Saturday, February 2, 2013

GAD & GINA




Dari penceritaan Heykal, tentang Gad.

            Gad, seorang yang misteri. Dia ni cool je, bercakap pun tak banyak. Tapi, sense of humor tu takkan lari la. Sebelum dia dengan Parkour 21, dia lagi senyap. Nampak gaya macam sombong, tapi dia tak. Sebenarnya dia tak. Cuma dia banyak simpan rahsia fasal diri sendiri. Sampailah satu hari tu semua terungkai. Tapi tak semua tahu. Cuma geng Parkour dengan orang-orang yang sangat rapat dengan kami je. Kisah Gad dan Gina, memang komplikated. Jadi, aku cadangkan sesiapa yang nak dengar, buka minda, buka mata, buka telinga.

Kisah bermula:

            Gadis tu duduk termanggu di anak tangga, tersorok dari pandangan semua orang, memang tempat strategik la bagi budak-budak sekolah nak berdating pun. Heh, macam biasa, waktu rehat macam ni, dia akan tunggu Gad. Gad senior tua setahun je dari dia. Bekal makanan yang memang disediakan khas untuk mereka berdua dipegang tak letak tepi. Takut kalau Gad datang dari atas atau sesiapa je, nanti tersepak pula.

            “Gina.” Suara husky lelaki tu sayup je kedengaran di telinga. Dia angkat wajah dari bekal makanan. Tersenyum kepada Gad. Lelaki yang dia tunggu sejak 10 minit yang lepas.
“Lama dah tunggu?” Gad, lelaki yang tinggi lampai tu duduk jarak dua anak tangga dari dia. Tak boleh rapat sangat. Bahaya.
            “10 minit. Lamanya… kau buat apa ha?” Slumber gadis tu menuturkan. Yeah, aku-kau, memang tu gelaran yang digunakan pun. Tak ada sayang-abang, papa-mama segala. Geli…katanyalah…
            “Macam biasalah…Kau macam tak tahu hari Rabu aku ada apa sebelum rehat.”
Yeah, additional mathematics yang Gad pantang sungguh. Kalau ikut hati nak je drop benda tu. Tapi nama pun budak LK, tak ada add math, nak pergi mana?
            Bekal makanan diserah satu pada lelaki pujaannya tu. “Gad…aku tak dapat datang tengok kau main basket ball hari ni…” Suapan Gad terhenti.
“Asal? Kau ada hal ke?”
“Aku kena balik cepat, bapa aku balik rumah hari ni…”
Angguk. Tak nak soal banyak. Sebab dia tahu maksud Gina.

            Gina, kalau tengok sekali, mungkin orang akan kata dia tak ada masalah, dengan rupa paras cantik gitu, akademik cemerlang, sukan pun dia sapu. Tapi kisah dalam family dia, cuma Gad yang tahu serba-serbi. Ibu Gina isteri kedua bapanya. Heh, itupun dia baru tahu tahun lepas. Patutlah selama ni bapa dia jarang ada di rumah. Dulu bila ditanya, mama akan jawab papa busy dengan kerja. Tapi, bila umur makin meningkat, dia faham. Lagi kukuh bila dia ternampak bapa dia dengan perempuan lain yang agak berusia dari mama dia dalam mall. Dan semua tu diceritakan pada Gad.

            “Weh, Gina…”
“Hm?” “Tak payahla buat muka sedih macam tu… tak best la kau…”
“Aku memang tak best. Kau je yang nak kat aku…”
“Haha~ siapa suruh kau terima?”
“Kau paksa…”
“Ye la… aku jelah yang terhegeh-hegeh, orang tu tak nak pun kat aku…” Gad pura-pura merajuk.
“Haha~ main touching-touching pula. Tumbuk kang…” Gina tersenyum. Nampak comel je dia.
Gad sengih, memang niat nak buat Gina senyum. “Kan cantik kalau senyum macam tu…”
“Heh… dah la… I should go now…aku ada Geografi lepas ni…”
“Yelah, budak nak PMR kan? Buatlah betul-betul…”

