Bismillahirrahmanirrahim~
Cerita ini berkenaan seorang teman.Diadaptasikan menjadi tulisan.Aku kumpul dan garap sedikit demi sedikit memori antara aku dan dia. Mungkin cara aku mengenangnya.Tetapi sampai bila,aku tidak tahu,kerana manusia,mudah lupa.
Aku mengenalinya melalui satu nama,aku memahaminya melalui sebuah bicara dan aku menyayanginya melalui satu rasa.Sayang. Sayang padanya sehingga aku mula menulis untuknya.
Dan beginilah segalanya bemula…
Kakiku melangkah turun dari kapal terbang BOEING 770 itu.Akhirnya sampai juga aku disini.Kawasan penjajah yang pernah menjajah Tanah Melayu satu masa dulu.Nak buat macam mana?Belajar punya fasal.Tak mengapa.Rasullullah ada berkata,tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Ni ada bau-bau bacang dengan China la ni. Jepun.
Awal bulan Januari,suasana disini masih diliputi salji.Namun tidak banyak lagi seperti awal-awal bulan Disember dulu.Aku merapatkan sweater ke tubuh.Melangkah terus menuju ke balai ketibaan.Orang-orang yang mula membanjiri balai itu memaksa aku untuk memanjangkan leher.Menjengah ke bahagian menunggu. ‘Sana’ hatiku bicara. Aku melangkah ke arah seseorang.
“Jix!” ‘ceh,aku dah nampak kau la’ aku melangit.
“Jix,kau ke ni?” Khairil,abang saudara ku menyoal.Dia dah lama menetap disini ,melanjutkan pelajaran diluar Negara semenjak dua tahun lepas.
“Aku la ni,takkan bangla jual karpet…”Aku membalas malas. Malas nak layan. Dia tak tahu ke aku ni penat?
“Jix,lainnya kau…dah tak ada…” “Jerawat?” Aku memintas katanya.Kening kanan ku angkat. Dia pula tersengih macam kerang busuk. “Kau pakai apa?”Dia menyoal lagi. “Sabunla takkan kertas pasir…”
Sebaik mendengar jawapanku Khairil tergelak-gelak. Bahasa…pelik-pelik!
“Dah makan?” “makin angin dah sudah,makanan betul belum” “Jom,kita makan dulu.” Khairil mengambil beg aku. Telah ku tolak pelawaannya,namun katanya tak gentleman la. Maka aku biarkan sahaja.
“Kat sini senang tak nak cari makanan halal?”
“Kau ingat kau hidup kat zaman Yamashita Tomoyuki ke?Ramai je Malaysian buka restaurant kat sini.”
“Manalah aku tahu,nilah first time aku menapak kat bumi matahari terbit ni tau tak, aku ni kan orang susah , bukan macam orang tu…” Aku memerli dia. “Ah,selekit a kau…”
Setelah puas dia menyeksa aku dengan membawa aku berjalan sampai tak cukup tanah tawaf keliling Bandar Tokyo, barulah dia menghantar aku ke university. University Of Yamanashi. Jurusan kejuruteraan memang keutamaan disini. Setelah mendaftar diri aku dibawa ke kolej kediaman.
Disini,memang kena cakap Bahasa mereka,sebab orang Jepun kan memartabatkan bahasa ibunda mereka. Tergeliat la juga lidah aku ini untuk bercakap,namun setelah A-Level , semuanya mudah,walaupun terkadang aku akan blur bila ada orang bercakap laju-laju dengan aku.
Teringat lagi masa baru nak masuk ke kelas A-Level dulu.
“Ohayo gozaimasu, Minasan, Watashiwa Kaido. Watashi anata senpai.Hajimemashite?” Lancar senior tu bicara.Aku yang sepatah haram tak faham hanya mengangguk.
