Friday, November 15, 2013

Life Memory: Chapter 1

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum, peers...

It's been awhile now, yeah? Tangan pun kejung je rasa... -hyperbola-

Well, just to update my entry 'ere. Y'know... even though I got nothing to say, but at least... just to show that this blog is still in presence.

For this while, Juann Fitri is currently collecting experiences. I got some drafts about this and that, but... yeah... nama pun draft yeah? Haha...

Things are pretty normal here, cuma it's getting harder. Kena struggle lebih sikit la... I totally have no idea how things go here, it's just like a snap. Everything happens so fast. Suddenly, you're already there.
Jujur cakap, penat seh...

Tapi untuk berpatah balik tu, -geleng-geleng- Tak ada masa untuk tu semua... Just like my lecturers said before we start the course...
"Are you really sure that this is what you want?" Dah daftar masuk pun dah sir...
"I told you what, there's no turning back. You only have two choices... Do or die." -Dr.S (bukan nama sebenar)

Sekarang fahamlah kenapa dia cakap macam tu. Tapi dalam keadann macam tu pun, diri ni macam tak sedar-sedar lagi... haha... Masih mencuri masa untuk dibuang tanpa alasan kukuh. Masih ligat berangan macam selalu. Masih merindui dan mencintai katil lebih dari buku. Haha...

Kalau dulu hidup sangat mudah. Memang la ada ups and downs dia... tapi tak ada la rasa mental breakdown sampai macam ni... Test 1 hari tu... pergh...stress dia... "STRESS!!"-Gae-minator-
Tapi alhamdulillah...all is well...

Lama tak menulis rasa macam banyak pula nak cerita... lepas rindu kata orang. Hati pun tengah tak best... Cara nak menghiburkannya pun dengan solat, doa, baca Quran, meluahkan rasa yang terbuku dan membaca rasa yang terbuku. Benda ni hobi pun kan...

Dunia kat sini rasa macam berbeza, dikelilingi manusia berotak Einstein dan Newton...aku tak boleh nak cakap apa la... Siapalah diri ini nak dibandingkan dengan mereka-mereka itu -mental breakdown lagi-

Duduk jauh dengan family pula... nak recharge motivation tu... payah... even ada telefon sekali pun... tak sama seh... Nampak tak beza dia family person dengan bukan family person?

Untuk cerita self experience kat sini, rasanya lagi ramai yang merenung aku dari yang menegur. Apakah? Kenapakah? Adakah aku ini begitu berbeza dengan kalian? Aku rasa aku manusia biasa juga, hamba ALLAH juga. Nampak pelik yeah? But this is who I am. Accept me or leave me, I'm not gonna change. If it is for the better, I'm gonna take the challenge. If not, "why would I do that?"

Okay la... sampai sini dulu la... till then, next time. Jaa~

Ikhlas:
Juann Fitri -OFFICIAL-

Thursday, August 8, 2013

The ‘Surfer’ Game

  

Bismillahirrahmanirrahim~

                Perlahan kaki melangkah di laluan kaki lima yang menghala ke kantin sekolah. Tanpa Pa’an hari ni, keliling dia rasa agak sunyi. Member tu demam teruk dah dua hari. Apahal entah. Kini hanya PSP Street yang menjadi peneman sejati. Anak mata berlari mengikut jejak askarnya dalam CODE Street. Jiwa terasa meresap sekali dalam dunia maya tu sebelum namanya dijerit dari jarak sepelaung. Air muka berubah dari teruja ke bosan. Tak payah toleh pun dah tahu siapakah gerangan. Si Kaichou yang kecoh. Cik ketua pengawas yang ‘Sophie’sticated. Awatnya?
                Kepala ditoleh ke kiri, anak mata dilirik ke figura gadis berbaju biru yang tengah on the way menghala ke dia. Kini Cik Sophie sudah pun berdiri di hadapannya dengan bercekak pingang. “Derp, berapa kali nak cakap? Perlu ke aku repeat aloud kat kau banyak kali?” Posisi berubah, kali ni gadis tu berpeluk tubuh. Terasa aura gelap. “Boleh je kalau sanggup.” Mata kembali menghala ke PSP. Nampak dari ekor mata, kaichou tengah menggeleng kepala.
“So, nak aku guna cara kasar ke atau kau nak bagi aku dengan hati rela?”
Heh, hati rela? Tak dapatla…
“Catch me if you can la, kaichou.” Gaya Surfer, gaya bersahaja. Kaki mula melangkah perlahan.
“jangan sampai aku dapat kau la Surfer.”
Surfer? Dia panggil aku Surfer? Rasanya nama tu reserved untuk member rapat je. Kita…rapat ke?
“Tak payah nak act rapat sangat la, kaichou.” Rasa nak tergelak pun ada. Suka suki je panggil orang macam tu.
“Well, aku memang gini…” Langkah dilajukan.
“Ha… ‘Sophie’sticated huh?”
                Refleks kaki gadis tu berhenti melangkah. Sentap sekejap. Siot punya mamat, kau main mainkan nama aku eh? Bagi bunga aikido kang, tahula.
                Suspek berjaya melarikan diri bersama barang rampasan. Si PSP Street berwarna merah hak milik Surfian The Surfer. Gagal dikesan.

Next Chapter.

                Bibir mengukir senyuman manis buat budak lelaki yang baru masuk tu. Betul la khabar angin dari member member dia, budak tu memang jambu. Cute macho je. Muka putih melepak pula. Dia yang bertitle ketua pengawas pun cair. “Eric, kat sekolah ni, handphone tak boleh bawa tau.” Lembut je dia bicara. Dah seminggu rasanya tengok budak tu dengan handphone sentiasa. Dok perhati budak tu sampai suspek kes lama dibiar tergantung tak bertali.
“Faker.” Eh? Kepala menoleh ke muka pintu. Surfian The Surfer tengah bersandar dengan sebelah tangan di dalam poket seluar. “Apa dia?” Dia bernada keras.
“Nandemonai…Ja, kaichou.” Tangan di dalam poket dibawa keluar bersama PSP Street. Kemudian kaki terus melangkah ke kelasnya. Sempat mata melirik pada budak lelaki baru tu. Memangla jambu. Ai, Surfer. Kau…cemburu ke? Masalah!

Next Chapter.

                Kaki melangkah seiring dengan Pa’an di sisi. Tujuan satu, kantin yang rasanya dah dimonopoli dengan budak Parkour. Seat tengah tu memang dah dikhaskan untuk budak Parkour je. Memang tak ada orang lain dah duduk beramai-ramai sampai 20 orang macam tu.
                Aha, Cik ‘Sophie’sticated dah berdiri bercekak pinggang. Dua-dua buat muka dono dengan barang larangan di tangan. Surfer dengan PSP Street. Pa’an dengan Headphone dan MP4. “Surfer, hari ni pemangsa tunjuk muka la…Selalu main serang hendap je..” Surfer sengih di balik PSP.
“Dia dah jumpa prey baru,mana nak main tag dengan kita lagi.”
“And why do I smell jealousy?” Surfer tersentak. Watak dalam Tekken dah kena serang bertubi-tubi macam hati dia yang dah kena serang dengan Pa’an punya kata-kata. Peasant! Pa’an baca minda aku.
Anak mata melirik pada Pa’an yang bibir masih bertampal senyum.
“Apa benda kau merepek ni?”
“Ya, aku yang silap cakap. Maafla…” Senyum tu yang tak boleh blah.
                “Oi! Ni memang sengaja cari fasal ke macam mana?” Kaichou menadah tangan meminta barang rampasan. “Kecoh la kaichou. Kita orang bukan kacau orang. Waktu rehat pun kan. Kalau ye nak merampas, rampas la handphone dulu eh?” Pa’an main kow tim dengan cik ketua pengawas. Heh?
Sophie angkat kening kiri. “Tu, kaichou.” Anak mata menunjuk pada figura yang tengah berjalan dari koridor akademik. Eric, tangan kanan masih memegang handphone.
“Pergilah serang. Jangan pilih kasih eh, kaichou.” Sengaja perkataan kaichou tu disebut ultra sinis.
                Budak-budak ni memang sengaja nak menggugat kreadibiliti aku. Nafas dilepas perlahan. “Eric, Phone.Bak sini..” Lelaki yang bernama Eric tu sekadar memandang dia semula dengan muka super simpati. Kaichou mengeluh lagi. “kau orang semua ni memang suka buat semak! Sekali lagi aku nampak kau orang dengan binatang ni semua, aku report je kat pengetua. Geram betul. Masing-masing nak tunjuk besar kepala.” Gadis itu melangkah pergi dengan aura amarah yang masih meluap-luap. Surfer, gadis tu dilirik dengan ekor mata.
“Dia tak sampai hati nak rampas barang budak baru tu.” Dia bicara di bawah sedar.
“Ho! Ketidakadilan berleluasa!” Pa’an menggeleng kepala. Haisyh, children nowadays.

Next Chapter.

                Tubuhnya disandarkan di tembok sebelah pagar sekolah. Menanti somebody someone yang kena diberi peringatan eksklusif dari penjenayah veteran. Lelaki tu memunculkan diri beberapa saat lepas dia angkat kepala dari PSP Street.
                “Oi!” Lelaki bermuka jambu tu menoleh padanya dengan muka penuh tanda tanya. Apakah?
“Aku ada benda sikit nak cakap dengan kau.” Surfer, bahu kanan Eric diraih dengan tangan kanan. “Fasal handphone aku ke? Adoi, semua orang ni kecoh betul la…” Surfer mengukir sengih manakala kaki tetap melangkah ke pondok dalam sekolah dekat-dekat dengan pagar.
“Kau nak warning aku ke?” Eric menyoal slumber. “Melampau la warning. Aku bukan pengawas ke apa. Aku pun bawa benda tech juga…”
“So?”
“Aku tak nak menghalang, tak nak juga jadi melampau. So, you better listen to her.”
“Heh, kau orang semua tak tahu cerita diam-diam sudah la...” Kata-kata Eric membuat kening tebalnya berkerut hampir bercantum.
“Aku bukan budak juvie yang suka suka hati nak bawa benda haram pergi sekolah. Tapi nak cerita lebih kat semua orang memang tak la aku. So, aku Cuma boleh bagi tahu kau yang aku ada reason. Dan benda ni takkan lama. Yang tu aku gerenti.” Panjang lebar Eric berbicara.
“Kalau kau tak cerita  , macam mana orang tu nak consider kes kau ni?”
“Yang tu aku pandai-pandai la handle sendiri. Tapi kau jangan risau, aku tak berminat dengan kaichou kau.” Lelaki tu bangkit berlalu. Surfer terdiam masih tersentak dengan tembakan peluru kata-kata Eric. Aku yang readable ke dia yang psycho?

