Thursday, August 8, 2013

The ‘Surfer’ Game

  

Bismillahirrahmanirrahim~

                Perlahan kaki melangkah di laluan kaki lima yang menghala ke kantin sekolah. Tanpa Pa’an hari ni, keliling dia rasa agak sunyi. Member tu demam teruk dah dua hari. Apahal entah. Kini hanya PSP Street yang menjadi peneman sejati. Anak mata berlari mengikut jejak askarnya dalam CODE Street. Jiwa terasa meresap sekali dalam dunia maya tu sebelum namanya dijerit dari jarak sepelaung. Air muka berubah dari teruja ke bosan. Tak payah toleh pun dah tahu siapakah gerangan. Si Kaichou yang kecoh. Cik ketua pengawas yang ‘Sophie’sticated. Awatnya?
                Kepala ditoleh ke kiri, anak mata dilirik ke figura gadis berbaju biru yang tengah on the way menghala ke dia. Kini Cik Sophie sudah pun berdiri di hadapannya dengan bercekak pingang. “Derp, berapa kali nak cakap? Perlu ke aku repeat aloud kat kau banyak kali?” Posisi berubah, kali ni gadis tu berpeluk tubuh. Terasa aura gelap. “Boleh je kalau sanggup.” Mata kembali menghala ke PSP. Nampak dari ekor mata, kaichou tengah menggeleng kepala.
“So, nak aku guna cara kasar ke atau kau nak bagi aku dengan hati rela?”
Heh, hati rela? Tak dapatla…
“Catch me if you can la, kaichou.” Gaya Surfer, gaya bersahaja. Kaki mula melangkah perlahan.
“jangan sampai aku dapat kau la Surfer.”
Surfer? Dia panggil aku Surfer? Rasanya nama tu reserved untuk member rapat je. Kita…rapat ke?
“Tak payah nak act rapat sangat la, kaichou.” Rasa nak tergelak pun ada. Suka suki je panggil orang macam tu.
“Well, aku memang gini…” Langkah dilajukan.
“Ha… ‘Sophie’sticated huh?”
                Refleks kaki gadis tu berhenti melangkah. Sentap sekejap. Siot punya mamat, kau main mainkan nama aku eh? Bagi bunga aikido kang, tahula.
                Suspek berjaya melarikan diri bersama barang rampasan. Si PSP Street berwarna merah hak milik Surfian The Surfer. Gagal dikesan.

Next Chapter.

                Bibir mengukir senyuman manis buat budak lelaki yang baru masuk tu. Betul la khabar angin dari member member dia, budak tu memang jambu. Cute macho je. Muka putih melepak pula. Dia yang bertitle ketua pengawas pun cair. “Eric, kat sekolah ni, handphone tak boleh bawa tau.” Lembut je dia bicara. Dah seminggu rasanya tengok budak tu dengan handphone sentiasa. Dok perhati budak tu sampai suspek kes lama dibiar tergantung tak bertali.
“Faker.” Eh? Kepala menoleh ke muka pintu. Surfian The Surfer tengah bersandar dengan sebelah tangan di dalam poket seluar. “Apa dia?” Dia bernada keras.
“Nandemonai…Ja, kaichou.” Tangan di dalam poket dibawa keluar bersama PSP Street. Kemudian kaki terus melangkah ke kelasnya. Sempat mata melirik pada budak lelaki baru tu. Memangla jambu. Ai, Surfer. Kau…cemburu ke? Masalah!

Next Chapter.

