Bismillahirrahmanirrahim~
Perlahan
kaki melangkah di laluan kaki lima yang menghala ke kantin sekolah. Tanpa Pa’an
hari ni, keliling dia rasa agak sunyi. Member tu demam teruk dah dua hari.
Apahal entah. Kini hanya PSP Street yang menjadi peneman sejati. Anak mata
berlari mengikut jejak askarnya dalam CODE Street. Jiwa terasa meresap sekali
dalam dunia maya tu sebelum namanya dijerit dari jarak sepelaung. Air muka
berubah dari teruja ke bosan. Tak payah toleh pun dah tahu siapakah gerangan.
Si Kaichou yang kecoh. Cik ketua pengawas yang ‘Sophie’sticated. Awatnya?
Kepala
ditoleh ke kiri, anak mata dilirik ke figura gadis berbaju biru yang tengah on
the way menghala ke dia. Kini Cik Sophie sudah pun berdiri di hadapannya dengan
bercekak pingang. “Derp, berapa kali nak cakap? Perlu ke aku repeat aloud kat
kau banyak kali?” Posisi berubah, kali ni gadis tu berpeluk tubuh. Terasa aura
gelap. “Boleh je kalau sanggup.” Mata kembali menghala ke PSP. Nampak dari ekor
mata, kaichou tengah menggeleng kepala.
“So, nak aku guna cara kasar ke atau kau nak bagi aku
dengan hati rela?”
Heh, hati rela? Tak dapatla…
“Catch me if you can la, kaichou.” Gaya Surfer, gaya
bersahaja. Kaki mula melangkah perlahan.
“jangan sampai aku dapat kau la Surfer.”
Surfer? Dia panggil aku Surfer? Rasanya nama tu reserved
untuk member rapat je. Kita…rapat ke?
“Tak payah nak act rapat sangat la, kaichou.” Rasa nak
tergelak pun ada. Suka suki je panggil orang macam tu.
“Well, aku memang gini…” Langkah dilajukan.
“Ha… ‘Sophie’sticated huh?”
Refleks
kaki gadis tu berhenti melangkah. Sentap sekejap. Siot punya mamat, kau main
mainkan nama aku eh? Bagi bunga aikido kang, tahula.
Suspek
berjaya melarikan diri bersama barang rampasan. Si PSP Street berwarna merah
hak milik Surfian The Surfer. Gagal dikesan.
Next Chapter.
Bibir
mengukir senyuman manis buat budak lelaki yang baru masuk tu. Betul la khabar
angin dari member member dia, budak tu memang jambu. Cute macho je. Muka putih
melepak pula. Dia yang bertitle ketua pengawas pun cair. “Eric, kat sekolah ni,
handphone tak boleh bawa tau.” Lembut je dia bicara. Dah seminggu rasanya
tengok budak tu dengan handphone sentiasa. Dok perhati budak tu sampai suspek
kes lama dibiar tergantung tak bertali.
“Faker.” Eh? Kepala menoleh ke
muka pintu. Surfian The Surfer tengah bersandar dengan sebelah tangan di dalam
poket seluar. “Apa dia?” Dia bernada keras.
“Nandemonai…Ja, kaichou.” Tangan di dalam poket dibawa
keluar bersama PSP Street. Kemudian kaki terus melangkah ke kelasnya. Sempat
mata melirik pada budak lelaki baru tu. Memangla jambu. Ai, Surfer. Kau…cemburu
ke? Masalah!
Next Chapter.
Kaki
melangkah seiring dengan Pa’an di sisi. Tujuan satu, kantin yang rasanya dah
dimonopoli dengan budak Parkour. Seat tengah tu memang dah dikhaskan untuk
budak Parkour je. Memang tak ada orang lain dah duduk beramai-ramai sampai 20
orang macam tu.
Aha,
Cik ‘Sophie’sticated dah berdiri bercekak pinggang. Dua-dua buat muka dono
dengan barang larangan di tangan. Surfer dengan PSP Street. Pa’an dengan
Headphone dan MP4. “Surfer, hari ni pemangsa tunjuk muka la…Selalu main serang
hendap je..” Surfer sengih di balik PSP.