“O-namaewa?” “Tak,nama saya bukan ewa.” Aku membalas. ‘Namaewa, dia cakap nama aku ewa ke?Ewa bule teraju tigo tu aku taula’
“O-shigotowa?”Aku lihat lelaki itu sudah mengoyak senyum.Menggelakkan aku mungkin. “Shigotowa…” Aku mengulang kata-kata lelaki itu. Aku perasan senyumnya makin lebar. ‘Apahal lu mamat?Bagi kaki karang’ “Dochirae?” Dia bersuara lagi. ‘Do? Dochira... oh,aku tahu…’ “Do~raemon” Yakin aku membalas. Tergelak-gelak senior aku tu kemudiannya. Mukaku terasa merah.Marah?Geram? Malu, bercampur baur dalam diri. “Awak tak ada base pun ye?” Dia menyoal dengan sisa tawa yang masih tak habis. ‘Eh,BM?Hantula kau mamat!’ Aku melangkah terus.Meninggalkan dia sendiri.Sukalah lelaki tu menggelakkan aku.Batu sungai betul!
Dan kini,dah sampai sini,benda dah lepas ,tak nak diingat ungkit lagi dah.Biarlah bersemadi antara aku dan senior tu. Kaki aku melangkah ke kolej kediamanku ditingkat 3.Setelah meneliti senarai,aku dapati,aku akan ditempatkan bersama seorang lagi Malaysian,seorang minah saleh dan seorang amoi penduduk tempatan.
Aku membuka pintu.Terjengah-jengah ke dalam. “Masukla,janganlah main kat pintu.” ‘Main kat pintu?Apa kelas?Dia ingat aku main aci,aci bukak pintu ke?’ Aku melangkah terus. Gadis yang menegur aku tadi sedang berbaring diatas katilnya. Telah dilengkapkan dengan cadar dan setnya. Katil double-decker. Yang bahagian atas nampaknya seperti sudah berpenghuni, aku mengambil tempat disebelah katil gadis itu.Berhadapan dengannya. “Lambat sampai?” Dia menyoal. Cuba menjalin kemesraan mungkin. Biasalah orang kalau duduknya di negara orang memang begini. “My abang sedara bawa aku tour Bandar Tokyo tadi…” “Oh,that boy yang datang dengan kau tadi tu kau punya abang sedara?” “Yep…” Aku mula mengemas barang.Unpacked kan apa yang tersimpan di dalam beg roda besar yang aku bawa khas dari Malaysia. “Hensem..” Dia bicara ikut protocol.Tak pula aku rasa aura gatal di situ.
“Anyway,the name is Zherr… Zhariffah Husna Binti Razziff”Dia tergelak memperkenalkan diri. Mungkin pelik dengan nama sendiri. Sedangkan bagi aku itu adalah norma,manusia kan mudah lupa, dengan nama panggilan yang pendek sebegitu,memudahkan orang lain mengingati kita, bukankah begitu?
“Jix, Nur Fairuszan Najeeha binti Ahmad Baghawi” Tak semena-mena dia menghulur tangan. “Dozo yoroshiku” Aku menyambutnya. “Kochira koso.” Kami serentak ketawa. Perkenalan yang… sukar dikatakan?
Seminggu awal kami telah diberi beberapa peringatan tentang university ini, keadannya,kawasannya, diterangkan satu-satu secara terperinci.Dan pada minggu inilah aku telah mengenal ‘dia’. ‘Dia’ yang aku lakarkan memori ini, kerana ‘dia’ aku tercetus semua ini.
Dia bertanya tentang fakulti, aku lihat dia bersemangat sekali. Namun pada masa itu, aku tidak terasa apa-apa.
Tamat minggu orientasi,kami diarahkan untuk memasuki kelas. Dah mula belajar. Rupanya aku sekelas dengan dia, mechanical engineering. Selama dua minggu,kami hanya berbalas senyum sehinggalah satu hari, kami diarahkan untuk membuat teampaperwork. Aku , dia dan beberapa orang lain.
“Mungkin kita boleh buat macam ni…” Dia bicara tatkala kami sedang berdiskus mengenai soalan paperwork tersebut.Dalam bahasa Jepun semestinya.
