Sunday, April 24, 2011

Best Friend Forever~

Chapter 2:-

Yes, dan pertemuan hari tu lah yang membawa Irsyad untuk berjumpa Nuzfa hari-hari. Till one day, mak Irsyad tu, mula masuk jarum.

“Hari-hari jumpa Nuzfa, ada apa-apa ke?”

Risau juga anak teruna dia jumpa anak dara orang tiap-tap hari. Gila kau…

“Mana ada apa. Kita orang kawan je. Lama tak jumpa sebab tu la nak …”

“Lepas rindu?”

“Ya, huh?!”

Kunci kereta kat tangan yang dilambung-lambung tadi digenggam terus. Ada ke?

“Ajak je la dia kahwin , Chad”

Muka kelam.

“Chop,chop,chop. Apa ni, ma? Kita orang kawan je la. Tak lebih daripada tu pun.”

“Kalau dah jumpa hari-hari tak macam bercinta namanya tu? Kawan mama ada terserempak dengan kamu dan Nuzfa. Dia kata bakal menantu mama lawa. Mama ingat siapa. Nuzfa rupanya.”

Irsyad garu kepala. Dah melalut la ni. Malas nak layan macam ni.

“Ma, Chad pergi dulu la, nanti dia tunggu lama pula kat kedai mamak tu.”

“Dating kat kedai mamak?” Pn.Norita terjerit sedikit.

“Bukan dating la, jumpa je…”

“Macam-macam la kamu ni Chad.” .

Mama yang macam-macam…Irsyad monolog. Perbualan dia dengan mak dia hari tu membuatkan dia berfikir. Berfikir pasal idea mak dia yang tak masuk dek akal tapi macam nak masuk je dah kat akal dia tu. Pergh, aku ni la… Kahwin?? Kedai makan Selera 7 yang bising tu langsung tak menggangu konsentrasi dia berfikir fasal benda yang satu ni. Sampai Nuzfa sampai pun dia tak sedar.

“Chad..”

Nak ke Nuzfa kahwin dengan aku? Shesh apa aku pikir ni? Tapi…

“Chad…”

Nuzfa dah berbulu je panggil mamat tu. ‘Jom kita…’ Irsyad monolog lagi…

“Irsyad!”

“Jom kita kahwin?”

Dua-dua tergamam. Dua-dua terhenti.

Irsyad. ‘Ya, Allah apahal aku ni. Argh!’

Nuzfa. “Gila kau!” .

Nuzfa bangkit dari kerusi yang didudukinya tadi. Mamat ni mereng ke apa?
Tak boleh nak masuk ke kepala dia sekarang ni. Apasal mamat tu buat macam tu??? Persoalan merapu mula menerpa-nerpa masuk ke dalam kotak fikiran. Berbahas pula dengan hati.
Irsyad di hadapannya dah kelam-kabut.

“Aku terlepas cakap… aku nak…” Berhenti.

Tak tahu nak cakap apa … Nak explain pun memori kosong. Dia tak ada alasan kukuh.

******

“I’m sorry.”

Sepatah lelaki tu bicara. Pandangan tak ditala langsung ke arah gadis tu yang berdiri sebelah dia, mengahadap tasik yang tenang tu. Dia kalut, dia takut.

“Gila la kau, Chad”

Nuzfa cuba berlagak tenang tapi kat dalam hati dah menyumpah seranah lelaki tu.Dan semuanya sebab hari tu. Tarikh tu. 26 Februari. Dia balik je kerja, mak dia call, suruh balik kampung cepat. Dia ada juga bertanya. Kenapa kena balik? Mak dia tak nak menjawab. Tapi suara excited semacam. 11 malam, dia sampai kampung. Tengok hantaran meminang bersusun dari tepak sirih sampai kain lace yang mahal tu. Aik? Siapa pula yang kena pinang? Nak kata family aku yang nak pergi meminang… aku mana ada adik beradik lelaki. Nak kata ada orang masuk meminang, siapa pula? Kakak aku dah 3 tahun kahwin. Takkan… aku???
“Ma, apa ni?”

Dengan bodoh-bodohnya Nuzfa bertanya.

“Hantaran meminang.” Mama muncul dari ruang tengah.

“Siapa…” Tak habis soal lagi mama dah memotong percakapan dia.

“Irsyad masuk meminang, mama tak sangka pula.Terkejut juga. Tapi mama terima je. Kau orang pun dah lama kawan kan?”

Argh!! Mama terima??? Tidak… habislah terang, timbullah gelap. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dia terkaku kat situ. Posisi tak berubah.

“Cincin ada atas meja ruang tamu tu. Dia orang datang mengejut. Tak sempat buat apa- apa pun. Pergilah try pakai.” Erk??

“Chop!Chop! Chop! Mama, boleh ke majlis tunang berlangsung kalau perempuannya tak ada masa majlis? Bukan bakal mak mertua tu kena sarungkan cincin ke?”

“Esok mak mertua kamu datang sarungkan cincin.”