“Dia dah jumpa prey baru,mana nak main tag dengan kita
lagi.”
“And why do I smell jealousy?” Surfer tersentak. Watak
dalam Tekken dah kena serang bertubi-tubi macam hati dia yang dah kena serang
dengan Pa’an punya kata-kata. Peasant! Pa’an baca minda aku.
Anak mata melirik pada Pa’an yang bibir masih bertampal
senyum.
“Apa benda kau merepek ni?”
“Ya, aku yang silap cakap. Maafla…” Senyum tu yang tak
boleh blah.
“Oi!
Ni memang sengaja cari fasal ke macam mana?” Kaichou menadah tangan meminta
barang rampasan. “Kecoh la kaichou. Kita orang bukan kacau orang. Waktu rehat
pun kan. Kalau ye nak merampas, rampas la handphone dulu eh?” Pa’an main kow
tim dengan cik ketua pengawas. Heh?
Sophie angkat kening kiri. “Tu, kaichou.” Anak mata
menunjuk pada figura yang tengah berjalan dari koridor akademik. Eric, tangan
kanan masih memegang handphone.
“Pergilah serang. Jangan pilih kasih eh, kaichou.”
Sengaja perkataan kaichou tu disebut ultra sinis.
Budak-budak
ni memang sengaja nak menggugat kreadibiliti aku. Nafas dilepas perlahan.
“Eric, Phone.Bak sini..” Lelaki yang bernama Eric tu sekadar memandang dia
semula dengan muka super simpati. Kaichou mengeluh lagi. “kau orang semua ni
memang suka buat semak! Sekali lagi aku nampak kau orang dengan binatang ni
semua, aku report je kat pengetua. Geram betul. Masing-masing nak tunjuk besar
kepala.” Gadis itu melangkah pergi dengan aura amarah yang masih meluap-luap.
Surfer, gadis tu dilirik dengan ekor mata.
“Dia tak sampai hati nak rampas barang budak baru tu.”
Dia bicara di bawah sedar.
“Ho! Ketidakadilan berleluasa!” Pa’an menggeleng kepala.
Haisyh, children nowadays.
Next Chapter.
Tubuhnya
disandarkan di tembok sebelah pagar sekolah. Menanti somebody someone yang kena
diberi peringatan eksklusif dari penjenayah veteran. Lelaki tu memunculkan diri
beberapa saat lepas dia angkat kepala dari PSP Street.
“Oi!”
Lelaki bermuka jambu tu menoleh padanya dengan muka penuh tanda tanya. Apakah?
“Aku ada benda sikit nak cakap dengan kau.” Surfer, bahu
kanan Eric diraih dengan tangan kanan. “Fasal handphone aku ke? Adoi, semua
orang ni kecoh betul la…” Surfer mengukir sengih manakala kaki tetap melangkah ke
pondok dalam sekolah dekat-dekat dengan pagar.
“Kau nak warning aku ke?” Eric menyoal slumber. “Melampau
la warning. Aku bukan pengawas ke apa. Aku pun bawa benda tech juga…”
“So?”
“Aku tak nak menghalang, tak nak juga jadi melampau. So,
you better listen to her.”
“Heh, kau orang semua tak tahu cerita diam-diam sudah
la...” Kata-kata Eric membuat kening tebalnya berkerut hampir bercantum.
“Aku bukan budak juvie yang suka suka hati nak bawa benda
haram pergi sekolah. Tapi nak cerita lebih kat semua orang memang tak la aku.
So, aku Cuma boleh bagi tahu kau yang aku ada reason. Dan benda ni takkan lama.
Yang tu aku gerenti.” Panjang lebar Eric berbicara.
“Kalau kau tak cerita , macam mana orang tu nak consider kes kau
ni?”
“Yang tu aku pandai-pandai la handle sendiri. Tapi kau
jangan risau, aku tak berminat dengan kaichou kau.” Lelaki tu bangkit berlalu.
