Bibir mengukir senyum. Lambakan buku-buku di Big Bad Wolf itu membuatkan hati dia melonjak kegembiraan. Book worm. Book Fanatic. Itu dia. Tangan terus mencapai troli. Padahal dalam kepala cuma nak beli tiga buku saja. Troli ditolak, meminta laluan dari orang ramai dengan ‘excuse me, I’m walking through’. Kaki terus menghala ke kawasan buku-buku bertanda Romance. Mata meliar mencari buku-buku yang dah dirancang untuk dibeli dari bulan lepas.
Pusing sekali. Tiada. Tapi mata terlekat pada ‘Match Me If You Can’. Buku diambil, muka surat terakhir diselak. Good ending. It doesn’t necessarily need to be a happy one. Any good ending will attract her to the book. Tak semestinya happy ending is a good ending. Pusing kali kedua, mata bercahaya.
‘The Boy Is Back’ oleh Meg Cabot. Salah satu buku yang dicari. Endingnya tak dibaca. Terus dimasukkan ke dalam troli. Pusing kali ke tiga. ‘After You’ oleh Jojo Moyes pula dijumpai. Kesinambungan dari ‘Me Before You’ yang sudah dibeli beberapa bulan sebelum. Dimasukkan lagi ke dalam troli. Now, that’s three.
Anak mata beralih pada bahagian Crime/Horror. Pusing sekali. The Typist menarik perhatian. Berkisarkan tentang penulis cerita seram yang menyedari hasil penulisannya bukan datang dari dirinya sendiri. Yang berhenti pada satu perenggan kemudian pergi beradu. Apabila dia bangkit dari tidurnya, hampir satu muka surat sarat dengan penulisan. Bukan calang-calang penceritaan.
Dan genre ini bukan jenis yang boleh dibaca ending terlebih dahulu. Terus dimasukkan ke dalam troli. Kemudian dia pusing buat kali ketiga diruangan Romance. Mencari novel yang ditulis oleh penulis lelaki. Dan saat itu, dunia rasa bergerak perlahan. Figura dua orang dihadapannya rasa kenal sungguh.
Lelaki dan gadis itu bergelak ketawa, bertepuk tampar di hadapannya. Dia mengalih pandangan. Cepat-cepat berpusing balik ke bahagian lain. Tak mahu bertembung dengan mereka berdua. Ruangan Sci-Fi kini didekati. Bukan genre pilihan dia. Anak mata sekadar meliar kot-kot ada yang dia berkenan. Tiada. Wajah dipalingkan semula ke tempat dia bertembung dengan dua figura manusia tadi. Nafas lega dilepas perlahan. Troli disorong semula ke ruangan tersebut.
Mungkin dia terlalu focus pada buku-buku atau mungkin dia membiarkan fikirannya menerawang pada kejadian tadi, tapi dia berakhir dengan perlanggaran. Tanpa sedar troli yang disorong menggilis kaki pelawat lain. Lelaki itu mendesis sakit.
“Sorry, sir... I...” Wajah lelaki itu muncul didepan mata. “I didn’t see.”
Lelaki itu juga berhenti mengaduh. Anak mata bertentang. Gadis di sisi lelaki itu juga nampak terkejut.
“I thought... you’ll come here tomorrow?” Lelaki itu bersuara. Teragak-agak.
“Yeah. And I thought you couldn’t come because the accommodations and transportation are too pricey.”
“Lea...”
Anak mata beralih pada si gadis. Someone that she knows. Knew. Kawan sekolah yang pernah rapat dengan dia satu ketika dulu. Kawan yang sama yang pernah jadi batu api memporak-perandakan hubungan persahabatan di dengan kawan baik dia sekarang. Thank God, they only became stronger.
Gadis itu tunduk. Tak bercakap apa-apa.
“Well, enjoy your shopping. Or... flirting.” Troli ditolak meninggalkan pasangan itu.
You must think that I’m stupid.
You must think that I’m a fool.
You must think that I’m new to this.
But I have seen this all before.
That’s a third time now. Lelaki yang ‘berkawan’ dengan dia ‘berkawan’ juga dengan orang lain. Padahal mereka masih menghubungi antara satu sama lain. Well, must be something wrong with me.
Dia menggeleng kepala, malas nak ambil pusing. Takkan nak rosakkan mood semata-mata sebab kejadian tu. Sedih? Tak sangat. Putus? Mesti.
Bayaran dibuat di kaunter. Wajahnya masih ceria. Bukan yang dibuat-buat. Tapi yang sebenar-benarnya. Syukur. Beg plastic dipegang dengan 6 buah buku. Dalam kepala buat vitual face palm. Janji dengan sendiri tiga buku je. Sekarang tiga buku lebih ni apa cerita?