                Kaki melangkah seiring dengan Pa’an di sisi. Tujuan satu, kantin yang rasanya dah dimonopoli dengan budak Parkour. Seat tengah tu memang dah dikhaskan untuk budak Parkour je. Memang tak ada orang lain dah duduk beramai-ramai sampai 20 orang macam tu.
                Aha, Cik ‘Sophie’sticated dah berdiri bercekak pinggang. Dua-dua buat muka dono dengan barang larangan di tangan. Surfer dengan PSP Street. Pa’an dengan Headphone dan MP4. “Surfer, hari ni pemangsa tunjuk muka la…Selalu main serang hendap je..” Surfer sengih di balik PSP.
“Dia dah jumpa prey baru,mana nak main tag dengan kita lagi.”
“And why do I smell jealousy?” Surfer tersentak. Watak dalam Tekken dah kena serang bertubi-tubi macam hati dia yang dah kena serang dengan Pa’an punya kata-kata. Peasant! Pa’an baca minda aku.
Anak mata melirik pada Pa’an yang bibir masih bertampal senyum.
“Apa benda kau merepek ni?”
“Ya, aku yang silap cakap. Maafla…” Senyum tu yang tak boleh blah.
                “Oi! Ni memang sengaja cari fasal ke macam mana?” Kaichou menadah tangan meminta barang rampasan. “Kecoh la kaichou. Kita orang bukan kacau orang. Waktu rehat pun kan. Kalau ye nak merampas, rampas la handphone dulu eh?” Pa’an main kow tim dengan cik ketua pengawas. Heh?
Sophie angkat kening kiri. “Tu, kaichou.” Anak mata menunjuk pada figura yang tengah berjalan dari koridor akademik. Eric, tangan kanan masih memegang handphone.
“Pergilah serang. Jangan pilih kasih eh, kaichou.” Sengaja perkataan kaichou tu disebut ultra sinis.
                Budak-budak ni memang sengaja nak menggugat kreadibiliti aku. Nafas dilepas perlahan. “Eric, Phone.Bak sini..” Lelaki yang bernama Eric tu sekadar memandang dia semula dengan muka super simpati. Kaichou mengeluh lagi. “kau orang semua ni memang suka buat semak! Sekali lagi aku nampak kau orang dengan binatang ni semua, aku report je kat pengetua. Geram betul. Masing-masing nak tunjuk besar kepala.” Gadis itu melangkah pergi dengan aura amarah yang masih meluap-luap. Surfer, gadis tu dilirik dengan ekor mata.
“Dia tak sampai hati nak rampas barang budak baru tu.” Dia bicara di bawah sedar.
“Ho! Ketidakadilan berleluasa!” Pa’an menggeleng kepala. Haisyh, children nowadays.

Next Chapter.

                Tubuhnya disandarkan di tembok sebelah pagar sekolah. Menanti somebody someone yang kena diberi peringatan eksklusif dari penjenayah veteran. Lelaki tu memunculkan diri beberapa saat lepas dia angkat kepala dari PSP Street.
                “Oi!” Lelaki bermuka jambu tu menoleh padanya dengan muka penuh tanda tanya. Apakah?
“Aku ada benda sikit nak cakap dengan kau.” Surfer, bahu kanan Eric diraih dengan tangan kanan. “Fasal handphone aku ke? Adoi, semua orang ni kecoh betul la…” Surfer mengukir sengih manakala kaki tetap melangkah ke pondok dalam sekolah dekat-dekat dengan pagar.
“Kau nak warning aku ke?” Eric menyoal slumber. “Melampau la warning. Aku bukan pengawas ke apa. Aku pun bawa benda tech juga…”
“So?”
“Aku tak nak menghalang, tak nak juga jadi melampau. So, you better listen to her.”
“Heh, kau orang semua tak tahu cerita diam-diam sudah la...” Kata-kata Eric membuat kening tebalnya berkerut hampir bercantum.
“Aku bukan budak juvie yang suka suka hati nak bawa benda haram pergi sekolah. Tapi nak cerita lebih kat semua orang memang tak la aku. So, aku Cuma boleh bagi tahu kau yang aku ada reason. Dan benda ni takkan lama. Yang tu aku gerenti.” Panjang lebar Eric berbicara.
“Kalau kau tak cerita  , macam mana orang tu nak consider kes kau ni?”
“Yang tu aku pandai-pandai la handle sendiri. Tapi kau jangan risau, aku tak berminat dengan kaichou kau.” Lelaki tu bangkit berlalu. Surfer terdiam masih tersentak dengan tembakan peluru kata-kata Eric. Aku yang readable ke dia yang psycho?

