Friday, May 27, 2011

Best Friends Forever (Chap.5)

“Oi, aku lapar ni… kau tak masak ke?”
Pintu bilik kedua tu diketuk bagai nak runtuh. Irsyad terduduk depan pintu, penat betul aku nak memanggil kawan yang seorang ni. Dia kalau dah tidur, bom meletup kat sebelah pun belum tentu dia dengar. Kalau dah tidur pukul 2, pukul 6 belum tentu dia bangun. Aku ni la… Pintu terkuak tiba-tiba, Nuzfa muncul dengan tuala di kepala. Rambut dia yang basah tu dikeringkan dengan tuala tu.
“Kau tak reti sabar ke ha?” Tuala tu dililit kemas di kepala. Terus dia turun ke dapur. Peti ais gedabak tu dibuka. Ha, ni la ianya… peti ais je besar mengalahkan almari baju, tapi satu apa pun tak ada. Dia nak suruh aku masak air batu ke??
“Oi! Apanya nak dimasak pun? Satu apa pun tak ada…”
Irsyad mendatangi dia. Mengahadap peti ais yang sama.
“Ye la…ye la… kita sarapan kat luar la…”

Restaurant Blue And Bright tu menyapa pandangan. Uishy… mamat ni nak sarapan tempat grand macam ni? Perlu ke? Nuzfa di seat sebelah pemandu bermonolog dalaman. Yes… aku lupa mamat ni spesies jaga status. Memang tak berubah dari dulu. Mata Irsyad menjengah meja kosong. There… memang untuk dua orang dan agak terlindung. Okay la tu, memang the best place la kalau nak bincang fasal kita orang ni. Pesanan di ambil dan…

“Kau okay tak?”
Nuzfa mengalihkan pandangan dari telefon bimbit Sony Ericson tu menghadap Irsyad di hadapannya.
“Apanya?”
“Kau okay tak hidup macam ni?” Nuzfa angkat bahu.
Tak tahu nak kata apa. Rasa macam okay je… Bebas pun bebas.
“Aku rasa macam ni la…” Irsyad menarik nafas sebelum memulakan bicara.
“Kita hidup style masing-masing tapi kira bab nafkah semua kasi aku yang settle, bab jaga rumah masak segala tu kau ambil boleh? Aku tak nak la nampak sangat macam budak bujang yang duduk rumah, mau mama kau ke mak aku buat flying visit. Tak cukup tanah nak kemas segala benda kat rumah tu.”
“Rumah kau bukan besar sangat pun…”
Perempuan ni la… saje je nak menguji kesabaran aku pagi-pagi ni.
“Okay~ tapi kalau aku tak masak kau jangan bising pula. Aku pun ada banyak benda nak settle..” No offense… Nuzfa kerja macam mana… dia pun tahu, spesies workaholic macam esok dah tak ada untuk dia. Senang kata 24 jam tu macam tak cukup la untuk dia.

Makanan yang dipesan dihidang. Dan mereka terdiam tak kata apa sampai makanan habis, sampai rumah Irsyad, sampai masing-masing masuk bilik balik, dan jalani hidup guna style masing-masing. Macam yang Irsyad titahkan.

No comments:

Post a Comment