Next Chapter.
                Sabtu. Sekolah cuti. Keliling sekolah nampak sunyi kecuali kawasan padang kawad dengan padang. Padang kawad penuh dengan budak-budak Anak Serigala. Padang sibuk dengan Team Red Jaguar. Sekurang-kurangnya itulah yang dapat dia bayangkan hari ni. Anak mata sempat melirik ke kiri kanan sebelum jalan raya tu dilintas. Terpaksa jalan kaki hari ni. Parents busy, driver kena rampas dengan adik dia, suruh hantar pergi mall. Girls stuff. Basikal, tayar pancit. Yeah, sudah jatuh ditimpa tangga huh? So, at the end of the day… kasut roda ni juga yang dia guna. Tak tahu la benda ni better dari berjalan kaki ke atau lagi teruk. Penat semacam je rasanya, tak sampai sekolah lagi ni. Baru separuh jalan dah extremely exhausted macam ni. Dia berhenti lagi, kali ni di jalan raya besar. Kereta masih berpusu-pusu mengejar lampu hijau sementara dia yang ber’kasut roda’ ni terpaksa menanti di garisan kuning pejalan kaki. ‘Maka…Apakah relevannya aku pakai kasut roda? Grr… Eh?’ Anak mata dikunci pada satu figura deka-dekat rumah teres yang hampir separuh siap. Kawasan bangunan rumah yang kena tinggal dengan pemaju sebab kos pembuatan tak mencukupi. Norm. Tapi, figure tu yang menarik perhatian. Niat nak pergi sekolah ditangguh sekejap, terus menghala ke rumah separuh siap tu.
               
                “Eric?” Dia bersuara perlahan, memandang pada batang-batang tubuh kecil yang sedang terbaring tidur dengan hanya berlapikkan sehelai cadar. Eric, lelaki tu nampak sangat terkejut. “Kau…” Suaranya ditahan-tahan, tak mahu mengejutkan adik-adiknya yang masih tidur. Pantas Eric membangunkan tubuhnya, menarik Surfian jauh dari tempat adik-adiknya. “Eric…aku…”
“Kau buat apa kat sini?” Muka Eric frust langsung. Surfer yang masih terkesima dengan apa yang dia nampak hanya mampu menggelengkan kepala. “Kau buat apa, Surfian?!”
“Aku…ternampak kau dari sana…Apahal ni…Eric?”
“Kau berambus la… kau tak payah masuk campur urusan aku.” Eric menolak hebat tubuh Surfer.
“Abang…” Serentak dua kepala menoleh ke arah punca suara. Adik perempuan Eric yang baru bangun, masih terpisat-pisat menggosok matanya. “Erika… pergi sana balik ye…Abang jumpa kawan sekejap.”
“Ni…kawan abang?” Erika, si kecil tu menghulur tangan kecilnya, ingin bersalaman dengan Surfer.
Hati rasa tersentuh, budak comel macam ni…kena tidur bergelimpangan macam tu… Tangan kecil Erika disambut. “Rika pergi sana dulu, tengok kalau Erry dah bangun ke belum ye?” Si kcil tu berlari ke tempatnya.
Eric mengeluh kecil. “Kau balik la Surfer…Aku kena jaga adik-adik aku hari ni…” Kaki sudah mula melangkah. “Eric…”
“Balik la…aku tak ada apa nak serve kau pun…Kita orang makan pun tak cukup.”
“Abang, marilah minum dulu…Tapi ada air ni je…” Erika datang lagi, dengan secawan air kosong.
Surfer…rasa nak menangis.

Next Chapter:

                “Syarikat tempat bapa aku buang pekerja. Ekonomi sekarang kan? You know, first come, first fired. So, kita orang pindah ke sini sebab papa cakap dia dapat offer kerja kat sini. Bila sampai sini… kerja tu dah kena offer dengan orang lain. Kita orang memang tak ada tempat. Buat masa ni kat sini la kita orang berteduh. Kalau hari sekolah, mama jaga dia orang, kalau hari cuti, mama pergi kerja kat kedai-kedai makan. Tengok-tengok kalau ada orang nak upah dia cuci pinggan ke apa. Papa, dah dapat cari kerja, tapi, gaji sangat sikit. Dapat hujung bulan pula. So, buat masa ni, memang depend sepenuhnya pada gaji mama yang dapat gaji hari. Aku ada terfikir juga nak tangguh sekolah, tapi parents aku tak bagi. Dah form 4 pun kan? Tahun depan SPM. Takkan nak main tangguh-tangguh pula. Rugi… tapi adik-adik aku pun…” Nafas dilepas perlahan. Surfer disisi hanya diam dari tadi. Tak mengganggu, tak mencelah. Hanya tertumpu pada adik-adik Eric yang tengah best bermain dengan kasut roda dia.
“Adik-adik aku pun kena masuk sekolah juga… Sejak pindah sini…Erika tak masuk sekolah lagi. Erry kecil lagi, tak kisah sangat la…” Surfer…air mata turun perlahan-lahan. Cepat-cepat dikesat dengan belakang tangan, tak mahu Eric perasan. Eric ketawa tiba-tiba. Dia melirik ke arah lelaki tu.
“Kau nangis ke? Buruk la wei…” Eric menolak tubuhnya perlahan. “Diam la…” Macho sikit, Surfer!
“So, you tell me now… kau buat apa kat sini?”
“Aku nak pergi sekolah… practice bola sepak, tak lama lagi nak tournament. Masa nak melintas kat sana tu…Aku nampak kau…kat…sini.”
Eric mengangguk perlahan. “Kau tak rasa kau dah lambat sangat ke sekarang ni?”
“Biarla…sehari ponteng, skill aku takkan hilang.”
“Bukan skill yang hilang, strategi tu kau tak tahu…”
“You speak too much huh?”
“Well, excuse me. I was born with it.”
“Abang…” Erry, si kecil tu memanggil.  “Erry…nak kasut macam ni…” Surfer melirik memandang Eric. Ada perubahan pada air mukanya. Finance problem sure is sick, yeah?
   
Next Chapter:
               
                Jam tangan dilirik dengan ekor mata. I’m sure too late… Uisyh, rasa malu nak tunjuk muka dah pukul 2 petang macam ni. “Oi…” Kepala menoleh refleks. Heykal dan Bahrain sudah bercekak pinggang di belakangnya. Apalagi? Senyum je la Surfer… “Banyak betul kerja kau eh? Pukul 2 baru nak datang?”
“Ouch.” Sarcastic enough…
“Explain.” Heykal, si captain tu bicara.
“Etto…macam mana nak cakap… Gome…Aku ada hal rumah tangga sikit.”
“Bukan hal rumah tangga kau selalu dengan Pa’an ke? Pelik je Pa’an kena tinggal sorang-sorang tadi.”
“Dia dah ada partner baru la tu. Tinggal aku macam tu je…Sob sob” Pa’an.
“Haisyh…children~” Heykal, hanya mampu menggeleng kepala.
               
                “Kau apahal lambat gila?” Pa’an duduk disisinya yang sedang menukar kasut. Surfer hanya diam.
“Erry…nak kasut macam ni…” Ayat si kecil tu asyik terngiang-ngiang di telinga.
“Oi…Aku cakap dengan kau ni…betul ke hal rumah tangga?”
Kepala dia menggeleng perlahan. Dosa tak kalau cerita kat Pa’an? Tapi…Eric tak suruh janji apa pun…
Dia mengeluh sendiri. “Surfer…kalau kau nak story, kau tahu nak cari aku kat mana…” Pa’an malas nak memaksa. Tengok Surfer macam berat je nak cerita.
Kasut roda? Untuk si kecil tu? Nak bagi kasut dia…besar sangat la pula… Duit…Tangan dipaksa masuk ke dalam beg sandang merah Body Glove tu. Dompet yang berjenama sama dikeluarkan. Spoiled!
Cuma tinggal dua keping duit merah, tiga keping duit hijau dengan beberapa sen. Setakat RM 35.70, nak beli kasut roda…memang kena halau la dari kedai tu. Tiba-tiba mata terpandangkan PSP. Fu~. Benda ni…nyawa kot… Jual kat e-bay boleh dapat berapa huh?

                “Kau nak termenung berapa lama lagi tu?” Dinzley dari jauh menjerit. Semua mata kini memandang dia. “Gomen ne! Comin’!”

Next Chapter:

                Ahad. Dia menjengah lagi ke tempat berteduh Eric. Erika dan Erry sudah tersenyum menyambut dia datang. Kali ni dia tak datang dengan tangan kosong. Adalah bawa makanan sikit buat mereka-mereka ni. “Susah-susah je…” Eric.
“Susah mende. Bukan aku yang buat. Beli je…”
“Beli tu lagi susah sebenarnya…” Eric tersenyum sendiri. Faham…
“Abang…nak pinjam tu lagi boleh?” Erry tersengih memandang dia, tangan kecilnya menunjuk pada kasut roda di kaki Surfer.
“Erry…” Si abang membantah.
“Sure…” Perlahan, kasut roda merah tu ditanggal. “Nanti abang belikan untuk Erry satu eh? Tapi kena janji. Erry kena belajar rajin-rajin dan jangan susahkan family. Okay?”
Dapat dia lihat anak mata si kecil tu bercahaya. Erry mengangguk laju. “Yay!!”
“Jangan janji dengan dia benda bukan-bukan boleh tak?” Eric.
“Ala…benda kecil, jangan risau la… lain kali aku datang aku bawa dia pergi cari kasut.”
Eric sekadar mendengus perlahan.