Next Chapter.
                Sabtu. Sekolah cuti. Keliling sekolah nampak sunyi kecuali kawasan padang kawad dengan padang. Padang kawad penuh dengan budak-budak Anak Serigala. Padang sibuk dengan Team Red Jaguar. Sekurang-kurangnya itulah yang dapat dia bayangkan hari ni. Anak mata sempat melirik ke kiri kanan sebelum jalan raya tu dilintas. Terpaksa jalan kaki hari ni. Parents busy, driver kena rampas dengan adik dia, suruh hantar pergi mall. Girls stuff. Basikal, tayar pancit. Yeah, sudah jatuh ditimpa tangga huh? So, at the end of the day… kasut roda ni juga yang dia guna. Tak tahu la benda ni better dari berjalan kaki ke atau lagi teruk. Penat semacam je rasanya, tak sampai sekolah lagi ni. Baru separuh jalan dah extremely exhausted macam ni. Dia berhenti lagi, kali ni di jalan raya besar. Kereta masih berpusu-pusu mengejar lampu hijau sementara dia yang ber’kasut roda’ ni terpaksa menanti di garisan kuning pejalan kaki. ‘Maka…Apakah relevannya aku pakai kasut roda? Grr… Eh?’ Anak mata dikunci pada satu figura deka-dekat rumah teres yang hampir separuh siap. Kawasan bangunan rumah yang kena tinggal dengan pemaju sebab kos pembuatan tak mencukupi. Norm. Tapi, figure tu yang menarik perhatian. Niat nak pergi sekolah ditangguh sekejap, terus menghala ke rumah separuh siap tu.
               
                “Eric?” Dia bersuara perlahan, memandang pada batang-batang tubuh kecil yang sedang terbaring tidur dengan hanya berlapikkan sehelai cadar. Eric, lelaki tu nampak sangat terkejut. “Kau…” Suaranya ditahan-tahan, tak mahu mengejutkan adik-adiknya yang masih tidur. Pantas Eric membangunkan tubuhnya, menarik Surfian jauh dari tempat adik-adiknya. “Eric…aku…”
“Kau buat apa kat sini?” Muka Eric frust langsung. Surfer yang masih terkesima dengan apa yang dia nampak hanya mampu menggelengkan kepala. “Kau buat apa, Surfian?!”
“Aku…ternampak kau dari sana…Apahal ni…Eric?”
“Kau berambus la… kau tak payah masuk campur urusan aku.” Eric menolak hebat tubuh Surfer.
“Abang…” Serentak dua kepala menoleh ke arah punca suara. Adik perempuan Eric yang baru bangun, masih terpisat-pisat menggosok matanya. “Erika… pergi sana balik ye…Abang jumpa kawan sekejap.”
“Ni…kawan abang?” Erika, si kecil tu menghulur tangan kecilnya, ingin bersalaman dengan Surfer.
Hati rasa tersentuh, budak comel macam ni…kena tidur bergelimpangan macam tu… Tangan kecil Erika disambut. “Rika pergi sana dulu, tengok kalau Erry dah bangun ke belum ye?” Si kcil tu berlari ke tempatnya.
Eric mengeluh kecil. “Kau balik la Surfer…Aku kena jaga adik-adik aku hari ni…” Kaki sudah mula melangkah. “Eric…”
“Balik la…aku tak ada apa nak serve kau pun…Kita orang makan pun tak cukup.”
“Abang, marilah minum dulu…Tapi ada air ni je…” Erika datang lagi, dengan secawan air kosong.
Surfer…rasa nak menangis.

Next Chapter:

                “Syarikat tempat bapa aku buang pekerja. Ekonomi sekarang kan? You know, first come, first fired. So, kita orang pindah ke sini sebab papa cakap dia dapat offer kerja kat sini. Bila sampai sini… kerja tu dah kena offer dengan orang lain. Kita orang memang tak ada tempat. Buat masa ni kat sini la kita orang berteduh. Kalau hari sekolah, mama jaga dia orang, kalau hari cuti, mama pergi kerja kat kedai-kedai makan. Tengok-tengok kalau ada orang nak upah dia cuci pinggan ke apa. Papa, dah dapat cari kerja, tapi, gaji sangat sikit. Dapat hujung bulan pula. So, buat masa ni, memang depend sepenuhnya pada gaji mama yang dapat gaji hari. Aku ada terfikir juga nak tangguh sekolah, tapi parents aku tak bagi. Dah form 4 pun kan? Tahun depan SPM. Takkan nak main tangguh-tangguh pula. Rugi… tapi adik-adik aku pun…” Nafas dilepas perlahan. Surfer disisi hanya diam dari tadi. Tak mengganggu, tak mencelah. Hanya tertumpu pada adik-adik Eric yang tengah best bermain dengan kasut roda dia.
“Adik-adik aku pun kena masuk sekolah juga… Sejak pindah sini…Erika tak masuk sekolah lagi. Erry kecil lagi, tak kisah sangat la…” Surfer…air mata turun perlahan-lahan. Cepat-cepat dikesat dengan belakang tangan, tak mahu Eric perasan. Eric ketawa tiba-tiba. Dia melirik ke arah lelaki tu.
“Kau nangis ke? Buruk la wei…” Eric menolak tubuhnya perlahan. “Diam la…” Macho sikit, Surfer!
“So, you tell me now… kau buat apa kat sini?”
“Aku nak pergi sekolah… practice bola sepak, tak lama lagi nak tournament. Masa nak melintas kat sana tu…Aku nampak kau…kat…sini.”
Eric mengangguk perlahan. “Kau tak rasa kau dah lambat sangat ke sekarang ni?”
“Biarla…sehari ponteng, skill aku takkan hilang.”
“Bukan skill yang hilang, strategi tu kau tak tahu…”
“You speak too much huh?”
“Well, excuse me. I was born with it.”
“Abang…” Erry, si kecil tu memanggil.  “Erry…nak kasut macam ni…” Surfer melirik memandang Eric. Ada perubahan pada air mukanya. Finance problem sure is sick, yeah?
   