“Atau,mungkin kita boleh buat macam ni.”Aku pula memberi idea. Cadangan kami berdua diterima,lalu dipertimbangkan keduanya. Akhirnya… my plan was chosen. Happy bukan kepalang. Kami mula bersidang dari sejam ke sejam,dari sehari ke sehari. Deadline 2 minggu kemudian, jadi kami tak punya banyak masa untuk bersuka ria ke apa,sekadar kenal aku siapa kau siapa, cukup setakat itu sahaja.
“Hey…” Dia menegur aku pada suatu hari ketika aku sedang berjalan melenggang patah-patah ke café’. “Hey…” Aku balas ,ikut protocol. “Nanti kita pergi sama-sama ye, nak buat all out kan hari ni?”
All out, brainstorming untuk design benda projek yang satu tu. Aku mengangguk.
Dari sehari ke sehari,aku dan dia semakin rapat, walaupun dah habis projek teampaperwork tu, kami tetap berkawan.baguslahtu… Tak lost contact. Yang perasannya bukan aku, Zherr, tapi kata Zherr, “no worries , tak ada benda nak risau, kat sini, tak kisahlah mana-mana Malaysian pun,akan dianggap kawan baik.” Betul.
Hari yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba juga, Hari Ekuinoks Musim Bunga. Dapat lihat bunga sakura kembang secara live. Sebab bilik betul-betul depan pokok tu.Yang kebetulan atau memang sengaja ditanam disitu. Memang cantik. Indahnya ciptaan Tuhan! 20 March, uneversiti bagi off sehari. Cuti am. Kami, anak perantauan dari Malaysia sudah sepakat membawa berkat nak memasak masakan Malaysia hari ini. Khabarnya ada yang rindu nak makan sate, masak lemak cili api, dan asam pedas ikan pari. Itulah manusia, masa kat Malaysia tak pernahnya nak rindu,jangan-jangan nak menghadap makanan tu pun tidak, tapi sekarang kat negara orang, bukan main lagi. Ouch! Terasa kena batang hidung sendiri.
Jadi hari itu kami telah outing beramai-ramai dan terus menyerbu kedai-kedai berdekatan,
“Hei,Jix, tengok,ada kuah sate dow!” Man, ‘dia’ bicara kepada ku. Tangan dia menarik baju panas ku membuatkan aku berhenti serta-merta. “Nak beli tak?” Aku menyoalnya kembali. “Tak tau, budget tinggal berapa?” Serentak kami memandang ke dalam troli yang dah penuh dengan bahan masakan. Itu belum kira yang ada dengan orang lain. Budget ciput beli nak banyak.
“Boleh kot,kau tokok la..” “Eh,apasal aku pulak…” “Kau kan tajaan Bank Negara,mesti banyak duit” “Kau tu tajaan Petronas,lagi la…” “Dah dah dah jangan nak bertekak kat sini ye… hal laki bini selesai dalam bilik…” Zherr muncul ditengah-tengah antara kami. “Siapa bini dia?” Aku menyoal. Kurang senang dengan tittle itu. “Relax a, aku gurau je…”
Bahan dah beli, dah bayar,dah angkut kat port baik punya, tepi padang U. Betul-betul bawah pepohonan sakura di situ. Kami buat kecil-kecilan sahaja. Tapi nampak melampau juga… sate,ayam percik, laksa, mee hoon sup, nasi kosong, asam pedas ikan pari dan macam-macam lagi, masak ramai-ramai, memang rasa seronok sangat.
“Bagi aku yang besar tu…” Aku meminta dari Man yang jadi tukang bakar sate dengan ayam percik hari tu. “Mana ada yang besar…” Man membalas. “Tu aku punya…”Dia menyambung. “Man!” "kau perempuan, makan yang kecik sudahla” “Manzurul!’ “Ok,ok..ambik ambik, nak sangat…” Man,memang spesies cepat mengalah dengan aku. Huhu~
“Nah air,” Man mendatangi aku dengan sepinggan makanan. Turn dia untuk menketedarah setelah terliur berkali-kali dari tadi. “Ho! Baiknya kau” “Aku memang baik…” “Ah, selekit la kau” Malas nak puji, baru puji sikit dah kembang semangkuk.
