Bismillahirrahmanirrahim~
Salam,
Tiba-tiba semalam… dapat
idea nak berkongsi cerita di belakang tabir short story Jetlagged: A Musical
Couple Story. Heh, serius cakap cerita ni memang terlalu banyak draf sampai
lastnya langsung tak diguna pakai walaupun ada certain babak dalam draft tu
yang diambil guna pakai. So ini first draf dia…
Tajuk: The Headphone.
Nina:
Kaki
bersilang sementara dia duduk di bench kosong yang terletak tak jauh dari
kawasan lapang. Mata meliar memandang keliling. Waktu-waktu bosan macam ni,
memang itulah kerja dia. Nak-nak lagi baru lepas habis PMR ni kan. Dah dua tiga
hari duduk melangut macam tu, pandang sana sini. Mengintai ragam manusia. Nak
buat benda lain memang tak la… Nina. Itu nama dia.
Dan
hari ini… figura lelaki dengan headphone tu muncul lagi, seperti hari-hari
sebelumnya, dua tiga hari sebelumnya. Itulah yang dia cari sebenarnya. Lelaki
dengan headphone purple dan box gitar hitam yang digendong di belakang badan.
Slumber berjalan melintas kawasan lapang terus menghilang ke laluan subway.
Entah ke mana, tak pula dia selidik ke apa. Satu benda, lelaki tu interesting.
Rare species.
#
Tahun
baru bermula, sekolah bermula. SMK Cyberjaya, tanah tumpah ilmu barunya selepas
berpindah dari Persint 17. Bakal menyambung sekolah menengah tinggi dalam
aliran sains di sini. 4 Alpha, kaki melangkah masuk. Rata-rata pelajar
menjadikan dia tumpuan. Biasalah muka baru. Dia buat tak ambil peduli, terus
duduk mana-mana seat kosong. Senyap membisu tak berkata apa pun. Mata meliar
seperti selalu, memandang mana-mana manusia yang boleh dijadikan teman dan dia
terhenti pada pintu kelas. Lelaki tu! Mamat headphone purple tu. Kemas je dia
dengan baju sekolah siap tuck-in, kemeja long sleeves disenseng dua tiga
lipatan, tie yang sengaja dilurut sedikit, memberi ruang untuk bernafas. Lelaki
itu berjalan melepasi dia dan terus duduk dua seat dibelakang dia. Bersalaman
dengan deskmate yang rasanya macam dah kenal lama.
“Awesome…” Dia berbisik sendiri. Dengan style lelaki tu
rasanya dia dah jatuh suka. Heh, bukan apa… sebab interest sama kot. Sama-sama
minat music. Rasanya kita boleh get along better?
Pa’an:
Tangan
bersalaman dengan teman di sebelah. Surfer, best friend forever, the master of
games yang simpan banyak rahsia dia. Dan dia pun banyak simpan rahsia fasal
Surfer. Bak kata orang, untuk kita-kita je. Orang lain tak perlu tahu.
“Ramai muka aku tak familiar…” Pa’an bicara senafas. MP4
yang diseludup dalam poket seluar ditarik keluar. Lagu yang berdentum di
telinga berubah nada.
“Budak kelas kita ramai yang pindah…” Surfer membalas
dengan mata masih tertancap pada PSP.
“Hari ni ada latihan ke?”
“Meeting je kot kejap. Coach nak buat pemilihan baru kata
Heykal…”
“Kau nak ubah posisi ke tahun ni?”
“Aku dah biasa dengan left wing tu… kau?”
“Aku dah biasa dengan kau…”
Surfer tersengih di balik Tekken 3. Pa’an main
manja-manja pula dia.
Mata beralih pada Pa’an yang masih leka dengan MP4,
kemudian terus ke serata kelas. Pandangan gadis tu buat diri rasa tergugat.
Apahal pandang sampai macam tu? Straight ke arah seorang budak perempuan yang
duduk dua baris di depan Pa’an. Nampak yang gadis tu cuba control air muka dia
bila kena tangkap mengusha Pa’an sekejap tadi. Terus tunduk memandang ke depan
tak bergerak-gerak lagi.
“Aku rasa kau ada crush…” Surfer bicara perlahan.
Betul-betul di telinga kiri Pa’an.