Next Chapter:
               
                Jam tangan dilirik dengan ekor mata. I’m sure too late… Uisyh, rasa malu nak tunjuk muka dah pukul 2 petang macam ni. “Oi…” Kepala menoleh refleks. Heykal dan Bahrain sudah bercekak pinggang di belakangnya. Apalagi? Senyum je la Surfer… “Banyak betul kerja kau eh? Pukul 2 baru nak datang?”
“Ouch.” Sarcastic enough…
“Explain.” Heykal, si captain tu bicara.
“Etto…macam mana nak cakap… Gome…Aku ada hal rumah tangga sikit.”
“Bukan hal rumah tangga kau selalu dengan Pa’an ke? Pelik je Pa’an kena tinggal sorang-sorang tadi.”
“Dia dah ada partner baru la tu. Tinggal aku macam tu je…Sob sob” Pa’an.
“Haisyh…children~” Heykal, hanya mampu menggeleng kepala.
               
                “Kau apahal lambat gila?” Pa’an duduk disisinya yang sedang menukar kasut. Surfer hanya diam.
“Erry…nak kasut macam ni…” Ayat si kecil tu asyik terngiang-ngiang di telinga.
“Oi…Aku cakap dengan kau ni…betul ke hal rumah tangga?”
Kepala dia menggeleng perlahan. Dosa tak kalau cerita kat Pa’an? Tapi…Eric tak suruh janji apa pun…
Dia mengeluh sendiri. “Surfer…kalau kau nak story, kau tahu nak cari aku kat mana…” Pa’an malas nak memaksa. Tengok Surfer macam berat je nak cerita.
Kasut roda? Untuk si kecil tu? Nak bagi kasut dia…besar sangat la pula… Duit…Tangan dipaksa masuk ke dalam beg sandang merah Body Glove tu. Dompet yang berjenama sama dikeluarkan. Spoiled!
Cuma tinggal dua keping duit merah, tiga keping duit hijau dengan beberapa sen. Setakat RM 35.70, nak beli kasut roda…memang kena halau la dari kedai tu. Tiba-tiba mata terpandangkan PSP. Fu~. Benda ni…nyawa kot… Jual kat e-bay boleh dapat berapa huh?

                “Kau nak termenung berapa lama lagi tu?” Dinzley dari jauh menjerit. Semua mata kini memandang dia. “Gomen ne! Comin’!”

Next Chapter:

                Ahad. Dia menjengah lagi ke tempat berteduh Eric. Erika dan Erry sudah tersenyum menyambut dia datang. Kali ni dia tak datang dengan tangan kosong. Adalah bawa makanan sikit buat mereka-mereka ni. “Susah-susah je…” Eric.
“Susah mende. Bukan aku yang buat. Beli je…”
“Beli tu lagi susah sebenarnya…” Eric tersenyum sendiri. Faham…
“Abang…nak pinjam tu lagi boleh?” Erry tersengih memandang dia, tangan kecilnya menunjuk pada kasut roda di kaki Surfer.
“Erry…” Si abang membantah.
“Sure…” Perlahan, kasut roda merah tu ditanggal. “Nanti abang belikan untuk Erry satu eh? Tapi kena janji. Erry kena belajar rajin-rajin dan jangan susahkan family. Okay?”
Dapat dia lihat anak mata si kecil tu bercahaya. Erry mengangguk laju. “Yay!!”
“Jangan janji dengan dia benda bukan-bukan boleh tak?” Eric.
“Ala…benda kecil, jangan risau la… lain kali aku datang aku bawa dia pergi cari kasut.”
Eric sekadar mendengus perlahan.