                PSP yang diletak dekat mudah.com tu…dah ada orang tanya tanya juga. Bibir tersenyum bila ada yang sudi menawarkan harga lebih tinggi. Lepas ni boleh bawa Erry pergi cari kasut. So…hasta la vista PSP.

Next Chapter:

                Anak matanya belari mengikut langkah lincah Surfer di atas padang bersama team Red Jaguar. Undeniable. He’s totally one of the hot guys in school yang nampak lengkap serba-serbi. Siap pandai cari duit sendiri guna minat online games dia tu. Tapi satu, yang bawa sampai sekolah apahal? Mati ke kalau benda tu tinggal kat rumah? Bibir tersenyum. Let’s play a game. The ‘Surfer’ Game. What if… Anak mata berlari lagi ke coach lane di tepi padang. Beg-beg budak-budak team Red Jaguar tu sepi tak berjaga. Maka…perlahan kepala menoleh ke padang, Surfer tengah ligat meredah angin menjengah gawang gol yang dijaga kemas oleh Julius. Kaki mebuat langkah pertama. Beg sandang merah Surfer dicari. There you are. Beg diseluk dengan sebelah tangan. Gotcha! PSP Street warna merah tu yang dicari.
                Anak mata melirik kejap ke padang dengan senyum sinis. Bila pengawas buat jenayah. Cepat-cepat dia berlalu bila barang larangan berjaya dirampas. Congrats, kaichou.

Next Chapter.

                Mata dah berair. Jantung berdetak makin laju. Mulut dia terkacip tak cakap apa. Habis dipunggah segala beg team Red Jaguar takut ada yang nak buat niaya. Tapi, ini dah kali yang ketiga. Muka masing-masing pun dah ketat je tengok barang kena godek sampai macam tu.
“Dah la tu… Dah dekat maghrib ni. Kita asar tak lagi…” Nafas dilepas perlahan. Betul la cakap si kapten. Dah dekat maghrib. Mata yang berair dikesat dengan belakang tangan. Barang-barang dikemas ala kadar sebelum kaki terus melangkah keluar dari kawasan sekolah. Tak cakap selamat tinggal ke apa dengan member dia pun. Pa’an pun kena tinggal macam tu je.

Next Chapter.

                Muka ketat betul macam jaguar. Orang nak menegur pun terbantut. Anak mata menangkap wajah cik Sophie yang tersengih depan pintu pagar. Apahal?
“Rasa macam ada kurang something la dekat kau. Oh ya… PSP kau mana?”
Perempuan ni memang nak makan kasut aku. Elok je seminggu tak basuh ni.
Anak mata merenung tajam si kaichou kecoh ala ala undertaker. Jelingan maut diserah barang sedas dua. Kau main main dengan aku. Langkah diatur terus meningglakan pagar sekolah. Kaichou tersengih di pinggir bibir. Biar dia rasa hidup reality ni sikit. Kalau tak asyik tersangkut dalam dunia khayalan je.

 Next Chapter:

                “Oi!” Eric menjerit memanggil dia dari jauh. Dia mengeluh sendiri. Kaki berhenti melangkah. Dah seminggu cuba mengelak dari Eric ni…tapi… hari ni, rasanya memang kena bagi tahu perkara sebenar. Apa dah jadi dengan PSP dia segala benda tu. “Kau apahal macam jauhkan diri dari aku je…Malu nak kawan dengan aku ke?” Straight to the point sungguh lelaki ni. Terkezut mak!
“Apa benda kau merepek ni…” Perlahan dia bersuara.
“PSP kau hilang, kan? And kau bercita-cita nak gadai PSP kau untuk beli kasut Erry kan?”
Duh… “Siapa cerita ni?”
“Kau ingat aku bodoh ke? Kalau dah seminggu muka ketat macam tu, PSP kau pun entah ke mana, kau ingat aku tak boleh agak ke?”
“Urusai…(Bisingnya)” Muka frust.
“Baka…”
“Gome… aku lari sebab aku malu, aku tak dapat tunaikan janji aku kat Erry…”
“Dia dah lupa pun… mula-mula tu memangla tunggu tunggu kau datang, tapi dah seminggu ni…”
“Gome…”
“Mondai nai…”
“Tapi… aku ada cara lain nak tolong kau sebenarnya… tapi, benda ni memang kena minta tolong dengan budak Parkour.”
“Tu yang aku malas nak cerita tu…” Kaki dah mula melangkah pergi.
“For an exchange… kau boleh join team Red Jaguar. Sorry, aku search pasal kau sikit. Erika cakap kau striker kat sekolah lama kau…”
“Erika, mulut bising la…semua nak cerita…”
“So…”
“Urusai…” Kaki terus melangkah, meninggalkan Surfer yang tersenyum sendiri.

Next Chapter:

                Jiwa dia tak tenteram sejak dengar perbualan Eric-Surfer pagi tadi. Fasal…kasut roda? Memang dia tak tahu pucuk pangkal cerita tapi… part gadai PSP untuk beli kasut roda tu…it sure touching enough.
Tapi, nak memulangkan PSP Street ni lepas seminggu… pada tuan punya tu… Argh!! Macam mana ni?
Itu…dilema Kaichou, Cik Sophie.

                Maka… Pagi yang mendung tu seolah-olah membawa khabar buruk. Tak tahu nak teruskan niat memulangkan binatang PSP ni atau tak… Kaki melangkah perlahan ke kelas lelaki tu. Fu~.
Meja lelaki tu didekati, dengan Surfer yang sibuk dengan kerja sekolah tak siapnya. Heh, biasalah…
Perlahan, PSP Street berwarna merah tu diletak di atas meja.
Demi ternampakkan harta paling berharga tu, refleks dia angkat kepala. Kaichou tengah menggigil.
“Kau ke?!” Muka Sophie rasa macam nak ditumbuk dengan tangan kiri. Penumbuk sulung tu.
Pa’an disisi sempat menarik kolar bajunya, kalau tidak, melayang dah penumbuk tu.
“Aku…”
“Blah!” Hilang sudah dia punya gaya bersahaja.
“Surfer…” Dia memanggil lagi. Pa’an menggeleng perlahan. Anak mata Pa’an seolah-olah memberitahu supaya dia pergi dengan segera. Cepat-cepat dia berlalu sebelum Surfer naik gila.

Next Chapter:

                Senyum tersungging di bibir.  “Erry!” Kaki melangkah ala-ala kanak-kanak main lompat lompat. “Abang Surfer!!” Erika dan Erry sama-sama berlari menerpa ke arah dia. Dramatik sungguh.
“Erry, jom kita cari kasut…” “Huh?” Eric pun kini dah menerpa ke arah dia.
“Surfer…tak payah la…”
“Urusai…aku pinjam adik kau kejap. Jom Erry…”
“Erika nak ikut…”
“Tak payah la Erika…”
“Kau pun ikut sekali…” Tangan Eric ditarik.
“Baju aku buruk! Kasi aku tukar dulu!”
“Muka handsome, baju apa pun tak kisah…” Slumber dia bicara.

                “Warna apa nak?”
“Hm…abang…apa kata kita tak payah beli kasut?” “Eh?”
“Erry nak makan KFC. Dulu selalu makan KFC, tapi sekarang dah tak makan…”
Surfer, wajah diraup sekali. Nak nangis lagi… “Tak apa, kita beli ni, lepas tu kita makan KFC, yeah?”
“Surfer…”
“Kau diam…hari ni aku abang dia orang.”
“Haisyh…”
Erry menggeleng lagi. Huh?
“Kita beli beg sekolah kak Erika ye?”
“Huh?” Wajah Eric dipandang. Erika dah masuk sekolah? Matanya bertanya.
Eric mengangguk. “Papa dapat gaji semalam. Terus daftar Erika masuk sekolah. Minggu depan dia masuk. Barang lain dah beli, beg je tak ada. Mama suruh pakai beg aku je.”
Ya Allah…Astaghfirullah… Beristighfar terus dia. Speechless.

Next Chapter:

                Hampir sebulan. Surfer tanpa PSP. Eric tanpa HTC. Cuma Pa’an yang masih dengan headphone dan MP4. Tapi, bukan tu yang mengganggu konsentrasi dia… Gaya Surfer yang tak menegur tak memandang tu pun buat hati rasa sedih gila tahap gajah naik beca!
Dan kali ni… tak boleh berdiam diri lagi. Hari ni spot check mengejut. Pa’an aim dia.

“Ala…kaichou, kita kow tim sikit eh? Boleh la… kali ni je…” Pa’an, dari dulu ‘kali ni’ je…
“Well, boleh… tapi here’s the thing. Just tell me what happened to those freaking guyfriends of yours.”
“Meaning?”
“Where the shell are their techs?”
“Gee…benda baik pun nak bising…”
“Just tell me already!”
“Hush! Surfer, gadai PSP untuk Eric. Eric ada family finance problem. So…yeah.”
“So…yeah? Apahal?”
“Tak boleh cerita lebih la kaichou…”
“Then aku pulang MP4 je, headphone aku ambil…”
“Sophie!”
“Yeah, that’s better… now… tell me…”
“Adoi, semak betul la!”
Hikayat tu pun bermula balik.

Next Chapter:
                Game apa kau nak main dengan aku ni Surfer? Kau marah aku untuk PSP yang kau nak gadai? Adil ke? Kekunci mouse tu discroll sampai bawah. Comments untuk pembelian PSP tu dibaca satu persatu. Mencari bagai nak rak… maka…
                “Hello, may I talk to Mr. Lim please? It’s you? Yeah, can I meet you somewhere around town? I need to talk to you about the PSP that you just bought last month.”

                Tangan bercekak pinggang menanti tiupan wisel dari pengadil. Tendangan penalti yang dah diamanahkan untuk dia takkan disia-siakan. Ini first time untuk dia dalam Team Red Jaguar. Anak mata melirik perlahan pada Surfer yang berdiri di hujung padang. Surfer mengangguk tanda acknowledgement. Wisel ditiup dan… Bibir Heykal mengukir sengih. Tak sia-sia ambil dia masuk. As expected from the former of USJ Striker. Smooth je bola dia mencelah gawang gol pihak sana.
It sure the best scene ever, right?

