Friday, May 27, 2011

Best Friends Forever (Chap.3)


“I’m sorry.”
Sepatah lelaki tu bicara. Pandangan tak ditala langsung ke arah gadis tu yang berdiri sebelah dia, mengahadap tasik yang tenang tu. Dia kalut, dia takut.
“Gila la kau, Chad”
Nuzfa cuba berlagak tenang tapi kat dalam hati dah menyumpah seranah lelaki tu.Dan semuanya sebab hari tu. Tarikh tu. 26 Februari. Dia balik je kerja, mak dia call, suruh balik kampung cepat. Dia ada juga bertanya. Kenapa kena balik? Mak dia tak nak menjawab. Tapi suara excited semacam. 11 malam, dia sampai kampung. Tengok hantaran meminang bersusun dari tepak sirih sampai kain lace yang mahal tu. Aik? Siapa pula yang kena pinang? Nak kata family aku yang nak pergi meminang… aku mana ada adik beradik lelaki. Nak kata ada orang masuk meminang, siapa pula? Kakak aku dah 3 tahun kahwin. Takkan… aku???
“Ma, apa ni?”
Dengan bodoh-bodohnya Nuzfa bertanya.
“Hantaran meminang.” Mama muncul dari ruang tengah.
“Siapa…” Tak habis soal lagi mama dah memotong percakapan dia.
“Irsyad masuk meminang, mama tak sangka pula.Terkejut juga. Tapi mama terima je. Kau orang pun dah lama kawan kan?”
Argh!! Mama terima??? Tidak… habislah terang, timbullah gelap. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dia terkaku kat situ. Posisi tak berubah.
“Cincin ada atas meja ruang tamu tu. Dia orang datang mengejut. Tak sempat buat apa- apa pun. Pergilah try pakai.”
Erk??
“Chop!Chop! Chop! Mama, boleh ke majlis tunang berlangsung kalau perempuannya tak ada masa majlis? Bukan bakal mak mertua tu kena sarungkan cincin ke?”
“Esok mak mertua kamu datang sarungkan cincin.”
Aku ni la~ Nak menolak nanti mama cakap apa pula. Nanti pihak sana cakap apa pula. Tapi.. apsal kau! Irsyad!!!

“Aku betul-betul minta maaf.”
Kata-kata Irsyad mematikan terus lamunannya.
“Useless”
“So, apsal kau terima?” Irsyad macam nak bengang.
“Bukan aku yang terima, mak aku!” Aura-aura pergaduhan dah mula tercetus. Hangit semacam. Irsyad meraup wajah.
“Okay macam ni. Kita cuba je. Okay? Aku nak tarik balik memang tak boleh la. Mak aku dah ia-ia nak kau jadi menantu dia. Aku tak sanggup pula nak hancurkan kegembiraan dia tu.”
“Mak aku pun” Nuzfa bersuara mendatar.
“So?”
“Tah la suka hati kau la. Kau meminang aku pun tak cakap kan?”
“Nuzfa~” Aku ni la malas betul bila dia dah mula mengungkit la bagai!
“Aku tak janji aku boleh jadi isteri yang baik untuk kau…”Serius suara gadis tu bicara.
“Aku tak janji.” Blah. Macam tu je…

No comments:

Post a Comment