Surfer terdiam masih tersentak dengan tembakan peluru kata-kata Eric. Aku yang
readable ke dia yang psycho?
Next Chapter.
Sabtu.
Sekolah cuti. Keliling sekolah nampak sunyi kecuali kawasan padang kawad dengan
padang. Padang kawad penuh dengan budak-budak Anak Serigala. Padang sibuk
dengan Team Red Jaguar. Sekurang-kurangnya itulah yang dapat dia bayangkan hari
ni. Anak mata sempat melirik ke kiri kanan sebelum jalan raya tu dilintas.
Terpaksa jalan kaki hari ni. Parents busy, driver kena rampas dengan adik dia,
suruh hantar pergi mall. Girls stuff. Basikal, tayar pancit. Yeah, sudah jatuh
ditimpa tangga huh? So, at the end of the day… kasut roda ni juga yang dia
guna. Tak tahu la benda ni better dari berjalan kaki ke atau lagi teruk. Penat
semacam je rasanya, tak sampai sekolah lagi ni. Baru separuh jalan dah
extremely exhausted macam ni. Dia berhenti lagi, kali ni di jalan raya besar.
Kereta masih berpusu-pusu mengejar lampu hijau sementara dia yang ber’kasut
roda’ ni terpaksa menanti di garisan kuning pejalan kaki. ‘Maka…Apakah
relevannya aku pakai kasut roda? Grr… Eh?’ Anak mata dikunci pada satu figura
deka-dekat rumah teres yang hampir separuh siap. Kawasan bangunan rumah yang
kena tinggal dengan pemaju sebab kos pembuatan tak mencukupi. Norm. Tapi,
figure tu yang menarik perhatian. Niat nak pergi sekolah ditangguh sekejap, terus
menghala ke rumah separuh siap tu.
“Eric?”
Dia bersuara perlahan, memandang pada batang-batang tubuh kecil yang sedang
terbaring tidur dengan hanya berlapikkan sehelai cadar. Eric, lelaki tu nampak
sangat terkejut. “Kau…” Suaranya ditahan-tahan, tak mahu mengejutkan
adik-adiknya yang masih tidur. Pantas Eric membangunkan tubuhnya, menarik
Surfian jauh dari tempat adik-adiknya. “Eric…aku…”
“Kau buat apa kat sini?” Muka Eric frust langsung. Surfer
yang masih terkesima dengan apa yang dia nampak hanya mampu menggelengkan
kepala. “Kau buat apa, Surfian?!”
“Aku…ternampak kau dari sana…Apahal ni…Eric?”
“Kau berambus la… kau tak payah masuk campur urusan aku.”
Eric menolak hebat tubuh Surfer.
“Abang…” Serentak dua kepala menoleh ke arah punca suara.
Adik perempuan Eric yang baru bangun, masih terpisat-pisat menggosok matanya.
“Erika… pergi sana balik ye…Abang jumpa kawan sekejap.”
“Ni…kawan abang?” Erika, si kecil tu menghulur tangan
kecilnya, ingin bersalaman dengan Surfer.
Hati rasa tersentuh, budak comel macam ni…kena tidur
bergelimpangan macam tu… Tangan kecil Erika disambut. “Rika pergi sana dulu,
tengok kalau Erry dah bangun ke belum ye?” Si kcil tu berlari ke tempatnya.
Eric mengeluh kecil. “Kau balik la Surfer…Aku kena jaga
adik-adik aku hari ni…” Kaki sudah mula melangkah. “Eric…”
“Balik la…aku tak ada apa nak serve kau pun…Kita orang
makan pun tak cukup.”
“Abang, marilah minum dulu…Tapi ada air ni je…” Erika
datang lagi, dengan secawan air kosong.
Surfer…rasa nak menangis.
