Thursday, May 30, 2013

.:.EDISI KHAS:JETLAGGED (IN THE MAKING).:.

Bismillahirrahmanirrahim~
Salam,

Tiba-tiba semalam… dapat idea nak berkongsi cerita di belakang tabir short story Jetlagged: A Musical Couple Story. Heh, serius cakap cerita ni memang terlalu banyak draf sampai lastnya langsung tak diguna pakai walaupun ada certain babak dalam draft tu yang diambil guna pakai. So ini first draf dia…

Tajuk: The Headphone.

Nina:

                Kaki bersilang sementara dia duduk di bench kosong yang terletak tak jauh dari kawasan lapang. Mata meliar memandang keliling. Waktu-waktu bosan macam ni, memang itulah kerja dia. Nak-nak lagi baru lepas habis PMR ni kan. Dah dua tiga hari duduk melangut macam tu, pandang sana sini. Mengintai ragam manusia. Nak buat benda lain memang tak la… Nina. Itu nama dia.
                Dan hari ini… figura lelaki dengan headphone tu muncul lagi, seperti hari-hari sebelumnya, dua tiga hari sebelumnya. Itulah yang dia cari sebenarnya. Lelaki dengan headphone purple dan box gitar hitam yang digendong di belakang badan. Slumber berjalan melintas kawasan lapang terus menghilang ke laluan subway. Entah ke mana, tak pula dia selidik ke apa. Satu benda, lelaki tu interesting. Rare species.

#
                Tahun baru bermula, sekolah bermula. SMK Cyberjaya, tanah tumpah ilmu barunya selepas berpindah dari Persint 17. Bakal menyambung sekolah menengah tinggi dalam aliran sains di sini. 4 Alpha, kaki melangkah masuk. Rata-rata pelajar menjadikan dia tumpuan. Biasalah muka baru. Dia buat tak ambil peduli, terus duduk mana-mana seat kosong. Senyap membisu tak berkata apa pun. Mata meliar seperti selalu, memandang mana-mana manusia yang boleh dijadikan teman dan dia terhenti pada pintu kelas. Lelaki tu! Mamat headphone purple tu. Kemas je dia dengan baju sekolah siap tuck-in, kemeja long sleeves disenseng dua tiga lipatan, tie yang sengaja dilurut sedikit, memberi ruang untuk bernafas. Lelaki itu berjalan melepasi dia dan terus duduk dua seat dibelakang dia. Bersalaman dengan deskmate yang rasanya macam dah kenal lama.
“Awesome…” Dia berbisik sendiri. Dengan style lelaki tu rasanya dia dah jatuh suka. Heh, bukan apa… sebab interest sama kot. Sama-sama minat music. Rasanya kita boleh get along better?

***

Pa’an:

                Tangan bersalaman dengan teman di sebelah. Surfer, best friend forever, the master of games yang simpan banyak rahsia dia. Dan dia pun banyak simpan rahsia fasal Surfer. Bak kata orang, untuk kita-kita je. Orang lain tak perlu tahu.
“Ramai muka aku tak familiar…” Pa’an bicara senafas. MP4 yang diseludup dalam poket seluar ditarik keluar. Lagu yang berdentum di telinga berubah nada.
“Budak kelas kita ramai yang pindah…” Surfer membalas dengan mata masih tertancap pada PSP.
“Hari ni ada latihan ke?”
“Meeting je kot kejap. Coach nak buat pemilihan baru kata Heykal…”
“Kau nak ubah posisi ke tahun ni?”
“Aku dah biasa dengan left wing tu… kau?”
“Aku dah biasa dengan kau…”
Surfer tersengih di balik Tekken 3. Pa’an main manja-manja pula dia.
Mata beralih pada Pa’an yang masih leka dengan MP4, kemudian terus ke serata kelas. Pandangan gadis tu buat diri rasa tergugat. Apahal pandang sampai macam tu? Straight ke arah seorang budak perempuan yang duduk dua baris di depan Pa’an. Nampak yang gadis tu cuba control air muka dia bila kena tangkap mengusha Pa’an sekejap tadi. Terus tunduk memandang ke depan tak bergerak-gerak lagi.
“Aku rasa kau ada crush…” Surfer bicara perlahan. Betul-betul di telinga kiri Pa’an.

“Apa?” Headphone dilurut ke leher. Bijak sangat aku tengah mendengar lagu Titanium sampai habis volume, kau boleh pula nak main bisik-bisik dengan aku.
“Tak ada apa…Nanti-nanti kita cerita. Kelas dah nak mula… sorok la binatang tu kalau ye pun.” Surfer, PSP dibawa masuk ke bawah meja. Terus duduk tegak memandang ke depan. Kadang sekejap-sekejap mata dia ada mencuri pandang gadis tu. Membayangkan gadis tu dengan Pa’an, heh buat dia rasa nak gelak pun ada. Lagi-lagi memikirkan Pa’an ada girlfriend nanti. Awesome.
Pa’an, muka pelik tak boleh nak control lagi. Curious tu tak payah cerita la. Pandangan ditala pada Surfer yang tenang memandang ke depan. Surfer, memang macam ni…Headphone dibawa ke bawah meja. Style yang sama macam Surfer. Tu yang orang dok kata dia orang kembar tak seiras, macam belangkas.

***

Nina:

                Mata sengaja mencuri pandang pada lelaki dengan headphone purple tu. Saat kepala menoleh ke belakang…Damn! Refleks dia berpaling semula ke depan. Si deskmate mamat tu tengah straight pandang dia pula. Spoiled! Memang lepas tu tak memandang langsung ke belakang dah. Dan alang-alang guru kelas pun dah masuk, niat nak mengusha tu terkubur macam tu je.
                Proses memperkenalkan diri pun bermula.
“Nama Fariz Farhan. Panggil Pa’an. Student sini sejak form 1.I’m a music addict.”
Heh, nama tu lah yang dia tunggu sejak dulu. Lepas je lelaki ni sebut nama dia, nama orang lain dia dah tak dengar dah. Nampak tak, parahnya…
                Kepala mengangguk dua tiga kali. So, nama dia Pa’an.The music addict ey? What a nice shot.
Patutlah pun, dengan headphone dia. Dengan guitar dia. Rare species.
                Waktu yang ditunggu-tunggu oleh rata-rata pelajar pun menjelang tiba. Makan time! Dan dia yang terhegeh-hegeh mencari dompet dalam beg tu dah tersekat dengan segerombolan manusia entah datang dari mana tiba-tiba je menyerang kelas dia, terus menuju ke tempat pujaan hatinya tu.
“Dude! Asal kau dah gemuk?!” Seorang lelaki dengan tie yang sengaja dilurut menampar bahu Pa’an.
“Julius Caesar! Lama tak jumpa.” Sengih lelaki tadi mati. Julius Caesar. Perlu ke?
“Red Jaguar, petang ni?” Seorang lelaki lain bicara memandang teman-temannya dengan kening kiri yang sengaja diangkat tinggi. Nampak ada gaya kepimpinan pada riak wajahnya.
“Boleh je…” Pa’an membetulkan letak headphone. Sengaja dipakai pada sebelah kiri je. Sebelah kanan diletak belakang telinga. “Surfer?”
“Boleh kot. Petang ni rasanya aku tak ada apa.”
Tak ada apa. Fahamlah kalau Surfer cakap macam tu. Battle Of Gamers. Dan lelaki ni dah kaut berapa banyak ribu ringgit dah dalam pertandingan online game macam tu. Tak terkira dah pakai jari. Awesome.
“Julius?”
“Kau tanya aku ke?” Rambut sengaja disebak ke belakang. Gaya poyo habis.
“Poyo betul la~” Dan gamatlah sekejap kelas tu. Nina menggeleng perlahan. Ramainya umat berkawan dengan dia. Tengok tadi adalah dekat 20 orang berkumpul. Dah macam angkatan tentera pun ada. Tapi masing-masing punya lah hot.
Kaki melangkah keluar dari kelas. Perut dah bunyi macam dying whale.
 ***
Pa’an:

                Surfer, mata melirik pada gadis tu. Entah dia sengaja melambat-lambatkan pergerakan atau memang di adilahirkan sebegitu rupa, dia sendiri tak pasti. Tapi, memang sangat ketara gadis tu cuma pandang Pa’an. Bibir yang terasa nak sengih ditahan. Peminat Pa’an eh? At the first sight? Seriously? Aku tak sangka pula love in the first sight tu betul wujud.
“Guys, makan jom. Aku dah lapar gila!”
“Aku macam biasalah bro…” Gad angkat tangan minta diri awal-awal. Nak berjumpa dengan kekasih hati. “Orait.Jumpa nanti.” Bahrain angkat tangan. Gad-Gina, partner yang masuk je rasanya. Muka lebih kurang je. Kalau kata Gad tu abang Gina pun orang percaya.
Langkah masing-masing kini menghala ke café. Pa’an, bahu ditarik Surfer tiba-tiba.
“Awatnya?”
“Kau ada crush.”Straight to the point je mamat ni.
“Huh?” Muka pelik. Zero.
“Tak ada apa la…” Tangan Surfer diseluk ke dalam poket kiri. PSP ditarik keluar.
“Apahal kau Surfer?” Tiba-tiba je kata aku ada crush. Siapalah yang minat aku ni der? Selalu orang kata aku pelik je tak adanya nak main jatuh suka ke apa.


#             Gitar birunya ditarik ke riba. Perlahan string dipetik mengikut alunan melodi yang bergema dalam headphone. Rolling In The Deep versi Vazquez Sound dah masuk part Gustavo main drum. Petikan gitar masuk mengiringi suara Angie yang menjadi penyumbang vocal dalam iramanya.  Suasana senang di keliling tasik tu memang sangat sesuai untuk orang seni macam dia. Cewah, seninya la aku. Buku Biologi yang terbuka di bab Gaseous Exchange dibiar sepi tak bersentuh lepas nampak buku musicnya. Take 5 kata orang. Tapi ni rasanya dah lebih lima minit ni Pa’an. Buku music diselak barang dua tiga helai. Bila dia jumpa je page yang dia nak tu dia berhenti. String berubah melodi. Dari mood warming up lagu Rolling in The Deep ke lagu ni.

Under the same sky, at different places
Because you and I are dangerous
I am leaving you
One letter difference from ‘us’
It’s cowardly but I’m hiding because I’m not good enough
Cruel breakup is like the end of the road of love
No words can comfort me
Perhaps my lifetime’s last melodrama
Now its final curtain is coming down
I was born and I met you
And I have loved you to death
My cold heart that has been dyed blue
Even with my eyes closed, I can’t feel you

“Awesome…” Petikan gitar terhenti. Refleks terus dia bangkit memandang manusia yang mencuri dengar karya dia. Gadis tu dicerlung sehabis mungkin. Dari atas ke bawah.
Dapat dia lihat gadis tu menggigil. Takut dengan tenungan dia mungkin.
“So…rry…”.
“Sejak bila kau ada kat sini?” Suaranya kedengaran dingin.
“Baru je…baru je masa awak main lagu tu.” Gadis tu menunduk, dah tak sanggup nak membalas pandangan dia. Rasa nak gelak pun ada. Muka dia macam familiar, macam tak. Blah la, karang menangis pula budak ni. Tak fasal-fasal je. Gitar birunya digrab sekali dengan segala barang-barangnya. Sorry la awak yang berkenaan, saya memang tak pandai cakap dengan perempuan.
*** 
Nina:

                Pa’an, lelaki tu main pergi je macam tu. Dia…marah ke? Duh,spoiled. Scene dah best dah kalau nak buat drama sebabak pun. Dengan lagu tadi tu. Heh, aku yang berangan terlebih. Tempat Pa’an tadi diambil. Duduk dengan kaki dilipat ke badan. Mengerekot macam tu. Uisyh, melampau sangat gaya ni Nina. Posisi diubah. Duduk bersila menghadap tasik yang dah mula dipanah cahaya matahari terbenam.
“Betul ke dia marah?” Jejak lelaki itu dipandang semula. Walaupun bayangnya dah tak ada, aura lelaki tu masih terasa. Aura gelap. Dia marah ke?
 ***
Pa’an:

                Kaki melangkah masuk ke kelas. Dan macam biasa, setiap langkahnya diiringi dengan detak music dari speaker headphone. Langkah perlahan tiba-tiba bila dia terlihat figura gadis tu. Gadis tu memandang dia dengan muka pathetic.
La, classmate aku rupanya budak ni. Gadis yang dia jumpa semalam. Di port dia di tepi tasik tu.
Gadis tu sekadar menunduk lepas terlihat kelibat dia. Langkah diteruskan ke tempatnya.
“Kau dah kenapa?” Surfer menyoal dia sebaik saja dia duduk.
“Asal?”
“Tenung budak tu macam apa je.”
“Oh, semalam…”
“La, budak tu ke? Classmate sendiri tak kenal ke? Duduk dua baris je kot depan kau…”
“Haisyh…aku memang gini, memang susah nak ingat orang kan?”
Surfer menyengih. Bila secret admire tak jadi secret lagi…
“Aku takut dia rasa bersalah je dengan aku semalam. Ingat aku marah…” Pa’an bicara senafas, antara dengar dengan tidak.
“Pergilah tegur…”
“Hm, memang tak la kalau aku nak menegur pun.”
“Haisyh…children~” Surfer menggeleng perlahan sebelum kembali ke screen PSP.