“Apa?” Headphone dilurut ke leher. Bijak sangat aku
tengah mendengar lagu Titanium sampai habis volume, kau boleh pula nak main
bisik-bisik dengan aku.
“Tak ada apa…Nanti-nanti kita cerita. Kelas dah nak mula…
sorok la binatang tu kalau ye pun.” Surfer, PSP dibawa masuk ke bawah meja.
Terus duduk tegak memandang ke depan. Kadang sekejap-sekejap mata dia ada
mencuri pandang gadis tu. Membayangkan gadis tu dengan Pa’an, heh buat dia rasa
nak gelak pun ada. Lagi-lagi memikirkan Pa’an ada girlfriend nanti. Awesome.
Pa’an, muka pelik tak boleh nak control lagi. Curious tu
tak payah cerita la. Pandangan ditala pada Surfer yang tenang memandang ke
depan. Surfer, memang macam ni…Headphone dibawa ke bawah meja. Style yang sama
macam Surfer. Tu yang orang dok kata dia orang kembar tak seiras, macam
belangkas.
Nina:
Mata
sengaja mencuri pandang pada lelaki dengan headphone purple tu. Saat kepala
menoleh ke belakang…Damn! Refleks dia berpaling semula ke depan. Si deskmate
mamat tu tengah straight pandang dia pula. Spoiled! Memang lepas tu tak
memandang langsung ke belakang dah. Dan alang-alang guru kelas pun dah masuk,
niat nak mengusha tu terkubur macam tu je.
Proses
memperkenalkan diri pun bermula.
“Nama Fariz Farhan. Panggil Pa’an. Student sini sejak
form 1.I’m a music addict.”
Heh, nama tu lah yang dia tunggu sejak dulu. Lepas je
lelaki ni sebut nama dia, nama orang lain dia dah tak dengar dah. Nampak tak,
parahnya…
Kepala
mengangguk dua tiga kali. So, nama dia Pa’an.The music addict ey? What a nice
shot.
Patutlah pun, dengan headphone dia. Dengan guitar dia.
Rare species.
Waktu
yang ditunggu-tunggu oleh rata-rata pelajar pun menjelang tiba. Makan time! Dan
dia yang terhegeh-hegeh mencari dompet dalam beg tu dah tersekat dengan
segerombolan manusia entah datang dari mana tiba-tiba je menyerang kelas dia,
terus menuju ke tempat pujaan hatinya tu.
“Dude! Asal kau dah gemuk?!” Seorang lelaki dengan tie
yang sengaja dilurut menampar bahu Pa’an.
“Julius Caesar! Lama tak jumpa.” Sengih lelaki tadi mati.
Julius Caesar. Perlu ke?
“Red Jaguar, petang ni?” Seorang lelaki lain bicara
memandang teman-temannya dengan kening kiri yang sengaja diangkat tinggi.
Nampak ada gaya kepimpinan pada riak wajahnya.
“Boleh je…” Pa’an membetulkan letak headphone. Sengaja
dipakai pada sebelah kiri je. Sebelah kanan diletak belakang telinga. “Surfer?”
“Boleh kot. Petang ni rasanya aku tak ada apa.”
Tak ada apa. Fahamlah kalau Surfer cakap macam tu. Battle
Of Gamers. Dan lelaki ni dah kaut berapa banyak ribu ringgit dah dalam
pertandingan online game macam tu. Tak terkira dah pakai jari. Awesome.
“Julius?”
“Kau tanya aku ke?” Rambut sengaja disebak ke belakang.
Gaya poyo habis.
“Poyo betul la~” Dan gamatlah sekejap kelas tu. Nina
menggeleng perlahan. Ramainya umat berkawan dengan dia. Tengok tadi adalah
dekat 20 orang berkumpul. Dah macam angkatan tentera pun ada. Tapi
masing-masing punya lah hot.
Kaki melangkah keluar dari kelas. Perut dah bunyi macam
dying whale.
Pa’an:
Surfer,
mata melirik pada gadis tu. Entah dia sengaja melambat-lambatkan pergerakan
atau memang di adilahirkan sebegitu rupa, dia sendiri tak pasti. Tapi, memang
sangat ketara gadis tu cuma pandang Pa’an. Bibir yang terasa nak sengih
ditahan. Peminat Pa’an eh? At the first sight? Seriously? Aku tak sangka pula
love in the first sight tu betul wujud.