Next Chapter:
“Syarikat
tempat bapa aku buang pekerja. Ekonomi sekarang kan? You know, first come, first
fired. So, kita orang pindah ke sini sebab papa cakap dia dapat offer kerja kat
sini. Bila sampai sini… kerja tu dah kena offer dengan orang lain. Kita orang
memang tak ada tempat. Buat masa ni kat sini la kita orang berteduh. Kalau hari
sekolah, mama jaga dia orang, kalau hari cuti, mama pergi kerja kat kedai-kedai
makan. Tengok-tengok kalau ada orang nak upah dia cuci pinggan ke apa. Papa,
dah dapat cari kerja, tapi, gaji sangat sikit. Dapat hujung bulan pula. So,
buat masa ni, memang depend sepenuhnya pada gaji mama yang dapat gaji hari. Aku
ada terfikir juga nak tangguh sekolah, tapi parents aku tak bagi. Dah form 4
pun kan? Tahun depan SPM. Takkan nak main tangguh-tangguh pula. Rugi… tapi
adik-adik aku pun…” Nafas dilepas perlahan. Surfer disisi hanya diam dari tadi.
Tak mengganggu, tak mencelah. Hanya tertumpu pada adik-adik Eric yang tengah
best bermain dengan kasut roda dia.
“Adik-adik aku pun kena masuk sekolah juga… Sejak pindah
sini…Erika tak masuk sekolah lagi. Erry kecil lagi, tak kisah sangat la…”
Surfer…air mata turun perlahan-lahan. Cepat-cepat dikesat dengan belakang
tangan, tak mahu Eric perasan. Eric ketawa tiba-tiba. Dia melirik ke arah
lelaki tu.
“Kau nangis ke? Buruk la wei…” Eric menolak tubuhnya
perlahan. “Diam la…” Macho sikit, Surfer!
“So, you tell me now… kau buat apa kat sini?”
“Aku nak pergi sekolah… practice bola sepak, tak lama
lagi nak tournament. Masa nak melintas kat sana tu…Aku nampak kau…kat…sini.”
Eric mengangguk perlahan. “Kau tak rasa kau dah lambat
sangat ke sekarang ni?”
“Biarla…sehari ponteng, skill aku takkan hilang.”
“Bukan skill yang hilang, strategi tu kau tak tahu…”
“You speak too much huh?”
“Well, excuse me. I was born with it.”
“Abang…” Erry, si kecil tu memanggil. “Erry…nak kasut macam ni…” Surfer melirik memandang
Eric. Ada perubahan pada air mukanya. Finance problem sure is sick, yeah?
Next Chapter:
Jam
tangan dilirik dengan ekor mata. I’m sure too late… Uisyh, rasa malu nak tunjuk
muka dah pukul 2 petang macam ni. “Oi…” Kepala menoleh refleks. Heykal dan
Bahrain sudah bercekak pinggang di belakangnya. Apalagi? Senyum je la Surfer…
“Banyak betul kerja kau eh? Pukul 2 baru nak datang?”
“Ouch.” Sarcastic enough…
“Explain.” Heykal, si captain tu bicara.
“Etto…macam mana nak cakap… Gome…Aku ada hal rumah tangga
sikit.”
“Bukan hal rumah tangga kau selalu dengan Pa’an ke? Pelik
je Pa’an kena tinggal sorang-sorang tadi.”
“Dia dah ada partner baru la tu. Tinggal aku macam tu
je…Sob sob” Pa’an.
“Haisyh…children~” Heykal, hanya mampu menggeleng kepala.
“Kau
apahal lambat gila?” Pa’an duduk disisinya yang sedang menukar kasut. Surfer
hanya diam.
“Erry…nak kasut macam ni…” Ayat si kecil tu asyik
terngiang-ngiang di telinga.
“Oi…Aku cakap dengan kau ni…betul ke hal rumah tangga?”
Kepala dia menggeleng perlahan. Dosa tak kalau cerita kat
Pa’an? Tapi…Eric tak suruh janji apa pun…
Dia mengeluh sendiri. “Surfer…kalau kau nak story, kau
tahu nak cari aku kat mana…” Pa’an malas nak memaksa. Tengok Surfer macam berat
je nak cerita.