                Dalam draf yang ni, cerita ni banyak melibatkan Surfer, member baik Pa’an… tapi bila baca balik, asal macam tak kena… kenapa banyak Surfer pula? Tak faham… maka dibega semula… Tapi… idea lain datang mencurah. This is the second draf,

Tajuk: The Guitar, The Music And The Headphone.

Tubuh disandarkan pada batang pokok yang menghadap tasik tu. Tempat melepak kedua dia selepas markas garaj rumah Heykal. Kat sini… tenang sikit. Nak mencari ilham buat kerja pun senang. Headphone purple yang tersangkut di leher dibawa ke telinga. Di balik speaker, Rolling In The Deep versi Vazquez Sounds dah masuk babak si Gustavo bermain drum solo.
            Gitar biru di sisi dicapai. Sengaja memetik mengikut alun lagu tu dengan suara Angie jadi penderma vocal untuk melodi dia.

“We could’ve had it all, rolling in the deep,
You have my heart inside of your head,
And you play it to beat…”
           
            Petikan gitar mati, headphone dilurut balik ke telinga. Tu bukan suara Angie. Siapa pula mengganggu port aku ni. Dia bangkit berdiri. Memandang keliling. Tak ada apa. Gitar diambil semula. Dipetik dengan nada lagu yang sama. Sambungan dari part tadi.

“Baby, I have no story to be told,
But I’ve heard the one of you, I’m gonna make your head burn,
Think of me and the death of your despair, makin’ a home down there as mine sure won’t be…” Nyanyian gadis tu terhenti. Kasut yang berada betul-betul dihadapannya kini ditenung tanpa suara. Perlahan kepala mendongak sebelum matanya bertentang dengan mata beliau.

            Beliau, Pa’an The Music Addict, The Defender of The Red Jaguar. Saliva yang nak ditelan terasa tersekat di kerongkong. Pantas gadis tu bangun menghadap dia.
Pa’an, gadis tu ditenung dalam-dalam. Macam familiar, macam tak.
“Hai…” Gadis tu memecah suasana sunyi.
Pa’an diam tak membalas. “Er…sorry…saya nyanyi kuat sangat ke? Sorry…”
“Sejak bila kau ada kat sini?”
Er…itu, macam mana nak cakap. Sejak saya tahu awak selalu lepak sini? Heh…nampak sangat stalker…Nina…kau buat apa ni?
“Dah lama… Saya selalu buat kerja kat sini.”
“Kiranya dah lama juga lah kau tahu aku ada kat sini?”
Angguk. Kepala menunduk. Duh…dia nak marah ke?
“Aku main best tak?” Huh?
Pa’an duduk dengan gitar di riba. “B..Best…saya suka.”
Sengih terukir di bibir lelaki tu. Pa’an bukan sombong. Dia friendly.
Gadis tu duduk di port dia tadi. “Anyway… nama aku Pa’an. Aku budak SMK Cyberjaya. Kau?”
Erk…dia tak kenal aku.
“Saya Nina…SMK Cyberjaya, duduk dua baris je depan awak.”
Kening Pa’an terangkat tinggi.
“La…ye ke? Tak perasan pula…Sorry la aku memang gini. Susah nak ingat orang…”
Tak dinafikan la. Sekolah baru je buka. Gadis tu pun baru je pindah sebab ambil aliran Sains di SMK Cyberjaya.
“Tak apa.” Nina tersenyum.
“Nina right? Suara kau not bad…” Heh, dia puji.
Gadis tu tersipu malu sendiri. “Hm…nanti bila-bila…” Perbualan ternganggu dek bunyi ringtone Pa’an. Right Round_Florida bergema kuat. “Sorry…” Dia bangkit menjarakkan diri dengan gadis tu.
Dari jauh, Nina dapat lihat pelbagai eksperesi Pa’an. Haih… dia comel betul.
“Sorry Nina. I’ve gotta go. Ada latihan.”
“Bola sepak?”
Langkah Pa’an terhenti. Gadis tu dipandang. Angguk sekali.Senyum sekali. Pergi.

            Ha…yang ni pula bila baca balik, perwatakan Pa’an langsung tak macam yang aku imagine…pelik je tengok Pa’an friendly…pelik je tengok Pa’an style macam tu… Pa’an yang aku kenal, tak macam tu… dia susah nak ngam dengan orang, Cuma dengan certain-certain orang je dia boleh masuk. Contohnya…*cough… aku….*cough. Heh… Tapi, Pa’an kalau dah ngam dengan orang… memang havoc… Tu yang specialnya Pa’an.

Ini third draf… yang langsung pelik, buruk benor! Memang rasa bukan penulisan aku je… Awkward.

Tajuk: Tentang Pa’an

Introductory:

                Farha Amanina, menetap di New York sejak kecil. Kini terpaksa berpindah pulang ke Malaysia disebabkan kerjaya keluarganya. Sementelahan dia di Bradford, dia telah bergiat aktif dalam bidang muzik. Turut menyertai sebuah band bergelar ATC dan telah membuat cover dalam beberapa buah lagu. Boleh kata dia ni one of the youtubers back in Bradford la… Tapi dia orang ni bukan famous sangat macam Sam Tsui ke Dave Days ke… band biasa-biasa yang saja-saja melibatkan diri sebab minat. Cover lagu pun tak banyak. Memang dia tak expect la orang kenal dia…tapi…

Now:
Nina:

You take a deep breath and you walk through the door,
It’s the morning of your very first day.
                Perlahan kaki dia melangkah masuk ke kelas yang hingar macam pasar malam tu. Hari pertama masuk sekolah di Malaysia lepas bertahun-tahun tinggal di Bradford. Of coarse, lessons, cara semua lain. Dan sekarang dia di tingkatan empat tanpa tahu apa syllabus yang patut dia belajar di sini. Langkah diteruskan melewati beberapa buah meja sebelum dia mendapati ada meja ksosng di bahagian kiri kelas. Okaylah, tak belakang sangat, tak depan sangat. Sebelah tingkap lagi, breeze je gitu. 
                Beg sandang dilurutkan ke kerusi, meja yang jarak-jarak tu memudahkan dia meninjau sekeliling. Dah style Jepun punya kelas je dengan jarak satu meja satu meja macam ni. Pandangan mata terpaku pada lelaki dengan headphone purple di kepala tu. Yang berdiri di luar kelasnya tu. Lelaki tu pandang dia penuh taksub dan takjub. Apahal? Pandangan di tala semula ke muka meja. Scary nya la…

