Panggil Aku Beryll
Beryll Rizqi : Ayah aku nak hantar aku pergi sekolah berasrama penuh.
Nur Amnina : Sekolah mana?
Beryll Rizqi : SMK Bukit Jalil.
Nur Amnina : Seronoklah kau kan?
Tulisan di skrin komputer riba itu aku pandang cuma. Aku menarik nafas panjang. “Perlukah aku rasa seronok?”.Persoalan itu bermain-main di benakku. Peristiwa perbualan antara aku dan Amnina dua minggu lalu terulang tayang dilayar mata. Namun tidak pula aku terus melayan.Sebaliknya,aku merenung katil sebelah. Khadzriq sudah lama lena dibuai mimpi indah. Cuma aku yang masih belum tidur disini. Lampu asrama sudah ditutup beberapa jam yang lalu. Namun mataku yang degil tidak mahu lena. Fikiranku sering melayang kembali ke peristiwa beberapa hari yang lalu.
“Kamu ada potensi besar, Rizqi. Rugi kalau kamu sia-siakan bakat yang kamu ada. Saya cuma nak tolong kamu berjaya. Ayah kamu penat-penat hantar kamu ke sini, kamu tidak mahu kecewakan dia kan?” En.Harez masih dengan hujahnya. Sudah berapa kali aku mendengar dialog yang sama meluncur dari bibirnya itu. “Saya tak berminat.Maafkan saya, cikgu. Saya pun tak mahu ke sini. Ayah yang beria-ia.” Aku melangkah meninggalkan guru itu keseorangan di gelanggang kriket itu. “Rizqi!” Ah, dia panggil lagi! Aku benci dengar nama itu. Cuma ayah yang memanggil aku dengan nama itu. Dan ayah…ayah punca semua ini berlaku. Ayah kejam! Ayah telah memaksa aku untuk bersekolah disini. Sudah berapa kali aku bicara pada ayah yang aku tidak mahu ke asrama penuh. Tetapi, akhirnya disini juga aku ditempatkan. Apa lagi yang boleh aku katakan tentang ayah?
Dua bulan berlalu, aku hanyut dengan pujian dan rayuan En.Harez kepadaku. Dia bersungguh-sungguh menghendaki aku melibatkan diri dalam Sukan Kriket. Katanya, aku mempunyai bakat yang besar. Ayah juga mengetengahkan fahaman yang sama. Entah, aku tidak nampak pula yang aku ini berbakat dalam sukan Kriket. Pembalingkah? Pemukulkah? Entah.
Namun sejak akhir-akhir ini, kelibat En.Harez tidak lagi bertanding di tabir mataku. Pelik juga. Kewujudan aku diabaikan. Seringkali, aku sengaja menunjukkan diriku dihadapannya tetapi dia buat endah tak endah saja. Barangkali sudah letih dengan kerenahku yang tak sudah.
“Beryll, hujung bulan ini ada perlawanan kau tahu?” Khadzriq melabuhkan punggung di katilku. Menghadap aku yang hanyut dengan buku-bukuku. “Buat yang terbaik.” Cuma itu yang aku ucapkan. Khadzriq memang lali sungguh dengan perangaiku .Aku memang tidak suka kalau ada yang bercakap tentang kriket denganku. “Cikgu Harez bawa budak baru.” Kata-kata Khadzriq mematikan pembacaanku.Sekilas aku melirik padanya, menangkap anak mata Khadzriq. “Orang susah. Tetapi dia ada bakat besar kau tahu?”Oh,jadi inilah sebabnya En. Harez tidak lagi mengejarku ke sini-sana. Ada budak baru rupanya. “Bagus sangatkah?”Aku menyoal sinis. “Dia baling bola laju kau tahu. ‘Bowler’ terbaik pernah aku jumpa.Dia pukul pun bola pun jauh.”
Perasaan cemburu mula menular ke seluruh jiwaku. ‘Ah, Cikgu Harez memang pandai menanam tebu di tepi bibir. Hari itu, dia kata aku yang punya bakat besar itu. Sekarang, ada budak baru pula?’. Aku bermonolog sendiri.
Sementelahan, aku melawat gelanggang kriket. Lelaki yang memakai jersi bernombor tujuh itu aku tenung dalam.Memang aku tak pernah nampak lelaki ini. Barangakali, ini budak baru yang disebut-sebut pemain kriket yang lain. Muak aku mendengar pujian yang tak putus dari mulut-mulut mereka.
“Manzurul itu hebat,kan? Dari mana dia belajar bermain kriket?”
“Dia baling bola laju betul. Susah hendak tangkap bola dia”
“Kalau dia bermain untuk pasukan kita, aku jamin pasukan kita tak akan kalah!”