Kasut roda? Untuk si kecil tu? Nak bagi kasut dia…besar
sangat la pula… Duit…Tangan dipaksa masuk ke dalam beg sandang merah Body Glove
tu. Dompet yang berjenama sama dikeluarkan. Spoiled!
Cuma tinggal dua keping duit merah, tiga keping duit
hijau dengan beberapa sen. Setakat RM 35.70, nak beli kasut roda…memang kena
halau la dari kedai tu. Tiba-tiba mata terpandangkan PSP. Fu~. Benda ni…nyawa
kot… Jual kat e-bay boleh dapat berapa huh?
“Kau
nak termenung berapa lama lagi tu?” Dinzley dari jauh menjerit. Semua mata kini
memandang dia. “Gomen ne! Comin’!”
Next Chapter:
Ahad.
Dia menjengah lagi ke tempat berteduh Eric. Erika dan Erry sudah tersenyum
menyambut dia datang. Kali ni dia tak datang dengan tangan kosong. Adalah bawa
makanan sikit buat mereka-mereka ni. “Susah-susah je…” Eric.
“Susah mende. Bukan aku yang buat. Beli je…”
“Beli tu lagi susah sebenarnya…” Eric tersenyum sendiri.
Faham…
“Abang…nak pinjam tu lagi boleh?” Erry tersengih
memandang dia, tangan kecilnya menunjuk pada kasut roda di kaki Surfer.
“Erry…” Si abang membantah.
“Sure…” Perlahan, kasut roda merah tu ditanggal. “Nanti
abang belikan untuk Erry satu eh? Tapi kena janji. Erry kena belajar
rajin-rajin dan jangan susahkan family. Okay?”
Dapat dia lihat anak mata si kecil tu bercahaya. Erry
mengangguk laju. “Yay!!”
“Jangan janji dengan dia benda bukan-bukan boleh tak?”
Eric.
“Ala…benda kecil, jangan risau la… lain kali aku datang
aku bawa dia pergi cari kasut.”
Eric sekadar mendengus perlahan.
PSP
yang diletak dekat mudah.com tu…dah ada orang tanya tanya juga. Bibir tersenyum
bila ada yang sudi menawarkan harga lebih tinggi. Lepas ni boleh bawa Erry
pergi cari kasut. So…hasta la vista PSP.
Next Chapter:
Anak
matanya belari mengikut langkah lincah Surfer di atas padang bersama team Red
Jaguar. Undeniable. He’s totally one of the hot guys in school yang nampak
lengkap serba-serbi. Siap pandai cari duit sendiri guna minat online games dia
tu. Tapi satu, yang bawa sampai sekolah apahal? Mati ke kalau benda tu tinggal
kat rumah? Bibir tersenyum. Let’s play a game. The ‘Surfer’ Game. What if… Anak
mata berlari lagi ke coach lane di tepi padang. Beg-beg budak-budak team Red
Jaguar tu sepi tak berjaga. Maka…perlahan kepala menoleh ke padang, Surfer
tengah ligat meredah angin menjengah gawang gol yang dijaga kemas oleh Julius.
Kaki mebuat langkah pertama. Beg sandang merah Surfer dicari. There you are.
Beg diseluk dengan sebelah tangan. Gotcha! PSP Street warna merah tu yang
dicari.
Anak
mata melirik kejap ke padang dengan senyum sinis. Bila pengawas buat jenayah.
Cepat-cepat dia berlalu bila barang larangan berjaya dirampas. Congrats,
kaichou.
Next Chapter.
Mata
dah berair. Jantung berdetak makin laju. Mulut dia terkacip tak cakap apa.
Habis dipunggah segala beg team Red Jaguar takut ada yang nak buat niaya. Tapi,
ini dah kali yang ketiga. Muka masing-masing pun dah ketat je tengok barang
kena godek sampai macam tu.