Pa’an:

                Anak mata tak lepas pandang pada figura gadis yang baru masuk kelas 4 Archimedes tadi. Itu…Vokalis ATC…Farha Amanina. Mulut terbuka terlopong macam apa, teringat ATC pernah mention fasal vokalis dia orang lately. Dia orang ada mention dalam the latest video bulan lepas… yang vocalist dia orang akan berpindah. Dan…depan mata dia ni…
                Pa’an, si music addict yang pakar dalam segala bidang dalam music. Alat muzik slumber je dia main, dah gaya Kurt Schneider si youtuber tu pun ada. Walaupun Pa’an tak buat cover tapi dia memang sangat-sangat addicted dengan muzik. Mana-mana band yang orang tak pernah kenal pun dia tahu. Termasuklah ATC. No wonder la… headphone purple tu takkan pernah lekang dari kepala dia kecuali time belajar.
                “Surfer…” Surfer, sahabat baik sehidup semati yang macam belangkas berbeza minat tu menjawab tanpa mengangkat kepala dari PSP. Ni spesies lain, ni Master Of Games punya genetic.
“Hmm…”
“Kau ingat aku pernah mention fasal ATC?”
“Youtuber Band tu?”
“Ha…” “So?”
“Farha…tu…” Kening Surfer terangkat tinggi. Tahula kau minat gila dengan budak perempuan tu tapi tak payah la macam gila bayang macam ni… Kepala menoleh memandang Pa’an dengan persoalan tu bermain di mindanya. “Tu…” Pa’an tangan menunjuk pada gadis baru yang duduk di tepi tingkap tu. Surfer menunduk ke depan sikit, nak menangkap wajah gadis tu. Si~…
Betul la…
“Kan?” Pa’an menyoal. “Kau nak jadi fanboying ke apa ni?”
“Over la…” “Kau bukan boleh percaya…” Surfer kembali pada skrin PSP, pada game Tekken 3 yang diberhentikan sekejap tadi.
 ***
Nina:

                Duduk dilabuhkan di bench depan tasik buatan kelab pencinta alam tu. Cantik je tempat ni dengan suasana hijau walaupun artificial. Sandwich yang dibeli di kafe sekejap tadi ditarik keluar dari plastic bag. Biasalah, hari first rehat seorang diri macam ni. Perkara normal… Dah agak pun. Dia dah la jenis yang tak banyak bercakap, garang pula… Adoi. Spoiled.
                Saat dia tengah best je melayan panorama, air kotak Ice Lemon Tea tu muncul tergawang-gawang depan mata. Eh?
“Hai, seorang je ke? By the way, nama Fariz Farhan, panggil Pa’an je. Kelas 4 Bernoulli. Sains Perakaunan (Sains +Akaun). Awak vokalis ATC kan? Nina kan? Awesome…”
Mata dia membulat. Shesh! Lelaki ni kenal aku ke? ATC tu famous ke? Aku rasa tak je… Siap panggil Nina lagi. Suka hati je, Weh, kita bukan kenal sangat la…
“Saya follow juga perkembangan kau orang dekat you tube. Awak dah ada kat sini, ATC tukar vokalis ke? Atau bubar terus je? Rugi juga macam tu…sebab rasanya…”
“Oi, Pa’an…” Satu suara lain menjengah babak. Surfer berdiri dua tapak dari tempat kejadian, berdiri dengan tangan kanan di poket yang sebelah lagi dengan PSP.
“Aisyh…kacau la, aku baru nak interview…”
“Dah lambat ni…”
“Ye la… Okay la… Nina, saya pergi dulu… nanti karang-karang kita borak lagi. Again, the name is Pa’an. 4 Bernoulli. So call me maybe?”
“Huh?”
“Haha…tak ada apala… Da~”
Kepala menggeleng di bawah pengaruh sedar. Banyak cakapnya la… Mata merenung ke bench tempat Pa’an duduk tadi. Ice Lemon Tea terbiar macam tu je.  Untuk aku ke?
 ***
Pa’an:

                Surfer tak berhenti gelak lagi dari tadi. “Weh dah la…”
“Kata tak nak fanboying, tapi nampak sangat la weh… Poyo betul. Kata over la segala… Kau memang la…”
“I was tempted! Bukannya aku nak, kaki aku entah kenapa tiba-tiba pergi situ pula…”
“Law of Attraction…” “Pheromone…”
Surfer menggangguk setuju. “Kau je boleh keluarkan hormone macam tu…”
“Kau, kalau kau jumpa the right one nanti kau tahu la…”
Kening Surfer terangkat dengan sengih sinis. “Tu the right one for you la tu?”
“Maybe…” Surfer menggeleng kepala perlahan. Kalau dah angau tu…
Yang si Pa’an tak habis lagi buka cerita fasal Nina tadi. Adoi… Kalau boleh macam nak bagi tahu satu dunia je dia jumpa dengan youtuber. Batak betul!
“Surfer…” “Hmm…”
“Aku suka dia…” “Tahu…” Ya, cuma Surfian the Surfer je yang tahu kenapa Pa’an suka sangat dengar ATC. Dia fall in love dengan vokalis group tu. Vokalis yang slumber je dengan selendang dia menyanyi dalam youtube dengan band mat saleh dia. Yang tak peduli pun orang bercakap hal religion yang bercanggah dalam band dia. Asal dia tahu, urusan dengan Allah dia tak lupa, menyanyi dengan band tu letak nombor dua. Awesome.
“Aku…kalau boleh nak berkawan dengan dia…” “Pergilah try…”
“Boleh ke? Kalau dia reject aku macam mana? Nampak sangat kot aku obsess tadi…”
Surfer tergelak perlahan. “Pandai-pandaila… aku tak nak campur…”
Pa’an, meja digendang beberapa kali. Menyusun strategi mungkin? Entah… Pa’an otak bukan boleh baca.
Some things gotta get loud,
Coz I’m dying just to make you see,
That I need you here with me now,
Coz you’ve got that one thing.
 ***
Nina:

                Lelaki tu datang lagi kali ni. Waktu dia tengah berborak best je dengan kawan baru. “Hi, Nina…sihat? Er…nah.” Cd yang terletak dalam casing tanpa muka tu dipandang penuh tanda tanya. Apakah? “Saya harap awak dengar nanti.” Headphone yang terletak dilehernya diraih semula ke kepala, kemudian dia terus berlalu. Nina,teman barunya dipandang dengan ekor mata. Gadis yang dikenali dengan nama Najla tu sekadar merenung penuh minat.
“Kau kenal dia ke?” Najla bersuara menyoal.
Kepala menggeleng. “Epic betul. Selama aku kenal dia sejak form 1 dia tak pernah buat macam ni…”
Najla memberi komen. “Kau kenal rapat ke dengan dia?”
“Tak pun…Pa’an tu budak Bernoulli. Dia tu agak famous juga dekat area-area sini. Budak Muzik Band la katakan. Dan dia tu paling dikenali dengan headphone purple dengan gitar biru dia. Selalu juga nampak dia melepak kat tasik taman depan sana. Tapi… yang aku tahu Pa’an tu senyap je orangnya. Tu yang epic sikit bila dia buat gini.” Dia mengangguk perlahan. Interesting enough, I guess.

