akaun yang macam gila tu boleh pula kau buat, mathematics tak boleh pula.” Azil lepas ketawa.“Tak faham la…”
“Akaun lagi complicated.” Syiffa membangkang.
“Siapa kata?”
Azul sekadar memerhati dari belakang. Kalau dulu di mana ada Azil, di situ ada Azul, sekarang di mana ada Azil, di situ ada Syiffa. Heh, aku tak kisah la kau nak bercinta. Tapi, macam mana dengan aku nanti, Zil?

Six:
           
            Langkah diatur kemas, Azul dan Azil memandang sesama sendiri. Heh, pakai kot ni rasa macam ahli korporat pun ada. Kenapa la nak dibuat majlis prom night segala. Gaya tak cukup pagi tadi dah buat hari konvo. Padahal baru habis SPM tu, belum dapat result lagi.
Bibir Azil mengukir sengih tanpa paksa. Syiffa la tu. “Handsome kau orang hari ni?”
“Tu perli ke puji?” Azul.
“I pick both…”
Erk? Aku ni la dengan perempuan ni…
“Jom la masuk…” Azil.
“Kau orang masuk dulu la…aku rasa macam nak gi gents la pula…”
“Time ni la pun… dah nak mula tu weh…”
“Ala… pandai-pandai la aku masuk nanti…”
“Jangan kau buat gaya VIP sudah, grand je entrancenya…”
“Boleh je kalau nak…”
“Azul… kau jangan nak buat lawak la..”
“Masuk je la!” Bahu Azil ditolak.
Kaki Azil melangkah masuk sekali dengan Syiffa. Merpati dua sejoli tu sekadar dihantar dengan pandangan. Senyuman yang terukir dibibir mati perlahan-lahan. Good luck,people.

Seven:
           
            Dia menelentang di atas katil. Dah habis SPM ni… tak buat apa pun. Melongo je kat rumah. Kerjanya, makan, tidur, online… tu je la ulang-ulang. Azil? Heh, tengah bahagia la dengan Syiffa pun. Handphone 24 jam kat tangan. Kang kadang-kadang keluar. Adoi… dia pula yang tertekan. Memanglah, dulu apa-apa pun Azil ada je dengan dia, ada la partner nak dibuat gaduh pun. Ni, dia seorang je, nak gaduh dengan siapa? Mak Yah? Biar benar…
            Kini dia duduk di atas katil, menghadap tv mati.
“Boringnya, Ya Allah~” Wajahnya diraup dengan tangan kanan.
Kan ke betul… aku tak kisah kau nak bercinta, tapi aku nanti macam mana, Zil?
Tak payah tunggu nanti, sekarang ni… macam mana?      

The End.
           

Special:

Kaki melangkah turun ke bawah. Memang sunyi la kalau hari bekerja macam ni. Papa kerja, mama spa, Ifa, adik perempuan dia, sekolah. Mak Yah sibuk buat kerja. Aku ni la, memang forever alone.
Kunci kereta dicapai, keluar lagi best.
Pavillion, agak lengang la… tak semena-mena kening kiri terangkat tinggi. Figura berdua tu memang dia kenal betul. Azil dengan Syiffa. Nge… jelesnya!
Kaki melangkah keluar balik. Tak mahu la terserempak, karang kacau je…
Aku ni, macam mana sekarang?
            Sedar tak sedar kereta dah dipandu sampai ke Sepang. KLIA tersergam megah dihadapan mata. Dia keluar dari kereta. Hala tuju? Entah…jalan je la…
Cermin kaca yang mempamerkan lapangan terbang didekati. Anak mata sekadar memerhati kapal terbang berlepas dan mendarat. Aku tak kira, aku nak fly pergi France juga.
“Germany…”
Suara perlahan itu menarik perhatian. Dia menoleh ke arah punca suara.
Gadis itu memandang jauh ke langit biru. Anak matanya kelihatan bercahaya dengan harapan.
“Kenapa dengan German?” Concern juga ni…
Heh? Gadis bersweater biru gedabak itu memandangnya pelik.
“Sorry~ Azul. Azul Iskandar.”
“Tak ada apa dengan German, saje je mention.” Gadis tu tersenyum. Kemudian dia berlalu pergi, macam tu je… Azul sekadar mengahantar gadis tu dengan pandangan. Tiba-tiba tangan buat palmface. Semenjak bila kau jadi peramah sangat nak menegur orang tak kenal? Perempuan pula tu.
Entah… perempuan tu… macam ada aura… very rare…punya aura. Tapi… siapakah gerangan?


