Irsyad melangkah ke pejabatnya di tingkat 5. Bertemu dan ditegur, menegur , keteguran, berteguran semuanya tentang perihal dia dan isteri dia tu.
“Macam mana life lepas kahwin? Best tak?”
“How’s your night?”
“Honeymoon ke mana lepas ni?”
“Isteri kau tak bising ke kau masuk kerja cepat sangat?”
dan bla bla bla…. Apa-apa je la… Dan dia Cuma mampu tersenyum je dengar soalan macam tu.
Farah, Setiausaha dia tersengih menyambut dia.
“Apasal kau?” Tersengih-sengih macam la aku ni badut buat aksi. Farah menggeleng.
“Apa task aku hari ni?”
“Bos ada meeting dengan En. Kamarul pukul 9.30. Dia kata nak discuss pasal project tertangguh hari tu.”
“Delay.” Farah terdiam. Tangguh lagi?
“Lagi?”Irsyad tak menoleh.
“Ada lunch meeting dengan En. Fauzi di Union Square.”
“Delay.” Farah kerut kening. Bos aku ni biar la betul. Semua nak delay.
“Lagi?”
“Ada confession dengan Tengku Azul kat meeting room number 2 pukul 3.15. Dan kena tengok cargo pukul 4.30”
“Tu je?”
“Tu saje.”
“Ok, cargo delay esok. Dan sebarang phone call hari ni saya tak nak jawab. Hari ni juga saya tak nak ada meeting dengan siapa-siapa. Jangan bagi sesiapa masuk bilik saya hari ni kecuali orang atas kita. Okay?”
Farah mengangguk. Irsyad meninggalkan ruang SU nya lantas terus ke bilik.
‘Kenapa dengan bos aku hari ni? Bad mood ke? Ke kena Blues sebab kena kerja? Kena marah dengan isteri?’ Persoalan tu berlegar-legar di kepala Farah sampai balik hari tu.
Dan untuk Irsyad hari tu…. Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik, terus duduk di sofa di sudut kanan bilik. Statik tak buat apa pun. Rasa penat betul hari ni, padahal tak buat apa pun sejak pagi tadi. Ni yang aku tak suka kalau orang tanya bab kahwin dengan aku. Perasaan sukacita dia nak kerja hari ni luntur macam tu je bila rata-rata ramai yang tanya pasal ‘perkahwinan’ dia dengan Nuzfa. Kalau tak tanya tak boleh ke? Aku rasa majlis kahwin aku tak ada la grand pun. Dia orang je yang lebih-lebih.
Pintu diketuk dari luar. Kelibat Farah menyapa mata.
“Masuk.” Farah membuka pintu. Agak pelik juga tengok Irsyad landing je atas sofa tak buat apa pun. Selalunya kalau time dia masuk ni, muka Irsyad dah tak nampak kena tutup dek timbunan fail pengurusan syarikat la bagai. Tapi hari ni, nah…nyata dan terang sekujur tubuh lelaki tu ada depan mata dengan muka monyok habis.
“Bos okay ke?” Irsyad angkat bahu.
“Kenapa?” Irsyad menyoal Farah pula. Tanya apa tujuan dia nak berjumpa aku ni pun. Dua buah fail diserah pada Irsyad. Irsyad sambut dengan sebelah tangan.
“Semak dan tanda tangan.” Irsyad mengangguk malas. Dia bangkit dari sofa terus ke kerusi dia di office table dia tu. Dua buah fail tu dilonggok sekali. Komputer riba berjenama Hp dia dikeluarkan dari begnya,
“Ada apa-apa lagi?” Malas dia menyoal Farah . Kau ni apahal minah? Keluar la.. tau la aku nak buat apa… Farah menggeleng. Pantas dia menapak meninggalkan bosnya yang ketara memang tak ada mood hari ni.
***
Nuzfa melangkah berhati-hati di kawasan penyelenggaraan kapal terbang tu. Rata-rata ramai yang terkejut tengok dia datang kerja hari ni. Apsal dia datang kerja cepat sangat ha? Padahal flight engineer macam dia memang susah nak dapat cuti. Dah dapat cuti ni, bukan nak ambik lama-lama. Tak faham aku! Kimul, member sekerja mendatangi dia di locker room.
“Cepat kau datang kerja. Tak honeymoon ke?”
“Tak honeymoon bukan mati pun~”
Lagi pelik. Apehal lu minah? Bukan memang syarikat ada bagi ke pekerja dia yang baru kahwin pergi honeymoon. Siap bertanggung segala kos flight, hotel dan perbelanjaan. Tak nak ke?
“Kau kenapa? Kena kahwin paksa ke?”
Tengok gaya macam kena kahwin paksa je.
“Lebih kurang la…” Kimul yang tersengih sendiri dengan soalannya ,mati terus senyum di pinggir bibirnya.
“Serious la Nuzfa…”
“Aku nak buat kerja. Chow..”
Nuzfa bangkit meninggalkan Kimul sendirian di locker room. Tools di atas meja di bawa dengan tangan kanan. Sementara tangan kiri meneyeludup sarung tangan di poket baju mekanik dia tu.