“Dah la tu… Dah dekat maghrib ni. Kita asar tak lagi…”
Nafas dilepas perlahan. Betul la cakap si kapten. Dah dekat maghrib. Mata yang
berair dikesat dengan belakang tangan. Barang-barang dikemas ala kadar sebelum
kaki terus melangkah keluar dari kawasan sekolah. Tak cakap selamat tinggal ke
apa dengan member dia pun. Pa’an pun kena tinggal macam tu je.
Next Chapter.
Muka
ketat betul macam jaguar. Orang nak menegur pun terbantut. Anak mata menangkap
wajah cik Sophie yang tersengih depan pintu pagar. Apahal?
“Rasa macam ada kurang something la dekat kau. Oh ya… PSP
kau mana?”
Perempuan ni memang nak makan kasut aku. Elok je seminggu
tak basuh ni.
Anak mata merenung tajam si kaichou kecoh ala ala
undertaker. Jelingan maut diserah barang sedas dua. Kau main main dengan aku.
Langkah diatur terus meningglakan pagar sekolah. Kaichou tersengih di pinggir
bibir. Biar dia rasa hidup reality ni sikit. Kalau tak asyik tersangkut dalam
dunia khayalan je.
Next Chapter:
“Oi!”
Eric menjerit memanggil dia dari jauh. Dia mengeluh sendiri. Kaki berhenti
melangkah. Dah seminggu cuba mengelak dari Eric ni…tapi… hari ni, rasanya
memang kena bagi tahu perkara sebenar. Apa dah jadi dengan PSP dia segala benda
tu. “Kau apahal macam jauhkan diri dari aku je…Malu nak kawan dengan aku ke?”
Straight to the point sungguh lelaki ni. Terkezut mak!
“Apa benda kau merepek ni…” Perlahan dia bersuara.
“PSP kau hilang, kan? And kau bercita-cita nak gadai PSP
kau untuk beli kasut Erry kan?”
Duh… “Siapa cerita ni?”
“Kau ingat aku bodoh ke? Kalau dah seminggu muka ketat
macam tu, PSP kau pun entah ke mana, kau ingat aku tak boleh agak ke?”
“Urusai…(Bisingnya)” Muka frust.
“Baka…”
“Gome… aku lari sebab aku malu, aku tak dapat tunaikan
janji aku kat Erry…”
“Dia dah lupa pun… mula-mula tu memangla tunggu tunggu
kau datang, tapi dah seminggu ni…”
“Gome…”
“Mondai nai…”
“Tapi… aku ada cara lain nak tolong kau sebenarnya… tapi,
benda ni memang kena minta tolong dengan budak Parkour.”
“Tu yang aku malas nak cerita tu…” Kaki dah mula
melangkah pergi.
“For an exchange… kau boleh join team Red Jaguar. Sorry,
aku search pasal kau sikit. Erika cakap kau striker kat sekolah lama kau…”
“Erika, mulut bising la…semua nak cerita…”
“So…”
“Urusai…” Kaki terus melangkah, meninggalkan Surfer yang
tersenyum sendiri.
Next Chapter:
Jiwa
dia tak tenteram sejak dengar perbualan Eric-Surfer pagi tadi. Fasal…kasut
roda? Memang dia tak tahu pucuk pangkal cerita tapi… part gadai PSP untuk beli
kasut roda tu…it sure touching enough.
Tapi, nak memulangkan PSP Street ni lepas seminggu… pada
tuan punya tu… Argh!! Macam mana ni?
Itu…dilema Kaichou, Cik Sophie.
Maka…
Pagi yang mendung tu seolah-olah membawa khabar buruk. Tak tahu nak teruskan
niat memulangkan binatang PSP ni atau tak… Kaki melangkah perlahan ke kelas
lelaki tu. Fu~.
Meja lelaki tu didekati, dengan Surfer yang sibuk dengan
kerja sekolah tak siapnya. Heh, biasalah…
Perlahan, PSP Street berwarna merah tu diletak di atas
meja.
Demi ternampakkan harta paling berharga tu, refleks dia
angkat kepala. Kaichou tengah menggigil.