Dan kini, dah dekat setahun lebih kami disini. Tapi semuanya rasa sekejap dan tak susah, sebab aku dan Manzurul dah janji sesama sendiri nak back-up each other. Macam hari tu, aku tak sihat, tak larat nak pergi kuliah, Man yang telah berpenat lelah menyalin nota untuk aku. Dan aku balas budi dia balik tatkala Set LK dia tertinggal di asrama. Waktu tu, dengan Prof Hamasaki. Kalau tak ada benda yang satu tu masa kelas dia, jangan harap kau nak masuk kelas. Dan aku pinjamkan untuk Man seorang senior ni punya. Thanks to me,Man…
Aku masih ingat satu kejadian, yang masih segar dalam ingatan aku, Tatkala itu aku dan Man baru sahaja menghabiskan assignments di perpustakaan. Mencari bahan rujukan mengenai problem dari Minor Of Engineering and Mechanics. Muka Man memang nampak pucat malam tu. Sudah berkali-kali aku bertanya pada Man sama ada dia okay atupun tidak. Dia kata dia okay.
“Kita duduk kat pondok tu sekejap boleh tak? Aku penat la…” Man melangkah terus ke sana tak menunggu jawapan aku. Aku serba salah, dah lewat macam ni, aku risau juga.
“sinilah duduk, kau buat apa kat situ?” Man memanggil aku. Berhati-hati aku menghampirinya. Kawan tak kawan lelaki tetap lelaki. Bukan boleh percaya!
Aku memandang Man,muka dia kali ini memang betul-betul pucat, nafasnya pula laju semacam. “Man kau ok ke?”
“Ok…” Dia menjawab perlahan. “Kau nak air tak? Aku belikan?” Man mengangguk perlahan. Pantas aku bangun,berlari kea rah mesin air dihujung sana. Meninggalkan Man disitu. Aku membeli kopi untuk Man dan aku sendiri. Aku melangkah balik ke sana. Sampai disana aku menggelabah sendiri. Man tercungap-cungap. Aku tak tahu apa yang harus au lakukan. Nak lari balik kolej kediaman panggil orang suruh tolong, atau aku tolong sendiri saja. Fikiran ku kososng , blank!
Aku mendekati Man . “Man!Kau…” ‘adeh… macam mana ni…’ Aku bicara dalam hati. Aku memandang Man. Dia menggerakkan tangan ke begnya . Menggigil,terkapai-kapai. Aku segera membuka begnya. Tapi,aku tak tahu apa yang harus dicari,diambil. Man pula nampaknya semakin tenat. Aku risau bukan kepalang. Tangan diseludup lagi dalam begnya. Tangan ku memegang sesuatu. Balang Oksigen kecil untuk pesakit asma. Man,ada asma! Dia tak cakap pun! Aku segera membantu dia. Dia pulih perlahan-lahan. Nafasnya kembali normal. Aku tatkala itu hampir menjerit marahkan Man namum otakku pantas memintas. ‘Dia baru je baik,takkan nak marah mengamuk kat dia pula. Jadi lagi karang…’
“Kau dah ok?” Aku menyoal. Dia mengangkat tangan kanannya sebagai tanda dia okay.
“Kau nak balik,baliklah,dah malam ni,sorry aku tak dapat hantar kau” Dia memandangku.
“Tak apa,Aku balik dulu…”dia mengangguk.