***


            Gad, tubuh disandarkan pada dinding hall. Tengok teammates lain yang tengah usaha betul-betul nak menjaringkan gol. Botol air yang berada di sisinya diambil. Diteguk sekali sampai habis. Letih.
“Eh?” Dia bangkit, memandang ke bleachers. Gina tengah menongkat dagu pandang dia, siap kening terangkat lagi.
“Kata nak balik awal?” Lantang dia menyoal. Menarik perhatian beberapa pemain. Tapi scene macam tu dah biasa dah. Gina memang selalu datang sini tengok Gad berlatih.
“Tak jadi. Papa tak jadi balik. Entah, ada hal kot.” Hal dengan isteri pertama dia kot…
Langkah diatur turun ke court. Di mana Gad tengah berdiri.
Bola berwarna oren tu diambil dari luar court terus dibaling pada Gad yang masih dalam mode break.
Gad, layan je la… Bola dibam berkali-kali, dengan niat nak shoot pada jaring yang disediakan di luar court. Gina, yang masih dengan baju kurung sekolah sibuk nak merampas bola dari tangan Gad. Gad, si captain basket ball, memang tak dapat la nak dilawan pun. Tambah lagi dengan ketinggian yang beza dekat 20 cm tu…
“Gad… aku rasa family aku semak…”
“Apahal cakap macam tu pula?” Dalam berebut bola tu, sempat mereka berbual.
“Aku sakit hati dengan papa. Suka bagi harapan palsu macam tu. Tahu tak , Risa dengan Afif dah exited sangat.Dekat family pertama papa tu pun, aku sakit hati. Mesti dia orang tak kasi papa selalu jenguk kami. ”
Bola berhenti dibam. Gina berjaya merampas. Shoot terus ke jaring, tapi gagal.
“Ala… factor ketinggian memang bagi impak besar ke dalam basket ball, hm?” Dia menoleh, menyoal lelaki tu. Gad tersengih cuma.
“Kau pendek ke tinggi ke aku tetap sayang kau, jangan risau…”
“Heh…jawapan tak ada kena mengena la~…”
Bola diambil semula. Cuba dishoot lagi. Bola dirampas tiba-tiba. Tang tang tu juga Gad tunjuk skill slam dunk dia.
“Heh, betul la ketinggian bagi impak besar.” Gina dah bunyi depressed.
“Haha, ala, come on la… nanti aku belanja kau Tutti Frutti okay?”
“Balik ni?” Gina tersengih. Heh, memang macam kanak-kanak riang. Ribena sungguh~.
Gad, sekadar mengangguk.

***

            Kaki melangkah masuk ke mall. Hala tuju satu je, nak pergi premis Tutti Frutti yang terletak di wing selatan. Pukul 5 petang macam ni… agak ramai juga orang. Ye la…office hours baru je habis. “Eh…”
Gad menoleh memandang gadis tu yang berhenti tiba-tiba. “Tu papa… dengan auntie yang aku nampak hari tu. Isteri pertama papa…”
Gad memandang ke tempat yang dinyatakan.
            Gina melepaskan keluhan berat. “Jomlah balik…tak ada selera la pula nak makan ais krim.” Berat kaki gadis tu melangkah keluar semula dari mall. Gad, masih tak berganjak.
“Gad?” Lelaki tu cuma menunduk .
“Oi Gad…”
“Kau balik dulu la… aku ada hal sikit. Aku nak beli barang. Test pad aku dah habis.” Dia bicara tanpa menoleh. “La… tak nak aku teman?”
“Tak payah. Kau mesti tak selesa kan ada kat sini?”
Gina angkat kening kiri. Tapi betul la… memang tak selesa.
“Bai.” Gad terus menghilang di balik sesak orang ramai macam tu.


            Tangga tempat biasa. Gina duduk memandang jam tangan. Ish rehat dah nak habis ni. Mana Gad? Dia bangkit sekadar meninjau koridor kalau-kalau ada kelibat lelaki tu. Bekal dia pun tak sentuh lagi tapi… perut dah berkeroncong. Cacing dalam perut dah rasa nyanyi lagu metal rock je minta di isi. Makan dulu lah kot?
Bekal dibuka. Itadaikimasu!