“Kau ke?!” Muka Sophie rasa macam nak ditumbuk dengan
tangan kiri. Penumbuk sulung tu.
Pa’an disisi sempat menarik kolar bajunya, kalau tidak,
melayang dah penumbuk tu.
“Aku…”
“Blah!” Hilang sudah dia punya gaya bersahaja.
“Surfer…” Dia memanggil lagi. Pa’an menggeleng perlahan.
Anak mata Pa’an seolah-olah memberitahu supaya dia pergi dengan segera.
Cepat-cepat dia berlalu sebelum Surfer naik gila.
Next Chapter:
Senyum
tersungging di bibir. “Erry!” Kaki
melangkah ala-ala kanak-kanak main lompat lompat. “Abang Surfer!!” Erika dan
Erry sama-sama berlari menerpa ke arah dia. Dramatik sungguh.
“Erry, jom kita cari kasut…” “Huh?” Eric pun kini dah menerpa
ke arah dia.
“Surfer…tak payah la…”
“Urusai…aku pinjam adik kau kejap. Jom Erry…”
“Erika nak ikut…”
“Tak payah la Erika…”
“Kau pun ikut sekali…” Tangan Eric ditarik.
“Baju aku buruk! Kasi aku tukar dulu!”
“Muka handsome, baju apa pun tak kisah…” Slumber dia
bicara.
“Warna
apa nak?”
“Hm…abang…apa kata kita tak payah beli kasut?” “Eh?”
“Erry nak makan KFC. Dulu selalu makan KFC, tapi sekarang
dah tak makan…”
Surfer, wajah diraup sekali. Nak nangis lagi… “Tak apa,
kita beli ni, lepas tu kita makan KFC, yeah?”
“Surfer…”
“Kau diam…hari ni aku abang dia orang.”
“Haisyh…”
Erry menggeleng lagi. Huh?
“Kita beli beg sekolah kak Erika ye?”
“Huh?” Wajah Eric dipandang. Erika dah masuk sekolah?
Matanya bertanya.
Eric mengangguk. “Papa dapat gaji semalam. Terus daftar
Erika masuk sekolah. Minggu depan dia masuk. Barang lain dah beli, beg je tak
ada. Mama suruh pakai beg aku je.”
Ya Allah…Astaghfirullah… Beristighfar terus dia.
Speechless.
Next Chapter:
Hampir
sebulan. Surfer tanpa PSP. Eric tanpa HTC. Cuma Pa’an yang masih dengan
headphone dan MP4. Tapi, bukan tu yang mengganggu konsentrasi dia… Gaya Surfer
yang tak menegur tak memandang tu pun buat hati rasa sedih gila tahap gajah
naik beca!
Dan kali ni… tak boleh berdiam diri lagi. Hari ni spot
check mengejut. Pa’an aim dia.
“Ala…kaichou, kita kow tim sikit
eh? Boleh la… kali ni je…” Pa’an, dari dulu ‘kali ni’ je…
“Well, boleh… tapi here’s the thing. Just tell me what
happened to those freaking guyfriends of yours.”
“Meaning?”
“Where the shell are their techs?”
“Gee…benda baik pun nak bising…”
“Just tell me already!”
“Hush! Surfer, gadai PSP untuk Eric. Eric ada family
finance problem. So…yeah.”
“So…yeah? Apahal?”
“Tak boleh cerita lebih la kaichou…”
“Then aku pulang MP4 je, headphone aku ambil…”
“Sophie!”
“Yeah, that’s better… now… tell me…”
“Adoi, semak betul la!”
Hikayat tu pun bermula balik.
Next Chapter:
Game
apa kau nak main dengan aku ni Surfer? Kau marah aku untuk PSP yang kau nak
gadai? Adil ke? Kekunci mouse tu discroll sampai bawah. Comments untuk
pembelian PSP tu dibaca satu persatu. Mencari bagai nak rak… maka…
“Hello,
may I talk to Mr. Lim please? It’s you? Yeah, can I meet you somewhere around
town? I need to talk to you about the PSP that you just bought last month.”