                Sunset. Rata-rata pasukan lain dah balik. Cuma tinggal team dia yang masih meraih kemenangan untuk tournament kali ni. Tapi rasanya cukup-cukup la tu kan? Asar tak lagi…maghrib pun dah dekat ni…
“Dah la guys, esok kita sambung celebration kat Dunkin’ Donuts, yeah?”
“Yeah!”
Masing-masing mencapai beg sekali dengan beg kasut. Dan Surfer… beg merah tu dicapai. Eh?
Macam ternampak bayang PSP Street nyawa dia tu. Shesh! Bayangan betul! Tapi… just to make sure, it’ll be no harm, right?
Tangan diseluk sedalam mungkin. Figure PSP Street dapat dirasa dengan tangan. No way!
Tangan ditarik keluar sekali dengan figure yang disentuh tu.
PSP Street warna merah yang memang milik dia. Siapakah yang berhati mulia sangat ni?

Next Chapter:

                Surfian The Surfer muncul semula. Style dia dengan PSP Street tu la yang dia rindu sangat tu.
“Derp, berapa kali nak cakap? Perlu ke aku repeat aloud kat kau banyak kali?” Posisi berubah, kali ni dia  berpeluk tubuh. Terasa aura gelap. “Boleh je kalau sanggup.” Mata kembali menghala ke PSP. Nampak dari ekor mata, kaichou tengah menggeleng kepala.
“So, nak aku guna cara kasar ke atau kau nak bagi aku dengan hati rela?”
Heh, hati rela? Tak dapatla…
“Catch me if you can la, kaichou.” Gaya Surfer kembali bersahaja. Kaki mula melangkah perlahan.
“jangan sampai aku dapat kau la Surfer.”
Surfer? Dia panggil aku Surfer?
 “Tak payah nak act rapat sangat la, kaichou.”
 “Well, aku memang gini…” Langkah dilajukan.
“Ha… ‘Sophie’sticated huh?”
“Ha, nama aku kan memang Nur Imani ‘Sophie’sticated Binti Ilhan.” Slumber dia membalas.
Surfer tergelak perlahan. Kaichou ni merepek je.
“Kau sure tak sampai hati nak rampas benda ni dari aku kan?”
“Try me…Surfer…”
“I will. Anyway…domo arigatou, Kaichou. Ja! See ya around.”
“Game apa kau nak main dengan aku ni, Surfer?”
“The ‘Surfer’ Game.”

                                                                                                                                                               Ikhlas, Juann Fitri
-Not A True Story-
*But it'll sure happen somewhere on the street, yeah?*
                                                                                                                                

Friday, July 5, 2013

Enchanted

Reminder: Salamullahialaikum readers, this ain't a cool story. It's just a speech with a simple song.



There I was again tonight
Forcing laughter faking smile
Same all tired lonely place

Nafas ditarik dalam-dalam memandang buku-buku rujukan untuk coarse Bussiness Admissions. Fu…masak.Otak tak boleh nak terima lagi semua benda ni. Selama dia belajar, tak pernah bersungguh macam ni… tapi bila dah kena paksa rela masuk Bussiness oleh ibu ayah dia…buat juga la… Dia pun bukan katogeri bijaksana mana… Yang termampu, dia buat la… cuma kalau nama dah paksa…hm… semua benda buat rasa palsu belaka. Fake!

Walls of insincerity
Shifting eyes and vacancy
Vanished when I saw your face

Kaki melangkah perlahan melewati bangunan-bangunan besar di dalam university tu. Hala tujunya satu, Fakulti Bussiness Admission And Accountancy. Dalam perjalanan tu perasan juga la ada beberapa mata wanita yang memandang dia. Fu…bangga kejap. Heh, muka dia not bad la kata orang, cuma masuk bab academic, bagi dia, dia memang failed. Tapi zaman sekarang, kalau kerja tak bagus, nak makan apa der? Hidup nak senang, bersusah-susah dulu la jawabnya.
Kini anak mata terpandangkan seorang gadis. Eh…Jantung berdegup laju, macam yang dia pernah alami waktu sekolah rendah dulu. The one and only girl yang buat jantung rasa nak meletup. Sabrina. Gadis tu pun mengunci matanya pada dia. Perlahan gadis tu mengukir senyum. Sabrina…kenal aku ke? Hati main soal-soal dengan minda.

“Hey… student sini ke?” Gadis tu menyoal dengan senyum yang masih tak berubah dari dulu. Lesung pipit kanan tu la yang buat dia gila bayang sejak darjah tiga dulu… Haha, puppy love sungguh. Dia mengangguk awkward. “Ambil coarse apa?”
“Bussiness…awak student sini juga?”
Gadis tu pula yang mengangguk.
“Coarse apa?”
“Ha…Medicine.”
“As expected from Sabrina Jeffri la kan?” Dia balas bersahaja. Gadis ni dari dulu memang macam ni. Bijaksana, aktif…I just can’t find any weakness in her.
“Eh…tak ada la… I do have my ups and downs in life you know…Anyway, I got class to attend. See you around.”
“Er…Sabrina?”
“Jyeah?” Gadis tu menoleh dengan kening terangkat tinggi.
“I just wanna ask if you know my name…coz I’m just the bad ass back in school…and not popular at all… so?”
“Heh, I was the prefect. I do wrote your name a few times in my discipline book. Ja, later, Haniff”
Jiwa rasa terbang ke langit. Sedap betul dia sebut nama aku tu. Ha… I’m still in love with her huh? Not puppy love huh? 

All I can say is it was enchanting to meet you.

Memori berputar pada waktu zaman sekolah rendah dulu. Kalau nak ikutkan dia dengan Sabrina kenal dah lama, dari waktu tadika lagi. Cuma waktu tu, kecil lagi, hidup tadika pun main je kerjanya. Mana ada feeling meleweh-leweh ni…Tapi entah bila dia pun tak pasti…Tak pasti bila hati ni mula nak main suka-suka orang ni. Yang dia tahu masa tu darjah tiga… kat library. And the worst part is…dia tak tahu pun kalau Sabrina sedar dia orang satu tadika sama-sama. Haisyh…

Your eyes whispered “Have we met?”
Across the room your silhouette
Starts to make its way to me

People know him as the gangster. The bad ass. Yang malunya, bila kawan-kawan rapat dia tahu dalam hati ada taman untuk si pengawas musuh tradisi budak-budak macam dia orang. Tapi…Sabrina, pengawas macho. Dia layan semua orang sama, layan dia orang macam kawan je. Sebab tu dia orang respect pada gadis nan satu ni.

Anak mata melirik pada pintu masuk perpustakaan, menggamit setiap langkah gadis tu. Buku tatabahasa yang terbuka depan mata tak dipandang langsung dah. Heh, tu la agaknya…tempat dia di kelas paling belakang sementara gadis tu top 5 student sekolah.

Gulp. Saliva yang ditelan rasa tersekat dikerongkong. Gadis tu menuju ke arah dia. Nak senyum ke buat dono? Gadis tu ambil tempat di meja hadapan dia. Sabrina…rajin, dia? Hm…kalau cikgu tak suruh masuk library, jangan harap nak jejak kaki!

Mata bertentang mata. Gadis tu menelengkan kepala ke kiri. Comelnya! Hm…stay composed, Haniff. Stay composed. Mana gangster tunjuk gaya macam tu pula… Anak mata gadis tu ditentang balik. Nampak tanda soal dalam anak mata gadis tu. “Kita kenal ke?” Gadis tu seolah-olah bertanya dengan telepati. Ceh…gaya aku faham! Tatabahasa pun tak lepas tau nak main body language konon. Tak dapat la…

The playful conversation starts
Counter all your quick remarks
Like passing notes in secrecy

Darjah lima. Spot check. Peluh dingin menitik di dahi. Habis la…mati la… Rata-rata student berdiri di tapak perhimpunan sementara para pengawas bekerjasama dengan guru-guru buat spot check satu sekolah. Dia salah satu pelajar tu dah rasa macam cacing kena bakar. Tak senang duduk, tak senang berdiri. Diari dalam beg tu…apalah nasib dia?

Shoot.Me.Now. Semua orang dah tahu. Gosip liar fasal dia sukakan Sabrina dah tersebar satu sekolah. Malunya! Tak tahu dah macam mana nak berdepan dengan gadis tu. Tiap-tiap kali nak bertembung je, dia tukar hala tuju. Tak sanggup nak berdepan dengan gadis tu. Dan bila dah nak akhir darjah enam baru sedar. Dia buat macam tu, lagi la Sabrina sure yang dia sukakan gadis tu. Pergh…otak tak centre langsung, padanlah pun UPSR 4B 1C je…

And it was enchanting to meet you
All I can say is I was enchanted to meet you.

Dan kini, kat university ni… bertembung balik dengan first love…Senyum tertarik di pinggir bibir. Dah sepuluh tahun berlalu huh? Tak sedar pun… Nafas ditarik dalam-dalam. Kiranya dah dekat sepuluh tahun la dia pendam perasaan kan? Sebab lepas Sabrina rasanya dia tak pernah suka sesiapa lagi. Walaupun sekolah menangah tak sama, tapi dia orang ada juga bertembung kat tempat tusyen sama-sama. Habis sekolah menengah tu la yang tak tahu apa benda.
            Tapi, jumpa kat sini…heh, memang tak rugi masuk university walaupun ambil Bussiness je…

Tapi, Haniff…Sabrina tu…tak ada sesiapa ke dalam hidup dia? Bijak pandai cantik awesome macam tu…tak ada siapa ke yang berkenan dengan dia selain dari kau? Duh! Terlupa sekejap dunia ni bukan dia dengan Sabrina je yang duduk.