To be continued in Ich Liebe Dich. 

                                                             Ikhlas:
                           Juann Fitri©


Wednesday, August 1, 2012

Sing Me Lullaby~


Sing Me Lullaby~


I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did

And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did

“Kau ingat aku serius ke dengan kau? Aku cuma main-main je la wei…Punyalah payah aku nak accept kau jadi girlfriend aku, sekarang kau nak aku kahwin dengan kau pula? Heh, memang tak lah kan?”
Hujan yang renyai-renyai turun tadi kini makin galak menyiram bumi. Jam dua pagi itu menyaksikan keretakan hatinya. Air mata yang mengalir dibawa pergi dengan air hujan yang membasahi wajahnya. Dan niat sebenar lelaki itu membawanya ke sini pada jam dua pagi, pada tarikh hari lahirnya hanya untuk melafazkan penghinaan kemudian terus berlalu pergi? Heh… manusia ke dia tu?

            Dalam imaginasinya disangkakan lelaki itu akan mengejutkannya dengan birthday party rupanya kejutan lain yang menanti. Entahkan dia ingat atau tidak hari ini hari lahirnya yang ke 22. Mungkin dia ingat, dan mungkin juga kerana itu dia memilih jam 2 pagi? Heh… pathetic sungguh.

            Kaki melangkah perlahan-lahan ke sebuah bench kosong di kawasan taman itu. Nak balik macam mana pun, dia dah ditinggalkan bersendirian di situ. Dan dia pun bodoh terlalu banyak berimaginasi tentang lelaki itu sedangkan dia sedar percintaan mereka langsung tak macam percintaan normal pasangan lain. Sangat berbeza. Imaginasi… memang sekadar ilusi semata-mata. Dan dia gagal mengesan niat lelaki itu. Opps… bukan gagal, tapi dibutakan dengan khayalan yang dia reka sendiri dalam minda separuh sedar. Yeah, it’s true then, when it comes to love, the eyes and the hearts are just blinded. And foolishness is a must.

And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible

                        Dia menunduk memandang lantai, sekadar bermain-main dengan kasut dan lantai, sebelum telinganya menangkap suara-suara sumbang yang mula memenopoli gegendang telinga. Sudah ditahan namun bunyi-bunyian itu tetap masuk jua.
“Heh, dia tak sedar dia tak padan langsung dengan Harith…”
“Tak reti nak cermin muka macam tu lah jadinya. Yang bestnya, kena tinggal masa birthday pula. Nasib baik dia tak kena tinggal depan orang ramai.”
“Terbaik gila Harith… Berjaya juga dia escape dari perempuan ni. Kalau aku la memang rimas kena hurung sini sana. Macam tak faham orang pun nak privacy.”
            Dia bangkit dari duduk. Menajamkan pandangan ke arah mereka-mereka yang bersuara untuk menambah sakit hatinya. Dia orang tak faham, Zahra… biarkan.
           
Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know


Thinking all you need is there
Building faith on love and words
Empty promises will wear
I know, I know

“Hohoi… seorang je ke?” Suara Harith bergema betul-betul di telinga. Menandakan dia benar-benar berada di belakangnya sekarang. Disambut dengan gelak hilai ahli kumpulannya yang lain. “Adoi… aku lupa la… aku baru tinggalkan dia dua hari lepas, memang la sorang, forever alone…” Ketawa lagi. Kaki terus melangkah namun Harith seolah-olah mengejarnya. Earphones dipakai terus. Ketawalah, ketawalah lagi. Aku dah tak ada feeling. Kau nak cakap apa pun aku dah tak peduli.