                Kepala disandarkan di kepala katil. Poster yang ditampal di belakang pintu tu hanya ditenung. Poster ATC yang dibuat 3 tahun lepas. Masa tu baru je nak upload cover kat you tube. Cody la punya angkara. Tiba-tiba dragged je dia dengan mates yang lain pergi photoshoot. Fu…
What’s past is past.

                Oh… beg sandangnya ditarik dari atas kerusi meja study. Cd tanpa cover tu dibolak-balikkan casenya. Perlahan dibuka. Ada kertas kecil terletak di atas cd kuning tu. For You from Pa’an.
Please do listen and soul.
Kening berkerut penuh tanda tanya. Dia bangkit menuju ke stereo, cd kuning dipasang, dibiar berlagu dengan nada perlahan. Takut mengganggu orang lain dalam rumah tu.

You know I’ve always got your back girl
So let me be the one you can running to, running to, running to
I say this cause it’s matter of fact girl,
You just call my name and I’ll be coming through, coming through, I’ll get coming through
On the other side of the world
It don’t matter I’ll be there in two, I’ll be there in two, I’ll be there in two

I still feel it every time
It’s just something I’ve to do
Now ask me why I want to

It’s everything about you, you, you
Everything that you do, do, do
From the way that we touch baby
To the way that you kiss on me
It’s everything about you, you, you
The way you make it feel new, new, new
Like everybody, it’s just us too
And there’s nothing I could point to
It’s everything about you, you, you
Everything about you, you, you
Everything that you do, do, do
It’s everything about you…

Yes I like the way you smile with your eyes
Other guys see you but they realize it’s my, my, my loving
There’s something about your laugh that it makes me want to have to
There’s nothing funny so we laughing, no-nothing,nothing

Every minute it’s like a lasso
Let’s just take it real slow
Forget about the clock, that’s tick-tick-ticking
I still feel it every time
It’s just something that you do
Now ask me why I want to


                Bibir menguntum senyum. Suara dia not bad. But…what’s with this lovey dovey stuff?
 ***
Pa’an:
               
                Tubuh disandarkan pada pintu kelas 4 Archimedes tu. Mata memandang kiri kana mencari gadis tu. Karang sekejap-sekejap mata beralih pada MP4 dia, menukar lagu yang berkumandang di corong speaker headphone. Bunyi tapak kasut tu menarik perhatian, membuatkan dia angkat kepala serta merta dari skrin MP4. Senyum terukir tanpa paksa.
“Dah dengar? Maafla…suara saya tak sedap sangat. Tak lawan la dengan awak.”
“Pa’an, nama awak Pa’an kan?”
“Saya…”
Cd dikeluarkan dari beg. Diserah semula pada lelaki tu. Pa’an angkat kening kiri. “Kenapa pulang balik?”
“Dah dengar… pulang la balik.”
“So, what do you think?” Soalan diaju tanpa peduli fasal cd yang masih dipegang gadis tu.
“Okay. Your voice is not bad…But the lyrics…I don’t get it. What’s all that?”
Nafas ditarik dalam-dalam. Memandang gadis itu. “I like you.”
Anak mata gadis tu membulat besar. Heh?
“Saya faham, yang saya baru je kenal awak. Tapi… saya memang dah suka awak sejak awak muncul dalam youtube tu lagi…”
“Awak tak kenal saya pun.” Suara gadis tu naik satu oktaf.
“Memang saya tahu tu, tapi maybe awak boleh bagi saya peluang?”
“Peluang apa? Saya tak kenal awak pun.”
Gadis tu terus berlalu macam tu je. Macam tu je dude!

***
                      
                Cerita ni langsung tak logic… (Heh, walaupun cerita aku semua tak logic) Tapi ni melampau sangat rasanya… Adoi… Nonsense…. Rasanya time ni terjebak dengan member yang minat dengar cover parody segala tu… Sampai diri ni terjebak jatuh suka dengan Kurt Schneider… Hehe… Buruk betul perangai… *geleng-geleng.
                Anyway… itu la antara cerita di balik pembikinan Jetlagged. Dan sekarang cita-citanya nak buat cerita fasal Surfer…. Tapi… Idea memang tak keluar langsung, fasal gamer kan? Kita nak cerita apa pun… *empty mind… le sigh.


Friday, May 17, 2013

The Bradford Bad Boy


Bradford Bad Boy:
True story, plot twisted.



LRT Station:

            Langkah kaki terhenti, memandang ke kiri, menunggu train yang dikatakan lagi 5 minit nak sampai tu. Kepala menoleh semula ke depan. Anak mata bertembung dengan lelaki yang sedang berdiri bersandar pada palang di tempat menunggu seberang sana. Gaya memang macho… dengan sweater yang berhood tu. Muka bersih macam tu…tapi spoiled!
            Asap yang keluar dari mulutnya berkepul-kepul mengaburkan pandangan. Puntung rokok yang masih membara di jemari kirinya disua lagi ke bibir. Anak mata masih memandang dia yang di sebelah sini. Seolah mencabar sebab dia masih lagi berani memandang lelaki tu.
Anak mata dia kini berlari ke seluruh tubuh lelaki tu. Dengan seluar koyak rabak di bahagian lutut tu…Kepala menggeleng tanpa sedar. Spoiled.
            Terasa ada aura gelap di sekeliling lelaki tu. Anak mata bertembung lagi. Kali ni puntung rokok yang tinggal separuh tu di baling ke lantai. Kaki melangkah pergi dengan hood yang disarung ke kepala. Thug life!


