How can I spell
s_cess without “U” or c_tie, or _niq_e? I can’t even have f_n or good l_ck
without “U”. Looks like I just can’t s_rvive without… “U”
“Let’s flip a coin, Head, you’re
mine, Tail, I’m yours” Edmund menayangkan syiling lima puluh sen di atas tapak tangannya. Gadis
itu berkerut kening memandangnya.
“Apa hal kau ni?” Razieqa menyoalnya pelik. Tak pernah-pernah lelaki ni
nak main tossing coin segala. Kelakar ke?
Edmund Hadziq, lelaki berblazer hitam lengkap dengan tie berwarna merah
itu menelengkan kepala memandang gadis yang duduk dihadapannya. Dia faham gadis
itu pelik. Rasa nak tergelak pun ada. Koin dibaling ke udara , mendarat elok
sahaja di tengah-tengah tapak tangannya.
“Hmm… looks like the fate is on my side…You’re mine…”
“What’s the difference? Head, you’re mine. Tail, I’m yours? Like I have
another option?”
“It’s a huge different, my lady”
“Ha, tu lagi pelik. My Lady?
Sejak bila ni? Edmund…”
“Do you love me?” Edmund menyoal dengan wajah nakalnya.
“No…”
“Ha, I even don’t love myself, looks like we have a commence…” Lelaki
itu tersengih menayangkan barisan giginya yang putih bersih.
“Huh?!”
Dia tersenyum sendiri,
teringat kenangan yang terjadi kurang lebih dua tahun yang lalu. Heh, memang
rasanya takkan boleh lupa sampai bila-bila. Edmund, nak flirt dia tak kena gaya , tak kena masa. Nasib
baik dah kenal lama, kalau tak free je makan penyepak kiri kanan. Penyepak?
Sampai hati ke, Razieqa?
Dia melemparkan tubuh
di atas katil. Berhenti mengimbas kembali la Razieqa. Esok ada benda lagi penting
nak kena settle. Fail berwarna kuning di atas meja dicapai. Laporan yang telah
kemas bertaip itu dipandang sekali lalu. Buat masa ni, benda kecil ni je yang
dapat dikaji. Lepas ni banyak lagi kemungkinan yang akan muncul. Kerja Jurutera
Nuklear ni bukan senang beb. Kalau kau ingat meredah lautan api tu dah bahaya,
ni sepuluh kali ganda bahaya. Silap haribulan boleh mati kena radiasi.
Bacaannya terhenti
apabila telefon bimbit Nokia Express Music 5800 nya menjerit menandakan mesej
masuk. Bibir mengukir sengih tanpa paksa. Dah dua tahun, memang bibir dia akan
mengukir sengih tanpa paksa. Ni semua Edmund punya hal.
“Are you tired, my lady?”
Kening dikerut. Asal pula?
“Why?” Hanya itu yang dibalas.
“Coz you’ve been running outta my mind all day long. Night sweetie.
Jangan penat-penat…”
Dia mengetuk dahi. Lelaki ni
memang terlebih krim. Sengaja nak buat dia blushing. Melampau!
Langkahnya dipercepat.
Jam di tangan dipandang berkali-kali. Menggelabah tak cukup tanah dibuatnya.
Mana nak handle sini, mana nak tangan-dle sana .
Mana nak lari sini, mana nak marathon sana .
Serabut o…
Hati berkecamuk dengan berjuta soalan. Dah dekat tiga jam dia biarkan
lelaki tu tertunggu-tunggu, Restoren
Blue And Bright itu kini tersergam di hadapan mata. Pintu dikuak oleh seorang
waiter yang tersenyum manis ke arahnya, tapi dia langsung tak membalas. Kecut
perutnya mengalahkan segalanya. Ada
lagi ke Edmund kat situ? Meja bernombor empat belas didekati. Dia terhenti
apabila kelibat lelaki itu masih di situ. Dengan blazer yang telah selamat di
sidai di kerusi, tie yang telah dilurutkan dari leher. Dan butang kemeja yang
pertama dan kedua yang telah dibuka kancingnya. Tapi dia masih di situ.