            Dia berdiri di tempat biasa. Di bleachers tempat dia selalu tengok Gad main. Hm… Gad ada je kat situ tapi air muka dia keruh betul. Marah dengan aku ke?
Break. Dia berlari anak mendapatkan Gad yang sibuk mencari air. Botol Spritzer dihulur.
“Kenapa kau tak datang rehat tadi. Lamanya aku tunggu. Kalau tak dapat datang bagi la tahu.”
“Kan aku dah cakap kalau hari Rabu memang macam tu…” Gadis tu langsung tak dipandang.
“Gad. Kau marah aku ke?” Gina berhadapan dengannya. Gadis tu nampak terkejut.
“Dahi kau kenapa? Bibir kau kenapa? Kau gaduh ke?”
Dahi lelaki tu yang nampak sangat kesan bengkak, siap bibir kiri yang membiru.
“Biasalah main basket.”
“Mana biasa! Ni luar biasa ni… tak tuam ke?”
“Kau balik la…”
Huh? Gad suruh dia balik?
“Apa semua ni? Dulu suruh aku datang hari-hari sekarang suruh aku balik pula?”
“Sekarang tak payah datang lagi. Jangan datang.”
“Gad!”
“Kita sampai sini je. Kita putus.”
Air mata berlinang.
“Kenapa semua orang tak sayang aku? Kenapa semua orang treat aku macam ni? Dah la family aku macam tu, aku ingat boleh bergantung pada kau. Rupanya kau pun sama je.”
“Boleh kau boleh bergantung pada aku tapi bukan macam dulu.”
“Maksud kau kawan ke? Tak tahu ke orang yang janji nak berkawan lepas berpisah akan jadi strangers je?”
Gad buat gaya tak peduli. Dia terus berkejar masuk semula ke gelanggang. Dan bila Gad dah ada dalam gelanggang. Benda luar dia dah tak ingat. Dia dalam dunia dia sendiri.

***


            Gad, bibir yang kebiruan dipandang tenung. Garaj tempat lepak bersama Parkour 21 masih sunyi. Cuma ada Heykal, Bahrain dan Chad. Yang lain entah ke mana lesapnya.
“Gad…”
“Hmm…”
“Bibir kau kenapa? Takkan main basket sampai macam tu?”
Nafas berat dilepas. “Aku dah clash dengan Gina.”
“WHAT?! Apahal? Tiba-tiba je?”
“Serabut…semak…”
“Fasal dia asyik mengadu je ke? Bukan ke kau kata kau okay je nak dengar pun?”
“Dia bukan sayang aku sangat pun. Aku ni macam tempat luah perasaan dia je…”
“Dia sayang je kot dengan kau. Sanggup bawa bekal, sanggup tunggu sampai habis latihan.”
“Dia tunggu sebab nak cerita fasal diri dia…”
“Tapi kenapa tiba-tiba? Semalam kau orang baru keluar berdua kan?”
“Hm…entah…aku rasa semak…tiba-tiba.”
Heykal datang mendekati. “Kalau kau nak spill…”
“Tak nak…” Sungguh aku tak nak.

***
           
            Gad. Kaki teragak-agak nak masuk rumah. Perasaan sekarang? Semak. Takut. Bibir yang kebiruan tu masih terasa lagi sakitnya semalam. Bila dia tanya soalan tu pada ayah. Ibu terkejut sangat. Ibu naik suara. Ayah naik angin. Dia tambah lagi api. Persoalkan itu ini. Dan inilah bahananya. Kena tampar semalam tak semena-mena, tergolek pula kena laci meja tu. Awesome.