“Guys, makan jom. Aku dah lapar gila!”
“Aku macam biasalah bro…” Gad angkat tangan minta diri
awal-awal. Nak berjumpa dengan kekasih hati. “Orait.Jumpa nanti.” Bahrain
angkat tangan. Gad-Gina, partner yang masuk je rasanya. Muka lebih kurang je.
Kalau kata Gad tu abang Gina pun orang percaya.
Langkah masing-masing kini menghala ke café. Pa’an, bahu
ditarik Surfer tiba-tiba.
“Awatnya?”
“Kau ada crush.”Straight to the point je mamat ni.
“Huh?” Muka pelik. Zero.
“Tak ada apa la…” Tangan Surfer diseluk ke dalam poket
kiri. PSP ditarik keluar.
“Apahal kau Surfer?” Tiba-tiba je kata aku ada crush.
Siapalah yang minat aku ni der? Selalu orang kata aku pelik je tak adanya nak
main jatuh suka ke apa.
# Gitar
birunya ditarik ke riba. Perlahan string dipetik mengikut alunan melodi yang
bergema dalam headphone. Rolling In The Deep versi Vazquez Sound dah masuk part
Gustavo main drum. Petikan gitar masuk mengiringi suara Angie yang menjadi
penyumbang vocal dalam iramanya. Suasana
senang di keliling tasik tu memang sangat sesuai untuk orang seni macam dia.
Cewah, seninya la aku. Buku Biologi yang terbuka di bab Gaseous Exchange dibiar
sepi tak bersentuh lepas nampak buku musicnya. Take 5 kata orang. Tapi ni
rasanya dah lebih lima minit ni Pa’an. Buku music diselak barang dua tiga
helai. Bila dia jumpa je page yang dia nak tu dia berhenti. String berubah
melodi. Dari mood warming up lagu Rolling in The Deep ke lagu ni.
Under the same
sky, at different places
Because you and I are dangerous
I am leaving you
One letter difference from ‘us’
It’s cowardly but I’m hiding because I’m not good enough
Cruel breakup is like the end of the road of love
No words can comfort me
Perhaps my lifetime’s last melodrama
Now its final curtain is coming down
Because you and I are dangerous
I am leaving you
One letter difference from ‘us’
It’s cowardly but I’m hiding because I’m not good enough
Cruel breakup is like the end of the road of love
No words can comfort me
Perhaps my lifetime’s last melodrama
Now its final curtain is coming down
I was born and I
met you
And I have loved you to death
My cold heart that has been dyed blue
Even with my eyes closed, I can’t feel you
And I have loved you to death
My cold heart that has been dyed blue
Even with my eyes closed, I can’t feel you
“Awesome…” Petikan gitar terhenti. Refleks terus dia
bangkit memandang manusia yang mencuri dengar karya dia. Gadis tu dicerlung
sehabis mungkin. Dari atas ke bawah.
Dapat dia lihat gadis tu menggigil. Takut dengan tenungan
dia mungkin.
“So…rry…”.
“Sejak bila kau ada kat sini?” Suaranya kedengaran
dingin.
“Baru je…baru je masa awak main lagu tu.” Gadis tu
menunduk, dah tak sanggup nak membalas pandangan dia. Rasa nak gelak pun ada.
Muka dia macam familiar, macam tak. Blah la, karang menangis pula budak ni. Tak
fasal-fasal je. Gitar birunya digrab sekali dengan segala barang-barangnya.
Sorry la awak yang berkenaan, saya memang tak pandai cakap dengan perempuan.
Nina:
Pa’an,
lelaki tu main pergi je macam tu. Dia…marah ke? Duh,spoiled. Scene dah best dah
kalau nak buat drama sebabak pun. Dengan lagu tadi tu. Heh, aku yang berangan
terlebih. Tempat Pa’an tadi diambil. Duduk dengan kaki dilipat ke badan.
Mengerekot macam tu. Uisyh, melampau sangat gaya ni Nina. Posisi diubah. Duduk
bersila menghadap tasik yang dah mula dipanah cahaya matahari terbenam.