Memegang telefon bimbit yang sengaja dipusing-pusingkan dengan tiga batang
jari.
Dia meneruskan
langkah, tetapi lelaki itu seakan sedar akan kehadirannya, Edmund tersenyum
kelegaan.
“Kenapa kat sini lagi?” Razieqa menyoal sebaik sahaja duduknya
dilabuhkan.
“Kita dah janji nak jumpa kan ?”
Edmund memesan minuman untuk gadis itu.
“Tapi dah tiga jam…”
“Tahu pun, you made me worry, call tak angkat, mesej tak reply.
Where’ve you been?”
“Kena pergi tengok site power plant tadi. Sorry sangat. Phone
tertinggal kat office. Tak perasan pun. I’m sorry~” Gadis itu meraup wajah.
“It’s okay. Minum dulu.” Kasihan dia melihat gadis itu.
Tercungap-cungap macam tak cukup nafas. Mesti keringatnya habis diperah semasa
dia berjalan ke sini tadi.
“So,
how about the research?” Edmund membuka ruang perbualan.
“Fine…
We’re doing it well…”
“Nice…I’m
sure that we can see the results soon…”
Razieqa
tersenyum. Sekadar tersenyum tawar.
“So…
kita nak buat apa hari ni?”
Edmund
angkat kening, menunjukkan jam tangan pemberian Razieqa semasa sambutan hari
lahirnya dua tahun lalu. 5.15. Sleazy!
“I’m
sorry~”
“Maybe
next time kita boleh buat something…I tak asar lagi pula…”
Razieqa
mengangguk perlahan. Me either…
Edmund
bangkit berdiri, menyarung semula blazernya ke tubuh.
“Ah,
before I forget… I’ve two words for you…”
“What?”
“I
love you…” Lelaki itu tersenyum.
“Hey,
isn’t that three?”
“Coz
you and I are one.” Terus dia melangkah pergi meninggalkan gadis itu
terpinga-pinga sendiri. Razieqa menyandarkan tubuh ke kerusinya.
Aku tak minta kau cintakan aku… Tapi…
I love you too. I do love you too.
Razieqa menyarungkan pakaian
berwarna putih itu ke tubuhnya. Pakaian yang direka khas daripada bahan
sintetik aluminium plate. Yang memang dijadikan baju khusus untuk masuk ke
dalam bilik ujikaji. Mengkaji Isotope Uranium yang boleh di’bombard’ dengan
neutron untuk penghasilan tenaga elektrik yang berterusan dan lebih murah.
“Razieqa… ada bunga untuk kau,
sampai dua ni ha…” Alicia, teman sepasukan tu menghampiri dengan dua jambak
bunga ditangan. Heh? Sampai dua? Hantar kat power plant pula? Gila apa…
Bunga
bertukar tangan. Kad kecil yang terselit di jambangan itu dicapai.
Bunga
Pertama: To my one and only, Razieqa. From, Yours Truly: Eddy.
Bunga
Kedua : To my best friend, Razieqa. From, Your Best Man: Eddy
Senyum terukir di bawah pengaruh
sedar. Sengal. Edmund memang penuh dengan Kimia Romantika. Genetik manala
tersesat dalam DNA dia…
Kepala digeleng perlahan. Topi ala-ala
angkasawan tu disarung ke kepala. Bersedia untuk berjihad. Berjihad untuk
kemudahan manusia nanti…
Kakinya melangkah perlahan ke dalam
pejabat di tingkat lima
bangunan Angkasa Holdings itu. Tempat Edmund bekerja. Dia menjengah di balik
pintu cermin kaca ke dalam. Edmund sedang duduk di sofa dengan kening hampir
bercantum merenung entah apa. Lelaki tu memang workaholic. Serius sokmo bila
bekerja,
Edmund, rasa ada aura yang
membelenggu. Dia angkat kepala dari paper plan yang dah siap dilukis. Razieqa…
senyum hambar dilampiaskan, menjemputnya masuk.
“Are
you alright?”
“Tension
sikit. Banyak benda nak kena settle by this month…”
“Mana
boleh tenion-tension…Nanti cepat tua…”
“Bukan
kalau marah ke yang cepat tua?”