                PSP yang diletak dekat mudah.com tu…dah ada orang tanya tanya juga. Bibir tersenyum bila ada yang sudi menawarkan harga lebih tinggi. Lepas ni boleh bawa Erry pergi cari kasut. So…hasta la vista PSP.

Next Chapter:

                Anak matanya belari mengikut langkah lincah Surfer di atas padang bersama team Red Jaguar. Undeniable. He’s totally one of the hot guys in school yang nampak lengkap serba-serbi. Siap pandai cari duit sendiri guna minat online games dia tu. Tapi satu, yang bawa sampai sekolah apahal? Mati ke kalau benda tu tinggal kat rumah? Bibir tersenyum. Let’s play a game. The ‘Surfer’ Game. What if… Anak mata berlari lagi ke coach lane di tepi padang. Beg-beg budak-budak team Red Jaguar tu sepi tak berjaga. Maka…perlahan kepala menoleh ke padang, Surfer tengah ligat meredah angin menjengah gawang gol yang dijaga kemas oleh Julius. Kaki mebuat langkah pertama. Beg sandang merah Surfer dicari. There you are. Beg diseluk dengan sebelah tangan. Gotcha! PSP Street warna merah tu yang dicari.
                Anak mata melirik kejap ke padang dengan senyum sinis. Bila pengawas buat jenayah. Cepat-cepat dia berlalu bila barang larangan berjaya dirampas. Congrats, kaichou.

Next Chapter.

                Mata dah berair. Jantung berdetak makin laju. Mulut dia terkacip tak cakap apa. Habis dipunggah segala beg team Red Jaguar takut ada yang nak buat niaya. Tapi, ini dah kali yang ketiga. Muka masing-masing pun dah ketat je tengok barang kena godek sampai macam tu.
“Dah la tu… Dah dekat maghrib ni. Kita asar tak lagi…” Nafas dilepas perlahan. Betul la cakap si kapten. Dah dekat maghrib. Mata yang berair dikesat dengan belakang tangan. Barang-barang dikemas ala kadar sebelum kaki terus melangkah keluar dari kawasan sekolah. Tak cakap selamat tinggal ke apa dengan member dia pun. Pa’an pun kena tinggal macam tu je.

Next Chapter.

                Muka ketat betul macam jaguar. Orang nak menegur pun terbantut. Anak mata menangkap wajah cik Sophie yang tersengih depan pintu pagar. Apahal?
“Rasa macam ada kurang something la dekat kau. Oh ya… PSP kau mana?”
Perempuan ni memang nak makan kasut aku. Elok je seminggu tak basuh ni.
Anak mata merenung tajam si kaichou kecoh ala ala undertaker. Jelingan maut diserah barang sedas dua. Kau main main dengan aku. Langkah diatur terus meningglakan pagar sekolah. Kaichou tersengih di pinggir bibir. Biar dia rasa hidup reality ni sikit. Kalau tak asyik tersangkut dalam dunia khayalan je.

 Next Chapter:

                “Oi!” Eric menjerit memanggil dia dari jauh. Dia mengeluh sendiri. Kaki berhenti melangkah. Dah seminggu cuba mengelak dari Eric ni…tapi… hari ni, rasanya memang kena bagi tahu perkara sebenar. Apa dah jadi dengan PSP dia segala benda tu. “Kau apahal macam jauhkan diri dari aku je…Malu nak kawan dengan aku ke?” Straight to the point sungguh lelaki ni. Terkezut mak!
“Apa benda kau merepek ni…” Perlahan dia bersuara.
“PSP kau hilang, kan? And kau bercita-cita nak gadai PSP kau untuk beli kasut Erry kan?”
Duh… “Siapa cerita ni?”
“Kau ingat aku bodoh ke? Kalau dah seminggu muka ketat macam tu, PSP kau pun entah ke mana, kau ingat aku tak boleh agak ke?”
“Urusai…(Bisingnya)” Muka frust.
“Baka…”
“Gome… aku lari sebab aku malu, aku tak dapat tunaikan janji aku kat Erry…”
“Dia dah lupa pun… mula-mula tu memangla tunggu tunggu kau datang, tapi dah seminggu ni…”
“Gome…”
“Mondai nai…”
“Tapi… aku ada cara lain nak tolong kau sebenarnya… tapi, benda ni memang kena minta tolong dengan budak Parkour.”
“Tu yang aku malas nak cerita tu…” Kaki dah mula melangkah pergi.
“For an exchange… kau boleh join team Red Jaguar. Sorry, aku search pasal kau sikit. Erika cakap kau striker kat sekolah lama kau…”
“Erika, mulut bising la…semua nak cerita…”
“So…”
“Urusai…” Kaki terus melangkah, meninggalkan Surfer yang tersenyum sendiri.