“Betul ke dia marah?” Jejak lelaki itu dipandang semula.
Walaupun bayangnya dah tak ada, aura lelaki tu masih terasa. Aura gelap. Dia
marah ke?
Pa’an:
Kaki
melangkah masuk ke kelas. Dan macam biasa, setiap langkahnya diiringi dengan
detak music dari speaker headphone. Langkah perlahan tiba-tiba bila dia
terlihat figura gadis tu. Gadis tu memandang dia dengan muka pathetic.
La, classmate aku rupanya budak ni. Gadis yang dia jumpa
semalam. Di port dia di tepi tasik tu.
Gadis tu sekadar menunduk lepas terlihat kelibat dia.
Langkah diteruskan ke tempatnya.
“Kau dah kenapa?” Surfer menyoal dia sebaik saja dia
duduk.
“Asal?”
“Tenung budak tu macam apa je.”
“Oh, semalam…”
“La, budak tu ke? Classmate sendiri tak kenal ke? Duduk
dua baris je kot depan kau…”
“Haisyh…aku memang gini, memang susah nak ingat orang
kan?”
Surfer menyengih. Bila secret admire tak jadi secret
lagi…
“Aku takut dia rasa bersalah je dengan aku semalam. Ingat
aku marah…” Pa’an bicara senafas, antara dengar dengan tidak.
“Pergilah tegur…”
“Hm, memang tak la kalau aku nak menegur pun.”
“Haisyh…children~” Surfer menggeleng perlahan sebelum
kembali ke screen PSP.
Dalam draf yang ni, cerita ni banyak melibatkan
Surfer, member baik Pa’an… tapi bila baca balik, asal macam tak kena… kenapa
banyak Surfer pula? Tak faham… maka dibega semula… Tapi… idea lain datang
mencurah. This is the second draf,
Tajuk: The Guitar, The
Music And The Headphone.
Tubuh disandarkan pada
batang pokok yang menghadap tasik tu. Tempat melepak kedua dia selepas markas
garaj rumah Heykal. Kat sini… tenang sikit. Nak mencari ilham buat kerja pun
senang. Headphone purple yang tersangkut di leher dibawa ke telinga. Di balik
speaker, Rolling In The Deep versi Vazquez Sounds dah masuk babak si Gustavo
bermain drum solo.
Gitar biru di sisi dicapai. Sengaja memetik mengikut alun
lagu tu dengan suara Angie jadi penderma vocal untuk melodi dia.
“We could’ve had it all,
rolling in the deep,
You have my heart inside
of your head,
And you play it to beat…”
Petikan gitar mati, headphone dilurut balik ke telinga.
Tu bukan suara Angie. Siapa pula mengganggu port aku ni. Dia bangkit berdiri.
Memandang keliling. Tak ada apa. Gitar diambil semula. Dipetik dengan nada lagu
yang sama. Sambungan dari part tadi.
“Baby, I have no story to
be told,
But I’ve heard the one of
you, I’m gonna make your head burn,
Think of me and the death
of your despair, makin’ a home down there as mine sure won’t be…” Nyanyian
gadis tu terhenti. Kasut yang berada betul-betul dihadapannya kini ditenung
tanpa suara. Perlahan kepala mendongak sebelum matanya bertentang dengan mata
beliau.
Beliau, Pa’an The Music Addict, The Defender of The Red
Jaguar. Saliva yang nak ditelan terasa tersekat di kerongkong. Pantas gadis tu
bangun menghadap dia.
Pa’an, gadis tu ditenung
dalam-dalam. Macam familiar, macam tak.
“Hai…” Gadis tu memecah
suasana sunyi.
Pa’an diam tak membalas.
“Er…sorry…saya nyanyi kuat sangat ke? Sorry…”
“Sejak bila kau ada kat
sini?”
Er…itu, macam mana nak
cakap. Sejak saya tahu awak selalu lepak sini? Heh…nampak sangat
stalker…Nina…kau buat apa ni?
“Dah lama… Saya selalu
buat kerja kat sini.”
“Kiranya dah lama juga lah
kau tahu aku ada kat sini?”
Angguk. Kepala menunduk.
Duh…dia nak marah ke?
“Aku main best tak?” Huh?
Pa’an duduk dengan gitar
di riba. “B..Best…saya suka.”
