Tuesday, June 10, 2014

Tanpa Nama.

'I am ready. But it still hurts. Why do it hurt?'
Dia menelentang di atas lantai yang hanya berlapikkan tikar getah. Telekung yang dipakai sejak subuh masih tak ditanggal dari tadi. Air mata tak ada yang keluar cuma... hati rasa terlalu sakit. Ingatan kembali pada pesanan ringkas yang diterima pagi tadi.

"Mungkin aku tak pernah alami situasi macam ni. Bila perempuan confess kat aku dulu. Jadi aku cuba untuk suka kau. Tapi, in the end, aku rasa macam aku mainkan kau.Gunakan kau. Jadi...Aku minta maaf,Lea."

'Aku dah agak perkara macam ni akan jadi akhirnya. Walaupun aku rasa lega sebab seolah-olah beban malu yang aku tanggung waktu mengakui aku sukakan lelaki tu dulu, tapi...somehow rasa sakit tu tetap ada.
Tapi...rasanya lebih malu dengan Tuhan. Rasanya yang sakit tu sakit sebab Tuhan. Sebab aku dah malukan diri sendiri depan Tuhan. Padahal Allah dah kata jauhkan benda-benda macam ni. Aib. Kan...dah kena.
Azalea...Azalea...kau buat apa ni?'

Air mata jatuh setitik. 'Aku tak nak buat dah benda-benda macam ni...Ampunkan aku, Ya Allah...'


****

Nafas ditarik dalam dalam. Skrin telefon ditenung lagi. Meniti baris-baris ayat yang sudah dihantar dua jam lalu.

"Mungkin aku tak pernah alami situasi macam ni. Bila perempuan confess kat aku dulu. Jadi aku cuba untuk suka kau. Tapi, in the end, aku rasa macam aku mainkan kau.Gunakan kau. Jadi...Aku minta maaf,Lea."

Minda mula menyesali diri. 'Kenapa aku hantar? Kenapa aku buat macam ni?'
Nafas dilepas,lebih berbinyi keluhan berat. Bantal yang dibuat lapik kepala kini ditekup ke muka. Mata rasa panas bergenang.

"Hakim?" 
"Ha..." Dia cuba mengawal suara di balik bantal. Kembang je bunyinya.
"Kim..." Haziq , teman sebilik panggil lagi bua sekian kalinya. 
"Ha..."  Terasa bantal ditarik dari muka. Haziq berdiri di sisi dengan bantal nya ditangan kiri.  Sekadar memerhati.
Dia memandang terus ke siling. Dengan mata merah berair. Haziq diam, tak tahu apa punca. 
"Kim..."
"Aku rasa aku dah buat silap. Dan aku tak boleh nak tarik balik..."

***

'Tanpa aku sedar, dan tanpa aku tahu... jauh di sudut hati aku yang paling dalam. Aku sakit. Dan membayangkan reaksi dia pada aku nanti. buat diri aku rasa takut dan teruk sangat. I shouldn't do that from the start. Silap aku. Silap aku. Ya Allah, kau lindungi hatinya.'

"The end."

Juann Fitri.
-Tanpa Nama-