            Seminggu sudah berlalu, dia pun sudah dapat adapt dengan situasi dan keadaan. Langsung tak nak ambil kisah dengan apa orang keliling nak kata. Dia orang tak tahu apa-apa… biarkan. Dan dia sudah mula enjoy dengan hari-hari tanpa Harith Aiman. Heh, untuk apa dimention lagi tentang lelaki itu? Dia tu cuma… kenangan lampau. He’s just somebody that I used to know.
            Saat dia bergelak ketawa dengan teman-teman rapatnya, seorang lelaki datang berdiri betul-betul dihadapannya. Emerson. Salah satu teman rapat Harith.
“Aku nak cakap dengan kau sekejap.”
“Aku busy…”
“Busy dengan gelak ketawa ni?”
“Tak, aku busy layan perasaan.” Selangkah kakinya menapak pergi.
“Perlu ke kau buat macam tu?!” Emerson menjerit kuat. Dia tersentak. Apa aku buat?
Kepala menoleh semula ke arah figura Emerson yang masih tegak berdiri di posisi yang sama.
“Kau… tak perlu kejam sangat kan?” Emerson menatapnya dengan mata berair.
Huh? Aku yang kejam?
“He needs you now…he do needs you now.”
“Who’s he?” Blur sungguh ni.
“Harith Aiman.”
Saat bibir Emerson menyebut nama itu dia terus berjalan meninggalkan Emerson. Buat lawak ke tengah hari buta ni? Tak kelakar la wei…
“Dia accident, lumpuh separuh badan. Dia asyik mention nama kau!”
Heh, permainan apa lagi ni, Harith?
“Pukul 2 pagi semalam, dia on the way nak pergi rumah kau. Dia nak minta maaf… but he end up on the road. Langgar lari, Zahra…He needs you now.”
“Lie!” Dia memusingkan badan, menghadap Emerson dengan anak mata yang galak membesar. Tolonglah jangan dibuat main perasaan aku lagi. “Enough is enough!”
“I’m sayin’ the truth. Dia dekat HUKM.”
“Lie!”

            Perlahan daun pintu dikuak, membenarkan isi dalam bilik itu kelihatan pada pandangan matanya. Harith sendirian sedang terbaring di atas katil putih itu sekadar memandang ke luar tingkap. Dia cuba untuk tidak membuat sebarang bunyi tapi apakan daya, pintu yang dikuak semakin besar itu mengganggu gugat acara masuk secara senyapnya.
“Zahra…” Nampak lelaki itu terkial-kial untuk bangkit. Namun keadaannya yang lumpuh separuh badan itu membataskan pergerakannya.
“No need to.Aku saja je datang.Nak tengok sejauh mana permainan kau ni.”
“Zahra… aku… aku yang salah. Aku minta maaf.” Ada air mata yang bergenang di tubir mata Harith, membentuk kolam air mata yang sarat dengan penyesalan.
Dia diam sekejap, memandang pada keadaan Harith. Bukan dia tak bersimpati tapi…
“Forgiven.” Dia memusingkan badan, berniat untuk keluar dari wad persendirian itu.
“Jangan tinggalkan aku…”
“Kau yang tinggalkan aku.”
“Jangan tinggalkan aku. I need you.”
Minda bergerak di bawah pengaruh sedar, hati main bicara berbasa-basi dengan akal. He just needs me in this situation, like always. Should I say, or shouldn’t I?
“Zahra...”
May be this time? Just for this time.
Dia mengambil tempat di kerusi berhadapan katil Harith. “I’ll stay here. Aku jaga kau hari ni.”
That’s the principle of human being. Just for human being.