Dia kembali ke keretanya. Nafas dilepas sekali. Well, I’m a free woman now. Telefon bimbit bergetar. Tiga panggilan tak berjawab. Dia angkat kening kiri. Less than the first break up.
Senyum terukir dibibir mengingat kenangan lampau.
Dengan seorang lelaki yang bernama... let’s call him X to make it funny. X, touché.
“There’s something you should know about him.” Roomate dia tiba-tiba bersuara satu hari.
“Yeah? Apa dia?” Dia hanyut dengan perasaan pada X waktu tu. First love, they say.
“Dia... I don’t know. I asked him the other day. I asked if you guys have anything.”
“Me and him?”
“Yeah. And he said to ask you. What do you say?”
“I don’t know. What do you think?” Dia jawab dengan senyum. Head over heels. Foolish.
“I think he just mess around with you.” Air muka dia berubah serta merta.
“Hm?” Dia menyoal hampir defensive.
“Aku tanya dia... Kau tak ada girlfriend ke? Dia cakap it’s complicated. The woman he dated ignored him. Ada lelaki lain, perhaps. So... I think samada he takes as a rebound or... to make him less lonely.”
Air liur yang ditelan rasa berpasir. Now that hurts.
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Coz I saw him still texting a girl. Maybe it’s another person. Or maybe it’s the same girl. But either way, it’s unfair to you.”
Betul. Roomate dia betul. Syukur dia belum setuju untuk ‘berkawan’. Sekadar rapat. Teman tapi mesra.
Tapi sejak dari tu, dia tak melayan lelaki tu macam dulu. Dan at the end of the year, dia dapat tahu dari suara-suara classmates. Yang X dah bersama dengan bekas teman wanitanya.
You must think that I’m heartless.
You must think that I’m cold.
I’m just protecting my innocence.
I’m just protecting my soul.
Lapan panggilan diterima selepas dia tak mambalas chat dari X. Sementara dia melepaskan kekecewaan pada tikar sejadah. Syukur roommate dia pulang ke kampung halamnnya hari tu. Jadi, memang waktu itu digunakan sepenuhnya. To cry her heart away.
Satu mesej diterima. Air mata dikesat. Enough, Lea. Enough.
Mesej dibuka.
I am sorry, Lea. I honestly have feelings for you. But it’s not as strong as what I feel towards her.
I am sorry for everything if I lead you on. But, am just want to be honest with you.
I did love you. But... I can’t be with you. Coz I love her more. She knows me longer than you do.
And she knows me better. So... I hope you’ll find a guy that love you. More than I do.
Have feelings my foot.
Well, mungkin dalam kes ni dia yang orang ketiga. But... they broke up, right?
Ketukan dari luar mengembalikan dia ke dunia nyata. Seorang lelaki menunduk tersenyum. Dia membuka hanya sedikit. Sekadar bagi memberi laluan lelaki itu bicara.
“yeah?”
“Miss, nak keluar ke? Saya nak masuk boleh? Tak ada parking ni.” Yeah dah bayar lima ringgit.
“Miss, nak keluar ke? Saya nak masuk boleh? Tak ada parking ni.” Yeah dah bayar lima ringgit.
“Sorry...”
“It’s okay. Thank you.”
Cermin ditutup semula. Gear diturunkan ke ‘D’. Minyak ditekan. Mengelamun sampai tak sedar. Kesian orang nak parking tak dapat.
But yeah, that’s the first.
Kecewa tak payah cerita la. Kalau sampai menangis atas sejadah, kan? Buat dia sedar. Dia tak patut kasihkan seseorang lebih dari dia kasihkan Tuhan. Kasihkan diri sendiri. Sedar, sungguh.
Satu mesej masuk. Tengah memandu, tak dapatlah nak tengok.
Dia memandu terus ke hala tuju seterusnya. The Summit, USJ.
Another book fair. 5 books for RM 25. Rugi siapa tak pergi. Well, for English book lovers, especially.
Kereta berjaya diparkir. Hampir dengan pintu masuk lobi. Dia melangkah keluar dari kereta, masuk ke dalam lif. Dia seorang.Butang G ditekan. Telefon bimbit ditarik keluar.
It’s because you’re cold. I don’t even know if you actually have any feelings towards me or not.
But with her, I received all the affections I could have. Even though, I love you, but you’re too much. You’re too stingy with love and affections. I am sorry I lied. But... you hurt me too.
I’m never gonna let you close to me
Even though you mean the most to me
Coz every time I open up it hurts
Well, I am cold. Mengakula yang tu. But, these things might happen. So, if I’m not cold, I’m not gonna be like how I be today. Don’t I?
I’m never gonna get too close to you
Even though I mean the most to you
In case you go and leave me in the dirt.
He did. They did.
Lif berhenti. Dia melangkah keluar. Sebaik sahaja pintu dikuak, expo English Books Clearance by Popular Bookstore menjengah pandangan. 5 books for RM25.
