Friday, May 17, 2013

The Bradford Bad Boy


Bradford Bad Boy:
True story, plot twisted.



LRT Station:

            Langkah kaki terhenti, memandang ke kiri, menunggu train yang dikatakan lagi 5 minit nak sampai tu. Kepala menoleh semula ke depan. Anak mata bertembung dengan lelaki yang sedang berdiri bersandar pada palang di tempat menunggu seberang sana. Gaya memang macho… dengan sweater yang berhood tu. Muka bersih macam tu…tapi spoiled!
            Asap yang keluar dari mulutnya berkepul-kepul mengaburkan pandangan. Puntung rokok yang masih membara di jemari kirinya disua lagi ke bibir. Anak mata masih memandang dia yang di sebelah sini. Seolah mencabar sebab dia masih lagi berani memandang lelaki tu.
Anak mata dia kini berlari ke seluruh tubuh lelaki tu. Dengan seluar koyak rabak di bahagian lutut tu…Kepala menggeleng tanpa sedar. Spoiled.
            Terasa ada aura gelap di sekeliling lelaki tu. Anak mata bertembung lagi. Kali ni puntung rokok yang tinggal separuh tu di baling ke lantai. Kaki melangkah pergi dengan hood yang disarung ke kepala. Thug life!


UP-RCSI (Ireland Prep):

            Muka blur. Tekak betul-betul rasa kering, saliva yang menuruni kerongkong rasa berpasir. Perih betul pandang manusia ramai-ramai depan mata dia. Mata berlari dari hujung ke hujung lecture hall tu. Ramai tak ramai la dekat 150 orang juga. Dan dia adalah salah seorang pelajar yang ‘terpilih’ untuk memperkenalkan diri. Why me?
“Go on…Introduce yourself…” Ms. Connor memandang dia. Dia sengih lagi.
“Hi and a very…good morning to all of you. My name is Nur Dini Faqihah Bt Muidz and I’m from Selangor.” Dia berhenti, memandang Ms. Connor. Lecturer muda lagi bergaya tu angkat kening kiri. “That’s all?”  “Jyeah…” “Oh, C’mon… guys do you have anything to ask to this young lady here. I guess she’s a bit nervous and need a little help.”
Seorang gadis mengangkat tangan. “If I may ask, what is your pointer back in your foundation anyway?” Wo…soalan killer. Dah agak soalan macam tu akan keluar punya. Sooner or later. But in this case, in my case, it’s a flash.
“I’m in the major side…”
“You mean 3.8 something?”
“Er…4 flat.”  “It’s not a major, duh!”
Okay…ini akan jadi teruk punya…
“Next?” Ms. Connor memandang pada para pelajar yang masih memandang dia.
“What about your MUET test?” Seorang budak lelaki yang nampak sangat ‘Hollywood’nya menyoal dia dengan senyum sinis.
“O…kay? I’m really sure now I’m in the major side…”
“You mean Band 5?”
“Shiznitz, minor side…”
Ms Connor menarik senyum. “Band 3?”
“People, really? I’m in Band 4.” Terkeluar accent British dia. Sebut Band pun jadi Ban. Menyampah betul la dengan soalan macam ni. Ingatkan major Band 4, rupanya Band 5. Spoiled. Dia angkat  muka dari lantai. Rata-rata student memandang dia. Ni dah kenapa?
Ms Connor tersenyum lagi lebar. “That’s kinda strong accent you have. So, anymore, guys?”
Seorang lelaki yang nampak macam familiar , macam la…mengangkat tangan.
“So which part of Scotland you’re from?” Soalan dia disambut dengan hilai tawa sesetengah pelajar. Duh! Dia perli aku…
“Well…that’s kinda offensive… but…” Kali ni dia masuk slang Irish.
“I’m gonna say I’m from Ireland, but I bet you don’t know Ireland that much…so, I’ll just say, I’m from Aberdeen” Victory.
Dengar “Ooh…slang dia!” dari tempat duduk pelajar. Heh, main-main dengan aku. Ni Dini la wei! Lelaki tadi tersengih malu. Impressed pun ada. Perlian dia tak kena kat batang hidung perempuan tu. Who’s laughing now, dude?
Ms Connor bertepuk tangan. “Well, that’s really cool.”
“I’m sorry miss…” Dia minta maaf, kalau-kalau dia terlebih-lebih pula.
“No… this probably will lighten up our class a bit. You may sit now. Thank you, Ms Dini.”
Dia berjalan mengambil tempatnya semula, ada sesetengah gadis yang menghulur tangan nak berhigh-five dengan dia. “You’re so cool, girl!”  “Serves him right!”
Heh, Me. Not. Bad. Eh?