Sengih terukir di bibir
lelaki tu. Pa’an bukan sombong. Dia friendly.
Gadis tu duduk di port dia
tadi. “Anyway… nama aku Pa’an. Aku budak SMK Cyberjaya. Kau?”
Erk…dia tak kenal aku.
“Saya Nina…SMK Cyberjaya,
duduk dua baris je depan awak.”
Kening Pa’an terangkat
tinggi.
“La…ye ke? Tak perasan
pula…Sorry la aku memang gini. Susah nak ingat orang…”
Tak dinafikan la. Sekolah
baru je buka. Gadis tu pun baru je pindah sebab ambil aliran Sains di SMK
Cyberjaya.
“Tak apa.” Nina tersenyum.
“Nina right? Suara kau not
bad…” Heh, dia puji.
Gadis tu tersipu malu
sendiri. “Hm…nanti bila-bila…” Perbualan ternganggu dek bunyi ringtone Pa’an.
Right Round_Florida bergema kuat. “Sorry…” Dia bangkit menjarakkan diri dengan
gadis tu.
Dari jauh, Nina dapat
lihat pelbagai eksperesi Pa’an. Haih… dia comel betul.
“Sorry Nina. I’ve gotta
go. Ada latihan.”
“Bola sepak?”
Langkah Pa’an terhenti.
Gadis tu dipandang. Angguk sekali.Senyum sekali. Pergi.
Ha…yang ni pula bila baca balik, perwatakan Pa’an
langsung tak macam yang aku imagine…pelik je tengok Pa’an friendly…pelik je
tengok Pa’an style macam tu… Pa’an yang aku kenal, tak macam tu… dia susah nak
ngam dengan orang, Cuma dengan certain-certain orang je dia boleh masuk.
Contohnya…*cough… aku….*cough. Heh… Tapi, Pa’an kalau dah ngam dengan orang…
memang havoc… Tu yang specialnya Pa’an.
Ini third draf… yang
langsung pelik, buruk benor! Memang rasa bukan penulisan aku je… Awkward.
Tajuk: Tentang Pa’an
Introductory:
Farha
Amanina, menetap di New York sejak kecil. Kini terpaksa berpindah pulang ke
Malaysia disebabkan kerjaya keluarganya. Sementelahan dia di Bradford, dia
telah bergiat aktif dalam bidang muzik. Turut menyertai sebuah band bergelar
ATC dan telah membuat cover dalam beberapa buah lagu. Boleh kata dia ni one of
the youtubers back in Bradford la… Tapi dia orang ni bukan famous sangat macam
Sam Tsui ke Dave Days ke… band biasa-biasa yang saja-saja melibatkan diri sebab
minat. Cover lagu pun tak banyak. Memang dia tak expect la orang kenal
dia…tapi…
Now:
Nina:
You take a deep breath and you walk through the door,
It’s the morning of your very first day.
Perlahan
kaki dia melangkah masuk ke kelas yang hingar macam pasar malam tu. Hari
pertama masuk sekolah di Malaysia lepas bertahun-tahun tinggal di Bradford. Of
coarse, lessons, cara semua lain. Dan sekarang dia di tingkatan empat tanpa
tahu apa syllabus yang patut dia belajar di sini. Langkah diteruskan melewati
beberapa buah meja sebelum dia mendapati ada meja ksosng di bahagian kiri
kelas. Okaylah, tak belakang sangat, tak depan sangat. Sebelah tingkap lagi,
breeze je gitu.
Beg
sandang dilurutkan ke kerusi, meja yang jarak-jarak tu memudahkan dia meninjau
sekeliling. Dah style Jepun punya kelas je dengan jarak satu meja satu meja
macam ni. Pandangan mata terpaku pada lelaki dengan headphone purple di kepala
tu. Yang berdiri di luar kelasnya tu. Lelaki tu pandang dia penuh taksub dan
takjub. Apahal? Pandangan di tala semula ke muka meja. Scary nya la…
Pa’an:
Anak
mata tak lepas pandang pada figura gadis yang baru masuk kelas 4 Archimedes
tadi. Itu…Vokalis ATC…Farha Amanina. Mulut terbuka terlopong macam apa,
teringat ATC pernah mention fasal vokalis dia orang lately. Dia orang ada
mention dalam the latest video bulan lepas… yang vocalist dia orang akan
berpindah. Dan…depan mata dia ni…
Pa’an,
si music addict yang pakar dalam segala bidang dalam music. Alat muzik slumber
je dia main, dah gaya Kurt Schneider si youtuber tu pun ada. Walaupun Pa’an tak
buat cover tapi dia memang sangat-sangat addicted dengan muzik. Mana-mana band
yang orang tak pernah kenal pun dia tahu. Termasuklah ATC. No wonder la… headphone
purple tu takkan pernah lekang dari kepala dia kecuali time belajar.