UP-RCSI (Ireland Prep):

            Muka blur. Tekak betul-betul rasa kering, saliva yang menuruni kerongkong rasa berpasir. Perih betul pandang manusia ramai-ramai depan mata dia. Mata berlari dari hujung ke hujung lecture hall tu. Ramai tak ramai la dekat 150 orang juga. Dan dia adalah salah seorang pelajar yang ‘terpilih’ untuk memperkenalkan diri. Why me?
“Go on…Introduce yourself…” Ms. Connor memandang dia. Dia sengih lagi.
“Hi and a very…good morning to all of you. My name is Nur Dini Faqihah Bt Muidz and I’m from Selangor.” Dia berhenti, memandang Ms. Connor. Lecturer muda lagi bergaya tu angkat kening kiri. “That’s all?”  “Jyeah…” “Oh, C’mon… guys do you have anything to ask to this young lady here. I guess she’s a bit nervous and need a little help.”
Seorang gadis mengangkat tangan. “If I may ask, what is your pointer back in your foundation anyway?” Wo…soalan killer. Dah agak soalan macam tu akan keluar punya. Sooner or later. But in this case, in my case, it’s a flash.
“I’m in the major side…”
“You mean 3.8 something?”
“Er…4 flat.”  “It’s not a major, duh!”
Okay…ini akan jadi teruk punya…
“Next?” Ms. Connor memandang pada para pelajar yang masih memandang dia.
“What about your MUET test?” Seorang budak lelaki yang nampak sangat ‘Hollywood’nya menyoal dia dengan senyum sinis.
“O…kay? I’m really sure now I’m in the major side…”
“You mean Band 5?”
“Shiznitz, minor side…”
Ms Connor menarik senyum. “Band 3?”
“People, really? I’m in Band 4.” Terkeluar accent British dia. Sebut Band pun jadi Ban. Menyampah betul la dengan soalan macam ni. Ingatkan major Band 4, rupanya Band 5. Spoiled. Dia angkat  muka dari lantai. Rata-rata student memandang dia. Ni dah kenapa?
Ms Connor tersenyum lagi lebar. “That’s kinda strong accent you have. So, anymore, guys?”
Seorang lelaki yang nampak macam familiar , macam la…mengangkat tangan.
“So which part of Scotland you’re from?” Soalan dia disambut dengan hilai tawa sesetengah pelajar. Duh! Dia perli aku…
“Well…that’s kinda offensive… but…” Kali ni dia masuk slang Irish.
“I’m gonna say I’m from Ireland, but I bet you don’t know Ireland that much…so, I’ll just say, I’m from Aberdeen” Victory.
Dengar “Ooh…slang dia!” dari tempat duduk pelajar. Heh, main-main dengan aku. Ni Dini la wei! Lelaki tadi tersengih malu. Impressed pun ada. Perlian dia tak kena kat batang hidung perempuan tu. Who’s laughing now, dude?
Ms Connor bertepuk tangan. “Well, that’s really cool.”
“I’m sorry miss…” Dia minta maaf, kalau-kalau dia terlebih-lebih pula.
“No… this probably will lighten up our class a bit. You may sit now. Thank you, Ms Dini.”
Dia berjalan mengambil tempatnya semula, ada sesetengah gadis yang menghulur tangan nak berhigh-five dengan dia. “You’re so cool, girl!”  “Serves him right!”
Heh, Me. Not. Bad. Eh?


            “If I may sit here?” Dia angkat wajah dari Samsung Galaxy Note nya. Cewah… Refleks, kening kiri terangkat tinggi. Lelaki dari lecture English tadi. Yang malu besar tu. Dia pandang keliling dulu. Café penuh… so, “Jyeah…”
“I bet I owe you an apology.”  “Kenapa?”
“Well, you know, for the things that happened earlier.”
“Oh…tak ada apa la tu… Biasalah…” Dia mula mengacau Nescafe Shake yang agak lama terbiar dari tadi. Dia dengar lelaki tu tergelak kecil. “Apahal?”
“It’s weird. You’re so cool in there, talking with that accent and now, immediately after you got out from there, Malay all the way…”
“Saya tak pandai Bahasa Inggeris sangat, Band 4 je pun… jadi…”
“Allah, skemanya!” Lelaki tu ketawa besar membuatkan dia pun rasa nak ketawa.
“C’mon la… don’t stop yourself. Setakat so… English… why not?”
“Jyeah…akan dipertimbangkan.”
“By the way, the name is Aslam. Zaid Aslam.”
“I bet you know mine.”
Lelaki tu senyum sinis. “Oh, Snap, saya cakap bahasa Inggeris ke tadi?”
“You know what… forget it. You can’t go through without a little English in there, especially for a person like you.”
“So…true. But I won’t go for a talk with No Malay inside. Jimmy protested!”
Senyum terukir pada bibir Aslam. Dia terdiam sekejap. Betul la muka dia familiar tapi kat mana eh? Dia pandang lelaki tu lagi. Tak boleh ingat la…
“Dude, are you somehow trying to flirt with me, coz I’m not interested.”
“No… it’s like I’ve seen you somewhere. But I can’t remember. Perhaps, it’s in orientation week. Um… I gotta run now… I’ve Anatomy class in no minutes. See you later.”
“Later”


LRT Station:

            Jumaat, petang memang tak ada kelas. Tepat-tepat habis kelas pukul 12.30 tadi dia dah cabut pergi sini. Dan sekarang pukul 2.30 p.m. Dia baru je selesai solat Zohor tadi. Kaki melangkah mendekati mesin tiket tu. Sabtu, Ahad tak ada kelas. Memang bahagia la balik rumah. Dia berpusing melangkah ke tempat menunggu train tu. Eh? Figura lelaki hari tu ada lagi di situ. Kali ni dengan cap yang elok je menutup bahagian matanya. Asap rokok yang jadi prop tambahan tu memang la sentiasa ada. Baju kemeja bercorak checkers yang dipadankan dengan t-shirt bertulis “No EGO, Yes ECO” tu memang menarik perhatian. Huh, betul la, nampak je gaya macam ni… tapi Born With Style! Asap rokok masih galak berkepul-kepul, dan kali ni lelaki tu mengangkat cap dia. Anak matanya mencerlung memandang dia. Sama macam hari tu.
Yesh! Betul la, muka dia familiar! Tapi siapakah gerangan?
Train di bahagian seberang tiba di tempat kejadian. Nampak lelaki tu melangkah masuk. Dan train tu dengan selamatnya berlalu pergi.


UP-RCSI:

            “Heya, Dini Faqihah!” Suara Aslam menjerit gaya sepelaung tu membuatkan muka dia jadi merah serta-merta. Aslam memang suka buat malu kaum. Aslam memang suka sangat buat orang pandang dia dengan mata macam tu. Duh! Dia tarik nafas dalam-dalam.
“Dude… you embarrassed me.”
“Sorry…” Sebaik saja Aslam mendekati dia, bau yang dia pantang sungguh tu menusuk-nusuk ke hidung. Dia mendengus. “Kau smoking ke?”
“How dare you to accuse me like that?” Muka lelaki tu namapak marah betul.
“Hei, aku tanya je… tak payah la sentap sangat.” Aslam mendengus, terus berjalan meninggalkan dia. Apahal lelaki tu? Datang bulan ke?