            “If I may sit here?” Dia angkat wajah dari Samsung Galaxy Note nya. Cewah… Refleks, kening kiri terangkat tinggi. Lelaki dari lecture English tadi. Yang malu besar tu. Dia pandang keliling dulu. Café penuh… so, “Jyeah…”
“I bet I owe you an apology.”  “Kenapa?”
“Well, you know, for the things that happened earlier.”
“Oh…tak ada apa la tu… Biasalah…” Dia mula mengacau Nescafe Shake yang agak lama terbiar dari tadi. Dia dengar lelaki tu tergelak kecil. “Apahal?”
“It’s weird. You’re so cool in there, talking with that accent and now, immediately after you got out from there, Malay all the way…”
“Saya tak pandai Bahasa Inggeris sangat, Band 4 je pun… jadi…”
“Allah, skemanya!” Lelaki tu ketawa besar membuatkan dia pun rasa nak ketawa.
“C’mon la… don’t stop yourself. Setakat so… English… why not?”
“Jyeah…akan dipertimbangkan.”
“By the way, the name is Aslam. Zaid Aslam.”
“I bet you know mine.”
Lelaki tu senyum sinis. “Oh, Snap, saya cakap bahasa Inggeris ke tadi?”
“You know what… forget it. You can’t go through without a little English in there, especially for a person like you.”
“So…true. But I won’t go for a talk with No Malay inside. Jimmy protested!”
Senyum terukir pada bibir Aslam. Dia terdiam sekejap. Betul la muka dia familiar tapi kat mana eh? Dia pandang lelaki tu lagi. Tak boleh ingat la…
“Dude, are you somehow trying to flirt with me, coz I’m not interested.”
“No… it’s like I’ve seen you somewhere. But I can’t remember. Perhaps, it’s in orientation week. Um… I gotta run now… I’ve Anatomy class in no minutes. See you later.”
“Later”


LRT Station:

            Jumaat, petang memang tak ada kelas. Tepat-tepat habis kelas pukul 12.30 tadi dia dah cabut pergi sini. Dan sekarang pukul 2.30 p.m. Dia baru je selesai solat Zohor tadi. Kaki melangkah mendekati mesin tiket tu. Sabtu, Ahad tak ada kelas. Memang bahagia la balik rumah. Dia berpusing melangkah ke tempat menunggu train tu. Eh? Figura lelaki hari tu ada lagi di situ. Kali ni dengan cap yang elok je menutup bahagian matanya. Asap rokok yang jadi prop tambahan tu memang la sentiasa ada. Baju kemeja bercorak checkers yang dipadankan dengan t-shirt bertulis “No EGO, Yes ECO” tu memang menarik perhatian. Huh, betul la, nampak je gaya macam ni… tapi Born With Style! Asap rokok masih galak berkepul-kepul, dan kali ni lelaki tu mengangkat cap dia. Anak matanya mencerlung memandang dia. Sama macam hari tu.
Yesh! Betul la, muka dia familiar! Tapi siapakah gerangan?
Train di bahagian seberang tiba di tempat kejadian. Nampak lelaki tu melangkah masuk. Dan train tu dengan selamatnya berlalu pergi.


UP-RCSI:

            “Heya, Dini Faqihah!” Suara Aslam menjerit gaya sepelaung tu membuatkan muka dia jadi merah serta-merta. Aslam memang suka buat malu kaum. Aslam memang suka sangat buat orang pandang dia dengan mata macam tu. Duh! Dia tarik nafas dalam-dalam.
“Dude… you embarrassed me.”
“Sorry…” Sebaik saja Aslam mendekati dia, bau yang dia pantang sungguh tu menusuk-nusuk ke hidung. Dia mendengus. “Kau smoking ke?”
“How dare you to accuse me like that?” Muka lelaki tu namapak marah betul.
“Hei, aku tanya je… tak payah la sentap sangat.” Aslam mendengus, terus berjalan meninggalkan dia. Apahal lelaki tu? Datang bulan ke?

