Friday, May 27, 2011

Best Friends Forever (Chap.2)

Yes, dan pertemuan hari tu lah yang membawa Irsyad untuk berjumpa Nuzfa hari-hari. Till one day, mak Irsyad tu, mula masuk jarum.
“Hari-hari jumpa Nuzfa, ada apa-apa ke?”
Risau juga anak teruna dia jumpa anak dara orang tiap-tap hari. Gila kau…
“Mana ada apa. Kita orang kawan je. Lama tak jumpa sebab tu la nak …”
“Lepas rindu?”
“Ya, huh?!” Kunci kereta kat tangan yang dilambung-lambung tadi digenggam terus. Ada ke?
“Ajak je la dia kahwin , Chad” Muka kelam.
“Chop,chop,chop. Apa ni, ma? Kita orang kawan je la. Tak lebih daripada tu pun.”
“Kalau dah jumpa hari-hari tak macam bercinta namanya tu? Kawan mama ada terserempak dengan kamu dan Nuzfa. Dia kata bakal menantu mama lawa. Mama ingat siapa. Nuzfa rupanya.”
Irsyad garu kepala. Dah melalut la ni. Malas nak layan macam ni.
“Ma, Chad pergi dulu la, nanti dia tunggu lama pula kat kedai mamak tu.”
“Dating kat kedai mamak?” Pn.Norita terjerit sedikit.
“Bukan dating la, jumpa je…”
“Macam-macam la kamu ni Chad.” .
Mama yang macam-macam…Irsyad monolog. Perbualan dia dengan mak dia hari tu membuatkan dia berfikir. Berfikir pasal idea mak dia yang tak masuk dek akal tapi macam nak masuk je dah kat akal dia tu. Pergh, aku ni la… Kahwin?? Kedai makan Selera 7 yang bising tu langsung tak menggangu konsentrasi dia berfikir fasal benda yang satu ni. Sampai Nuzfa sampai pun dia tak sedar.
“Chad..” Nak ke Nuzfa kahwin dengan aku? Shesh apa aku pikir ni? Tapi…
“Chad…” Nuzfa dah berbulu je panggil mamat tu. ‘Jom kita…’ Irsyad monolog lagi… “Irsyad!”
“Jom kita kahwin?” Dua-dua tergamam. Dua-dua terhenti. Irsyad. ‘Ya, Allah apahal aku ni. Argh!’ Nuzfa.
“Gila kau!” .
Nuzfa bangkit dari kerusi yang didudukinya tadi. Mamat ni mereng ke apa?
Tak boleh nak masuk ke kepala dia sekarang ni. Apasal mamat tu buat macam tu??? Persoalan merapu mula menerpa-nerpa masuk ke dalam kotak fikiran. Berbahas pula dengan hati.
Irsyad di hadapannya dah kelam-kabut.
“Aku terlepas cakap… aku nak…”
Berhenti. Tak tahu nak cakap apa … Nak explain pun memori kosong. Dia tak ada alasan kukuh

No comments:

Post a Comment