Aku berlalu. ‘Gilla kau ada asma tak bagi tahu aku, naya je kalau aku tak ada kat situ…’
Aku bertemu dia dikelas,kemudian dah tak nampak dah. Dia seolah-olah nak larikan diri dari aku. Pelik… Aku tak tahu kenapa. Lewat petang itu, aku melangkah ke court squash yang disediakan oleh pihak university sebagai tempat kami menghilangkan tension. Dia ada disana,bermain seorang diri. Aku melangkah masuk. “Sorang je?” “Nak join?” Dia menyoalku semula. “Tak maulah,saja jalan…”
Dia berpaling memanndangku. “terima kasih tolong aku semalam…”
“Gila kau,Kau tak bagi tahu aku kau ada asma. Kalau aku tak ada kat situ semalam.” “terima kasih”Dia mengulang tegas. Seolah nak menamatkan perbualan. “Man,asal kau tak bagi tahu aku?Kita kawan dah lama, terkejut aku semalam Man…” Man diam.Raket Squash diletak tepi.Dia duduk setentang denganku. Menekur ke lantai,meneguk sebotol air. “Man aku cakap dengan kau ni,bukan cakap dengan dinding”
Man masih diam… Tak berkata apa. “oilah,dinding…cakaplah dengan aku…” Man sengih segaris. “It’s because I’m a man” “So?” “Kau takkan faham…” Dia jawab mendatar. “Man, kita kawan kan? Faham atau tidak letak tepilah, kau boleh rahsiakan benda ni?” Man menggeleng. “aku malu. Sepatutnya lelaki tak boleh ada masalh macam tu kan?” “Takdir Allah Man…” Man mengangkat bahu. “See?Kau takkan faham…” Seraya man bangun meninggalkan aku. Rasa bersalah juga. Aku menghantar Man dengan pandangan.’Man…’
Setelah empat tahun aku disini,akhirnya tiba masa aku untuk pulang ke tanah air. Malaysia. Puas shopping masa last day disini. Man yang temankan. “Nah” Man menyerahkan sesuatu kepada aku tatkala kami di lapangan terbang. “Apa benda ni?” Aku bertanya. Pelik juga aku tak pernah-pernah Man ni beri aku hadiah ke apa ke.Tiba-tiba je… “I hope that’ll make up for everything that we had done here” Aku mengangguk.Mengambil kotak itu dari tangannya. “Aku harap kita tak lost contact” Dia menyambung bicara. “tak pe,Malaysia tu kecik aja,bukan besar mana, Insya-allah,kita akan jumpa lagi.Tapi kalau dah jumpa tu janganlah buat-buat tak kenal pulak…” Sempat aku memberi peringatan yang ada bau-bau bacang dengan sindiran ringan. Man hanya tersenyum . “Sorryla aku tak ada apa untuk kau” aku bicara. “aku tak minta”Man melangit. “Aku Cuma risau kalau kita tak dapat jumpa lagi” “Tak ada maknanya…”
Dan sekarang,dah dekat 4 tahun kat bumi Malaysia. Tapi tak dengar khabar langsung-langsung dari Man. Mungkin Man pun dah lama lupakan aku,tapi aku masih ingatkan dia sampai sekarang. Entah macam manalah dia. Dah kahwin ke belum,kerja kat mana,semua aku tak tahu. Ada juga aku try call Man guna number dia yang dulu. Tapi tak ada sambungan pun. Dah tak guna nombor tu la tu.
Aku melangkah ke syarikat tempat aku bekerja sekarang. Hazel,teman sekerja ku yang merangkap PA majikanku terjegul di muka pintu. Kami berkawan baik sejak 4 tahun lepas. Dan aku mengenalinya disini. Hazel menyengih. “Lambat kau sampai hari ni?” “Jem la…” “Tula,aku pun baru sampai sebenarnya ni,ada orang accident kat simpang depan tu tadi.” “oh ye ke? Tak perasan pula aku,patutlah jem…” Aku melangkah ke ruang rehat,membancuh kopi untuk aku minum sewaktu bekerja nanti. Hazel juga menapak ke situ. Membancuh Horlicks untuk majikan kami. “ ‘beliau’ dah sampai?” “Mesti…Sebelum kita lagi…” “Dahsyat!” Majikan kami ni memang rajin sikit orangnya, datang kerja pagi-pagi,balik kerja lewat-lewat. Almaklumlah,dia kena terus tingkatkan prestasi untuk mendapatkan kepercayaan papanya untuk pegang jawatan pengarah syarikat pada masa akan datang.