Aku ni la~ Nak menolak nanti mama cakap apa pula. Nanti pihak sana cakap apa pula. Tapi.. apsal kau! Irsyad!!!

“Aku betul-betul minta maaf.”

Kata-kata Irsyad mematikan terus lamunannya.

“Useless”

“So, apsal kau terima?” Irsyad macam nak bengang.

“Bukan aku yang terima, mak aku!”

Aura-aura pergaduhan dah mula tercetus. Hangit semacam. Irsyad meraup wajah.

“Okay macam ni. Kita cuba je. Okay? Aku nak tarik balik memang tak boleh la. Mak aku dah ia-ia nak kau jadi menantu dia. Aku tak sanggup pula nak hancurkan kegembiraan dia tu.”

“Mak aku pun” Nuzfa bersuara mendatar.

“So?”

“Tah la suka hati kau la. Kau meminang aku pun tak cakap kan?”

“Nuzfa~” Aku ni la malas betul bila dia dah mula mengungkit la bagai!
“Aku tak janji aku boleh jadi isteri yang baik untuk kau…”Serius suara gadis tu bicara.

“Aku tak janji.”

Blah. Macam tu je…

****
Chapter 3

Dan situasi tu la yang memulakan hari ini, hari di mana dia terpaksa buat keputusan yang macam ni. Dia pandang Nuzfa sekilas dihujung katil. Baju pengantin organza warna lilac dia entah mana dicampak. Habis je kenduri malam tu, memang tak nampak muka dia la, rupanya terconggok dalam bilik merenung masa depan mencongak hari la bagai. Dan dari tadi, memang tak bercakap sepatah pun. Nuzfa memandang dia semula, saat mata bertentang mata tu… Irsyad mengalih pandangan. Aku faham pandangan dia tu. Dia tak sedia… Tak sedia in all way, baik nak jadi isteri aku yang betul-betul isteri atau nak pegang tittle sebagai isteri aku pun kira dia dah surrender awal-awal.

“Nanti kita duduk bilik lain-lain bila kita dah pindah rumah aku.”

Satu nafas Irsyad bicara. Bantal di atas katil dicapai lalu diletak atas sofa di kiri katil. Landing kat situ. Nuzfa angkat kening sebelah.

‘Apahal lu mamat? Aku tak cakap apa pun~’ Bahu diangkat. Malas nak fikir, dah turun titah macam tu, malas nak protes. Dia pula terus merangkak naik ke katil , slumber tidur tak ada rasa belas langsung pada Irsyad yang kat atas sofa tu.

“So, macam mana malam tadi?”

Mama Norita tersengih-sengih di hujung meja. Irsyad yang blushing. Nuzfa tak apa-apa. Tak jadi apa nak malu apakehal?

“Ish, awak ni… tak baik menyakat budak-budak tu pagi-pagi ni.”

Papa Harez menggeleng sendiri. Mama Norita menjeling Papa Harez manja. Dalam hati, Nuzfa sengih sendiri. Main manja-manja pula depan aku ni. Ei, geli mak oi!

“Kita orang nak move ke rumah Irsyad esok…” Irsyad memandang Nuzfa. Minta sokongan. Nuzfa mengangguk.

“Kenapa cepat sangat. Duduk la sini dulu. Mama tak kenalkan lagi Nuzfa dengan kawan-kawan mama.”

“Irsyad dah start kerja la Rabu ni mama. Nak kemas barang-barang kita orang lagi.”

“Tu la ianya… ambil cuti 3 hari je… ambil la lama-lama sikit, boleh pergi honeymoon.”

“Kita orang ingat nak tangguh honeymoon bulan 4 nanti…” Nuzfa yang tolong jawab.

“Irsyad kan ada project besar bulan ni, Nuzfa pun tak nak kacau…” Nuzfa tersenyum.

“Nuzfa, tapi 3 hari memang tak cukup…Mana nak beli barang-barang lagi, nak kemas rumah lagi…”

“Insya-Allah boleh, mama”

***
“Kecilnya rumah kau….” Nuzfa memandang keliling.

Banglo dua tingkat tu direnung atas bawah.

“Belum masuk lagi dah bising. Okaylah ni. Mana ada kecil. Aku tinggal sorang okay je.” Irsyad tak puas hati.

Dia cakap rumah aku kecil, habis rumah dia tu besar sangat ke? Ish bengang la aku ni. Pintu besar dibuka. Set perabot dan home theater menyapa mata. Mamat ni kalau bab gadgets… memang tak berubah~ Kau tengoklah dia punya speaker, macam kat disko punya je. Dia ingat rumah dia pusat karaoke ke apa? Cat greenish light yellow tu betul buat ruang tamu ni nampak besar. Kombinasi menarik dan menjadi.

“Jom la naik, tunggu apa lagi?” Beg roda tu diangkat ke atas.

“Boleh tak? Tak boleh aku bawa?”

Nuzfa pandang lelaki tu terkelip-kelip. Aish, aku lupa minah ni flight engineer… benda berat apa dia tak pernah angkat?

“I’m trying to be gentleman.”

