Friday, May 27, 2011

Best Friends Forever (Chap. 11)


“Nuzfa! Apsal kau tak kejut aku Subuh? Ya Allah~”
Irsyad dah termanggu di kepala katil.
“Huh?” Nuzfa terkebil-kebil di balik sweater. Merenung lelaki tu. Apanya?
“Dah pukul 8.30 ni… apsal kau tak kejut aku Subuh??”
Dia tanya aku macam aku dah bangun je kan? Aku pun terlepas juga la!
“Apsal pula? Bukan selalu kau set jam ke?”
“Malam tadi aku lupa nak set jam, kau punya fasal la ni…”
Aik? Dia salahkan aku pula. Betul ada yang merasa kaki pagi-pagi ni karang. Orang pagi-pagi sarapan best-best kat resort ni, kau makan kaki aku… Betul la~.
“Asal pula aku yang salah?” Irsyad macam orang hilang arah. Memang salah kau la pun~ Dah malam tadi aku dok berborak dengan kau sampai pukul 2,3 pagi. Mana nak ingat nak set jam segala tu~. Deringan telefon mematikan lamunan kedua-duanya.
“Hello? Ha, baru bangun ni… ye, ye… Kejap lagi kita orang turun, mama pergilah makan dulu.” Irsyad bangkit menghala ke arah bilik air.

“Cepat la makan , lambat la kau…”
Irsyad memandang Nuzfa, muka boring habis ni…
“Chet! Bisingla kau…” Puding roti tu sengaja di makan lambat-lambat…
“Dia orang dah lama tunggu tu~”
“Ye la. Tengah cepat la ni. Kau ingat aku apa?” Irsyad betul bosan. Jenuh betul nak menunggu minah ni habis makan.
“Cepatla~” Uisyh, lelaki ni la~ Garfu diletak tepi menyudahkan pemakanannya. Air dihabiskan dengan sekali sedutan.
“Jom~” Dan Carrera G3 tu menderu laju meninggalkan Tiara Resort menuju ke Extreme Park.

Jet Ski?? Nak main benda alah ni?? Pandangan ditala pada Irsyad yang dah siap pakai baju oren keselamatan tu.
“Jom la~ kau tengok apa?” Jet Ski yang dah sedia terapung-apung atas air tu dinaiki. Lama juga dia menunggu Nuzfa naik ke apa. Tak ada pun. Irsyad menoleh.
“Jom la~”
“No.Thanks…” Irsyad angkat kening sebelah. Buat lawak pula minah ni tengah-tengah panas ni… Orang semua dah main, naik bersuka-ria, dia main ‘no,thanks…no,thanks’ pula dengan aku…
“Naik je la~”Kening dah berkerut. Kalau naik benda ni kena peluk kan? Ee~ ngeri la aku… Badan menggigil sendiri.
“Nuzfa!” Lamunan terhenti.
“Aku nak main ni…”
“Jap, jap…” Dia berlari meninggalkan Irsyad. Menjengah jet ski tak berpenghuni di hujung pantai. Pembayaran dibuat dengan sedikit kow tim. Dia memecut meninggalkan Irsyad di pantai.
“Sengal! Boleh pula macam tu?” Irsyad tak nak ketinggalan. Dipress benda tu habis-habis. Ni baru namanya enjoy the moment.

Kat tengah laut tu, sengaja Irsyad buat kona baring atas air. Habis air laut masin tu kena Nuzfa. Dan Nuzfa tak nak ketinggalan. Saje je main pusing-pusing keliling Irsyad. Ni namanya ‘pay back!’
“Nuzfa, dah la…”
“Ah, kau dah basahkan aku macam ni kau nak kata sudah pula dengan aku?” Irsyad press lagi, meninggalkan Nuzfa di tengah pantai sementara dia dah dulu balik ke daratan.
“Chad, apa ni?”
“Minum, haus~” Nuzfa dah muka boring tunggu kat tengah pantai. Scan kiri, heh… adik-adik ipar dia tengah bergelak ketawa main jet ski~ Haha… kening diangkat dua kali. Double jerks… Dia pergi join angkatan laut adik-adik ipar dia tu.
“Uisyh, kak Nuzfa main kasar~” Azfar mengelak daripada terkena air. Nuzfa tergelak tengok reaksi mereka.
“Heh, ingat kak Nuzfa isteri abang Chad kita orang takut?” Irham .
“Sue me~” Nuzfa, style poyo. Irham dan Azfar berpandangan sesama sendiri. Sengih tersungging dibibir keduanya. Irham ke kiri, Azfar ke kanan. Pusingan demi pusingan dibuat secara anticlockwise antara satu sama lain. Dan Nuzfa terpinga-pinga kat tengah. Habis basah lencun dek terkena ‘simbah’ air dari jet ski budak berdua tu.
“Woi~ kau orang buat apa tu?” Irsyad menyebok di tengah seronok suasana.
“Chait! Tu laki akak dah panggil tu.” Azfar.
“The savior of the broken la konon~” Irham mencebik. Nuzfa pecah ketawanya. Kaw-kaw dia gelak atas jet ski tengah pantai tu.

No comments:

Post a Comment