            “I’m sorry.” Dia mendekati lelaki tu di café lepas dua kelas lecture lelaki tu tak bercakap dengan dia. “Oh, I thought you hate smokers.” “Well, sarcastic enough. So is that forgiveness?” “ I won’t forgive you until we settled this down.” “Okay. Shoot.” Aslam menggeledah beg sandangnya, mengeluarkan sebotol perfume. Malboro. Tobacco. Patutlah…
“Now… I will accept any type of apology rather than sorry.”
Palm face. “ Kau nak apa?”
“What about a lunch somewhere in town?”
“Time aku tengah kering la kau nak suruh aku belanja makan segala…” Dia bangun, Aslam juga, siap dengan sengih yang tertampal elok je di wajahnya.

Pizza Hut:

            Hawaii Chicken disua ke mulut. Dia menggeleng sendiri. Meja penuh betul la. Mana nak dicekau duit nak membayarnya pun? Muka risau. “I’ll pay, honey. No worries…Just enjoy the lunch.” “Seriously, dude?” “I’m just asking you to go lunch with me. Now you don’t eat all that, how am I supposed to eat all alone? And how it is counted as a proper apology? And your face all crinkled up. Worst date ever.”
Heh? Date… Biar benar. “Aslam, tak kelakar…”
“Memangla…aku tak buat lawak pun…” Muka serius. Dini, pandang kiri. Unbelievable. Dia cakap Malay dengan aku ke?
“What?” “Nothing, really…So, it’s your treat, right? I’m just gonna eat all of this into bits.”
Senyum terukir di bibir lelaki tu. Mata lelaki tu kini berlari di serata restaurant. Dan kali ni tertancap pada pintu restaurant tu. Anak mata membesar.
“Dini…”
“Jyeah…” Heh, mulut penuh dengan Pizza Thai Seafood.
“Err… “ Aslam, tangan dimasukkan ke dalam poket. “Here’s RM 100. I have to go now… urgent.”
 “What? Why?” Aslam bangkit terus keluar dari restaurant. “What the fish?”
Anak mata ditala pada pintu restaurant. Nampak Aslam bersalaman dengan lelaki berpakaian serba hitam di luar sana. Awkward.

UP-RCSI:

            “Hey…I think I owe you an apology.” Aslam datang mendekati. Kali ni bau perfume tu dah tak ada. Dia dah tak pakai kot. “Tak payah la… aku okay je makan sorang-sorang kat situ. Dua pan besar siap ayam BBQ dengan fondue. Kau apahal?”
“I’m really sorry. It was urgent.”
“Kalau dah tahu ada benda urgent buat apa bawa aku keluar?”
“You mad?”
“Dude, I’m cool enough for that.”
“What about another date?”
 “Aslam… it’s not a date.”
“Okay, what about another outing?”
“Lepas tu? Kau tinggal aku lagi kan?”
“You mad.”
Palm face. “Kau nak apa ni? Ya, Allah…”
“I wanna change. I wanna make a better life.” Muka Aslam serius betul.
Dia angguk.

LRT Station:

Ahad. Hari dia perlu kembali ke Kolej. Tempat biasa. LRT Station menunggu train. Dan macam minggu lepas juga. Figura lelaki di tempat menunggu seberang tu dipandang. Kali ni dengan riak melampau terkejutnya. So, selama ni lelaki tu…Aslam. Asap berkepul-kepul keluar dari puntung rokoknya. Cap yang terletak elok di kepala di turunkan. Menutupi matanya. Sekelompok manusia datang buat salam sahabat entah apa-apa dengan Aslam. Dan dalam pandangan mata dia…Aslam tu memang budak-budak bermasalah. Kawan-kawan dia tadi tu pun spesies sama je… Dari jauh dia lihat pergerakan mereka. Salah seorang kawan Aslam yang nampak lebih tua dari dia sendiri mengeluarkan sesuatu dari beg yang dibawa tadi. Dia kenal lelaki tu. Lelaki kat restaurant tu.Dalam beg tu… Eh…dadah ke?
            Aslam nampak tersengih di seberang sana. Puntung rokok di jemari kirinya dirampas member sepasukan. Kongsi satu rokok? Duh…Spoiled! Si teman nak pulang balik rokok. Aslam menggeleng dengan senyuman. Tapi dalam beg tu apa huh? Curious…
Pasukan seberang tu dah mula melangkah pergi. Dengan beg yang penuh suspicious tu…