            “I’m sorry.” Dia mendekati lelaki tu di café lepas dua kelas lecture lelaki tu tak bercakap dengan dia. “Oh, I thought you hate smokers.” “Well, sarcastic enough. So is that forgiveness?” “ I won’t forgive you until we settled this down.” “Okay. Shoot.” Aslam menggeledah beg sandangnya, mengeluarkan sebotol perfume. Malboro. Tobacco. Patutlah…
“Now… I will accept any type of apology rather than sorry.”
Palm face. “ Kau nak apa?”
“What about a lunch somewhere in town?”
“Time aku tengah kering la kau nak suruh aku belanja makan segala…” Dia bangun, Aslam juga, siap dengan sengih yang tertampal elok je di wajahnya.

Pizza Hut:

            Hawaii Chicken disua ke mulut. Dia menggeleng sendiri. Meja penuh betul la. Mana nak dicekau duit nak membayarnya pun? Muka risau. “I’ll pay, honey. No worries…Just enjoy the lunch.” “Seriously, dude?” “I’m just asking you to go lunch with me. Now you don’t eat all that, how am I supposed to eat all alone? And how it is counted as a proper apology? And your face all crinkled up. Worst date ever.”
Heh? Date… Biar benar. “Aslam, tak kelakar…”
“Memangla…aku tak buat lawak pun…” Muka serius. Dini, pandang kiri. Unbelievable. Dia cakap Malay dengan aku ke?
“What?” “Nothing, really…So, it’s your treat, right? I’m just gonna eat all of this into bits.”
Senyum terukir di bibir lelaki tu. Mata lelaki tu kini berlari di serata restaurant. Dan kali ni tertancap pada pintu restaurant tu. Anak mata membesar.
“Dini…”
“Jyeah…” Heh, mulut penuh dengan Pizza Thai Seafood.
“Err… “ Aslam, tangan dimasukkan ke dalam poket. “Here’s RM 100. I have to go now… urgent.”
 “What? Why?” Aslam bangkit terus keluar dari restaurant. “What the fish?”
Anak mata ditala pada pintu restaurant. Nampak Aslam bersalaman dengan lelaki berpakaian serba hitam di luar sana. Awkward.

UP-RCSI:

            “Hey…I think I owe you an apology.” Aslam datang mendekati. Kali ni bau perfume tu dah tak ada. Dia dah tak pakai kot. “Tak payah la… aku okay je makan sorang-sorang kat situ. Dua pan besar siap ayam BBQ dengan fondue. Kau apahal?”
“I’m really sorry. It was urgent.”
“Kalau dah tahu ada benda urgent buat apa bawa aku keluar?”
“You mad?”
“Dude, I’m cool enough for that.”
“What about another date?”
 “Aslam… it’s not a date.”
“Okay, what about another outing?”
“Lepas tu? Kau tinggal aku lagi kan?”
“You mad.”
Palm face. “Kau nak apa ni? Ya, Allah…”
“I wanna change. I wanna make a better life.” Muka Aslam serius betul.
Dia angguk.

LRT Station:

Ahad. Hari dia perlu kembali ke Kolej. Tempat biasa. LRT Station menunggu train. Dan macam minggu lepas juga. Figura lelaki di tempat menunggu seberang tu dipandang. Kali ni dengan riak melampau terkejutnya. So, selama ni lelaki tu…Aslam. Asap berkepul-kepul keluar dari puntung rokoknya. Cap yang terletak elok di kepala di turunkan. Menutupi matanya. Sekelompok manusia datang buat salam sahabat entah apa-apa dengan Aslam. Dan dalam pandangan mata dia…Aslam tu memang budak-budak bermasalah. Kawan-kawan dia tadi tu pun spesies sama je… Dari jauh dia lihat pergerakan mereka. Salah seorang kawan Aslam yang nampak lebih tua dari dia sendiri mengeluarkan sesuatu dari beg yang dibawa tadi. Dia kenal lelaki tu. Lelaki kat restaurant tu.Dalam beg tu… Eh…dadah ke?
            Aslam nampak tersengih di seberang sana. Puntung rokok di jemari kirinya dirampas member sepasukan. Kongsi satu rokok? Duh…Spoiled! Si teman nak pulang balik rokok. Aslam menggeleng dengan senyuman. Tapi dalam beg tu apa huh? Curious…
Pasukan seberang tu dah mula melangkah pergi. Dengan beg yang penuh suspicious tu…

            Dekat tujuh minit, pasukan yang pergi tadi berlari ke arah bertentangan. Dengan wisel dari guard-guard di lane menunggu tu. Aslam pun turut berlari dengan speed maximum, sampai cap tertanggal terus dalam lariannya. Tak peduli, dia terus berlari, turun ke rail. Gila!
“Aslam!” Dini terjerit sendiri, nak-nak lagi train yang dia tunggu tu tiba-tiba muncul dalam pandangan. Cepat-cepat lelaki tu naik semula ke tempat menunggu, tapi di bahagian Dini berdiri pula sekarang. Aslam, baru dia perasan gadis tu ada kat sini…namun dia terus berlari dalam kekalutan suasana tu.
Trauma. Menyirap darah dia bila tengok babak ngeri macam tu. Kalau nak buat stunt pun… tolong la…

UP-RCSI:

            “Thanks for saving my life.” Aslam bicara kepadanya. “I don’t talk to strangers.”
Dini bangun meninggalkan lelaki tu di café sendirian. Susah rasanya nak percaya. Lelaki yang spoiled tu Aslam yang dia kenal. Dan bau rokok tu, heh… stupid me. Perfume Malboro konon.
“Who the hell are you wanna interrupt my personal life? You’re nobody! You don’t have rights to judge me!” Aslam memetir di café. Gila, semua orang tengok.
“How can you tell me not to judge you now? You told me a week ago that you wanna change. I thought it was for the better, I didn’t expect it to be worse.”
 “I really wanna change! I do! But how do I do that in a short time? I used to live in Bradford for more than 5 years. And I lived with it. There’s no way they call me Bradford Bad Boy for nothing.”
“Note that.” Kaki ingin melangkah pergi. “Now, I’m begging you. I’m begging you; please give me one more chance. I need you to help me out. From all this stuff, I’m getting sick of it. I need you. I need support.” Telinganya dapat menangkap tangisan kecil dari lelaki tu. “ I hate my life. My life sucks. There’s no one… No one wanna help me to the right path. When they know who I am they’ll just leave. That’s not fair at all!”
Dia berpusing menghadap lelaki tu semula. “ I’ll help you. Okay…I promise.”
Aslam menarik nafas lega. “Thanks. I’m sorry, it won’t happen again.”
“Boleh tanya satu soalan tak?”
“Dalam beg tu spray colour. Kita orang kena kejar hari tu sebab konon buat graffiti dekat escalator.”
“What?” And I thought it was drugs… Me.Bad.