“Tension
pun sama… Asyik berkerut macam ni… nanti terus ada kedut kat dahi…” Razieqa
siap buat gaya
dengan nada tak boleh blah…
Edmund
tergelak kecil dengan kelakuan gadis itu. Razieqa tersenyum apabila lelaki itu
ketawa.
“So,
jom pergi lunch?”
Edmund
menghentikan tawa, sebaliknya dia mengukir senyum dan merenung tepat ke dalam
mata gadis itu. Tak menjawab soalan Razieqa tadi.
“Why?”
“You
know what, I love the way you make me laugh when I don't even want to smile.”
“Then
I will always be there when you need me to make you laugh…”
“Really?”
“If
HE let me…” Jari telunjuk kanannya ditunjuk ke atas. Edmund mengangguk. Okay,
I’m fine… I’m well…
Tangannya menggigil sebaik sahaja
dia keluar dari bilik itu. Perutusan yang diterima begitu mengejutkan sampai
rasanya tak boleh nak menangis. Dia menyandarkan tubuh pada dinding, kemudian
melurut perlahan ke lantai. Rasanya dia tiada kekuatan lagi untuk berdiri. Air
mata yang jernih itu jatuh perlahan –lahan di sudut pipinya, terus meniti ke
bibirnya.
Saat
ini kata-kata Edmund terngiang-ngiang di telinganya.
“I
wanna be your tears that born from your eyes live on your cheek and die in your
lips.”
Air
matanya makin galak menuruni pipi. Teringat pula perbualan dua hari lepas.
“You
know what, I love the way you make me laugh when I don't even want to smile.”
“Then
I will always be there when you need me to make you laugh…”
“Really?”
“If
HE let me…”
Yeah…
but HE doesn’t let me… HE loves me more. I’m sorry; I mean no lie to you…
Telefon bimbit yang berada di
tangan, direnung sekejap-sekejap. Pandangan ditala ke segenap ruang. Tak ramai
orang. Nombor telefon Edmund didail.
“Hello? I’m
sorry, I can’t accept long distance calls” Suara Edmund pecah dibalik “What do you mean?” Razieqa mengerutkan kening. Dia tak cakap nak outstation? Tengok site?
“Well, heaven is a
long way from here, and I figured I was talking to an angel. Are you an angel
named Razieqa?”
“Eddy~” Razieqa tak rasa nak senyum sekarang. Hatinya
rasa bertindih.
Edmund tersengih sendiri. “What’s up, my lady?”
“Boleh kita jumpa?”
“I really wanna meet you but I’m afraid that I can’t make
it…”
“Why?”
“I dah nak fly ni… Emergency case… I lupa nak bagi tahu
you… Maybe I balik dua minggu lagi. Kita jumpa lepas tu okay? I pun ada benda
nak cakap dengan you. Okay, My lady, I got to go now…Love you…”
Talian terus dimatikan. Agaknya Edmund tengah on the way
nak naik plane.
Razieqa melepas nafas perlahan. Dua minggu lagi? Boleh
tunggu ke?
Razieqa
termenung di meja sebelum Edmund mendatangi dirinya. Lelaki itu berdehem
meminta perhatian. Dia tersentak, lamunannya berkecai, terus anak matanya
memanah figura lelaki itu.
“Do
you believe in love at first sight or should I walk by again?"
Razieqa tersengih. Ada
pula lelaki ni, nak main patah balik-patah balik pula…
Lelaki itu terus mengambil tempat dihadapannya. “Are you
alright, my lady? Awalnya sampai…”
“I’m afraid if I can’t make it…”
“Make it what?”
“Na… I’m fine… So, what are you going to tell me?”
“I…” Sebuah kotak kecil berwarna merah ditarik keluar
dari poket seluar. Dibuka kotak itu, menampakkan isinya lalu disua kepada
Raziqa.
Razieqa menelan saliva yang rasa berpasir. Cincin dengan
batu satu itu sekadar dipandang.