            Dekat tujuh minit, pasukan yang pergi tadi berlari ke arah bertentangan. Dengan wisel dari guard-guard di lane menunggu tu. Aslam pun turut berlari dengan speed maximum, sampai cap tertanggal terus dalam lariannya. Tak peduli, dia terus berlari, turun ke rail. Gila!
“Aslam!” Dini terjerit sendiri, nak-nak lagi train yang dia tunggu tu tiba-tiba muncul dalam pandangan. Cepat-cepat lelaki tu naik semula ke tempat menunggu, tapi di bahagian Dini berdiri pula sekarang. Aslam, baru dia perasan gadis tu ada kat sini…namun dia terus berlari dalam kekalutan suasana tu.
Trauma. Menyirap darah dia bila tengok babak ngeri macam tu. Kalau nak buat stunt pun… tolong la…

UP-RCSI:

            “Thanks for saving my life.” Aslam bicara kepadanya. “I don’t talk to strangers.”
Dini bangun meninggalkan lelaki tu di café sendirian. Susah rasanya nak percaya. Lelaki yang spoiled tu Aslam yang dia kenal. Dan bau rokok tu, heh… stupid me. Perfume Malboro konon.
“Who the hell are you wanna interrupt my personal life? You’re nobody! You don’t have rights to judge me!” Aslam memetir di café. Gila, semua orang tengok.
“How can you tell me not to judge you now? You told me a week ago that you wanna change. I thought it was for the better, I didn’t expect it to be worse.”
 “I really wanna change! I do! But how do I do that in a short time? I used to live in Bradford for more than 5 years. And I lived with it. There’s no way they call me Bradford Bad Boy for nothing.”
“Note that.” Kaki ingin melangkah pergi. “Now, I’m begging you. I’m begging you; please give me one more chance. I need you to help me out. From all this stuff, I’m getting sick of it. I need you. I need support.” Telinganya dapat menangkap tangisan kecil dari lelaki tu. “ I hate my life. My life sucks. There’s no one… No one wanna help me to the right path. When they know who I am they’ll just leave. That’s not fair at all!”
Dia berpusing menghadap lelaki tu semula. “ I’ll help you. Okay…I promise.”
Aslam menarik nafas lega. “Thanks. I’m sorry, it won’t happen again.”
“Boleh tanya satu soalan tak?”
“Dalam beg tu spray colour. Kita orang kena kejar hari tu sebab konon buat graffiti dekat escalator.”
“What?” And I thought it was drugs… Me.Bad.

UP-RCSI:

            “What?” Taipan di lap topnya terhenti bila mana lelaki tu asyik merenung dia dari tadi.
“You’re too busy for me.”
“I told you, I will be really busy this month. I’ve got a lot of projects and assignments to be done.”
“I miss hanging out with you. It’s been like ages since we didn’t have a lunch together or something.”
“Melampau la ages…”
“Why don’t you just stop that for a while? Let’s go for a lunch and I promise, I’ll help you out with that later.”   
“Promise?”
“Do I ever lie to you?”
“Yeah…” “Consider this as a new starter.”
“Tapi… it’s 2.30 p.m. Kita belum Zohor lagi. Jom pergi surau, kau imamkan aku?”
Halkum lelaki tu nampak turun naik dengan saliva. “Sure…”

            Kasut disarung ke kaki. Aslam dah sedia menanti di luar surau. Sengih terukir bila gadis tu muncul di depan mata. “So, how was it?”
“It’s okay, tapi aku rasa kau boleh je perbaiki lagi kan?”
“Sure…So, can we go now?”
“Okay…” 
Lelaki tu berjalan dulu di depan tanpa varsity jaketnya yang dipakai sebelum solat tadi.
“Dude…” Dia berjalan mendekati, Aslam lupa agaknya, baju dia tertinggal dalam surau. Sebab selama ni memang lelaki tu akan pakai long sleeve shirt kat luar selain T-shirt kat dalam. Double layer la kata orang. Apabila dia setapak je dari lelaki tu dia berhenti melangkah. Anak mata tertancap pada lengan lelaki tu. Dia menggigil sendiri.
“Oi, c’mon.”
“Aslam.”
“Jyeah…” Aslam tergelak sendiri. Dah terikut gaya gadis tu pula.
“Tu tatu ke?”
Sengih mati. Astaghfirullahalazim. Jantung berdegup laju, anak mata bertentang dengan gadis tu. Pantas dialihkan.
“Heh, tak sah sembahyang aku selama ni…” Gadis tu berpusing balik ke arah surau.