UP-RCSI:

            “What?” Taipan di lap topnya terhenti bila mana lelaki tu asyik merenung dia dari tadi.
“You’re too busy for me.”
“I told you, I will be really busy this month. I’ve got a lot of projects and assignments to be done.”
“I miss hanging out with you. It’s been like ages since we didn’t have a lunch together or something.”
“Melampau la ages…”
“Why don’t you just stop that for a while? Let’s go for a lunch and I promise, I’ll help you out with that later.”   
“Promise?”
“Do I ever lie to you?”
“Yeah…” “Consider this as a new starter.”
“Tapi… it’s 2.30 p.m. Kita belum Zohor lagi. Jom pergi surau, kau imamkan aku?”
Halkum lelaki tu nampak turun naik dengan saliva. “Sure…”

            Kasut disarung ke kaki. Aslam dah sedia menanti di luar surau. Sengih terukir bila gadis tu muncul di depan mata. “So, how was it?”
“It’s okay, tapi aku rasa kau boleh je perbaiki lagi kan?”
“Sure…So, can we go now?”
“Okay…” 
Lelaki tu berjalan dulu di depan tanpa varsity jaketnya yang dipakai sebelum solat tadi.
“Dude…” Dia berjalan mendekati, Aslam lupa agaknya, baju dia tertinggal dalam surau. Sebab selama ni memang lelaki tu akan pakai long sleeve shirt kat luar selain T-shirt kat dalam. Double layer la kata orang. Apabila dia setapak je dari lelaki tu dia berhenti melangkah. Anak mata tertancap pada lengan lelaki tu. Dia menggigil sendiri.
“Oi, c’mon.”
“Aslam.”
“Jyeah…” Aslam tergelak sendiri. Dah terikut gaya gadis tu pula.
“Tu tatu ke?”
Sengih mati. Astaghfirullahalazim. Jantung berdegup laju, anak mata bertentang dengan gadis tu. Pantas dialihkan.
“Heh, tak sah sembahyang aku selama ni…” Gadis tu berpusing balik ke arah surau.

UP-RCSI:

            Dah dekat 2 minggu Aslam tak muncul depan mata dia. Tapi, it’s for the better I guess. Rasanya kalau lelaki tu menegur pun dia tak menjawab. Kaki melangkah pantas ke koridor info. Nama yang dapat flight awal pergi Ireland dah keluar. Flight bulan depan. Nama dia tak ada. Nama Aslam ada. The Bradford Bad Boy. Haisyh, dah tak nak ingat dah… Kaki melangkah pergi.

Mullingar, Ireland:

            Summer, masa meronggeng. Dia melompat turun dari MPV teman serumah. Bercuti ke Mullingar. Fisrt time ni. Dia sendiri tak tahu apa yang menarik kat sini, cuma berpandukan cerita-cerita teman serumah yang berasal dari Ireland ni sendiri.
“ So, guys…let’s go to beach, beach…” Karen mula menyanyi lagu Nicki Minaj tu. Apahal la… Dia menggeleng sendiri. Mata melirik ke arah jam tangan yang menunjukkan waktu Malaysia. Tak biasa lagi dengan tempat ni, nak tak nak kena buat macam ni untuk tahu dah masuk waktu solat ke belum. Dan sekarang, dah masuk Asar dah ni…
“Guys…you all go first, gotta perform a prayer.”
“Okay! Just call me when you’re finish.” Brittany, gadis dari Washington D.C tu menjerit.
“Okay!” Dan sekarang, mana nak cari surau?
“Surau kat sini tak ada… paling dekat pun kat luar simpang depan tadi.” Dia menoleh memandang seorang lelaki. Shirtless. Ya Allah… ngerinyala suasana kat sini.
Kepala mendongak memandang siapakah gerangan. Aslam. Heh?
“Jom, aku pun nak solat sekali.I’ll drive you there.” Dia berhenti pada satu site dengan beberapa buah khemah. T-shirt yang terganung di ampaian buatan tu dicapai, disarung terus.
“Aku boleh je sembahyang kat mana-mana…”
“Yeah… good luck then. I’m just afraid that you might get hurt before you start.”
Yeah, Ireland. Ramai je yang masih tak boleh terima Islam ni… tapi ramai je yang dah.
Nak tak nak dia naik juga kerea lelaki tu. Duduk di seat depan tu buat diri rasa menggigil. Mata melirik sekejap pada tangan lelaki tu yang terletak di stereng. Kemudian merayap ke lengannya.
Ada kesan terbakar pada tempat tatu dulu tu…
“You…”
“Yes.” Aslam memotong kata-kata gadis tu. Dia tahu apa Dini nak menyoal. Kau iron tangan kau ke? Dan sebelum benda tu keluar dari mulut gadis tu baik dia jawab.
“Gila apa?” “It’s none of your business.”
Betul. Masjid tu tersergam indah di depan mata. Shesh! Tak adalah jauh mana. Pantas dia turun. “Kita jemaah sama-sama.” Sempat lelaki tu bicara. Dia mengangguk.

            Air mata turun tiba-tiba waktu rakaat terakhir tu. Sedap betul bacaan dia. Menusuk jiwa. Kemudian bacaan doa tu. Fluent. Langsung tak macam dulu. Kalau dulu, baca doa pun basic je. Merangkak-rangkak pula… sekarang, he’s totally a different person.
Telekung dilipat elok-elok sebelum dia keluar dari masjid. Melihat lelaki tu dah sedia di dalam kereta. Perlahan dia menyelinap masuk. Senyap je… kereta masih takbergerak dari tempat parkir tadi. “Aslam…”
“I thought you forget my name.”
“I should.”
“I hate you hate me. It’s been two years…”
“Well, since you moved on… I bet we can forget that for good?”
Aslam menoleh memandang dia. “Great.”
“I’ve been wondering… how many tattoos you had.”
 “ A lot. And I was so stupid.”
“So you did that?” Anak mata terarah pada kesan terbakar tu.
“Yeah, tapi sekali tu je aku tak tahan dah, pengsan terus. Then my mother bawa pergi hospital, they did that laser thing…. I’m all clean now, In Shaa Allah.”

Ikhlas By:
Juann Fitri