All Again For You




Bismillahirrahmanirrahim~

            Perlahan kaki melangkah dengan angin pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kadang dia berhenti, sekadar bermain-main dengan pasir-pasir pantai. Malam yang hanya diterangi bulan purnama tu memang nostalgik. Seolah-olah membawa dia semula ke waktu dia masih bersama dengan gadis tu. Heh, tempat ni la yang pernah menjadi saksi dia orang berdua selalu berjumpa dulu. Pandangan kini ditala pada ombak yang bergulung. Macam-macam memori terulang tayang di layar mata. Duduk dilabuhkan di tebing pantai. Dingin yang menggigit tubuh langsung tak diendahkan. Mood nak layan perasaan je sekarang ni.
           ***

            “Awesome…” Gadis tu bicara bila roket air dia melayang jauh ke hujung padang. Dia menoleh, memandang akak senior tua setahun dari dia tengah berdiri berpeluk tubuh di sisi padang. Kak Ku’Ai, atlet Track And Field sekolah, merangkap pengawas tu…Asal ada sini?
“Kak..” Ku’Ai angkat tangan kanan. Sementara tangan kiri sibuk menyeluk beg. Nike Adhesive hijau terang dikeluarkan, disarung terus ke kaki.
“Ada latihan ke kak?” Dia menyoal. Sekadar mencari alasan untuk berbicara dengan akak seorang ni. Akak yang dia dah usha lama. Sejak dia berpindah sekolah ni tiga bulan yang lalu.
Entah apa yang menarik dia sangat untuk kenal-kenal dengan akak ni. Profile facebook akak ni pun dia buka hari-hari.
            “Yeah… lawan bila ni?”  “Next week… akak lawan bila?”
“Lusa…Okay…akak pergi dulu…” Senyum dihadiahkan. Nga… tengok la tu. Lesung pipit kanan dia…
***

            Mata meliar mencari kelibat kak Ku’Ai. Telinga menangkap nama akak tu yang disebut sebagai tunggak pasukan Track And Field SMK Cyberjaya lari berganti-ganti 4x100m. Heh, kasut hijau terang tu… memang nampak shine je dibawah sinaran mentari macam ni. Ku’Ai dah sedia di tempat dia sebagai pelari pertama di litar balapan. Baton merah di tangannya dilambung perlahan-lahan. Cara Ku’Ai nak hilangkan nervous la pun. Dan dia, kamera video di tangan dah sedia diacu pada figura Ku’Ai. Tembakan dilepaskan oleh pengadil. Nga… tengok la tu… lajunya dia lari…
 ***

            “Kau tak nak confess ke? Dah parah sangat dah ni aku tengok kau… faham tak?” Ian, salah seorang teman dalam geng Parkour 21 tu bicara sambil menggelengkan kepalanya. Overnya la mamat ni. Tenung gambar macam nak tembus je.
“Takutla dude… siapa lah aku nak compare dengan kak Ku’Ai…”
“Apa nak main compare-compare pula…oaky je aku tengok kau dengan dia…” Surfer, The Master of Games yang tengah main Gunshooter: Halloween bicara di balik PSP.
“Nak ke dia dengan aku? Aku junior dia je…”
“Kalau dah jodoh…tidak ke mana…” Ian menyanyi siap buat bunyi. Dia akhirnya senyum segaris. Nak try test uji selidik tengok confess ke macam mana?

            “Kalau aku confess tak gila ke nama dia?” Tiba-tiba dia menyoal random.
Pa’an yang menyembunyikan telinga di balik headphone purple tergelak besar. “Kau buat lawak ke? Gila apanya? Normal la lelaki confess kat perempuan. Bukan kau confess kat Ian ke apa…”
“Nama aku juga naik. Dudes…aku straight la!” Ian naik suara.
***


            “Kak!” Dia berlari mendapatkan Ku’Ai yang tengah buat warming up jogging keliling track. Dan sekarang, dengan dia-dia sekali join sekaki. Tak fasal-fasal jogging sama.
Nampak Ku’Ai menanggalkan earphone putih di telinga kiri. Pandangan akak tu kini ditala padanya. “Yo…”
“Saya ada sesuatu nak cakap dengan akak…”
“Shoot…”
“Saya…”
“Kau nak confess ke?” Ku’Ai berhenti di tengah larian. Menghadap dia. Saliva di telan. Ai… mananya akak ni tahu ni?
“Saya… tahu saya tak dapat nak dibandingkan dengan akak… tapi, saya ikhlas… Tapi, kalau akak reject saya pun, saya faham la…” Perlahan aje dia bicara.
Ku’Ai tergelak kecil. “Asher…” Nga… dia tahu nama aku!
“I’m older than you if you don’t realize.”
“I know… I don’t mind though…”
Ku’Ai diam, mendongak memandang dia sebelum meninggalkannya, meneruskan rutin larian.
“What’s the answer, then?”
“Take it as yes.”
“Yes!” Dia melonjak sendiri. Rasa nak menangis pun ada. Terharunya! Confession dalam stadium atas litar balapan. Romantik tak romantic macam gitu? Heh… kau ada?
 ***