“Surfer…”
Surfer, sahabat baik sehidup semati yang macam belangkas berbeza minat tu
menjawab tanpa mengangkat kepala dari PSP. Ni spesies lain, ni Master Of Games
punya genetic.
“Hmm…”
“Kau ingat aku pernah mention fasal ATC?”
“Youtuber Band tu?”
“Ha…” “So?”
“Farha…tu…” Kening Surfer terangkat tinggi. Tahula kau
minat gila dengan budak perempuan tu tapi tak payah la macam gila bayang macam
ni… Kepala menoleh memandang Pa’an dengan persoalan tu bermain di mindanya.
“Tu…” Pa’an tangan menunjuk pada gadis baru yang duduk di tepi tingkap tu.
Surfer menunduk ke depan sikit, nak menangkap wajah gadis tu. Si~…
Betul la…
“Kan?” Pa’an menyoal. “Kau nak jadi fanboying ke apa ni?”
“Over la…” “Kau bukan boleh percaya…” Surfer kembali pada
skrin PSP, pada game Tekken 3 yang diberhentikan sekejap tadi.
Nina:
Duduk
dilabuhkan di bench depan tasik buatan kelab pencinta alam tu. Cantik je tempat
ni dengan suasana hijau walaupun artificial. Sandwich yang dibeli di kafe
sekejap tadi ditarik keluar dari plastic bag. Biasalah, hari first rehat
seorang diri macam ni. Perkara normal… Dah agak pun. Dia dah la jenis yang tak
banyak bercakap, garang pula… Adoi. Spoiled.
Saat
dia tengah best je melayan panorama, air kotak Ice Lemon Tea tu muncul
tergawang-gawang depan mata. Eh?
“Hai, seorang je ke? By the way, nama Fariz Farhan,
panggil Pa’an je. Kelas 4 Bernoulli. Sains Perakaunan (Sains +Akaun). Awak
vokalis ATC kan? Nina kan? Awesome…”
Mata dia membulat. Shesh! Lelaki ni kenal aku ke? ATC tu
famous ke? Aku rasa tak je… Siap panggil Nina lagi. Suka hati je, Weh, kita
bukan kenal sangat la…
“Saya follow juga perkembangan kau orang dekat you tube.
Awak dah ada kat sini, ATC tukar vokalis ke? Atau bubar terus je? Rugi juga
macam tu…sebab rasanya…”
“Oi, Pa’an…” Satu suara lain menjengah babak. Surfer
berdiri dua tapak dari tempat kejadian, berdiri dengan tangan kanan di poket
yang sebelah lagi dengan PSP.
“Aisyh…kacau la, aku baru nak interview…”
“Dah lambat ni…”
“Ye la… Okay la… Nina, saya pergi dulu… nanti
karang-karang kita borak lagi. Again, the name is Pa’an. 4 Bernoulli. So call
me maybe?”
“Huh?”
“Haha…tak ada apala… Da~”
Kepala menggeleng di bawah pengaruh sedar. Banyak
cakapnya la… Mata merenung ke bench tempat Pa’an duduk tadi. Ice Lemon Tea
terbiar macam tu je. Untuk aku ke?
Pa’an:
Surfer
tak berhenti gelak lagi dari tadi. “Weh dah la…”
“Kata tak nak fanboying, tapi nampak sangat la weh… Poyo
betul. Kata over la segala… Kau memang la…”
“I was tempted! Bukannya aku nak, kaki aku entah kenapa
tiba-tiba pergi situ pula…”
“Law of Attraction…” “Pheromone…”
Surfer menggangguk setuju. “Kau je boleh keluarkan
hormone macam tu…”
“Kau, kalau kau jumpa the right one nanti kau tahu la…”
Kening Surfer terangkat dengan sengih sinis. “Tu the
right one for you la tu?”