Begitulah antara tutur bicara yang menggetarkan gegendang telingaku semenjak dua menjak ini. Sakit hati aku makin parah.Lagi-lagi,apabila Khadzriq pernah menyatakan perasaannya padaku. “En.Harez terlalu sayangkan dia. Macam pilih kasih.” Itu yang dia beritahu padaku. Dan aku,mula bertindak bodoh.
Keesokan harinya, aku bertemu dengan Manzurul, budak baru itu. Berhadapan dengannya membuatkan hatiku Bertambah sakit. Tak semena-mena jemari kananku menggenggam kolar kemeja lelaki itu. “Kau ingat kau hebat sangat?. Kau belum kenal siapa aku. Kalau aku masuk pasukan ini, kau memang tak akan boleh cari makan!” “Rizqi!” Ah, suara itu lagi! Mengapa dia sering mengganggu aku? Refleks, aku menolak Manzurul ke tengah gelanggang. Giliran aku berhadapan dengan En.Harez. Bebelan demi bebelan berserta amaran dilemparkan kepadaku. Hatiku semakin membengkak. “Cikgu memang pilih kasih! Cikgu sama seperti ayah! Langsung tak pernah fikir hati dan perasaan orang lain.” Pantas kata-kata itu meluncur keluar dari bibirku. “Dan cikgu! Panggil saya Beryll! Bukan Rizqi!” Aku mula menghayun langkah.
“Kamu yang cakap kamu tak mahu main!” Lantang En.Harez bicara. Mematikan ayunan kakiku. “Baik, saya akan main. Tetapi cikgu tak boleh pilih kasih antara kami semua. Lagi-lagi dengan budak ini!” Jari telunjuk kiri aku acu pada Manzurul. Betapa melampaunya tindakan aku pada lelaki itu.
Latihan yang berlangsung pada petang itu berlalu dengan kedinginan yang menerpa secara tiba-tiba tatkala aku tiba di gelanggang. Air muka masing-masing berubah. Khadzriq sedaya upaya menghulur senyum padaku. Ah, aku tak peduli! Aku cuma mahu buktikan yang aku lebih baik daripada Manzurul. Kehadiran En.Harez membuatkan dendamku semakin menjadi-jadi. Darah mudaku mendidih tak tentu fasal.
Pemain yang lain sudah mula berlatih. Aku masih kaku di situ sehinggalah En.Harez memanggil aku. “Kalau kamu datang sini sekadar mahu melihat, lebih baik kamu balik!” Kasarnya pertuturan En.Harez padaku. Bet di tangan Khadzriq aku rampas kasar. Mengambil posisi pemukul bola. Mataku merenung tajam Manzurul yang berdiri 2 meter dihadapanku. Dia sudah bersedia dengan bola di tangan kirinya. Ya, dia pemain kidal.
Sekelip mata, bola yang Manzurul baling melepasi bahuku. Bola dia memang laju.Aku berdehem kecil. Menstabilkan posisiku semula, Balingan kedua. Aku nampak bola itu, tetapi aku tak dapat memukulnya. “Bola macam tu pun, kamu tak dapat pukul? Inikah bakat besar yang ayah kamu cakap tu? Memalukan sungguh!” Kata-kata En.Harez menyentap tangkai hatiku. Refleks, aku melibas pandangannya dengan pandangan mataku. Bet ditangan aku campak ke tanah.Meninggalkan babak menyakitkan hati itu tanpa sepatah kata.
Tiga minggu berturut-turut aku tidak hadir ke latihan.En.Harez tidak pula mencariku. Apa yang aku tahu, esok bermula perlawanan kriket peringkat negeri. Dan aku nekad. Aku mesti main!
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Wajarlah pepatah itu diumpamakan untukku. Akulah ‘nila’ disini! Kekalahan perlawanan pertama ini berpunca daripadaku. Pada mulanya segalanya berjalan dengan lancar. Tetapi kehadiranku sebagai pemukul kelima mengubah segalanya. Taktik permainanku lain sungguh. Strategi SMK Bukit Jalil menjadi carca-marba keranaku. Dan akhirnya, kami tewas. Tewas pada peringkat pertama perlawanan? Memalukan sungguh.
Aku culas. Takut dilabel perosak permainan. Tetapi, En.Harez tak pernah menyebut pun tentang itu. Perlawanan yang berlalu itu dibiar berlalu. Seolah tiada apa-apa yang berlaku. Aku bertambah tertekan. Rasa bersalah mula menghantui diriku. Ditambah pula, dengan lagak bersahaja En. Harez yang meletakkan aku sebagai pemukul kelapan pada perlawanan akan datang.