Tak ada perasaan langsung Nuzfa hari ni. Musykil juga aku. Kimul menggaru kepala yang tak gatal. Tapi logik juga kalau dia kata dia kena kahwin paksa, sebab sebelum ni memang tak pernah nampak dia dengan sesiapa. Tak pernah tahu pun pasal dia dengan sesiapa. Nuzfa tak menyebut dan dia pun tak ada lah bertanya.. tup tup dah nikah. Dia yang dok mengusha sempoi awek tu dari awal dia masuk memang berputih mata la. Tak sempat nak mengajak keluar pun, tiba-tiba dah kahwin. Memangla…
***
Dah dekat 5 bulan juga, dia orang tahan berpura-pura depan mak bapa dia orang bila kena balik kampung ke mak bapa dia orang buat flying visit ke. Memang… the Oscar pun pecah rekod sebab kena bagi award sampai dua kat best actor dan actress yang terbaik ni~
Dan dekat 5 bulan juga dia orang berjaya menahan kesabaran yang tak bertepi tu bila mana budak-budak sekerja dia orang dok tanya pasal marriage tak habis-habis. Nak kena pelangkung sulung ke apa? Penat kot nak mendengar~. Seboleh-bolehnya dia orang nak tutup buku turn on a new page, tak nak berbicara pasal benda ni. Tapi bila turn on a new page, benda lain pula yang kena soal.
“Isteri kau tak ada apa-apa lagi ke? Dah dekat 6 bulan kan?”
“Kau tak ada rasa loya-loya ke , nak muntah ke, Nuzfa?” Soalan yang dua tu… Argh!!
Irsyad pun tak habis-habis nak bad mood bila balik rumah. Entah angin apakehal mamat tu. Kena taufan Rita? Heh, ni taufan Norita namanya… mak dia asyik la bertanya pasal anak. Tak sabar nak cucu la apa la. Ergh bengkeknya la aku… Nak ada anak macam mana? Aku dengan Nuzfa pun duduk bilik asing-asing! Kalau la dia tahu tu… tapi gila kau! Tak kan nak bagi tahu… mahu tak cukup nafas kena cekik dengan mama dia tu. Dah penat berlakon bagai nak rak depan parents dia dengan aksi lovey dovey terlebih madu tu, tiba-tiba cakap duduk bilik asing-asing? Tu baru dengan mak dia. Belum kena dengan mak mertua dia, Mama Karmila tu. Kalau mama Karmila dia tahu, isyh.. tak sanggup la nak bayangkan~ Nauzubillahminzalik!
“Kau okay tak?”
Nuzfa menegur Irsyad yang dah macam sotong kering tersidai je atas sofa tu. Yes, ni kali kelima Nuzfa bercakap dengan dia kat rumah ni, kalau tak kira aksi berlakon depan mak bapak yang buat flying visit, kalau tak kira bab yang dia saje je nak menyakitkan hati aku. Irsyad angkat tangan kanan. Dah tak ada rasa nak bercakap. Penat! Penat dengan segala persoalan tu~ Nuzfa mengangguk. Larat lagi nak angkat tangan kira okay lagi la tu. Televisyen LCD yang disangkut kat dinding tu dipasang, CSI:New York yang entah dah season ke berapa dah separuh pun ditayangkan. Layan je la~
“Cerita lain, cerita lain…” Remote control di atas meja dicapai, menukar siaran ke channel lain. The Chronicles Of Narnia : The Voyage Of The Trader baru nak mula.
“Lain, lain…” Channel ditukar lagi… Maharaja Lawak Astro yang dah sampai final tu terpapar di skrin.
“Tutup je la…. Boring…”
“Ishy! Aku yang nak tengok la~”
“Kau tengok tempat lain la…” Nuzfa kasi pandangan slack. Rasa nak smack down je lelaki ni. Cara dia cakap tu macam dia ada je tv lain kat rumah ni kan?
“Nuzfa. Kau tak rasa menyampah ke dengar soalan mama?”
Diam.
“Nuzfa?” Dia menoleh memandang gadis tu. Muka monyok habis. Dah sepesen dengan dia macam sotong kering tersidai.
“Kau kalau tak kacau mood aku memang tak sah kan?” Nuzfa bicara. Tapi tak memandang dia pun.
“Aku tanya… sebab aku penat. Kalau ikut hati aku memang aku….”
“Ceraikan aku?” Irsyad terdiam setelah Nuzfa memotong percakapannya tadi. Ni lagi satu hal bila masa pula aku ada cakap aku nak ceraikan kau?
“Kau gila ke? Aku tak cakap apa pun kan?” Irsyad emosi.
“Aku tanya je la~”
“Apsal kau ada lelaki lain?”Cara dia tanya tu macam nak membaham Nuzfa yang kat sebelah dia ni. Diam.
“Oi!” “Bising la kau, Chad…” Nuzfa bangkit terus dia ke dapur. Irsyad, entah kenapa rasa terbakar je dalam hati.
Nuzfa menongkat dagu di meja makan. Irsyad mendatangi dia lantas duduk menghadap gadis tu.
“Minum?”
“Aku boleh ambil sendiri kalau aku nak. Sekarang jawab soalan aku. Kau ada lelaki lain ke?” “Kenapa pula?”
“Kau curang ke dengan aku?” Irsyad tengah menahan sabar.
“Curang apanya, kita bukan ada apa-apa…”
“Tak ada apa-apa kau cakap… habis tu…”
“Kita best friend. Best friend sampai mati.” Nuzfa memotong lagi percakapan Irsyad. Irsyad terdiam terus. Best Friend sampai mati. Dia terus bangkit meninggalkan Nuzfa di situ.
0 comments