Tangan
bercekak pinggang menanti tiupan wisel dari pengadil. Tendangan penalti yang
dah diamanahkan untuk dia takkan disia-siakan. Ini first time untuk dia dalam
Team Red Jaguar. Anak mata melirik perlahan pada Surfer yang berdiri di hujung
padang. Surfer mengangguk tanda acknowledgement. Wisel ditiup dan… Bibir Heykal
mengukir sengih. Tak sia-sia ambil dia masuk. As expected from the former of
USJ Striker. Smooth je bola dia mencelah gawang gol pihak sana.
It sure the best scene ever, right?
Sunset.
Rata-rata pasukan lain dah balik. Cuma tinggal team dia yang masih meraih
kemenangan untuk tournament kali ni. Tapi rasanya cukup-cukup la tu kan? Asar
tak lagi…maghrib pun dah dekat ni…
“Dah la guys, esok kita sambung celebration kat Dunkin’
Donuts, yeah?”
“Yeah!”
Masing-masing mencapai beg sekali dengan beg kasut. Dan
Surfer… beg merah tu dicapai. Eh?
Macam ternampak bayang PSP Street nyawa dia tu. Shesh!
Bayangan betul! Tapi… just to make sure, it’ll be no harm, right?
Tangan diseluk sedalam mungkin. Figure PSP Street dapat
dirasa dengan tangan. No way!
Tangan ditarik keluar sekali dengan figure yang disentuh
tu.
PSP Street warna merah yang memang milik dia. Siapakah
yang berhati mulia sangat ni?
Next Chapter:
Surfian
The Surfer muncul semula. Style dia dengan PSP Street tu la yang dia rindu
sangat tu.
“Derp, berapa kali nak cakap? Perlu ke aku repeat aloud
kat kau banyak kali?” Posisi berubah, kali ni dia berpeluk tubuh. Terasa aura gelap. “Boleh je
kalau sanggup.” Mata kembali menghala ke PSP. Nampak dari ekor mata, kaichou
tengah menggeleng kepala.
“So, nak aku guna cara kasar ke atau kau nak bagi aku
dengan hati rela?”
Heh, hati rela? Tak dapatla…
“Catch me if you can la, kaichou.” Gaya Surfer kembali
bersahaja. Kaki mula melangkah perlahan.
“jangan sampai aku dapat kau la Surfer.”
Surfer? Dia panggil aku Surfer?
“Tak payah nak act
rapat sangat la, kaichou.”
“Well, aku memang
gini…” Langkah dilajukan.
“Ha… ‘Sophie’sticated huh?”
“Ha, nama aku kan memang Nur Imani ‘Sophie’sticated Binti
Ilhan.” Slumber dia membalas.
Surfer tergelak perlahan. Kaichou ni merepek je.
“Kau sure tak sampai hati nak rampas benda ni dari aku
kan?”
“Try me…Surfer…”
“I will. Anyway…domo arigatou, Kaichou. Ja! See ya
around.”
“Game apa kau nak main dengan aku ni, Surfer?”
“The ‘Surfer’ Game.”
Ikhlas,
Juann Fitri
-Not
A True Story-
*But it'll sure happen somewhere on the street, yeah?*
*first of all, kaichou, apa maksudnya?*
ReplyDeleteserius, automatic down bila baca inche Pa'ann demam di awal cerita~
"""hati rasa sedih gila tahap gajah naik beca"""<-- dah hape kes?? =P
*and, y Pa'ann doesnt seems like Pa'ann'?*
kaichou, maksud nya president as in ketua pengawas la..
ReplyDeletehaha~ tahap gajah naik beca tu hiperbola je...
Pa'an tak nampak macam pa'an yeah? Hm...gotta do homework on that la... Tapi pa'an around Surfer memang gitu... yang nampak dengan mata kasar la...
seriusly 'pa'an around Surfer memang gitu... ' huu~ meremang seketikaa.... =P
ReplyDelete