Dah dekat 5 bulan juga, dia orang tahan berpura-pura depan mak bapa dia orang bila kena balik kampung ke mak bapa dia orang buat flying visit ke. Memang… the Oscar pun pecah rekod sebab kena bagi award sampai dua kat best actor dan actress yang terbaik ni~
Dan dekat 5 bulan juga dia orang berjaya menahan kesabaran yang tak bertepi tu bila mana budak-budak sekerja dia orang dok tanya pasal marriage tak habis-habis. Nak kena pelangkung sulung ke apa? Penat kot nak mendengar~. Seboleh-bolehnya dia orang nak tutup buku turn on a new page, tak nak berbicara pasal benda ni. Tapi bila turn on a new page, benda lain pula yang kena soal.
“Isteri kau tak ada apa-apa lagi ke? Dah dekat 6 bulan kan?”
“Kau tak ada rasa loya-loya ke , nak muntah ke, Nuzfa?” Soalan yang dua tu… Argh!!
Irsyad pun tak habis-habis nak bad mood bila balik rumah. Entah angin apakehal mamat tu. Kena taufan Rita? Heh, ni taufan Norita namanya… mak dia asyik la bertanya pasal anak. Tak sabar nak cucu la apa la. Ergh bengkeknya la aku… Nak ada anak macam mana? Aku dengan Nuzfa pun duduk bilik asing-asing! Kalau la dia tahu tu… tapi gila kau! Tak kan nak bagi tahu… mahu tak cukup nafas kena cekik dengan mama dia tu. Dah penat berlakon bagai nak rak depan parents dia dengan aksi lovey dovey terlebih madu tu, tiba-tiba cakap duduk bilik asing-asing? Tu baru dengan mak dia. Belum kena dengan mak mertua dia, Mama Karmila tu. Kalau mama Karmila dia tahu, isyh.. tak sanggup la nak bayangkan~ Nauzubillahminzalik!
“Kau okay tak?”
Nuzfa menegur Irsyad yang dah macam sotong kering tersidai je atas sofa tu. Yes, ni kali kelima Nuzfa bercakap dengan dia kat rumah ni, kalau tak kira aksi berlakon depan mak bapak yang buat flying visit, kalau tak kira bab yang dia saje je nak menyakitkan hati aku. Irsyad angkat tangan kanan. Dah tak ada rasa nak bercakap. Penat! Penat dengan segala persoalan tu~ Nuzfa mengangguk. Larat lagi nak angkat tangan kira okay lagi la tu. Televisyen LCD yang disangkut kat dinding tu dipasang, CSI:New York yang entah dah season ke berapa dah separuh pun ditayangkan. Layan je la~
“Cerita lain, cerita lain…” Remote control di atas meja dicapai, menukar siaran ke channel lain. The Chronicles Of Narnia : The Voyage Of The Trader baru nak mula.
“Lain, lain…” Channel ditukar lagi… Maharaja Lawak Astro yang dah sampai final tu terpapar di skrin.
“Tutup je la…. Boring…”
“Ishy! Aku yang nak tengok la~”
“Kau tengok tempat lain la…” Nuzfa kasi pandangan slack. Rasa nak smack down je lelaki ni. Cara dia cakap tu macam dia ada je tv lain kat rumah ni kan?
“Nuzfa. Kau tak rasa menyampah ke dengar soalan mama?”
Diam.
“Nuzfa?” Dia menoleh memandang gadis tu. Muka monyok habis. Dah sepesen dengan dia macam sotong kering tersidai.
“Kau kalau tak kacau mood aku memang tak sah kan?” Nuzfa bicara. Tapi tak memandang dia pun.
“Aku tanya… sebab aku penat. Kalau ikut hati aku memang aku….”
“Ceraikan aku?” Irsyad terdiam setelah Nuzfa memotong percakapannya tadi. Ni lagi satu hal bila masa pula aku ada cakap aku nak ceraikan kau?
“Kau gila ke? Aku tak cakap apa pun kan?” Irsyad emosi.
“Aku tanya je la~”
“Apsal kau ada lelaki lain?”Cara dia tanya tu macam nak membaham Nuzfa yang kat sebelah dia ni. Diam.
“Oi!” “Bising la kau, Chad…” Nuzfa bangkit terus dia ke dapur. Irsyad, entah kenapa rasa terbakar je dalam hati.
Nuzfa menongkat dagu di meja makan. Irsyad mendatangi dia lantas duduk menghadap gadis tu.
“Minum?”
“Aku boleh ambil sendiri kalau aku nak. Sekarang jawab soalan aku. Kau ada lelaki lain ke?” “Kenapa pula?”
“Kau curang ke dengan aku?” Irsyad tengah menahan sabar.
“Curang apanya, kita bukan ada apa-apa…”
“Tak ada apa-apa kau cakap… habis tu…”
“Kita best friend. Best friend sampai mati.” Nuzfa memotong lagi percakapan Irsyad. Irsyad terdiam terus. Best Friend sampai mati. Dia terus bangkit meninggalkan Nuzfa di situ.
0 comments