“Sudi tak kalau you jadi isteri I? Kita macam dah lama
sangat kawan, and I think that this is the time.” Perlahan lelaki itu
menuturkan kata-kata.
“You dah ready nak pikul tanggungjawab ke? I susah nak
jaga tau?”
“Yes, I’m ready. Insya-allah… I akan jaga you baik-baik.”
Razieqa mengangguk. “Let’s flip a coin… Head, I agree,
Tail, you have to wait.”
“What?”
Syiling lima
puluh sen dibaling ke udara. Tail.
“Razieqa…” Edmund gugup memanggil gadis itu. Dia nak buat
main pula…
“I’m serious, Razieqa…”
“Tail. You have to wait. Mari kita cuba kalau you boleh hidup tanpa I
atau tak…”
“You nak uji I?”
Angguk. “Kalau sehari… sehari je, you tak payah contact
I, tak payah mesej I, tak payah jumpa I, even tengok gambar I pun tak boleh… then
I’ll marry you…Kalau you boleh buat semua tu…”
Edmund mengalih pandang ke tempat lain.
“This’s so illogical.”
“Boleh you buat?”
“Then, you’ll marry me?”
Angguk.
“Okay, fine,,, let’s try, then…But what if I fail?”
Sehari
sudah berlalu, dan dengan jayanya, Edmund telah melepasi cabaran yang
dikemukakan oleh Razieqa. Dan ini harinya. Hari di mana dia akan membawa ibu
bapanya merisik gadis itu mengikut adat.
Tatkala
Honda Accord berwarna silver itu tiba di perkarangan rumah gadis itu, kelihatan
seorang tua sedang menjengah-jengah kenderaan yang bertandang. Itu bapa
Razieqa.
“Hadziq?”
“Pak cik…” Lelaki tua itu disalami. Bapanya, En.Mohd
Hisyam juga turut bersalaman dengan bakal besannya itu.
“Saya datang bawa hajat besar…” Kata-kata itu terus
dibicarakan apabila meeka sudah melabuhkan duduk.
“Hajat apa, nak?”
“Saya nak merisik Razieqa, pak cik…”
“Astaghfirullahalazim…” Bapa Razieqa terkesima ,
berpandangan terus dengan isterinya yang sedang menuangkan minuman ke dalam
gelas tetamunya itu.
“Dah dekat dua hari Raziqa tak ada…”
“Huh? Dia pergi mana?”
“Hadziq, Razieqa dah tak ada, Razieqa dah meninggal sebab
radiasi. Tengah hari lepas kamu jumpa dia dua hari lepas, bila sampai rumah dia
terus… Petang tu juga kami kebumikan…”
Edmund terdiam.
Masih terkejut dengan cerita yang didengarinya. Rasanya Razieqa sihat je masa
dia jumpa siang tu…
“Pak cik tipu saya ke?”
“Astaghfirullah… Hadziq…
pak cik tak tipu… malam ni kami nak buat kenduri lagi. Kejap lagi orang sampai
la…”
Jangan engkau jangan pergi,
Jangan tinggal ku sendiri,
Jangan tinggalkan carta hati,
Jangan tinggal ku sendiri,
Jangan tinggalkan carta hati,
Cincin di dalam kotak itu ditenung, masih tak bersentuh.
Ya, masih.
How can I spell
s_cess without “U” or c_tie, or _niq_e? I can’t even have f_n or good l_ck
without “U”. Looks like I just can’t s_rvive without… “U”
Then how can I survive without you, my lady, Razieqa?
Ikhlas
Juann Fitri
Credit to: Edmund Hadziq
Bin Mohd Hisyam
Thanks for the story.
“Ah, before I forget… I’ve two words for you…”
ReplyDelete“What?”
“I love you…” Lelaki itu tersenyum.
“Hey, isn’t that three?”
“Coz you and I are one.”
baca ni rasa macam, "Apeke???" =P
Tapi, ending dia...
How can I spell s_cess without “U” or c_tie, or _niq_e? I can’t even have f_n or good l_ck without “U”. Looks like I just can’t s_rvive without… “U”
Seriously, cant s_rvive without 'U'..." =(