I remember tears streaming down your face
When I said, "I'll never let you go"
When all those shadows almost killed your light
I remember you said, "Don't leave me here alone"
But all that's dead and gone and passed tonight




“Apa chance aku nak sembuh?” Harith memandangnya dengan sebuah harapan. Dah dekat sebulan dia menjaga Harith di sini. Mak Harith pun dah kenal dia, jadi dia tak rasa risau sangat kalau nak tinggalkan Harith sekejap untuk pergi solat atau balik, sebab akan ada orang jaga Harith just in case he needs anything.
Dia mengangkat wajah dari muka surat majalah yang sedang dibacanya. Soalan random apa ni?
“Zahra?”
“Insya-Allah, soon.”
Harith tersentak memandang dirinya, kemudian perlahan-lahan bibir Harith mengukir senyum. Soon.
“How can you be so sure?”

Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound


            Kaki melangkah masuk ke dalam rumah agam yang tersergam indah dari luar. Heh, betullah… nak compare Harith dengan dia… dia memang tak ada apa-apa. Memanglah, dia tak reti cermin muka dulu. Adoi… menyesalnya la pun.
Kalau ikutkan hati memang tak nak dia menapak kat rumah ni. Tapi Harith beria-ia call suruh dia datang, mak Harith pun ada call suruh datang untuk lunch. Some kinda appreciation kot…entah.
Dia dibawa ke taman mini di timur rumah agam itu. Dia terkesima dua tiga saat sebelum bibirnya mempamerkan senyum kelegaan. Harith dengan dibantu Emerson berjalan ke arahnya.
“Kau datang juga akhirnya. Lama aku tunggu.”
“Congratulation.”
Harith tersenyum. “Thank you.”
“Thanks Allah.”
“Alhamdullillah.”



            “Zahra… I want you to come back to me.” Perlahan ayat itu dilafazkan oleh Harith. Mochacchino di dalam gelas sekadar dikacau perlahan. But enough is enough. I’m sick of it, and I don’t want to lose for the second time. And I was too tired to fight. Not this time. Not again.

Don't you dare look out your window darling
Everything's on fire
The war outside our door keeps raging on
Hold on to this lullaby
Even when the music's gone, Gone


                Dia sekadar berdiam diri. Tak memberi jawapan. Dan Harith sudah memberi harapan besar. I’m sorry I just can’t handle anymore hard feelings and heart feelings. I won’t dare facing you again, so I’ll just stay as safe as I can.
“Zahra?”
“No.” Sepatah tu je yang dia cakap. Cukuplah Harith.
“I thought you forgave me.”
“So? What do you expect from me?”
“I expected you to come back to me. That’s why you’re being caring to me all the time.”
“Does expecting the unexpected make the unexpected expected?”
“Zahra…”
“Aku tak tahu permainan apa yang kau nak main lagi. But enough is enough. Hati aku tak sembuh lagi. Dan aku tak berani pun nak berdepan dengan peperangan dalam diri aku sendiri.”
“Let me heal it.”
“No.” Dia bangkit keluar dari Starbucks itu terus menuju ke parking lot, membiarkan Harith mengejarnya dari belakang. Hujan lebat yang turun langsung tak diendahkan. Biarkan.

When darkness turns to light it ends tonight, it ends tonight
Just a little insight won’t make this right,
It’s too late to fight
It ends tonight.

                       
“Zahra… jangan buat aku macam ni… kau nak balas dendam dengan aku?”
“Revenge is sweet, but I won’t do that. Nak accept kau jadi kawan pun susah, sekarang kau expect aku balik pada kau pula? Memang tak la kan?” Tubuhnya diloloskan ke dalam kereta. Terus dia memecut meninggalkan lelaki itu dalam basah hujan.

What goes around comes around and when a person gives you lemon, why don’t you just squeeze it to that person’s eyes?


*Credit to the songs: Impossible_Shontelle
                                   Safe And Sound_Taylor Swift
                                      It Ends Tonight_The All American Rejects


P/S: Just a make up story. Ikhlas by JF.