“Asal tak balik lagi?” Dia bersandar pada rangka pintu kaca yang sengaja dibuka seluasnya, anak matanya memanah tepat ke arah gadis yang sibuk menaip di dalam bilik itu.
Gadis itu menggeliat ala kadar menghilangkan lenguh sebelum menjawab persoalannya.
“Siapkan report ni… sikit je lagi.”
“Dah dekat pukul 11 tahu?”
“Rilek la belum pukul 12…” Gadis itu senyum kepada skrin komputer ribanya.
“Apa anak dara balik malam-malam. Tak elok tahu tak?”
Si gadis mengangguk. “Kau asal tak balik lagi? Dah pukul 11 tahu?”
Dia angkat kening kiri sebelum membawa pandangan ke arah jam tangan yang dipakai.
“Saja, tak ada reason…”
“Workaholic Eddy…” Gelaran dia di syarikat tu.
“Look who’s talking…” Dia membalas sinis juga.
“Balik la… semua orang dah balik kan? Nanti ada orang buat fitnah pula.” Berdua-duaan dalam syarikat.
“Dah tu, kau rasa kenapa aku berdiri kat luar bilik kau ni?”
“We better think about others’ point of view y’know? Kalau ada orang salah faham… it might happens, so… balik la…”
“Aisyh… tahulah… kau tak cakap pun ingat aku nak ke berdiri kat sini? Baik aku balik tidur…”
Gadis itu mengangguk, senyum lagi pada skrin. Eddy mula meninggalkan tapak dia berdiri, terus keluar dari pintu pejabat.
Jam di tangan dah mula menginjak ke angka 12.30 minit pagi. Dia masih setia memaku pandangan ke arah pintu bangunan tempat dia bekerja sebagai jurutera ,menanti gadis itu keluar. Mata yang mula merah menahan ngantuk digagahkan juga supaya kekal terbuka. Mananya la pun…
Bunyi ketukan dari luar tu memaksa dia bangun. Mata terbuka sedikit demi sedikit untuk menyaksikan siapakah gerangan tuan hamba yang mengetuk cermin keretanya. Amni, gadis yang dia tunggu dari tadi. Cermin kereta diturunkan. “Kereta rosak ke?” Amni menyoal selamba. Langsung tak terfikir bahawasanya ,dia, si Eddy akan menunggu.
“Tak la… aku mengantuk sangat. Panaskan enjin terlelap pula…” Alasan.
“Oh… I see… ingat rosak.”
“Kalau rosak tak ke aku dah panggil tow truck?”
“Who knows that you might be waiting for it to come?”
“Nah… apahal kau tak balik lagi? It’s almost 1.30 a.m for God’s sake…”
“Nak balik la ni… Jaa… see you tomorrow.” Amni si gadis berlalu pergi. Meninggalkan dia dengan Toyota Camry nya bersendirian di lapangan tempat parkir.
Nafas dilepas perlahan. Bila fikir balik, tak tahu kenapa dia sanggup buat benda-benda macam ni sedangkan Amni Cuma anggap dia Friend B dan bukannya sebagai hero watak utama dalam hidup dia. Heh, silap sendiri juga. Dulu bila ada peluang tak nak guna. Heh, peluang? Benda apa kau cakap ni Eddy?
Amni dan dia memang dah kenal lama, semenjak di universiti lagi. Dan dia ada pernah terdengar ura-ura Amni ada hati pada dia tapi si gadis langsung tak menunjukkan apa-apa minat bila mereka berbual atau bersama dalam kumpulan. Amni nampak biasa, layan semua orang sama. Mungkin sebab dia nak sembunyikan perasaan tapi mungkin juga ura-ura tu sekadar ‘a playful act’ yang gadis-gadis dalam kelas dia buat sebagai permainan antara mereka. Heh, budak perempuan dalam engineering ni kau kena faham, dia orang tak gentle… dia orang tak ada beza dengan lelaki yang suka main-main dengan benda-benda macam ni. Well, tak boleh nak salahkan sesiapa, bila kau berada dalam kelompok yang majoritinya lelaki, kau kena act macam diaorang supaya kau tak kena pijak. Yang tu, memang dia faham. Tapi siapa dia nak menutup perasaan yang timbul semenjak dua menjak ni. Bila masing-masing dah bekerjaya, dah nampak professional, dan lebih matang. Dia nampak Amni lebih menyerlah dari sebelumnya. Mungkin ke sebab Amni masih dapat mengekalkan ‘cool’ dia dalam masa yang sama ‘looks stunning all the time?’ atau perasaan yang dia selama ni tolak dah makan diri? Heh…
Telefon yang bordering mematikan aktiviti berfikirnya. Pukul 1.45 a.m. Nora, teman wanitanya untuk 10 tahun semenjak tingkatan dua. Panggilan diangkat.
“Hey.”
“Hey…awak tak balik lagi?”
“Nak gerak dah ni…”
“Kenapa balik lambat sangat? Tak elok la… esok pun kerja pagi kan?”
“I am workaholic Eddy if you don’t remember the nickname they gave me.”
Terdengar Nora ketawa perlahan di balik sana talian.
“Dah la… pergilah balik, solat, tidur.”
“Dah solat tadi… Okay, ma’am. Gotta go now…”
“Okay…”
Satu keluhan dilepas. Bila kau ada girlfriend for 10 years tapi hati kau macam acah-acah nak jatuh suka pada orang lain. Nah… bukan orang lain. Amni yang dia dah kenal enam tahun. Semak. Tambah pula bila si Amni cuma anggap dia Friend B pada waktu ni. Haisyh.
Best Regards,
Juann Fitri
PS: Unconsciously I just keep on repeating using the same name fort he protagonist. Adess. if you find it disturbing I'm really sorry. Haha...
0 comments