UP-RCSI:

            Dah dekat 2 minggu Aslam tak muncul depan mata dia. Tapi, it’s for the better I guess. Rasanya kalau lelaki tu menegur pun dia tak menjawab. Kaki melangkah pantas ke koridor info. Nama yang dapat flight awal pergi Ireland dah keluar. Flight bulan depan. Nama dia tak ada. Nama Aslam ada. The Bradford Bad Boy. Haisyh, dah tak nak ingat dah… Kaki melangkah pergi.

Mullingar, Ireland:

            Summer, masa meronggeng. Dia melompat turun dari MPV teman serumah. Bercuti ke Mullingar. Fisrt time ni. Dia sendiri tak tahu apa yang menarik kat sini, cuma berpandukan cerita-cerita teman serumah yang berasal dari Ireland ni sendiri.
“ So, guys…let’s go to beach, beach…” Karen mula menyanyi lagu Nicki Minaj tu. Apahal la… Dia menggeleng sendiri. Mata melirik ke arah jam tangan yang menunjukkan waktu Malaysia. Tak biasa lagi dengan tempat ni, nak tak nak kena buat macam ni untuk tahu dah masuk waktu solat ke belum. Dan sekarang, dah masuk Asar dah ni…
“Guys…you all go first, gotta perform a prayer.”
“Okay! Just call me when you’re finish.” Brittany, gadis dari Washington D.C tu menjerit.
“Okay!” Dan sekarang, mana nak cari surau?
“Surau kat sini tak ada… paling dekat pun kat luar simpang depan tadi.” Dia menoleh memandang seorang lelaki. Shirtless. Ya Allah… ngerinyala suasana kat sini.
Kepala mendongak memandang siapakah gerangan. Aslam. Heh?
“Jom, aku pun nak solat sekali.I’ll drive you there.” Dia berhenti pada satu site dengan beberapa buah khemah. T-shirt yang terganung di ampaian buatan tu dicapai, disarung terus.
“Aku boleh je sembahyang kat mana-mana…”
“Yeah… good luck then. I’m just afraid that you might get hurt before you start.”
Yeah, Ireland. Ramai je yang masih tak boleh terima Islam ni… tapi ramai je yang dah.
Nak tak nak dia naik juga kerea lelaki tu. Duduk di seat depan tu buat diri rasa menggigil. Mata melirik sekejap pada tangan lelaki tu yang terletak di stereng. Kemudian merayap ke lengannya.
Ada kesan terbakar pada tempat tatu dulu tu…
“You…”
“Yes.” Aslam memotong kata-kata gadis tu. Dia tahu apa Dini nak menyoal. Kau iron tangan kau ke? Dan sebelum benda tu keluar dari mulut gadis tu baik dia jawab.
“Gila apa?” “It’s none of your business.”
Betul. Masjid tu tersergam indah di depan mata. Shesh! Tak adalah jauh mana. Pantas dia turun. “Kita jemaah sama-sama.” Sempat lelaki tu bicara. Dia mengangguk.

            Air mata turun tiba-tiba waktu rakaat terakhir tu. Sedap betul bacaan dia. Menusuk jiwa. Kemudian bacaan doa tu. Fluent. Langsung tak macam dulu. Kalau dulu, baca doa pun basic je. Merangkak-rangkak pula… sekarang, he’s totally a different person.
Telekung dilipat elok-elok sebelum dia keluar dari masjid. Melihat lelaki tu dah sedia di dalam kereta. Perlahan dia menyelinap masuk. Senyap je… kereta masih takbergerak dari tempat parkir tadi. “Aslam…”
“I thought you forget my name.”
“I should.”
“I hate you hate me. It’s been two years…”
“Well, since you moved on… I bet we can forget that for good?”
Aslam menoleh memandang dia. “Great.”
“I’ve been wondering… how many tattoos you had.”
 “ A lot. And I was so stupid.”
“So you did that?” Anak mata terarah pada kesan terbakar tu.
“Yeah, tapi sekali tu je aku tak tahan dah, pengsan terus. Then my mother bawa pergi hospital, they did that laser thing…. I’m all clean now, In Shaa Allah.”

Ikhlas By:
Juann Fitri

2 comments:

  1. its touching enough dude~
    *seriusly, the feeling i get in my mind, cant xpress by words!!!*
    keep it up keep it up dude!
    notakaki--> love ur every word

    ReplyDelete
  2. Thanks, dude... Jyeah, gonna get to keep it up.

    ReplyDelete