“Maybe…” Surfer menggeleng kepala perlahan. Kalau dah
angau tu…
Yang si Pa’an tak habis lagi buka cerita fasal Nina tadi.
Adoi… Kalau boleh macam nak bagi tahu satu dunia je dia jumpa dengan youtuber.
Batak betul!
“Surfer…” “Hmm…”
“Aku suka dia…” “Tahu…” Ya, cuma Surfian the Surfer je
yang tahu kenapa Pa’an suka sangat dengar ATC. Dia fall in love dengan vokalis
group tu. Vokalis yang slumber je dengan selendang dia menyanyi dalam youtube
dengan band mat saleh dia. Yang tak peduli pun orang bercakap hal religion yang
bercanggah dalam band dia. Asal dia tahu, urusan dengan Allah dia tak lupa,
menyanyi dengan band tu letak nombor dua. Awesome.
“Aku…kalau boleh nak berkawan dengan dia…” “Pergilah try…”
“Boleh ke? Kalau dia reject aku macam mana? Nampak sangat
kot aku obsess tadi…”
Surfer tergelak perlahan. “Pandai-pandaila… aku tak nak
campur…”
Pa’an, meja digendang beberapa kali. Menyusun strategi
mungkin? Entah… Pa’an otak bukan boleh baca.
Some things gotta get loud,
Coz I’m dying just to make you see,
That I need you here with me now,
Coz you’ve got that one thing.
Nina:
Lelaki
tu datang lagi kali ni. Waktu dia tengah berborak best je dengan kawan baru.
“Hi, Nina…sihat? Er…nah.” Cd yang terletak dalam casing tanpa muka tu dipandang
penuh tanda tanya. Apakah? “Saya harap awak dengar nanti.” Headphone yang
terletak dilehernya diraih semula ke kepala, kemudian dia terus berlalu.
Nina,teman barunya dipandang dengan ekor mata. Gadis yang dikenali dengan nama
Najla tu sekadar merenung penuh minat.
“Kau kenal dia ke?” Najla bersuara menyoal.
Kepala menggeleng. “Epic betul. Selama aku kenal dia
sejak form 1 dia tak pernah buat macam ni…”
Najla memberi komen. “Kau kenal rapat ke dengan dia?”
“Tak pun…Pa’an tu budak Bernoulli. Dia tu agak famous
juga dekat area-area sini. Budak Muzik Band la katakan. Dan dia tu paling
dikenali dengan headphone purple dengan gitar biru dia. Selalu juga nampak dia
melepak kat tasik taman depan sana. Tapi… yang aku tahu Pa’an tu senyap je
orangnya. Tu yang epic sikit bila dia buat gini.” Dia mengangguk perlahan.
Interesting enough, I guess.
Kepala
disandarkan di kepala katil. Poster yang ditampal di belakang pintu tu hanya
ditenung. Poster ATC yang dibuat 3 tahun lepas. Masa tu baru je nak upload
cover kat you tube. Cody la punya angkara. Tiba-tiba dragged je dia dengan
mates yang lain pergi photoshoot. Fu…
What’s past is past.
Oh…
beg sandangnya ditarik dari atas kerusi meja study. Cd tanpa cover tu
dibolak-balikkan casenya. Perlahan dibuka. Ada kertas kecil terletak di atas cd
kuning tu. For You from Pa’an.
Please do listen and soul.
Kening berkerut penuh tanda tanya. Dia bangkit menuju ke
stereo, cd kuning dipasang, dibiar berlagu dengan nada perlahan. Takut
mengganggu orang lain dalam rumah tu.