“eh,kau ada dengar cerita tak fasal ada kes baru kat Selangor ni?” “Kes apa?” Tiba-tiba je Hazel ni.’ “H1N1” “Ie? Kat Selangor?Dah sampai Selangor ke?” Aku menunjukkan tanda kerisauan. H1N1 bukan boleh buat main. “Kawan aku punya member 2 orang yang tinggal kat Selayang dah pasti dah kena, tu yang kena tahan kat wad tu. Dah dua minggu rasanya.” “Gila” “tapi yang ni kes lain pulak,lelaki.Tapi aku tak kenal la siapa.Member kawan aku, Leha” “Kenapa pula?” “Koma dah,katanya dia demam dah berapa minggu,lepastu terus pengsan tak sedar-sedar. Malam semalam baru dapat detect H1N1 .Leha malam tadi menangis-nangis datang rumah aku baru lepas melawat.” “kau tak jenguk?” Concern juga. “Aku tak kenal dia, tapi tu la,mungkin akan pergi juga,mak dia sampai dah mati akal dah.”Hazel menjawab.”Kesiannya” Aku membalas. “Mamat tu baya kita” “Muda lagi la..” “Eh,oklah,aku nak hantar kat bos,mengamuk dia nanti” Aku mengangguk.
3 hari kemudian,aku dan Hazel sepakat mengambil cuti bersama untuk bershopping sebentar bersamaa kit kat.Kami telah menjelajah dari KLCC terus ke Pavillion, Kemudian terbang terus ke Sunway Pyramid,tak cukup dengan tu kami menapak pulang ke Jalan Masjid India. Memang sehari tu penat sampai dah tak larat nak jalan je rasanya. Kami singgah sebentar di Secret Recipe,menikmati makan malam ringkas sebelum pulang ke rumah. Tatkala aku dan Hazel sibuk berbual, seorang wanita menapak ke arah kami. “Maafkan saya, Jix kan?” “Zherr! Apa kau buat kat sini.” “Hai!Lama tak jumpa.” “Join us?” Hazel mengajak. “Sure” “Hazel” “Zherr” Setelah berbual dalam beberapa ketika,Hazel meminta diri untuk ke tandas. Meninggalkan kami berdua. “Kau ada contact lagi dengan Man tak?” Zherr seolah terkejut dengan pertanyaan aku. “Kau tak tahu cerita ke?” “Kenapa?Dia dah kahwin ye?Tak jemput aku!”
“Jix”Zherr memanggil aku. Nadanya dah berubah. Sayu.
“Man…Man kat hospital.” “Huh?! Dia kenapa?” Aku risau. Betul-betul risau.Waktu itu aku dah tak fikir benda lain dah. Jantung ku berdegup kencang. Perasaan ku jadi tak enak. “Man kena H1N1. Positif, Dia dah koma lama dah,Sekarang dah pakai mesin je. Peluang dia tipis sangat .Semalam aku jenguk dia, Saluran pernafasan dia kena tebuk,pasal dia ada asma.” Aku betul-betul ter kesima terkejut tak tahu nak buat apa. Otakku terasa dah tak boleh nak berfungsi. “Dia kat mana?” “HKL” Tanpa sedar aku mencapai beg,meninggalkan Hazel yang baru tiba dan Zherr yang dah terpinga-pinga. Fikiranku kini hanya satu. Man…
Aku melulu terus masuk ke HKL.Entah Man dimana aku tak tahu. Hala tuju ku pula macam tak jelas. Aku tak tahu.Sebaik aku masuk aku lihat kelibat ibu Man.Aku mengekorinya,sampai ke wad ICU. “Mak cik” aku bersalaman dengan wanita tua itu. Mukanya tak seceria dulu. Matanya berair. “Mak cik ingat saya lagi tak?” Ibu Man seolah-olah tak dapat nak menangkap kata-kataku. Mujur adik Man ada disitu. “Mak dah buntu,”Iz menggeleng. “Kak Jix kan?Kawan abang Man?” aku mengangguk. “Abang Man dah kritikal.” Susah payah dia memberitahu aku.