Dia melagkah masuk, mencari buku yang dirasakan menarik. Yang sesuai dengan citarasa. Untung, ekspo ni juga mengkatogerikan buku-buku mengikut genre. Cuma, ada sebahagian yang sudah bercampur. Jadi, dia terpaksa meneliti satu satu. Dan buku-bukunya bukan banyak. Clearance kan. Satu buku cuma tinggal dua atau tiga copy. Satu pun ada. Dan yang satu itu yang menarik perhatian. Walaupun dah terkoyak sedikit kulit bukunya.
You Had Me At Hello.
Buku dipusingkan, synopsis dibalik buku dibaca. Muka surat terkahir dibuka. Dibaca sekali imbas. Well, why it sounds familiar? Telefon bimbit ditarik keluar. Time for spoilers. Goodread di layari. Book Review dibaca. The Goodread give it a 3.5. So... that’s how cliché and boring the story is? Even though, it kinda... happened to her?
Pengalaman kedua. Let’s call him Y. Yes, WHY would she still think about him? Touche? Yeah, one more time.
Tiga bulan sebelum kejadian itu, Y mula bercakap tentang perkahwinan. Lelaki itu mula menyoal bila tarikh sesuai, hantaran macam mana and all. She’s flattered. But still, tak boleh nak fikir jauh sangat. Y baru bertanya.
Dua minggu kemudian, dia terima panggilan dari HCL Hexagon. Dia diterima masuk ke syarikat itu sebagai SAP Programmer. Dan untuk itu, dia perlu dihantar ke Germany untuk bekerja sebagai programmer kapal terbang simulasi di sana. Dia terbang ke Germany walaupun Y bermasam muka dengan keputusannya.
Dia member alas an logic. Dia kesana hanya untuk dua tahun. Selepas kontrak tamat, dia akan kembali ke Malaysia dan mereka boleh meneruskan rancangan. Lagipun, waktu tu mereka masih terlalu muda.Umur baru mencecah angka 23. Baru nak merasa dunia luar.
Semua nampak okay, lelaki itu macam biasa. Setiap sabtu mereka akan on the phone dan hari hari lain sekadar berbalas mesej. Tanya khabar, tanya how is your day. Kemudian selepas tuga bulan dia disana, dia kembali ke tanah air. Melawat keluarga yang lama ditinggalkan. Tiga bulan, lama tu.
Y ajak bertemu. Dia setuju. Restoren Old Town White Coffee menjadi saksi. Cewah. Saksi sangat.
“I’m sorry.”
“Does it matter?” Dia bicara perlahan. Lelaki itu senyap sekadar menunduk ke kaki meja makan. Hujan yang turun mulai lebat seolah-olah menangisi hakikatnya. Dia memandang tepat ke arah lelaki itu.
“It’s okay. I knew this day will come anyway. So...” Dia senyum nipis kemudian menyambung.
“How can I repay everything you’ve done for me? All those helps... and kindness...”
"Lea, what are you talking about?”
“That’s why I don’t like owing.” Ya, dia memang tak suka kalau lelaki itu memberinya apa-apa. Memang dia akan balas secepat mungkin.
“Let’s not mind about that...”
“I can’t really...” Dia bangkit, mengambil telefon bimbitnya, mengeluarkan not sepuluh ringgit dan diletakkan di atas meja.
“It’s for the latte.” Kopi yang masih hangat itu kelihatan sepi.
“I should go. Thanks.” Dia mula melangkah meninggalkan meja, kemudian dia berhenti.
“I... I’ll return everything that you ever give to me by this Monday.. um... the ones that left.”
“No, I don’t need that.”
“So do I.”
Well, that part is not exactly the same as in the book. But the after is what the writer and she share.
Bila mana dia bertembung dengan lelaki itu di kedai buku dengan seorang gadis kecil molek. Yang memeluk lengan Y sewaktu memilih coklat di pasaraya itu. Itu gadis yang meninggalkan Y beberapa bulan sebelum dia dan Y ‘berkawan’. Why is everyone got back to their exes?
And they’re happily married now. Dia pun bahagia. At least, Y told her. Not cheat on her. Beritahu yang dia masih ada hati dengan kekasih lama. Dan gadis tu pun mahukan dia semula. Yeah, love can be dreading sometimes.
“Miss, do you have member card?” Soalan dari gadis Cina itu menyentakkan dia.
Dia senyum menggeleng. “Do you want to make one? It’ll be RM 25 for three years and you’ll have a voucher of RM 5, so you’ll only need to pay RM 20 for these five books.”
“It’s okay, I don’t need that. Thank you.”
Gadis Cina itu tersenyum. “By the way, your phone has been vibrating.”
“Oh, thanks.” Dia tahu. Saja ignore.