Speak of the devil. Sabrina muncul dalam library tu dengan seorang lagi temannya. Lelaki. Damn it. Baru mention, dah muncul? Seriously? Sabrina nampak happy. Senyum tu nampak ikhlas sangat. Lelaki tu pun… nampak padan je dengan dia. Dua-dua doctor huh?
Untunglah awak…

Please don’t be in love with someone else
Please don’t have somebody waiting on you.

Perut berkeroncong. Sedar sedar dah berdiri depan kaunter McDonald. Spicy Chicken Mc Duluxe menjadi santapan dia jam 1 pagi ni.    Heh, no offense… siapa kata budak Bussiness tak stay up? Account yang macam Die hard 4 punya style tu siapa nak buat kalau dia tak berjaga malam. Assignments bertimbun pula, due date minggu depan pula. Adoi…

Dia duduk menikmati makanannya sebelum ada yang mengambil tempat di meja yang sama.
“Mind if I sit here? Tak ada orang kan?” Sabrina?
Dia menggeleng. Mempersilakan gadis tu duduk.
“Watcha doing here?”
“Makan, obviously.Takkan nak buat surgery?” Dia ketawa lepas. Ada pula perempuan ni.
“Stay up?” Dia menyoal gadis tu.
“Hm. Tiba-tiba lapar. Drive je la pergi sini. Paling dekat pun kan?”
“Selalu girls buat drive thru je…”
“Tak boleh la duduk bilik tu lama-lama. Semak otak…Lagi tengok roommate dah berlayar dengan mimpi indah dia.”
“Kes cemburu la ni?”
“Mesti.”

This night is sparkling don’t you let it go
I’m wonderstruck blushing all the way home
I’ll spend forever wondering if you knew
I was enchanted to meet you

“Er…Sabrina, boyfriend you tak marah ke you duduk dengan I ni? Nanti kalau dia tahu kang…”
“Huh? I thought you are my boyfriend.”
“Huh?”
“I thought you like me…Hm…things changed huh? Haisyh…I should find another man la jawabnya…”
“Sabrina…”
“Ten years passed. Too fast, right?”
“Eh…yang dekat…”
“Duh!” Gadis tu mendengus perlahan bila anak matanya melirik pada handphone di atas meja.
“Sorry dude, gotta go now. My friend nak ambil dia punya notes balik.” Gadis tu bangkit meninggalkan dia sendiri.
Tanpa sedar, kepala mengangguk membenarkan pemergian gadis itu. Setiap langkah gadis itu diperhati. Bibir menguntum senyum. Memang tak sangka akan jumpa kat sini, waktu macam ni. Tapi… yang fasal ‘I thought you like me’ dengan ‘I thought you are my boyfriend’ tu apahal?

The lingering question kept me up
2 A.M who do you love?
I wondered ‘til I’m wide awake
Now I’m pacing back and forth wishing you were at my door
I’d opened up and you would say
“Hey, it was enchanting to meet you,
All I know is I was enchanted to meet you”

Jam 2 pagi. Mata tak boleh nak lelap memikirkan perihal dan kata-kata gadis tu. Tak pasti Sabrina cuma main-main atau pun serius. Nada dia macam joking, tapi air muka dia nampak serius. Haisyh! Tubuh dibangkitkan dari katil. Tak boleh jadi…
Langkah di atur ke almari, kotak yang menyimpan segala khazanah tu ditarik keluar, digodek sini sana sampai dia jumpa apa yang dicari. Diari yang langsung tak pernah disentuh lepas kejadian darjah 5 tu. Berhabuk dah…
Dibuka helaian demi helaian. Part depan-depan tu dia skip je. Benda merepek je yang dia tulis conteng kat situ. Helaian seterusnya ni la yang rasa menyesal je tulis dulu. Tapi ni la nama dia memori…ye tak?
Eh?
Biar benar?
Bila masa aku koyak?
Pelipisnya digaru perlahan. Helaian-helaian yang ditulis mengenai perasaan dia terhadap Sabrina tu…dah tak ada. Dah kena koyak. Ingatan diputar sejenak. Mengingat bila masanya dia koyakkan helaian-helaian tu. Rasanya memang tak ada. Seingat dia, lepas kes hari tu, diari ni memang dicampak terus masuk kotak ni. Tak keluar-keluar dah lepas tu. Pelik.
Saliva ditelan perlahan. Mak jumpa ke? Mak yang koyak ke?
Ah…malas nak fikir la.

Rush Hour. Tu la… yang tidur lambat sangat tu kenapa? Kan dah menggelebah macam ni. Macam tak tahu hari Khamis kelas memang pagi-pagi buta. Melantak lagi tidur bagai tak mahu. Memang dah lambat setengah jam ni. Berlari sakan dia di koridor menuju ke dewan kuliah tu sebelum tubuhnya merempuh seseorang. Berterabur segala harta benda mangsa kejadian tu. Spoiled. Nak tolong atau tak payah? Dia dah berura-ura nak melangkah pergi, tapi tubuh pula bertindak luar kotak fikiran. Refleks dia menunduk, membantu mangsa tu mengutip segala kertas yang terjatuh tu. Dan…

Kertas garis satu yang dilipat dua tu…macam familiar. Empat helai semuanya. Dikutip sehelai demi sehelai. Shoot! Memang tulisan dia. Memang kertas dari diari tu. Kepala menoleh kepada mangsa kejadian yang sudah siap berdiri kaku. Sabrina…
Riak gadis tu berubah terus, dari tenang tak berkocak seperti selalunya kepada merah padam. Dia bangkit berhadapan dengan gadis itu. Sabrina menunduk malu. Entah kenapa…wajah dia pula yang terasa panas. Aku blushing ke? Adoi…kaki terus melangkah pergi. Tak mahu Sabrina nampak dia blushing macam tu. Jatuh saham oi!

This is me praying that
This was the very first page
Not where the story lines end
My thought will echo your name
Until I see you again
These are the words I held back
As I was leaving too soon
I was enchanted to meet you.

Hampir tiga hari…tak nampak Sabrina. Memang dia mengaku, salah dia sebab main pergi je hari tu. Haniff, kau memang spoiled! Tapak tangan buat palm face. Waktu ni la dia terlihat kelibat Sabrina dengan lelaki di library hari tu. Hati macam luluh.

Dinner ala-ala prom night. Hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Sut yang ditempah khas tu disarung ke tubuh. Heh, segak sungguh aku hari ni. Rambut disisir rapi, neck tie diperkemas. Nafas dilepas perlahan sebelum kaki melangkah keluar dari bilik menuju ke Hotel Palace Of The Golden Horses, tempat dinner tu diadakan. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, figura Sabrina muncul dihadapannya. Cantik betul dia hari ni. Dress labuh berwarna hitam dengan jacket turquoise tu memang padan dengan warna kulit dia. Perhaps, she’s gonna be The Prom Queen tonight. And The Prom King…semestinya bukan dia.
'Cause no one ever looked so good
In a dress and it hurts
'Cause I know you won't be mine tonight.
No one ever makes me feel
like you do when you smile.
Baby, tell me how to make it right?


Tangan kiri menutup mulut. Menahan kuap yang dari tadi makin menjadi-jadi rasanya. Jam di dinner hall tu dilirik barang dua tiga kali. Dah pukul 1 pagi. Mata dah mengantuk sangat ni. Balik la…
This night is flawless don’t you let it go
I’m wonderstruck dancing ‘round all alone
I’ll spend forever wondering if you know
I was enchanted to meet you.

Dia berjalan keluar sendiri, mula menjauhkan diri dari hingar majlis makan malam tu. Bulan mengambang malam ni. Bintang pun berlambakan di angkasa. Ewah, kau apahal berpunjangga malam-malam?
“Haniff.” Kepala menoleh. Sabrina, the prom queen.
Bibir mengukir senyum nipis. Cantiknya la…
“Yeah?”
“Do you mad at me?”
“Why?”
“The papers?”
“Tak la…why do you keep it anyway?”
Gadis tu mengangkat bahu. Tak ada sebab,mungkin.
“You like him?”
Huh? “Come again?”
“That guy, yang tadi datang dengan you. Do you like him?”
“Impossible…he’s my uncle…yeah, we’re about same age. But still, he’s my uncle.”
Jaw dropped.
“Terkejut huh? Yeah…semua orang macam tu.”
Speechless.
“I’m sorry. I took that without permission. And I just wanna know if you mad. But you’re not…so…yeah. Sorry again. I’ll just get in. Bye.”
“Sabrina.”
Gadis tu menoleh.
“Please don’t be in love with someone else. And please, don’t have somebody waiting on you. I know it’s saying too much. But please do wait for me. Maybe, for the next two years. Habis degree I’m gonna find a job, I’ll grow money and I’ll propose to you later. And I won’t accept no for the answer. No matter what, you have to wait for me. Bye…” Malunya! Dia tak menoleh lagi ke belakang dah. Aim dia, nak habiskan degree with flying colors, find a real good job and propose to her in a proper way. So…till then. Ja.

                                                Ikhlas:
Juann Fitri
A true story.
A true experience.
Dedicated to A.I, the moments back in  *uknowwhere*
“Yes, I’ll wait.”

Thursday, May 30, 2013

.:.EDISI KHAS:JETLAGGED (IN THE MAKING).:.

Bismillahirrahmanirrahim~
Salam,

Tiba-tiba semalam… dapat idea nak berkongsi cerita di belakang tabir short story Jetlagged: A Musical Couple Story. Heh, serius cakap cerita ni memang terlalu banyak draf sampai lastnya langsung tak diguna pakai walaupun ada certain babak dalam draft tu yang diambil guna pakai. So ini first draf dia…

Tajuk: The Headphone.

Nina:

                Kaki bersilang sementara dia duduk di bench kosong yang terletak tak jauh dari kawasan lapang. Mata meliar memandang keliling. Waktu-waktu bosan macam ni, memang itulah kerja dia. Nak-nak lagi baru lepas habis PMR ni kan. Dah dua tiga hari duduk melangut macam tu, pandang sana sini. Mengintai ragam manusia. Nak buat benda lain memang tak la… Nina. Itu nama dia.
                Dan hari ini… figura lelaki dengan headphone tu muncul lagi, seperti hari-hari sebelumnya, dua tiga hari sebelumnya. Itulah yang dia cari sebenarnya. Lelaki dengan headphone purple dan box gitar hitam yang digendong di belakang badan. Slumber berjalan melintas kawasan lapang terus menghilang ke laluan subway. Entah ke mana, tak pula dia selidik ke apa. Satu benda, lelaki tu interesting. Rare species.