            “Ku’Ai…” Meleret-leret dia memnaggil gadis tu. Gadis tu menoleh memandang dia dengan senyum. Angin pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan selendang gadis itu terbuai-buai. “Sorry… tersangkut dengan traffic kat kelas tadi…”
“Prof. Cross la tu~”
“Biasa… So, hari ni kita nak pergi mana?”
Ku’Ai menoleh memandnag dia. “You know what? Stadium sekolah sukan tu…”
“No..no..no… you shouldn’t think about that”
“Hari ni dia orang battle cricket…” Adoi, kalau dah suara macam tu. Nak tolak pun tak sampai hati der…
“Tapi tu perlawanan tertutup…” Dia membalas.
Diam. Hanya bunyi ombak yang menghempas pantai  yang kedengaran.
“Jom lah…” Kalau dapat girlfriend minat sukan, macam ni la jadinya.
“You’re serious?”
“Before I change my mind…” Dia dah mula melangkah. Tak sampai hati tak tunaikan permintaan Ku’Ai.

           Kepala menoleh ke kiri kanan, memastikan tiada siapa yang nampak mereka menyusup masuk ke dalam stadium tertutup tu. Dan kini di dalam,hampir semua kerusi penuh dengan manusia yang mengambil bahagaian dalam Kejohanan Tertutup Kriket Peringkat Kebangsaan. Perlawanan antara sekolah-sekolah sukan. Pemenang akan dipilih untuk dihantar ke Australia untuk dapatkan latihan di sana. Awesome…
            Baru satu perlawanan yang dapat mereka tonton sebelum pak guard stadium mengesan kehadiran mereka. Dan aksi pun bermula. Dia menarik cardigan gadis tu terus keluar stadium. Tak sempat dah nak buka-buka pintu pagar segala, lompat je la yang mampu saat-saat genting macam ni. Malang, cardigan Ku’Ai tersangkut. Pak guard masih mengejar. Dah tak ada masa. Kalau kena tangkap budak sekolah mana yang seludup masuk, memang busuk nama sekolah dia orang. Jaket hitamnya ditanggal diserah pada Ku’Ai sebelum dikoyak je bahagian cardigan yang tersangkut tu.Heh, berlari lintang pukang lepas tu.
***


            “Kau gila ke dude?” Pa’an tiba-tiba menyerbu dia yang tengah buat ulang kaji fizik. 7 kepala lain juga diangkat dari buku sebaik sahaja Pa’an bicara dengan nada tinggi. Dan garaj yang diubah suai tu jadi saksi sesi nasihat menasihati antara ahli Parkour 21.
“Apanya?”
“Kau ingat kita orang tak tahu ke? Boleh kau seludup masuk stadium tu dengan Ku’Ai?”
Heykal, leader group tu hanya diam. Memandang member yang kena marah tu. Memang patut kena tengking. Kalau kena tagkap macam mana?
“Terlepas kan? Bukan kena tangkap pun.”
“Ha’ah kalau dia cam kau budak sekolah mana macam mana? Busuk nama Team Red Jaguar tau.” Surfer pula. Team Red Jaguar, team bola sepak SMK Cyberjaya yang dimonopoli oleh mereka.
“Tak cam tak. Aku bukan pakai baju sekolah ke apa.”
“Mungkin dia orang tak cam kau. Ku’Ai? Ku’Ai tu budak Track And Field tahu tak? Dah berapa kali dia pergi bertanding kat stadium tu kau mention sikit kat aku.”
“Adoi…kau orang ni semak la!” Dia bangun meninggalkan garaj tempat melepak eksklusif mereka.
“Ku’Ai yang minta kau buat semua tu kan?”Heykal, leader tu tiba-tiba bersuara.
“Aku yang ajak dia. Aku tahu dia minta benda-benda tu.” Dia bicara tanpa menoleh.
“Asher. Aku rasa dia cuma nak gunakan kau je…”
“Jangan nak masuk campur urusan aku!” Pintu garaj ditutup dengan sekali hentaman.
“He changed a lot… dulu dia tak berani buat benda-benda macam tu…” Pa’an.
***