Dia mengambil buku itu lalu dipegang sekali dengan empat buku yang lain. Jam di tangan dah pukul 12.30 p.m. Cukuplah untuk hari ni. Dah nak zohor pun.
Pembayaran dibuat. RM 25 untuk 5 buku. Kemudian dia turun ke food court. Ayam Penyet tu nampak menarik sungguh. Dia duduk sendiri di meja hujung. Selesai memesan dia kembali ke telefon bimbit. Instagram dibuka. Setiap insta story yang muncul dilihat.
Eric. Salah seorang classmate Chinese semasa di university. Insta story berlatar belakangkan airport. Kemudian tulisan berwarna hitam di tengah-tengah gambar.
Just land form NZ. I’m rich and I’ll propose to her.
Dia angkat kening. Congratulations. Insta story dibalas.
Well, another happy ending for another person. Telefon bimbit diletak tepi sebelum ia berbunyi semula. Menandakan chat di insta story dibalas.
Let’s meet tomorrow. Asks Ana, Hanim and Rara to come too. I’ll text you the place later. Got some souvenir for you guys.*emoji*
Dia balas dengan emoji juga. Kemudia dia menaip sesuatu di dalam group whats app gegadis.
Ayam Penyet sampai. Dia makan penuh nikmat.
Well, it’s not really the end. So... doesn’t mean she can’t be happy, right?
Telefon berbunyi lagi. Skrin telefon di bawa ke mata. Nafas dilepas perlahan. Ingatkan Eric.
Are you crying? I’m sorry. Can we talk? Can we have a closure?
Bibir mengukir senyum. Nanges? No way.
And every time you hurt the less that I cried.
And every time you leave me the quicker these tears dried.
And every time you walk out the less I love you.
Baby, we don’t stand a chance.
It’s sad but it’s true.
I’m way too good at goodbyes.
No way that you’ll see me cry.
I’m way too good at goodbyes.
The end.
Dia duduk bersama Hanim dan Rara. Ana tak dapat hadir kerana urusan kerjanya. Eric tiba dengan 4 goody bags. Bukan calang-calang goody bag. Goody bag besar.
“Whoa, that’s really big.”
“Yeah.. I’m rich now.”
Dia ketawa lepas. “Yeah, I can see that. How’s NZ?”
“It’s a very lovely country. Alhamdulillah.”
Dia senyum menggeleng. Eric tak berubah. Dari dulu memang suka sebut Alhamdulillah, Astaghfirullah, Bismillah, walaupun dia Chinese. A Buddhist.
“So, you come back for good?”
“I got a job there. But I’m back for a while to visit my parents.”
“And propose?”
“Yes.”
“So, it means that you’ll bring her back there?”
“In Shaa Allah, I got two months to convince her.”
“Well, I wish you good luck.”
“Please, I’m gonna need all the luck.”
Mereka berbual seketika sebelum jam menunjukkan angka 1 p.m.
“Okay then, I need to go. It’s almost Zohor. Oh yea, by the way... this is my new name. But you still can call me Eric.”
Eric menarik sesuatu dari dompetnya.
Muhammad Aqiff. Kad Mualaf itu tertera namanya.
Hampir ternganga dia dibuatnya. “Alhamdulillah.” Eric senyum senang.
“Since when?”
“Eight months ago. In NZ. No worries, I went to Malaysian Embassy to register as well.”
“So, betul la zaujah Melayu?”
Pernah bising dulu, gossip di kalangan classmates, Eric nak cari isteri Melayu.
“In Shaa Allah. Pray for me...anyway I’ll get going. See you soon.” Eric bangun dari duduknya terus melangkah pergi. Mereka duduk sebentar sebelum masing-masing membawa haluan lain.
Dia melangkah ke kereta. Goodies bag Eric dibuka. Banyak coklat. Banyak diary products. And... a red box? What is this red box?
Kotak kecil itu ditarik keluar. Dibuka perlahan. Cepat-cepat ditutup semula.
Ni pun dalam goody bag? Kaya sungguh ni. Or did he misplace? Telefon bimbit dicapai.
Geng, dalam goody bag kau orang ada red box?
Red box? Tak ada pun.
Yeah, I don’t have it too.
So, he misplaced. Instagram dibuka, demi membuka chat dengan Eric. Insta Story Eric di bahagian mula-mula.
Background gelap. Hanya tulisan tanpa gambar.
I hope she understands. I really don’t have the guts to say it in front of her.Only the red box will tell everything.
Jantung berdegup kencang.
Kotak merah dibuka semula. Di bahagian atas kotak ada nota kecil.
I always been in love with you, Lea. Will you consider me as a husband and marry me?
Saliva ditelan. Rasa sebak.
Looks like she has the happy part after all.
Best Regards,
Juann Fitri