“Please…” Beg roda tu ditinggal macam tu je, dan dia terus menapak naik ke atas.

Irsyad berbulu je kat tangga, minah ni la…

Pintu bilik kedua dibuka, warna hijau pekat dan hijau pucuk pisang bersilih ganti. Macam bilik kanak-kanak tak cukup umur je…

“Bilik untuk anak kau ke?”

Slumber Nuzfa menyoal, dah la tu suara mendatar gaya betul nak cari gaduh ni. Irsyad memandang gadis tu dengan ekor mata. Kalau la kau ni bukan isteri aku… memang dah lama aku kasi pancak silat harimau aku. Tilam yang masih belum terpasang cadarnya tu didekati, lantas dia duduk dan menguji keempukannya. ‘Best…’ Bilik air yang di hujung bilik tu pula di datangi, pintu dikuak… ‘bagus’.
“Puas hati?”

“Boleh la…” Irsyad melangit.

“Enjoy yourself…” Dia pantas berlalu, pergi ke bilik yang pertama dan…Zzzz.

Malam tu masing-masing memang tak keluar bilik. Lantak kau lah nak buat apa, aku malas nak ambil tahu. Nuzfa, sibuk dengan paper plan dia yang bergulung-gulung mengalahkan arkitek punya project 3 juta. Yang si Irsyad sibuk dengan penyata akaun dia kat atas meja. Kang sekejap-sekejap dia mengangkat-angkat fail yang berterabur tu mencari kertas yang hilang. Sambil mulut terkumat-kamit membebel entah apa. Dua orang workaholic dalam satu rumah. Ha, memang tak la pun nak bertegur sapa beramah mesra la bagai. Masing-masing hanyut dalam dunia masing-masing. Yang seorang dengan status flight engineernya, yang seorang lagi dengan pangkat pengarah urusannya. Sibuk semedang.

***
Chapter 4

“Oi, aku lapar ni… kau tak masak ke?”

Pintu bilik kedua tu diketuk bagai nak runtuh. Irsyad terduduk depan pintu, penat betul aku nak memanggil kawan yang seorang ni. Dia kalau dah tidur, bom meletup kat sebelah pun belum tentu dia dengar. Kalau dah tidur pukul 2, pukul 6 belum tentu dia bangun. Aku ni la… Pintu terkuak tiba-tiba, Nuzfa muncul dengan tuala di kepala. Rambut dia yang basah tu dikeringkan dengan tuala tu.

“Kau tak reti sabar ke ha?”

Tuala tu dililit kemas di kepala. Terus dia turun ke dapur. Peti ais gedabak tu dibuka. Ha, ni la ianya… peti ais je besar mengalahkan almari baju, tapi satu apa pun tak ada. Dia nak suruh aku masak air batu ke??

“Oi! Apanya nak dimasak pun? Satu apa pun tak ada…”

Irsyad mendatangi dia. Mengahadap peti ais yang sama.

“Ye la…ye la… kita sarapan kat luar la…”

Restaurant Blue And Bright tu menyapa pandangan. Uishy… mamat ni nak sarapan tempat grand macam ni? Perlu ke? Nuzfa di seat sebelah pemandu bermonolog dalaman. Yes… aku lupa mamat ni spesies jaga status. Memang tak berubah dari dulu. Mata Irsyad menjengah meja kosong. There… memang untuk dua orang dan agak terlindung. Okay la tu, memang the best place la kalau nak bincang fasal kita orang ni. Pesanan di ambil dan…

“Kau okay tak?”

Nuzfa mengalihkan pandangan dari telefon bimbit Sony Ericson tu menghadap Irsyad di hadapannya.

“Apanya?”

“Kau okay tak hidup macam ni?”

Nuzfa angkat bahu. Tak tahu nak kata apa. Rasa macam okay je… Bebas pun bebas.

“Aku rasa macam ni la…” Irsyad menarik nafas sebelum memulakan bicara.

“Kita hidup style masing-masing tapi kira bab nafkah semua kasi aku yang settle, bab jaga rumah masak segala tu kau ambil boleh? Aku tak nak la nampak sangat macam budak bujang yang duduk rumah, mau mama kau ke mak aku buat flying visit. Tak cukup tanah nak kemas segala benda kat rumah tu.”

“Rumah kau bukan besar sangat pun…”

Perempuan ni la… saje je nak menguji kesabaran aku pagi-pagi ni.

“Okay~ tapi kalau aku tak masak kau jangan bising pula. Aku pun ada banyak benda nak settle..”

No offense… Nuzfa kerja macam mana… dia pun tahu, spesies workaholic macam esok dah tak ada untuk dia. Senang kata 24 jam tu macam tak cukup la untuk dia.

Makanan yang dipesan dihidang. Dan mereka terdiam tak kata apa sampai makanan habis, sampai rumah Irsyad, sampai masing-masing masuk bilik balik, dan jalani hidup guna style masing-masing. Macam yang Irsyad titahkan.

***

( To be Continue~ Enjoy your oreder!)

No comments:

Post a Comment