#
                Tahun baru bermula, sekolah bermula. SMK Cyberjaya, tanah tumpah ilmu barunya selepas berpindah dari Persint 17. Bakal menyambung sekolah menengah tinggi dalam aliran sains di sini. 4 Alpha, kaki melangkah masuk. Rata-rata pelajar menjadikan dia tumpuan. Biasalah muka baru. Dia buat tak ambil peduli, terus duduk mana-mana seat kosong. Senyap membisu tak berkata apa pun. Mata meliar seperti selalu, memandang mana-mana manusia yang boleh dijadikan teman dan dia terhenti pada pintu kelas. Lelaki tu! Mamat headphone purple tu. Kemas je dia dengan baju sekolah siap tuck-in, kemeja long sleeves disenseng dua tiga lipatan, tie yang sengaja dilurut sedikit, memberi ruang untuk bernafas. Lelaki itu berjalan melepasi dia dan terus duduk dua seat dibelakang dia. Bersalaman dengan deskmate yang rasanya macam dah kenal lama.
“Awesome…” Dia berbisik sendiri. Dengan style lelaki tu rasanya dia dah jatuh suka. Heh, bukan apa… sebab interest sama kot. Sama-sama minat music. Rasanya kita boleh get along better?

***

Pa’an:

                Tangan bersalaman dengan teman di sebelah. Surfer, best friend forever, the master of games yang simpan banyak rahsia dia. Dan dia pun banyak simpan rahsia fasal Surfer. Bak kata orang, untuk kita-kita je. Orang lain tak perlu tahu.
“Ramai muka aku tak familiar…” Pa’an bicara senafas. MP4 yang diseludup dalam poket seluar ditarik keluar. Lagu yang berdentum di telinga berubah nada.
“Budak kelas kita ramai yang pindah…” Surfer membalas dengan mata masih tertancap pada PSP.
“Hari ni ada latihan ke?”
“Meeting je kot kejap. Coach nak buat pemilihan baru kata Heykal…”
“Kau nak ubah posisi ke tahun ni?”
“Aku dah biasa dengan left wing tu… kau?”
“Aku dah biasa dengan kau…”
Surfer tersengih di balik Tekken 3. Pa’an main manja-manja pula dia.
Mata beralih pada Pa’an yang masih leka dengan MP4, kemudian terus ke serata kelas. Pandangan gadis tu buat diri rasa tergugat. Apahal pandang sampai macam tu? Straight ke arah seorang budak perempuan yang duduk dua baris di depan Pa’an. Nampak yang gadis tu cuba control air muka dia bila kena tangkap mengusha Pa’an sekejap tadi. Terus tunduk memandang ke depan tak bergerak-gerak lagi.
“Aku rasa kau ada crush…” Surfer bicara perlahan. Betul-betul di telinga kiri Pa’an.

“Apa?” Headphone dilurut ke leher. Bijak sangat aku tengah mendengar lagu Titanium sampai habis volume, kau boleh pula nak main bisik-bisik dengan aku.
“Tak ada apa…Nanti-nanti kita cerita. Kelas dah nak mula… sorok la binatang tu kalau ye pun.” Surfer, PSP dibawa masuk ke bawah meja. Terus duduk tegak memandang ke depan. Kadang sekejap-sekejap mata dia ada mencuri pandang gadis tu. Membayangkan gadis tu dengan Pa’an, heh buat dia rasa nak gelak pun ada. Lagi-lagi memikirkan Pa’an ada girlfriend nanti. Awesome.
Pa’an, muka pelik tak boleh nak control lagi. Curious tu tak payah cerita la. Pandangan ditala pada Surfer yang tenang memandang ke depan. Surfer, memang macam ni…Headphone dibawa ke bawah meja. Style yang sama macam Surfer. Tu yang orang dok kata dia orang kembar tak seiras, macam belangkas.

***

Nina:

                Mata sengaja mencuri pandang pada lelaki dengan headphone purple tu. Saat kepala menoleh ke belakang…Damn! Refleks dia berpaling semula ke depan. Si deskmate mamat tu tengah straight pandang dia pula. Spoiled! Memang lepas tu tak memandang langsung ke belakang dah. Dan alang-alang guru kelas pun dah masuk, niat nak mengusha tu terkubur macam tu je.
                Proses memperkenalkan diri pun bermula.
“Nama Fariz Farhan. Panggil Pa’an. Student sini sejak form 1.I’m a music addict.”
Heh, nama tu lah yang dia tunggu sejak dulu. Lepas je lelaki ni sebut nama dia, nama orang lain dia dah tak dengar dah. Nampak tak, parahnya…
                Kepala mengangguk dua tiga kali. So, nama dia Pa’an.The music addict ey? What a nice shot.
Patutlah pun, dengan headphone dia. Dengan guitar dia. Rare species.
                Waktu yang ditunggu-tunggu oleh rata-rata pelajar pun menjelang tiba. Makan time! Dan dia yang terhegeh-hegeh mencari dompet dalam beg tu dah tersekat dengan segerombolan manusia entah datang dari mana tiba-tiba je menyerang kelas dia, terus menuju ke tempat pujaan hatinya tu.
“Dude! Asal kau dah gemuk?!” Seorang lelaki dengan tie yang sengaja dilurut menampar bahu Pa’an.
“Julius Caesar! Lama tak jumpa.” Sengih lelaki tadi mati. Julius Caesar. Perlu ke?
“Red Jaguar, petang ni?” Seorang lelaki lain bicara memandang teman-temannya dengan kening kiri yang sengaja diangkat tinggi. Nampak ada gaya kepimpinan pada riak wajahnya.
“Boleh je…” Pa’an membetulkan letak headphone. Sengaja dipakai pada sebelah kiri je. Sebelah kanan diletak belakang telinga. “Surfer?”
“Boleh kot. Petang ni rasanya aku tak ada apa.”
Tak ada apa. Fahamlah kalau Surfer cakap macam tu. Battle Of Gamers. Dan lelaki ni dah kaut berapa banyak ribu ringgit dah dalam pertandingan online game macam tu. Tak terkira dah pakai jari. Awesome.
“Julius?”
“Kau tanya aku ke?” Rambut sengaja disebak ke belakang. Gaya poyo habis.
“Poyo betul la~” Dan gamatlah sekejap kelas tu. Nina menggeleng perlahan. Ramainya umat berkawan dengan dia. Tengok tadi adalah dekat 20 orang berkumpul. Dah macam angkatan tentera pun ada. Tapi masing-masing punya lah hot.
Kaki melangkah keluar dari kelas. Perut dah bunyi macam dying whale.
 ***
Pa’an:

                Surfer, mata melirik pada gadis tu. Entah dia sengaja melambat-lambatkan pergerakan atau memang di adilahirkan sebegitu rupa, dia sendiri tak pasti. Tapi, memang sangat ketara gadis tu cuma pandang Pa’an. Bibir yang terasa nak sengih ditahan. Peminat Pa’an eh? At the first sight? Seriously? Aku tak sangka pula love in the first sight tu betul wujud.
“Guys, makan jom. Aku dah lapar gila!”
“Aku macam biasalah bro…” Gad angkat tangan minta diri awal-awal. Nak berjumpa dengan kekasih hati. “Orait.Jumpa nanti.” Bahrain angkat tangan. Gad-Gina, partner yang masuk je rasanya. Muka lebih kurang je. Kalau kata Gad tu abang Gina pun orang percaya.
Langkah masing-masing kini menghala ke cafĂ©. Pa’an, bahu ditarik Surfer tiba-tiba.
“Awatnya?”
“Kau ada crush.”Straight to the point je mamat ni.
“Huh?” Muka pelik. Zero.
“Tak ada apa la…” Tangan Surfer diseluk ke dalam poket kiri. PSP ditarik keluar.
“Apahal kau Surfer?” Tiba-tiba je kata aku ada crush. Siapalah yang minat aku ni der? Selalu orang kata aku pelik je tak adanya nak main jatuh suka ke apa.


#             Gitar birunya ditarik ke riba. Perlahan string dipetik mengikut alunan melodi yang bergema dalam headphone. Rolling In The Deep versi Vazquez Sound dah masuk part Gustavo main drum. Petikan gitar masuk mengiringi suara Angie yang menjadi penyumbang vocal dalam iramanya.  Suasana senang di keliling tasik tu memang sangat sesuai untuk orang seni macam dia. Cewah, seninya la aku. Buku Biologi yang terbuka di bab Gaseous Exchange dibiar sepi tak bersentuh lepas nampak buku musicnya. Take 5 kata orang. Tapi ni rasanya dah lebih lima minit ni Pa’an. Buku music diselak barang dua tiga helai. Bila dia jumpa je page yang dia nak tu dia berhenti. String berubah melodi. Dari mood warming up lagu Rolling in The Deep ke lagu ni.