Next Chapter:

                Jiwa dia tak tenteram sejak dengar perbualan Eric-Surfer pagi tadi. Fasal…kasut roda? Memang dia tak tahu pucuk pangkal cerita tapi… part gadai PSP untuk beli kasut roda tu…it sure touching enough.
Tapi, nak memulangkan PSP Street ni lepas seminggu… pada tuan punya tu… Argh!! Macam mana ni?
Itu…dilema Kaichou, Cik Sophie.

                Maka… Pagi yang mendung tu seolah-olah membawa khabar buruk. Tak tahu nak teruskan niat memulangkan binatang PSP ni atau tak… Kaki melangkah perlahan ke kelas lelaki tu. Fu~.
Meja lelaki tu didekati, dengan Surfer yang sibuk dengan kerja sekolah tak siapnya. Heh, biasalah…
Perlahan, PSP Street berwarna merah tu diletak di atas meja.
Demi ternampakkan harta paling berharga tu, refleks dia angkat kepala. Kaichou tengah menggigil.
“Kau ke?!” Muka Sophie rasa macam nak ditumbuk dengan tangan kiri. Penumbuk sulung tu.
Pa’an disisi sempat menarik kolar bajunya, kalau tidak, melayang dah penumbuk tu.
“Aku…”
“Blah!” Hilang sudah dia punya gaya bersahaja.
“Surfer…” Dia memanggil lagi. Pa’an menggeleng perlahan. Anak mata Pa’an seolah-olah memberitahu supaya dia pergi dengan segera. Cepat-cepat dia berlalu sebelum Surfer naik gila.

Next Chapter:

                Senyum tersungging di bibir.  “Erry!” Kaki melangkah ala-ala kanak-kanak main lompat lompat. “Abang Surfer!!” Erika dan Erry sama-sama berlari menerpa ke arah dia. Dramatik sungguh.
“Erry, jom kita cari kasut…” “Huh?” Eric pun kini dah menerpa ke arah dia.
“Surfer…tak payah la…”
“Urusai…aku pinjam adik kau kejap. Jom Erry…”
“Erika nak ikut…”
“Tak payah la Erika…”
“Kau pun ikut sekali…” Tangan Eric ditarik.
“Baju aku buruk! Kasi aku tukar dulu!”
“Muka handsome, baju apa pun tak kisah…” Slumber dia bicara.

                “Warna apa nak?”
“Hm…abang…apa kata kita tak payah beli kasut?” “Eh?”
“Erry nak makan KFC. Dulu selalu makan KFC, tapi sekarang dah tak makan…”
Surfer, wajah diraup sekali. Nak nangis lagi… “Tak apa, kita beli ni, lepas tu kita makan KFC, yeah?”
“Surfer…”
“Kau diam…hari ni aku abang dia orang.”
“Haisyh…”
Erry menggeleng lagi. Huh?
“Kita beli beg sekolah kak Erika ye?”
“Huh?” Wajah Eric dipandang. Erika dah masuk sekolah? Matanya bertanya.
Eric mengangguk. “Papa dapat gaji semalam. Terus daftar Erika masuk sekolah. Minggu depan dia masuk. Barang lain dah beli, beg je tak ada. Mama suruh pakai beg aku je.”
Ya Allah…Astaghfirullah… Beristighfar terus dia. Speechless.

Next Chapter:

                Hampir sebulan. Surfer tanpa PSP. Eric tanpa HTC. Cuma Pa’an yang masih dengan headphone dan MP4. Tapi, bukan tu yang mengganggu konsentrasi dia… Gaya Surfer yang tak menegur tak memandang tu pun buat hati rasa sedih gila tahap gajah naik beca!
Dan kali ni… tak boleh berdiam diri lagi. Hari ni spot check mengejut. Pa’an aim dia.