Kepercayaan itu tidak aku sia-siakan. Aku mula berlatih secara bersendirian apabila semua pemain sudah pulang ke asrama. Sebenarnya, aku malu. Aku malu kerana memusnahkan harapan mereka. Tetapi, hari itu memang mengubah segalanya. Kehadiran En.Harez benar-benar mengejutkanku. Benar-benar menduga egoku.
“Main kriket, tak perlu dengan rasa marah, Rizqi. Tak perlu dendam. Main dengan hati.” En.Harez melangkah ke tengah gelanggang. Meremang juga bulu romaku apabila berhadapan dengannya sebegini. “Kamu ada potensi, Rizqi. Tetapi kamu hanyut dengan dendam yang tak sudah. Tengok, kamu pegang bet pun salah.” Perlahan bet ditangan kananku diambil. En.Harez menunjukkan aku teknik yang betul. Dari A sampai Z. Segalanya diturunkan kepadaku. Hari demi hari mutu permainanku semakin meningkat. Semuanya kerana En.Harez.
Borang pencalonan pemain untuk dihantar ke luar negara tiba di SMK Bukit Jalil. Teruja aku apabila En.Harez mengumumkannya. Setelah nama-nama calon disenarai pendekkan kami diberi peluang untuk melihat sendiri nama-nama tersebut. Beryll Rizqi Bin Mohd Hisyam. Namaku tercalon!
Aku memandang En.Harez dengan seribu satu pertanyaan. Dia hanya tersenyum.Ada sinar pada pandangan matanya, tetapi aku tak mengerti itu. Tiga minggu berlalu, hari yang ditunggu-tunggu tiba juga.Senarai pemain yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok ‘akan diterbangkan’ tiba juga.. Hanya tiga orang sahaja dari sekolahku yang terpilih. Dan aku, aku berada dalam posisi bertuah kerana namaku tersenarai. Tetapi, aku musykil juga, bukan En.Harez yang menyampaikan surat tawaran itu.Cikgu lain.Mana cikgu Harez?
“Para pemain semua, maafkan saya.Sila beri perhatian En.Harez terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah lori. Kereta En.Harez berada di tengah-tengah lori itu. Dia berada di wad kecemasan sekarang. Kita doakan semoga dia selamat.”Tutur En.Razak tenang sekali. Surat tawaran yang aku pegang kini melayang jatuh ke lantai. Cikgu…
Dan kini, aku disini. Di gelanggang ini. Masih bergelumang dengan bet dan bola. Masih di dalam perjuangan menobatkan nama Malaysia dalam Sukan Kriket. “Rizqi! Apa yang kamu menungkan tu? Berlatih, Rizqi. Dua minggu itu bukannya lama!” Aku menoleh, memandang En.Harez yang berkerusi roda diluar gelanggang. “Beryll la cikgu. Malulah saya mahu ke Australia dengan nama Rizqi itu” “Nama kamu juga!” “Tak ‘glamour’ “ Kini, En.Harez menjadi jurulatih persendirianku. Dia tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih pasukan Kriket sekolah . Sungguh tidak adil,bukan? Tapi itulah yang berlaku. Keadaannya yang lumpuh membataskan pergerakannya. Tetapi, aku tidak peduli itu. Aku cuma akan bermain kriket jika En.Harez yang menjadi jurulatihku. Dan, lihatlah hasilnya!
Suhu yang kurang dari kosong darjah itu memaksa aku untuk menarik baju panas itu lebih rapat. Lima helai baju panas masih belum cukup untuk aku menghilangkan sejuk. Aku memandang salji yang turun di bumi Australia ini. Khadzriq di kerusi kayu itu sibuk menghirup kopi panas. Tiba-tiba aku teringat akan Nur Amnina. Gadis yang selalu berbual denganku dialam maya. “Oi, berangankah?” Khadzriq mematikan lamunanku. “Tak lah, aku teringat kawan aku masa kecil dahulu. Aku selalu ‘chatting’ dengan dia. Walaupun aku tak pernah nampak muka dia, tetapi…” “Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku!” Aku memandang Khadzriq dengan ekor mata lantas aku menggeleng dan berlalu meninggalkan Khadzriq. Dialog kuno itu masih dia ingat? Kelakar sungguh. Lainlah aku, kisah En. Harez dan aku tak akan lapuk dek hujan, dan tak akan lekang dek panas. Terima kasih, cikgu. Terima kasih atas kejayaan ini.
Ini adalah hasil picisan sempena Hari Guru. Enjoy reading~
120311@NAYJF

ny beryll yg dlm bailam0s tu jgk erk? Mean, beryll tu inche engineer yg main kriket?
ReplyDelete