You know I’ve always got your back girl
So let me be the one you can running to, running to,
running to
I say this cause it’s matter of fact girl,
You just call my name and I’ll be coming through, coming
through, I’ll get coming through
On the other side of the world
It don’t matter I’ll be there in two, I’ll be there in
two, I’ll be there in two
I still feel it every time
It’s just something I’ve to do
Now ask me why I want to
It’s everything about you, you, you
Everything that you do, do, do
From the way that we touch baby
To the way that you kiss on me
It’s everything about you, you, you
The way you make it feel new, new, new
Like everybody, it’s just us too
And there’s nothing I could point to
It’s everything about you, you, you
Everything about you, you, you
Everything that you do, do, do
It’s everything about you…
Yes I like the way you smile with your eyes
Other guys see you but they realize it’s my, my, my
loving
There’s something about your laugh that it makes me want
to have to
There’s nothing funny so we laughing, no-nothing,nothing
Every minute it’s like a lasso
Let’s just take it real slow
Forget about the clock, that’s tick-tick-ticking
I still feel it every time
It’s just something that you do
Now ask me why I want to
Bibir
menguntum senyum. Suara dia not bad. But…what’s with this lovey dovey stuff?
Pa’an:
Tubuh
disandarkan pada pintu kelas 4 Archimedes tu. Mata memandang kiri kana mencari
gadis tu. Karang sekejap-sekejap mata beralih pada MP4 dia, menukar lagu yang
berkumandang di corong speaker headphone. Bunyi tapak kasut tu menarik
perhatian, membuatkan dia angkat kepala serta merta dari skrin MP4. Senyum
terukir tanpa paksa.
“Dah dengar? Maafla…suara saya tak sedap sangat. Tak
lawan la dengan awak.”
“Pa’an, nama awak Pa’an kan?”
“Saya…”
Cd dikeluarkan dari beg. Diserah semula pada lelaki tu.
Pa’an angkat kening kiri. “Kenapa pulang balik?”
“Dah dengar… pulang la balik.”
“So, what do you think?” Soalan diaju tanpa peduli fasal
cd yang masih dipegang gadis tu.
“Okay. Your voice is not bad…But the lyrics…I don’t get
it. What’s all that?”
Nafas ditarik dalam-dalam. Memandang gadis itu. “I like
you.”
Anak mata gadis tu membulat besar. Heh?
“Saya faham, yang saya baru je kenal awak. Tapi… saya
memang dah suka awak sejak awak muncul dalam youtube tu lagi…”
“Awak tak kenal saya pun.” Suara gadis tu naik satu
oktaf.
“Memang saya tahu tu, tapi maybe awak boleh bagi saya
peluang?”
“Peluang apa? Saya tak kenal awak pun.”
Gadis tu terus berlalu macam tu
je. Macam tu je dude!
***
Cerita
ni langsung tak logic… (Heh, walaupun cerita aku semua tak logic) Tapi ni
melampau sangat rasanya… Adoi… Nonsense…. Rasanya time ni terjebak dengan
member yang minat dengar cover parody segala tu… Sampai diri ni terjebak jatuh
suka dengan Kurt Schneider… Hehe… Buruk betul perangai… *geleng-geleng.
Anyway…
itu la antara cerita di balik pembikinan Jetlagged. Dan sekarang cita-citanya
nak buat cerita fasal Surfer…. Tapi… Idea memang tak keluar langsung, fasal
gamer kan? Kita nak cerita apa pun… *empty mind… le sigh.
'Rare Species'--> make me smirk+smile
ReplyDelete"Aku rasa kau ada crush"--> waa! macam nak bagi orang makan tapak kasot!
nama orang lain dia dah tak dengar dah >_<
Sorry la awak yang berkenaan, saya memang tak pandai cakap dengan perempuan.--> how sweet!!!
Aura gelap...--> err, seriusly?
2nd draft---> ok, it just soooo not Pa'ann!
3rd draft--> rasa macam Pa'ann tak macam Pa'ann saya~
***NAMPAK X 'PA'ANN SAYA?*** =p
btw, keep waiting 4 Surfian de Surfer pulak!!!
p/s--> ok x kalau comment macam ni? ^_^
eyy btw, adakah mereka2 ini benar2 wujud?
ReplyDelete*kalau betol wujud, mmg yee laa sy mmalukan diri mngaku Pa'ann sy punya***** >_<
Haha~ to be honest... unfortunately, yes they are... haha~ And ok sgt komen macam ni! Loike it!
ReplyDeletengek!!! ok, maafkan sya Amanina... Sya pulangkan Pa'ann kamu... :'( btw, saya ambek Kurt jalah~
ReplyDeleteMusic addict jugak tuu~ *muka separuh hampa*