“Ala…kaichou, kita kow tim sikit eh? Boleh la… kali ni je…” Pa’an, dari dulu ‘kali ni’ je…
“Well, boleh… tapi here’s the thing. Just tell me what happened to those freaking guyfriends of yours.”
“Meaning?”
“Where the shell are their techs?”
“Gee…benda baik pun nak bising…”
“Just tell me already!”
“Hush! Surfer, gadai PSP untuk Eric. Eric ada family finance problem. So…yeah.”
“So…yeah? Apahal?”
“Tak boleh cerita lebih la kaichou…”
“Then aku pulang MP4 je, headphone aku ambil…”
“Sophie!”
“Yeah, that’s better… now… tell me…”
“Adoi, semak betul la!”
Hikayat tu pun bermula balik.

Next Chapter:
                Game apa kau nak main dengan aku ni Surfer? Kau marah aku untuk PSP yang kau nak gadai? Adil ke? Kekunci mouse tu discroll sampai bawah. Comments untuk pembelian PSP tu dibaca satu persatu. Mencari bagai nak rak… maka…
                “Hello, may I talk to Mr. Lim please? It’s you? Yeah, can I meet you somewhere around town? I need to talk to you about the PSP that you just bought last month.”

                Tangan bercekak pinggang menanti tiupan wisel dari pengadil. Tendangan penalti yang dah diamanahkan untuk dia takkan disia-siakan. Ini first time untuk dia dalam Team Red Jaguar. Anak mata melirik perlahan pada Surfer yang berdiri di hujung padang. Surfer mengangguk tanda acknowledgement. Wisel ditiup dan… Bibir Heykal mengukir sengih. Tak sia-sia ambil dia masuk. As expected from the former of USJ Striker. Smooth je bola dia mencelah gawang gol pihak sana.
It sure the best scene ever, right?

                Sunset. Rata-rata pasukan lain dah balik. Cuma tinggal team dia yang masih meraih kemenangan untuk tournament kali ni. Tapi rasanya cukup-cukup la tu kan? Asar tak lagi…maghrib pun dah dekat ni…
“Dah la guys, esok kita sambung celebration kat Dunkin’ Donuts, yeah?”
“Yeah!”
Masing-masing mencapai beg sekali dengan beg kasut. Dan Surfer… beg merah tu dicapai. Eh?
Macam ternampak bayang PSP Street nyawa dia tu. Shesh! Bayangan betul! Tapi… just to make sure, it’ll be no harm, right?
Tangan diseluk sedalam mungkin. Figure PSP Street dapat dirasa dengan tangan. No way!
Tangan ditarik keluar sekali dengan figure yang disentuh tu.
PSP Street warna merah yang memang milik dia. Siapakah yang berhati mulia sangat ni?

Next Chapter:

                Surfian The Surfer muncul semula. Style dia dengan PSP Street tu la yang dia rindu sangat tu.
“Derp, berapa kali nak cakap? Perlu ke aku repeat aloud kat kau banyak kali?” Posisi berubah, kali ni dia  berpeluk tubuh. Terasa aura gelap. “Boleh je kalau sanggup.” Mata kembali menghala ke PSP. Nampak dari ekor mata, kaichou tengah menggeleng kepala.
“So, nak aku guna cara kasar ke atau kau nak bagi aku dengan hati rela?”
Heh, hati rela? Tak dapatla…
“Catch me if you can la, kaichou.” Gaya Surfer kembali bersahaja. Kaki mula melangkah perlahan.
“jangan sampai aku dapat kau la Surfer.”
Surfer? Dia panggil aku Surfer?
 “Tak payah nak act rapat sangat la, kaichou.”
 “Well, aku memang gini…” Langkah dilajukan.
“Ha… ‘Sophie’sticated huh?”
“Ha, nama aku kan memang Nur Imani ‘Sophie’sticated Binti Ilhan.” Slumber dia membalas.
Surfer tergelak perlahan. Kaichou ni merepek je.
“Kau sure tak sampai hati nak rampas benda ni dari aku kan?”
“Try me…Surfer…”
“I will. Anyway…domo arigatou, Kaichou. Ja! See ya around.”
“Game apa kau nak main dengan aku ni, Surfer?”
“The ‘Surfer’ Game.”

                                                                                                                                                               Ikhlas, Juann Fitri
-Not A True Story-
*But it'll sure happen somewhere on the street, yeah?*