Under the same sky, at different places
Because you and I are dangerous
I am leaving you
One letter difference from ‘us’
It’s cowardly but I’m hiding because I’m not good enough
Cruel breakup is like the end of the road of love
No words can comfort me
Perhaps my lifetime’s last melodrama
Now its final curtain is coming down
I was born and I met you
And I have loved you to death
My cold heart that has been dyed blue
Even with my eyes closed, I can’t feel you

“Awesome…” Petikan gitar terhenti. Refleks terus dia bangkit memandang manusia yang mencuri dengar karya dia. Gadis tu dicerlung sehabis mungkin. Dari atas ke bawah.
Dapat dia lihat gadis tu menggigil. Takut dengan tenungan dia mungkin.
“So…rry…”.
“Sejak bila kau ada kat sini?” Suaranya kedengaran dingin.
“Baru je…baru je masa awak main lagu tu.” Gadis tu menunduk, dah tak sanggup nak membalas pandangan dia. Rasa nak gelak pun ada. Muka dia macam familiar, macam tak. Blah la, karang menangis pula budak ni. Tak fasal-fasal je. Gitar birunya digrab sekali dengan segala barang-barangnya. Sorry la awak yang berkenaan, saya memang tak pandai cakap dengan perempuan.
*** 
Nina:

                Pa’an, lelaki tu main pergi je macam tu. Dia…marah ke? Duh,spoiled. Scene dah best dah kalau nak buat drama sebabak pun. Dengan lagu tadi tu. Heh, aku yang berangan terlebih. Tempat Pa’an tadi diambil. Duduk dengan kaki dilipat ke badan. Mengerekot macam tu. Uisyh, melampau sangat gaya ni Nina. Posisi diubah. Duduk bersila menghadap tasik yang dah mula dipanah cahaya matahari terbenam.
“Betul ke dia marah?” Jejak lelaki itu dipandang semula. Walaupun bayangnya dah tak ada, aura lelaki tu masih terasa. Aura gelap. Dia marah ke?
 ***
Pa’an:

                Kaki melangkah masuk ke kelas. Dan macam biasa, setiap langkahnya diiringi dengan detak music dari speaker headphone. Langkah perlahan tiba-tiba bila dia terlihat figura gadis tu. Gadis tu memandang dia dengan muka pathetic.
La, classmate aku rupanya budak ni. Gadis yang dia jumpa semalam. Di port dia di tepi tasik tu.
Gadis tu sekadar menunduk lepas terlihat kelibat dia. Langkah diteruskan ke tempatnya.
“Kau dah kenapa?” Surfer menyoal dia sebaik saja dia duduk.
“Asal?”
“Tenung budak tu macam apa je.”
“Oh, semalam…”
“La, budak tu ke? Classmate sendiri tak kenal ke? Duduk dua baris je kot depan kau…”
“Haisyh…aku memang gini, memang susah nak ingat orang kan?”
Surfer menyengih. Bila secret admire tak jadi secret lagi…
“Aku takut dia rasa bersalah je dengan aku semalam. Ingat aku marah…” Pa’an bicara senafas, antara dengar dengan tidak.
“Pergilah tegur…”
“Hm, memang tak la kalau aku nak menegur pun.”
“Haisyh…children~” Surfer menggeleng perlahan sebelum kembali ke screen PSP.


                Dalam draf yang ni, cerita ni banyak melibatkan Surfer, member baik Pa’an… tapi bila baca balik, asal macam tak kena… kenapa banyak Surfer pula? Tak faham… maka dibega semula… Tapi… idea lain datang mencurah. This is the second draf,

Tajuk: The Guitar, The Music And The Headphone.

Tubuh disandarkan pada batang pokok yang menghadap tasik tu. Tempat melepak kedua dia selepas markas garaj rumah Heykal. Kat sini… tenang sikit. Nak mencari ilham buat kerja pun senang. Headphone purple yang tersangkut di leher dibawa ke telinga. Di balik speaker, Rolling In The Deep versi Vazquez Sounds dah masuk babak si Gustavo bermain drum solo.
            Gitar biru di sisi dicapai. Sengaja memetik mengikut alun lagu tu dengan suara Angie jadi penderma vocal untuk melodi dia.

“We could’ve had it all, rolling in the deep,
You have my heart inside of your head,
And you play it to beat…”
           
            Petikan gitar mati, headphone dilurut balik ke telinga. Tu bukan suara Angie. Siapa pula mengganggu port aku ni. Dia bangkit berdiri. Memandang keliling. Tak ada apa. Gitar diambil semula. Dipetik dengan nada lagu yang sama. Sambungan dari part tadi.

“Baby, I have no story to be told,
But I’ve heard the one of you, I’m gonna make your head burn,
Think of me and the death of your despair, makin’ a home down there as mine sure won’t be…” Nyanyian gadis tu terhenti. Kasut yang berada betul-betul dihadapannya kini ditenung tanpa suara. Perlahan kepala mendongak sebelum matanya bertentang dengan mata beliau.

            Beliau, Pa’an The Music Addict, The Defender of The Red Jaguar. Saliva yang nak ditelan terasa tersekat di kerongkong. Pantas gadis tu bangun menghadap dia.
Pa’an, gadis tu ditenung dalam-dalam. Macam familiar, macam tak.
“Hai…” Gadis tu memecah suasana sunyi.
Pa’an diam tak membalas. “Er…sorry…saya nyanyi kuat sangat ke? Sorry…”
“Sejak bila kau ada kat sini?”
Er…itu, macam mana nak cakap. Sejak saya tahu awak selalu lepak sini? Heh…nampak sangat stalker…Nina…kau buat apa ni?
“Dah lama… Saya selalu buat kerja kat sini.”
“Kiranya dah lama juga lah kau tahu aku ada kat sini?”
Angguk. Kepala menunduk. Duh…dia nak marah ke?
“Aku main best tak?” Huh?
Pa’an duduk dengan gitar di riba. “B..Best…saya suka.”
Sengih terukir di bibir lelaki tu. Pa’an bukan sombong. Dia friendly.
Gadis tu duduk di port dia tadi. “Anyway… nama aku Pa’an. Aku budak SMK Cyberjaya. Kau?”
Erk…dia tak kenal aku.
“Saya Nina…SMK Cyberjaya, duduk dua baris je depan awak.”
Kening Pa’an terangkat tinggi.
“La…ye ke? Tak perasan pula…Sorry la aku memang gini. Susah nak ingat orang…”
Tak dinafikan la. Sekolah baru je buka. Gadis tu pun baru je pindah sebab ambil aliran Sains di SMK Cyberjaya.
“Tak apa.” Nina tersenyum.
“Nina right? Suara kau not bad…” Heh, dia puji.
Gadis tu tersipu malu sendiri. “Hm…nanti bila-bila…” Perbualan ternganggu dek bunyi ringtone Pa’an. Right Round_Florida bergema kuat. “Sorry…” Dia bangkit menjarakkan diri dengan gadis tu.
Dari jauh, Nina dapat lihat pelbagai eksperesi Pa’an. Haih… dia comel betul.
“Sorry Nina. I’ve gotta go. Ada latihan.”
“Bola sepak?”
Langkah Pa’an terhenti. Gadis tu dipandang. Angguk sekali.Senyum sekali. Pergi.

            Ha…yang ni pula bila baca balik, perwatakan Pa’an langsung tak macam yang aku imagine…pelik je tengok Pa’an friendly…pelik je tengok Pa’an style macam tu… Pa’an yang aku kenal, tak macam tu… dia susah nak ngam dengan orang, Cuma dengan certain-certain orang je dia boleh masuk. Contohnya…*cough… aku….*cough. Heh… Tapi, Pa’an kalau dah ngam dengan orang… memang havoc… Tu yang specialnya Pa’an.

Ini third draf… yang langsung pelik, buruk benor! Memang rasa bukan penulisan aku je… Awkward.

Tajuk: Tentang Pa’an

Introductory:

                Farha Amanina, menetap di New York sejak kecil. Kini terpaksa berpindah pulang ke Malaysia disebabkan kerjaya keluarganya. Sementelahan dia di Bradford, dia telah bergiat aktif dalam bidang muzik. Turut menyertai sebuah band bergelar ATC dan telah membuat cover dalam beberapa buah lagu. Boleh kata dia ni one of the youtubers back in Bradford la… Tapi dia orang ni bukan famous sangat macam Sam Tsui ke Dave Days ke… band biasa-biasa yang saja-saja melibatkan diri sebab minat. Cover lagu pun tak banyak. Memang dia tak expect la orang kenal dia…tapi…

Now:
Nina:

You take a deep breath and you walk through the door,
It’s the morning of your very first day.
                Perlahan kaki dia melangkah masuk ke kelas yang hingar macam pasar malam tu. Hari pertama masuk sekolah di Malaysia lepas bertahun-tahun tinggal di Bradford. Of coarse, lessons, cara semua lain. Dan sekarang dia di tingkatan empat tanpa tahu apa syllabus yang patut dia belajar di sini. Langkah diteruskan melewati beberapa buah meja sebelum dia mendapati ada meja ksosng di bahagian kiri kelas. Okaylah, tak belakang sangat, tak depan sangat. Sebelah tingkap lagi, breeze je gitu. 
                Beg sandang dilurutkan ke kerusi, meja yang jarak-jarak tu memudahkan dia meninjau sekeliling. Dah style Jepun punya kelas je dengan jarak satu meja satu meja macam ni. Pandangan mata terpaku pada lelaki dengan headphone purple di kepala tu. Yang berdiri di luar kelasnya tu. Lelaki tu pandang dia penuh taksub dan takjub. Apahal? Pandangan di tala semula ke muka meja. Scary nya la…

Pa’an:

                Anak mata tak lepas pandang pada figura gadis yang baru masuk kelas 4 Archimedes tadi. Itu…Vokalis ATC…Farha Amanina. Mulut terbuka terlopong macam apa, teringat ATC pernah mention fasal vokalis dia orang lately. Dia orang ada mention dalam the latest video bulan lepas… yang vocalist dia orang akan berpindah. Dan…depan mata dia ni…
                Pa’an, si music addict yang pakar dalam segala bidang dalam music. Alat muzik slumber je dia main, dah gaya Kurt Schneider si youtuber tu pun ada. Walaupun Pa’an tak buat cover tapi dia memang sangat-sangat addicted dengan muzik. Mana-mana band yang orang tak pernah kenal pun dia tahu. Termasuklah ATC. No wonder la… headphone purple tu takkan pernah lekang dari kepala dia kecuali time belajar.
                “Surfer…” Surfer, sahabat baik sehidup semati yang macam belangkas berbeza minat tu menjawab tanpa mengangkat kepala dari PSP. Ni spesies lain, ni Master Of Games punya genetic.
“Hmm…”
“Kau ingat aku pernah mention fasal ATC?”
“Youtuber Band tu?”
“Ha…” “So?”
“Farha…tu…” Kening Surfer terangkat tinggi. Tahula kau minat gila dengan budak perempuan tu tapi tak payah la macam gila bayang macam ni… Kepala menoleh memandang Pa’an dengan persoalan tu bermain di mindanya. “Tu…” Pa’an tangan menunjuk pada gadis baru yang duduk di tepi tingkap tu. Surfer menunduk ke depan sikit, nak menangkap wajah gadis tu. Si~…
Betul la…
“Kan?” Pa’an menyoal. “Kau nak jadi fanboying ke apa ni?”
“Over la…” “Kau bukan boleh percaya…” Surfer kembali pada skrin PSP, pada game Tekken 3 yang diberhentikan sekejap tadi.
 ***
Nina:

                Duduk dilabuhkan di bench depan tasik buatan kelab pencinta alam tu. Cantik je tempat ni dengan suasana hijau walaupun artificial. Sandwich yang dibeli di kafe sekejap tadi ditarik keluar dari plastic bag. Biasalah, hari first rehat seorang diri macam ni. Perkara normal… Dah agak pun. Dia dah la jenis yang tak banyak bercakap, garang pula… Adoi. Spoiled.
                Saat dia tengah best je melayan panorama, air kotak Ice Lemon Tea tu muncul tergawang-gawang depan mata. Eh?
“Hai, seorang je ke? By the way, nama Fariz Farhan, panggil Pa’an je. Kelas 4 Bernoulli. Sains Perakaunan (Sains +Akaun). Awak vokalis ATC kan? Nina kan? Awesome…”
Mata dia membulat. Shesh! Lelaki ni kenal aku ke? ATC tu famous ke? Aku rasa tak je… Siap panggil Nina lagi. Suka hati je, Weh, kita bukan kenal sangat la…
“Saya follow juga perkembangan kau orang dekat you tube. Awak dah ada kat sini, ATC tukar vokalis ke? Atau bubar terus je? Rugi juga macam tu…sebab rasanya…”
“Oi, Pa’an…” Satu suara lain menjengah babak. Surfer berdiri dua tapak dari tempat kejadian, berdiri dengan tangan kanan di poket yang sebelah lagi dengan PSP.
“Aisyh…kacau la, aku baru nak interview…”
“Dah lambat ni…”
“Ye la… Okay la… Nina, saya pergi dulu… nanti karang-karang kita borak lagi. Again, the name is Pa’an. 4 Bernoulli. So call me maybe?”
“Huh?”
“Haha…tak ada apala… Da~”
Kepala menggeleng di bawah pengaruh sedar. Banyak cakapnya la… Mata merenung ke bench tempat Pa’an duduk tadi. Ice Lemon Tea terbiar macam tu je.  Untuk aku ke?
 ***
Pa’an:

                Surfer tak berhenti gelak lagi dari tadi. “Weh dah la…”
“Kata tak nak fanboying, tapi nampak sangat la weh… Poyo betul. Kata over la segala… Kau memang la…”
“I was tempted! Bukannya aku nak, kaki aku entah kenapa tiba-tiba pergi situ pula…”
“Law of Attraction…” “Pheromone…”
Surfer menggangguk setuju. “Kau je boleh keluarkan hormone macam tu…”
“Kau, kalau kau jumpa the right one nanti kau tahu la…”
Kening Surfer terangkat dengan sengih sinis. “Tu the right one for you la tu?”
“Maybe…” Surfer menggeleng kepala perlahan. Kalau dah angau tu…
Yang si Pa’an tak habis lagi buka cerita fasal Nina tadi. Adoi… Kalau boleh macam nak bagi tahu satu dunia je dia jumpa dengan youtuber. Batak betul!
“Surfer…” “Hmm…”
“Aku suka dia…” “Tahu…” Ya, cuma Surfian the Surfer je yang tahu kenapa Pa’an suka sangat dengar ATC. Dia fall in love dengan vokalis group tu. Vokalis yang slumber je dengan selendang dia menyanyi dalam youtube dengan band mat saleh dia. Yang tak peduli pun orang bercakap hal religion yang bercanggah dalam band dia. Asal dia tahu, urusan dengan Allah dia tak lupa, menyanyi dengan band tu letak nombor dua. Awesome.
“Aku…kalau boleh nak berkawan dengan dia…” “Pergilah try…”
“Boleh ke? Kalau dia reject aku macam mana? Nampak sangat kot aku obsess tadi…”
Surfer tergelak perlahan. “Pandai-pandaila… aku tak nak campur…”
Pa’an, meja digendang beberapa kali. Menyusun strategi mungkin? Entah… Pa’an otak bukan boleh baca.
Some things gotta get loud,
Coz I’m dying just to make you see,
That I need you here with me now,
Coz you’ve got that one thing.
 ***
Nina:

                Lelaki tu datang lagi kali ni. Waktu dia tengah berborak best je dengan kawan baru. “Hi, Nina…sihat? Er…nah.” Cd yang terletak dalam casing tanpa muka tu dipandang penuh tanda tanya. Apakah? “Saya harap awak dengar nanti.” Headphone yang terletak dilehernya diraih semula ke kepala, kemudian dia terus berlalu. Nina,teman barunya dipandang dengan ekor mata. Gadis yang dikenali dengan nama Najla tu sekadar merenung penuh minat.
“Kau kenal dia ke?” Najla bersuara menyoal.
Kepala menggeleng. “Epic betul. Selama aku kenal dia sejak form 1 dia tak pernah buat macam ni…”
Najla memberi komen. “Kau kenal rapat ke dengan dia?”
“Tak pun…Pa’an tu budak Bernoulli. Dia tu agak famous juga dekat area-area sini. Budak Muzik Band la katakan. Dan dia tu paling dikenali dengan headphone purple dengan gitar biru dia. Selalu juga nampak dia melepak kat tasik taman depan sana. Tapi… yang aku tahu Pa’an tu senyap je orangnya. Tu yang epic sikit bila dia buat gini.” Dia mengangguk perlahan. Interesting enough, I guess.

                Kepala disandarkan di kepala katil. Poster yang ditampal di belakang pintu tu hanya ditenung. Poster ATC yang dibuat 3 tahun lepas. Masa tu baru je nak upload cover kat you tube. Cody la punya angkara. Tiba-tiba dragged je dia dengan mates yang lain pergi photoshoot. Fu…
What’s past is past.

                Oh… beg sandangnya ditarik dari atas kerusi meja study. Cd tanpa cover tu dibolak-balikkan casenya. Perlahan dibuka. Ada kertas kecil terletak di atas cd kuning tu. For You from Pa’an.
Please do listen and soul.
Kening berkerut penuh tanda tanya. Dia bangkit menuju ke stereo, cd kuning dipasang, dibiar berlagu dengan nada perlahan. Takut mengganggu orang lain dalam rumah tu.

You know I’ve always got your back girl
So let me be the one you can running to, running to, running to
I say this cause it’s matter of fact girl,
You just call my name and I’ll be coming through, coming through, I’ll get coming through
On the other side of the world
It don’t matter I’ll be there in two, I’ll be there in two, I’ll be there in two

I still feel it every time
It’s just something I’ve to do
Now ask me why I want to

It’s everything about you, you, you
Everything that you do, do, do
From the way that we touch baby
To the way that you kiss on me
It’s everything about you, you, you
The way you make it feel new, new, new
Like everybody, it’s just us too
And there’s nothing I could point to
It’s everything about you, you, you
Everything about you, you, you
Everything that you do, do, do
It’s everything about you…

Yes I like the way you smile with your eyes
Other guys see you but they realize it’s my, my, my loving
There’s something about your laugh that it makes me want to have to
There’s nothing funny so we laughing, no-nothing,nothing

Every minute it’s like a lasso
Let’s just take it real slow
Forget about the clock, that’s tick-tick-ticking
I still feel it every time
It’s just something that you do
Now ask me why I want to


                Bibir menguntum senyum. Suara dia not bad. But…what’s with this lovey dovey stuff?
 ***
Pa’an:
               
                Tubuh disandarkan pada pintu kelas 4 Archimedes tu. Mata memandang kiri kana mencari gadis tu. Karang sekejap-sekejap mata beralih pada MP4 dia, menukar lagu yang berkumandang di corong speaker headphone. Bunyi tapak kasut tu menarik perhatian, membuatkan dia angkat kepala serta merta dari skrin MP4. Senyum terukir tanpa paksa.
“Dah dengar? Maafla…suara saya tak sedap sangat. Tak lawan la dengan awak.”
“Pa’an, nama awak Pa’an kan?”
“Saya…”
Cd dikeluarkan dari beg. Diserah semula pada lelaki tu. Pa’an angkat kening kiri. “Kenapa pulang balik?”
“Dah dengar… pulang la balik.”
“So, what do you think?” Soalan diaju tanpa peduli fasal cd yang masih dipegang gadis tu.
“Okay. Your voice is not bad…But the lyrics…I don’t get it. What’s all that?”
Nafas ditarik dalam-dalam. Memandang gadis itu. “I like you.”
Anak mata gadis tu membulat besar. Heh?
“Saya faham, yang saya baru je kenal awak. Tapi… saya memang dah suka awak sejak awak muncul dalam youtube tu lagi…”
“Awak tak kenal saya pun.” Suara gadis tu naik satu oktaf.
“Memang saya tahu tu, tapi maybe awak boleh bagi saya peluang?”
“Peluang apa? Saya tak kenal awak pun.”
Gadis tu terus berlalu macam tu je. Macam tu je dude!

***
                      
                Cerita ni langsung tak logic… (Heh, walaupun cerita aku semua tak logic) Tapi ni melampau sangat rasanya… Adoi… Nonsense…. Rasanya time ni terjebak dengan member yang minat dengar cover parody segala tu… Sampai diri ni terjebak jatuh suka dengan Kurt Schneider… Hehe… Buruk betul perangai… *geleng-geleng.
                Anyway… itu la antara cerita di balik pembikinan Jetlagged. Dan sekarang cita-citanya nak buat cerita fasal Surfer…. Tapi… Idea memang tak keluar langsung, fasal gamer kan? Kita nak cerita apa pun… *empty mind… le sigh.