            Hati membara. Rasa nak tending je segala benda. Heh, dia orang tu semua nak memprovok. Dulu bukan main lagi suruh dia confess. Sekarang bila jadi macam ni, nak main tuduh-tuduh Ku’Ai yang bukan-bukan pula. Batu jalan tu ditendang sekuat hati. “Semak!”
            Bunyi hon kuat kedengaran. Dia menoleh. Perdana V6 hitam tu berhenti betul-betul di sisinya. Ku’Ai yang berada di seat pemandu memanggilnya masuk.
“What’s up dude? Kata ada ulang kaji?”
“Heh, tak ada mood nak study. Semak…”
“Asal ni? Kata nak score kaw-kaw?”
“Just take me anywhere…” Tali pinggang keselamatan dipakai. Dia hanya memandang keluar tingkap. Entah mana hala tuju Ku’Ai pun dia tak tahu.
            Perdana V6 berhenti.Kali ini di Al-Ikhsan. Gadis tu menarik dia turun. “Cantik tak?” Kasut yang terpamer di cermin kaca tu ditunjuk. Dia mengangguk.
“Come!” Dia diheret lagi. Kali ini ke dalam. Kasut yang sama jenis macam tadi diminta. Saiz 9. Saiz dia. Apa Ku’Ai nak buat dengan dia sebenarnya?
            Dia mencuba kasut tu. “Kenapa ni Ku’Ai?”
“Just wear it already. Jangan banyak tanya…”
Dia menurut. Kasut purple hitam tu kini dah sedia tersarung di kaki. Muat-muat.
“Kenal Arif?” Angguk. Salah seorang main leader dalam team Track And Field lelaki.
“Well, 27 sampai 29 haribulan kita orang ada battle. Tapi, Arif tak dapat bertanding, kaki dia injured. So… sir suruh cari pengganti. And I think you’re the best replacement that we could have. You won’t refuse it, right?”
“Tapi…saya ada tournament time tu.” Tournament Bola Sepak mula 27 haribulan tu la…
“Habis tu, I nak cari siapa sekarang? You tak nak tolong I ke? You tak kesian kat Team kita orang?”
“Ku’Ai jangan macam ni… saya pun ada tanggungjawab saya juga. Saya defender. Saya tak boleh suka-suka hati je pergi…”
“Tapi ka nada pemain simpanan…”
“They need me. Tournament ni penting untuk kita orang. Kita orang kan baru nak bina nama?”
“Please la… bola sepak tak kan pergi jauh. Kalau you masuk Track And Field. Kita boleh pergi peringkat kebangsaan sama-sama. You juga untung. Free-free je dapat sijil kebangsaan. Bola sepak you tu baru nak mula. Baru nak battle peringkat daerah.”
Habis…takkan aku nak betray kawan-kawan aku?
 ***

            “I’m sorry guys…” Dia menunduk sekejap sebelum terus berlalu meninggalkan Team Red Jaguar di padang. Muka ahli kumpulan tu memang tertekan betul. Tak tahu nak menangis ke nak ketawa bila Asher buat keputusan macam tu.
“Oi! Where did your sense go? Kau bukan macam Asher yang aku kenal dude!” Heykal naik suara. Marah betul captain tu nampaknya. Battle tinggal seminggu, mana nak cari replacement cepat macam tu? Nak ajar trick segala. Pemain simpanan masih dalam proses belajar lagi.
  Dia melangkah lebih cepat. Kea rah Perdana V6 di mana Ku’Ai dah sedia menanti. Soalan Heykal dibiar tak berjawab. Rasa bersalah juga sebenarnya ni. Perdana V6 meluncur laju. Menuju ke arah stadium Track And Field. LLatihannya sebagai pelari pecut bermula hari tu juga. Meninggalkan posisi sebagai defender The Red Jaguar macam tu je.
 ***

            Kini dia di Stadium Tertutup. Siap dengan pakaian sukan. Hari ni dia akan bertanding sebagai  pelari bukan pemain bola sepak lagi. Semasa mereka sibuk-sibuk menyusun pemain, Arif datang berlari anak, mendapatkan pasukannya. “I’m sorry guys. I’m late.”
“Heh?” Dia memandang Ku’Ai.
“Kau dah okay, dude?” Kaki Arif di pandang.
“Dah aku dah okay, terseliuh sikit je. Bukan patah pun.”
“Then what do I do here?” Sepatutnya, aku pergi tournament…
“I’m sorry, Asher. But I think you can just go home. I didn’t expect that he’ll be fine like this fast.” Bersahaja gadis itu menutur maaf. Dan mereka terus pergi bila nama pasukan mereka dipanggil. What?
***