            “Gad…” Suara tu macam familiar sangat. Kepala menoleh. Gina.
“Kau buat apa sini?” Suara naik lagi tinggi.
“Aku cuma nak minta maaf kalau aku ada buat salah. Aku faham kalau kau nak berpisah. Tapi bagi aku penjelasan. Mungkin ke sebab aku selalu spill pada kau sampai kau rasa tak selesa dengan aku?”
“Hm.”
“Kau rasa aku menyusahkan kau?”
Jemari lelaki tu tergenggam kuat. “Aku tak rasa yang kau suka aku pun. Aku yang terhegeh-hegeh kan?”
“Kau silap. Aku sayang kau sama macam kau sayang aku.”
“Aku dah tak suka kau. Rasanya kau pun patut dah tak suka aku kan?”
“Kenapa tiba-tiba?”
“Sebab bapa kau tu bapa aku! Perempuan yang kita jumpa kat mall semalam tu yang kau cakap isteri pertama bapa kau tu, mak aku. Faham tak?! Kita ni adik-beradik faham tak?!”
Air mata keluar juga.Pedihnya bila kena bibir tu.
Gina diam tersentak speechless langsung. Ni betul-betul macam drama melayu.
“Apa benda kau cakap ni?!”
Gina berlari kecil meninggalkan scene. Heh, betul drama melayu.

***

            “Kau boleh bergantung pada aku, tapi bukan macam dulu…” Ayat tu terus menghantui dia. Kat mana-mana pun dia pergi. Gad tu boyfriend dia, sekarang abang dia. Patutla…
“Tudung tu… pakai bawah sikit la. Tutup dada. Tak elok pakai macam tu. Macam apa je.”
“Kau ni, makan ikut waktu tak boleh ke?”
“Dah solat belum?”
“Mak kau sihat?”
Semua kata-kata Gad, memang macam seorang abang. Baru perasan. Patutlah dia sangat over-protective lagi-lagi bab-bab pergaulan. Kalau naik bas, kalau bas penuh. Gad yang akan cover dia. Dan jarak dia orang agak jauh. Nampak Gad sangat berusaha keras untuk protect dia. Yeah, baru perasan Gad akan selalu jadi pendengar setia bila-bila masa pun. Lelaki tu memang matang.  Dia dah ada rasa tanggungjawab sejak azali lagi pada Gina. Naluri ke’abang’an ke? Heh? Ada ke ayat macam tu? Gina, otak dah tak centre.
Malam pekat gelap macam ni, hanya beberapa lampu kalimantang je yang terbuka.  
“Kat sini rupanya kau.” Gad muncul di kawasan bleachers.
“Serabut semua orang cari kau. Ayah risau betul.”
“Heh, risau? Dulu buat macam tu tak pernah fikir. Padan muka, biar dia rasa.”
“Tak baik cakap macam tu, bapa kau juga…”
“Bapa kau juga…” Sinis dia membalas.
“Mak aku terkejut sangat. Dia macam tak boleh terima hakikat. Aku pun.”
“Aku lagi la…”
“So… lepas ni kita tak boleh macam dulu.”
“Semak.” Air mata keluar lagi. Macam manalah semua ni boleh jadi?

***

            “Heh, dia pergi sekolah asrama? Penang?” Heykal menyoal Gad. Ya, buat masa ni hanya Heykal yang tahu cerita penuh. “Hm… PMR dia kan awesome…”
Heykal, melepas keluhan berat.
“Sabarlah dude…cepat-cepat cari pengganti.”
“heh, ingat senang ke?”
“Shiha kan ada?”
“Jangan seru nama dia…” Heykal sengih. Lagi satu kepantangan Gad. Shiha si cheerleader.
“Kau agak, kalau aku ajak Qwen couple dia nak tak?” Sengih Heykal mati dengan soalan Gad.
“Kau jangan cari fasal dengan aku Gad…” Ada nada keras disitu. Qwen, gadis pujaan Heykal sejak form 1 lagi. Heh, kau ada?
“Haha, aku tak kan kacau la kau punya, aku gurau je… Tapi…kalau dia yang nak kat aku macam mana ha?”
“Gad!” Bergegar garaj.

                                    The End.
Gad & Gina.
Complicated but sure ever happened somewhere around.
Yours sincerely,
Juann Fitri