Friday, May 27, 2011

Best Friends Forever (Chap.4)

Dan situasi tu la yang memulakan hari ini, hari di mana dia terpaksa buat keputusan yang macam ni. Dia pandang Nuzfa sekilas dihujung katil. Baju pengantin organza warna lilac dia entah mana dicampak. Habis je kenduri malam tu, memang tak nampak muka dia la, rupanya terconggok dalam bilik merenung masa depan mencongak hari la bagai. Dan dari tadi, memang tak bercakap sepatah pun. Nuzfa memandang dia semula, saat mata bertentang mata tu… Irsyad mengalih pandangan. Aku faham pandangan dia tu. Dia tak sedia… Tak sedia in all way, baik nak jadi isteri aku yang betul-betul isteri atau nak pegang tittle sebagai isteri aku pun kira dia dah surrender awal-awal.
“Nanti kita duduk bilik lain-lain bila kita dah pindah rumah aku.” Satu nafas Irsyad bicara. Bantal di atas katil dicapai lalu diletak atas sofa di kiri katil. Landing kat situ. Nuzfa angkat kening sebelah.
‘Apahal lu mamat? Aku tak cakap apa pun~’ Bahu diangkat. Malas nak fikir, dah turun titah macam tu, malas nak protes. Dia pula terus merangkak naik ke katil , slumber tidur tak ada rasa belas langsung pada Irsyad yang kat atas sofa tu.

“So, macam mana malam tadi?”
Mama Norita tersengih-sengih di hujung meja. Irsyad yang blushing. Nuzfa tak apa-apa. Tak jadi apa nak malu apakehal?
“Ish, awak ni… tak baik menyakat budak-budak tu pagi-pagi ni.”
Papa Harez menggeleng sendiri. Mama Norita menjeling Papa Harez manja. Dalam hati, Nuzfa sengih sendiri. Main manja-manja pula depan aku ni. Ei, geli mak oi!
“Kita orang nak move ke rumah Irsyad esok…” Irsyad memandang Nuzfa. Minta sokongan. Nuzfa mengangguk.
“Kenapa cepat sangat. Duduk la sini dulu. Mama tak kenalkan lagi Nuzfa dengan kawan-kawan mama.”
“Irsyad dah start kerja la Rabu ni mama. Nak kemas barang-barang kita orang lagi.”
“Tu la ianya… ambil cuti 3 hari je… ambil la lama-lama sikit, boleh pergi honeymoon.”
“Kita orang ingat nak tangguh honeymoon bulan 4 nanti…” Nuzfa yang tolong jawab.
“Irsyad kan ada project besar bulan ni, Nuzfa pun tak nak kacau…” Nuzfa tersenyum.
“Nuzfa, tapi 3 hari memang tak cukup…Mana nak beli barang-barang lagi, nak kemas rumah lagi…”
“Insya-Allah boleh, mama”

***
“Kecilnya rumah kau….”
Nuzfa memandang keliling. Banglo dua tingkat tu direnung atas bawah.
“Belum masuk lagi dah bising. Okaylah ni. Mana ada kecil. Aku tinggal sorang okay je.”
Irsyad tak puas hati. Dia cakap rumah aku kecil, habis rumah dia tu besar sangat ke? Ish bengang la aku ni. Pintu besar dibuka. Set perabot dan home theater menyapa mata. Mamat ni kalau bab gadgets… memang tak berubah~ Kau tengoklah dia punya speaker, macam kat disko punya je. Dia ingat rumah dia pusat karaoke ke apa? Cat greenish light yellow tu betul buat ruang tamu ni nampak besar. Kombinasi menarik dan menjadi.
“Jom la naik, tunggu apa lagi?” Beg roda tu diangkat ke atas.
“Boleh tak? Tak boleh aku bawa?” Nuzfa pandang lelaki tu terkelip-kelip.
Aish, aku lupa minah ni flight engineer… benda berat apa dia tak pernah angkat?
“I’m trying to be gentleman.”
“Please…” Beg roda tu ditinggal macam tu je, dan dia terus menapak naik ke atas. Irsyad berbulu je kat tangga, minah ni la…

Pintu bilik kedua dibuka, warna hijau pekat dan hijau pucuk pisang bersilih ganti. Macam bilik kanak-kanak je…
“Bilik untuk anak kau ke?” Slumber Nuzfa menyoal, dah la tu suara mendatar macam nak cari gaduh ni. Irsyad memandang gadis tu dengan ekor mata. Kalau la kau ni bukan isteri aku… memang dah lama aku kasi pancak silat harimau aku. Tilam yang masih belum terpasang cadarnya tu didekati, lantas dia duduk dan menguji keempukannya.
‘Best…’ Bilik air yang di hujung bilik tu pula di datangi, pintu dikuak… ‘bagus’.
“Puas hati?”
“Boleh la…” Irsyad melangit.
“Enjoy yourself…” Dia pantas berlalu, pergi ke bilik yang pertama dan…Zzzz.

Malam tu masing-masing memang tak keluar bilik. Lantak kau lah nak buat apa, aku malas nak ambil tahu. Nuzfa, sibuk dengan paper plan dia yang bergulung-gulung mengalahkan arkitek punya project 3 juta. Yang si Irsyad sibuk dengan penyata akaun dia kat atas meja. Kang sekejap-sekejap dia mengangkat-angkat fail yang berterabur tu mencari kertas yang hilang. Sambil mulut terkumat-kamit membebel entah apa. Dua orang workaholic dalam satu rumah. Ha, memang tak la pun nak bertegur sapa beramah mesra la bagai. Masing-masing hanyut dalam dunia masing-masing. Yang seorang dengan status flight engineernya, yang seorang lagi dengan pangkat pengarah urusannya. Sibuk semedang.

No comments:

Post a Comment