            Dia bersila menghadap teman-temannya yang terbaring di padang. Masing-masing frust sebab kalah di suku akhir di sekolah sendiri. Perlawanan akan bersambung esok, tapi wakil sekolah sendiri tak ada. Malu sey…
            “I’m sorry…” Dia bicara perlahan. Matahari yang hampir terbenam menambahkan situasi dramatic dalam babak. “Kau tak payah nak minta maaf sangat la dude. Kau bukan ikhlas mana pun!” Julius, si goalkeeper tu bicara. Marah betul. Marah dengan diri sendiri sebab gagal cari chemistry dengan pemain gentian Asher sebagai defender. Marah dengan Asher sebab tinggalkan mereka macam tu je.
“Kau berubah dude. Kau berubah gila. Dulu kau iye-iye kata, kau nak tolong kita orang bina balik empayar bola sepak kat sini. Tolong apa namanya tu? Menyusahkan kita orang lagi ada.” Vince, cina tanpa slang tu dudk menghadap dia.
“I’m really sorry~” Air mata yang ditahan keluar juga. Heykal, si captain dengan Bahrain, si striker datang merapati.
“Apa jadi sebenarnya, Asher?”
Kepala menggeleng. Speechless dengan apa yang berlaku tiga jam lepas. Peristiwa tiga jam yang penuh drama. Yang meninggalkan kesan dalam jiwa dia bila dia ditinggalkan bergantung tak bertali macam tu dekat Stadium Tertutup Melaka. Yang akhirnya membuatkan dia buat keputusan ambil bas balik Cyberjaya. Dengan harapan dia sempat membantu Team Red Jaguar.
Tapi, gagal semua tu.Plan tak menjadi, harapan berkecai sama sekali bila tengok dengan mata kepala SMK Pangsun kalahkan SMK Cyberjaya 4-1. Malu sey…
            “Aku harap benda macam ni tak berulang lagi. Aku tak kisah kau nak ada girlfriend ke komitmen lain ke… tapi jangan sampai macam ni dude.” Heykal bicara lagi. Dia pun agak terkejut bila nampak kelibat Asher di padang bola sepak tu tadi.
“Putus je la dengan Ku’Ai tu. Apa sebenarnya dia nak dengan kau pun aku tak tahu. Dia gunakan kau je kot selama ni…” Bahrain.
Kepala mengangguk perlahan. Kali ni dia setuju betul. Memang patut putus.
 ***

            Dua minggu berlalu, memang tak bercakap langsung apa-apa fasal hubungan Asher-Ku’Ai. Heh, Ku’Ai tak ingat dia dah. So, kira officially putus la ni? Awesome…
Kaki melangkah perlahan ke pantai tempat mereka selalu pergi dulu. Dan dia di sini, mengahabiskan masa mengingat balik segala benda tu. Serius cakap dia kecewa, kisah cinta pertama dia kejam macam ni. Pathetic kan? Senyum terukir mengenangkan kebodohan sendiri. He should know from the first time when she asked about confessing. Tak pelik ke mana Ku’Ai dapat cerita macam tu? Tak pelik ke bila perempuan tanya lelaki macam tu? Mesti ada source kat mana-mana ni…yang buat Ku’Ai booleh tahu yang dia sukakan gadis tu dalam diam.
Heh, tapi jujur cakap, untuk pengalaman macam ni. Dia tak menyesal. Lagi-lagi lari dari pak guard kat stadium sekolah sukan tu. Part tu… paling mencabar sekali. Dan untuk Ku’Ai. Here’s for you.

 I couldn't sleep last night
I walked alone
 
On the beach
 
Where we always used to go
 
When we couldn't hook up at home

I thought of you
 
And the time we jumped the fence
Both sides ripped down
 
We dove right in
And the cops chased us again

When you were mine
You know

We had it all in front of us
You were the one
I was in love
But you always hurt
 
the one you lost
I couldn't get enough

You were everything
That's bad for me
Make no apologies
I'm crushed...
Black and blue
But you know
 
I'd do it all again for you

Today, dressed up
 
In designer drugs
Dedicated to the one
 
I'll always love
The one who really messed me up

I let you take the wheel
And the driver's seat
Strapped in
 
So you get the best of me
Now what's left are the memories

When you were mine
You know

We had it all in front of us
You were the one
I was in love
But you always hurt
 
The one you lost
I couldn't get enough

You were everything
That's bad for me
Make no apologies
I'm crushed...
Black and blue
But you know
 
I'd do it all again for you

I am standing in the ocean rain
Rough and ready
For your deadly game
I've got nowhere else to go

We had it all in front of us
You were the one
I was in love
But you always hurt
 
The one you lost
I couldn't get enough

You were everything
That's bad for me
Make no apologies
I'm crushed...
Black and blue
But you know
 
I'd do it all again for you
(You know I'd do it all again for you)
 
(I swear I'd do it all again for you)



I’ll do it all again for you.
Juann Fitri
1 comments