“Aku Cuma risau kita tak jumpa lagi” Teringat aku perbualan antara aku dan Man semasa di airport dulu. “Tak ada maknanya.” “Apa-apapun boleh jadi kan?” Betul. Aku mengangguk. “Kalau kita ada rezeki nak jumpa lagi,adalah.” “Kalau tak ada?” “Insya-allah aku tunggu kau kat syurga” Aku tergelak dengan jawapanku. Dia senyum segaris. “Janji ye?” “Teruklah kau ni Man. Apsal tetiba nak feeling meleweh-leweh ni?” Dia mengangkat bahu.
Aku dan family Man kini masih ada disitu. Ibu Man memang tak nak balik langsung walaupun dah dipujuk berkali-kali oleh suami dan anak-anaknya. Lalu aku ambil keputusan untuk menunggu sama. Lewat malam itu.Aku dan ibu Man berbual sekadar menghilangkan kebosanan.
“Sebelum Man koma,dia ada cakap dia nak cari Jix…” Aku hanya diam,mendengar buah butir bicara ibu Man yang seterusnya. “Dia cakap nak ingatkan Jix supaya tunggu dia kat pintu syurga.Tapi masa tu dia gelak-gelak aja.” ‘Man…’ Doktor Rajendran yang baru sahaja memeriksa keadaan Man muncul dihadapan kami. Dia menggeleng. “Cuma keajaiban je yang boleh selamatkan dia” Keajaiban? Ya Allah…
Pagi itu aku terjaga.Aku pun tak sedar bila aku tertidur. Aku masih dikerusi semalam,tapi ibu Man tiada. Mana? Aku melingkas mencari. Dalam bilik tu. Aku lihat Ibu Man menangis,dan Man… dah sedar? Man… Aku terus melangkah masuk. Lantaklah Man nak kata aku busuk ke apa.
“Man…” Man yang masih duduk diatas katil memandang aku. Dia tersenyum. Pucat sekali. “Akhirnya jumpa kau…Mana kau tahu aku kat sini?” “Zherr” Man mengangguk. “Kalau jumpa kirim salam pada dia” Aku mengangguk. “Aku Cuma nak ingatkan kau suruh pegang janji…” “Apa kau merepek ni, Man,kau kan dah sedar.” “Aku Cuma nak ingatkan.” Aku mengangguk. “Kau tunggu aku dari semalam?”Dia bertanya. Aku mengangguk.”Tak mandi lagi lah ni?” Aku menggeleng. “Busuk!Pergi balik lah mandi!” Aku menyengih. Terasa air mata muncul di tubir mataku. Aku tahan. Gilla aku nak nangis depan Man!
Agak lama juga aku habiskan masa dengan Man.Petang tu baru aku pulang ke rumah. Sampai sahaja aku di hadapan pintu.Aku mendapat satu panggilan telefon. Ibu Man ,kenapa?
“Hello,assalamualaikum…mak cik kenapa?”
“Man,Jix…Man…”
“Kenapa?”
“Man dah tak ada…”
“Huh?!”
Dan aku sekali lagi menggarap kenangan aku bersama Man tatkala ini. Perbualan kami yang terakhir. Aku diatas katil,merenung hadiah yang diberi Man. Masih dalam kotak. Aku mengambilnya lalu membuka kotak itu.
‘Jix, thanks for being a friend. From Manzurul Hassan just for you’
Loket itu aku simpan kemas ke dalam kotak itu semula.
Man,this is for you, Thanks For Being A Friend.
Manzurul Hassan(Tempoh persahabatan:2001-2010)
Alfatihah….
Sorry to the readers kerana ini bukanlah cerita cool yang anda cari.
Setelah penat lelah ku mengutip memori antara kami,selesai juga hari ini.
1303/120810JF/CGTD.C@NAY

0 comments