Reminder







Bismillahirrahmanirrahim~

I:-

            Keadaan di koridor menghala ke lif itu sunyi sepi. Cuma beberapa orang sahaja yang lalu lalang. Itu pun rata-ratanya staf-staf makmal, Kaki melangkah lagi, kali ini ke dalam kotak lif. Nombor 7 ditekan, isyarat untuk ke tingkat itu. Perlahan-lahan lif bergerak ke atas. Tak semena-mena lif berhenti di tingkat 5. Menggamit 1001 persoalan dalam mindanya. Lebih teruk lagi, pintu lif tak terbuka pun.

            Otak mencerna tindakan yang sepatutnya.Lif bergerak tiba-tiba. Ke bawah dengan lajunya. Lampu mati. Siren emergency berbunyi. Istighfar banyak-banyak, kawan.
Dia kini di tengah-tengah garisan. Antara hidup dan mati. Dengan jayanya lif menghempas bumi. Dia rebah tak bangun-bangun lagi. Lemas dalam ruang tanpa udara yang mencukupi. Kejang akibat panik dengan situasi.

            Mata terbuka luas. Seorang ahli bomba menarik dia keluar. Lengkap dengan wajah penuh ekspresi. “Subhanallah!”
Lif crashed, tapi dia tak apa-apa.

Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?

II:-

            “Spoiled! Spoiled!”  Air mata bercucuran keluar membasahi wajahnya. Paper SPM Fizik yang dah berlalu tu masih terbayang-bayang di depan mata. Segala formula dan jalan kira yang yang sepatutnya diterjemahkan dalam kertas soalan muncul di minda. Tapi…memang dia blur langsung. Satu apa pun tak boleh nak buat. Siap tinggal lagi dua tiga soalan yang bawa markah besar-besar. Paper sebelum-sebelum ni pun hampir buat dia menangis. Tapi fizizk dari Paper 1 sampai Paper 3 punah ranah. Tak ada satu pun yang dia boleh jawab dengan yakin.
           
Bertambah parah lagi bila ayah provoke dia, “Family semua engineer, fizik tak boleh perform? Apalah nak jadi dengan kau ni?”

Kini dah 3 bulan berlalu, result tak lama lagi nak keluar. Dia murung sendiri. Makan tak lalu, tidur tak lena. Semua serba tak kena. Rasanya mungkin fizik failed. Kalau tak fail pun cukup-cukup untuk lulus je. Selama ni pun tak pernah dapat A, setakat C je paling tinggi pun.

Hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Jam 10.35 pagi, mama teman dia ambil result. Air mata turun lagi. Heh, 10 A 1 C. C-Bahasa Arab. Fizik? Senyum.

Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?

III:-
            Kaki melangkah perlahan di laluan kaki lima menghala keluar daripada bangunan akademik. Dari ekor mata dia dapat lihat manusia sekeliling yang berwajah terkejut siap menjauhi dia lagi. Seolah-olah memberi laluan padanya padahal ekspresi wajah mereka sangat menyakitkan hati.

            Heh, mesti sebab parut jahitan di dahi kiri yang hampir membelah matanya. Yeah, like yakuza, I know…fascinating,right? Lebih ‘seronok’ lagi, ramai yang mengutuk belakang dia. Ramai yang takut nak bertegur sapa. Ada juga segelintir manusia yang buat cerita entah apa-apa.
           
            Mangsa dera ayah ibu. Lahir-lahir memang dah hodoh macam tu and etcetera-etcetera.
Jantung berdegup kencang. Mata meliar mencari seseorang yang selalu buat perasaan rasa macam ni. Heh, the bad boy. Yang selalu buat cerita, punca segala punca. Punca dia hilang kawan, punca dia kesepian. Dalang disebalik segala fitnah tu muncul dengan senyum sinis.

“Seorang je ke?” The bad boy bicara dengan senyum sinis. Keningnya terangkat tinggi.
“Heh, aku lupa kau bisu~” Yeah, suara dia turut hilang sejak kejadian tu.
“Aku wonder satu perkara. Kenapa kau mesti muncul depan mata aku? Semak, tahu tak?”
Langkah terhenti. Dia berpaling memandang lelaki itu. Aura nak mengamuk. Tapi, apa dia boleh buat? Dia perempuan, karang kalau keluar aksi tak sepatutnya, kena buang U pula.
           
            Lelaki tu melangkah melepasi dia. “Kau menakutkan aku. Kenapalah kau tak mati je masa accident dulu?” Jalan besar diseberang. Namun, sewaktu lelaki tu berada di tengah-tengah jalan, hon panjang berbunyi nyaring dari Unser hitam yang entah dari mana datangnya.
            Lelaki tu tak mampu buat apa-apa. Kejung tegak macam tugu negara. Jaket terasa di tarik seseorang. Dia terseret ala kadar atas jalan tar. Seluar jeans koyak di bahagian lutut. Luka-luka ringan jelas kelihatan. Tapi dia?
Terbaring betul-betul di bawah Unser hitam tersebut.  

Dia duduk di kerusi roda tu dengan senyum terukir di bibir. Air mata bahagia turun mambasahi pipi. Cincin belah rotan batu satu tu memang cantik sungguh. The bad boy tengah berteleku melamar dia jadi suri hati.
            Tak, bukan sebab lelaki tu terasa terhutang budi. Tapi, memang dah lama memendam rasa terhadap gadis ni. Cuma gadis ni je yang dulu perasan dia hot, dia famous. Dia pernah malukan lelaki ni depan semua orang sewaktu lelaki ni ajak dia ‘berkawan’. Dia pernah plan dengan kawan-kawan dia untuk kenakan lelaki ni lagi dan lagi. Sampai satu tahap lelaki ni balas balik pada dia. Heh, dia marah betul. Marah sampai kemalangan yang mengakibatkan jahitan di dahi kiri tu dan kehilangan suara tu. Dan sejak tu semua kawan-kawan gadis ni lari.Semestinya, semua kesalahan tu diletakkan pada bahu lelaki ni.  Dan sekarang ni baru dia sedar, sebenarnya, selama ni lelaki ni yang selalu berada di sisi.
            Kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau dah suka apa pun terima seadanya.

Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?

P/S:


                                                                         
                          Juann Fitri                                               



2 comments
  1. betul... Sgt simple, yet, great.. :)
    an0ther entry make me speechless, smiling n thinking..

    ReplyDelete