Angin di pantai itu bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dingin menyapu wajah Edry yang duduk di atas batu, mengahadap laut. Bayu laut pagi-pagi begini memang menyegarkan. Fikiran Edry mula menerawang ke alam lain. Alam lepas namanya.
King Cobra, kuda berwarna coklat gelap itu mendengus. Mematikan terus bayangan semalam. “Hey, what’s up, King Cobra?” Edry menghampiri kuda jantan itu. Membelai kuda itu lembut. Sekali lagi kenangan itu berlayar di tubir matanya. “Come, let’s go” Perlahan kuda itu ditark melintasi pasir pantai. King Cobra hanya menurut. Dia seolah faham dengan perasaan Edry tatkala ini.
Apabila kaki menjejak Animals Farm itu, Haikal, seorang pekerja di situ merapati dirinya. “Ed, Julius dah sakit gila tu.” “Apa?” Edry terus berlari meninggalkan King Cobra bersama Haikal. Julius yang sudah terbaring lemah di dalam kandang asingan itu didatangi. “Easy Julius. Easy,… Easy, ok? Just let it. Let it, it’ll not harm you, it won’t be pain. I promise. Easy Julius.” Perlahan kuda bernama Julius itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Edry menarik nafas panjang.
“Tanam dia” Johan, pekerja baru itu Cuma menurut. Puas ditahan, mengalir juga air mata Edry. Julius mengingatkannya pada Qayyum.Animals Farm ini mengingatkannya pada Qayyum. Segalanya disini mengingatkannya pada Qayyum. Gadis lincah yang sangat cool baginya. Dan segalanya bermula pada ketika itu. Waktu dan detik itu. Thanks to you, Nuzul.
*****
“Eh, lantak kau la nak buat apa, serabut kepala otak aku ni kau tahu tak?” Edry segera keluar dari Sigma Pentagon Holdings. Meninggalkan Serina, anak emas syarikat itu bersendirian. Kuat membodek satu hal. Menggedik satu hal pula. Rimas la aku!
“Hey, yo!Buddy” Nuzul menyapanya sebaik dia memuncul diri di Restaurant Conceal Thailand itu. Edry mengangguk kepala. “Kau kenapa? Cuka je?” “Tah la, aku bosan la hidup kat sini.” “Woi! Cakap ikut sedap mulut je. Malaysia ni la tempat paling aman di dunia tau.” “Aku bukan mempersoalkan tentang Malaysia. Aku cakap tentang kehidupan aku kat KL ni. Serabut la aku” Edry menyerabutkan rambutnya. Seolah-olah nak menunjukkan yang dia betul-betul tengah kusut serabut sekarang ni.
“Dah tu, kau nak pergi mana? Pusing sana sini pun asal kau tetap kat sini. Dah mak bapa kau orang sini. Takkan itu pula yang kau nak persoalkan?” “Kau ni tak membantu aku langsung la.”
Nuzul tertawa kecil. “Aku bawa kau satu tempat nak?” “Mana pula ni?” “Satu alam lain” “Woi!” “Kau jangan salah faham. Bagi aku habis dulu. Tempat dia memang differ gila dengan mana-mana tempat pun. Bukan kampung, bukan bandar” “Tempat apa tu? Kau jangan pelik-pelik!”
“Ei, mamat ni aku tabuk gak kang, bagi la aku habis cakap dulu~” Edry buat muka boring.
“Memang ada tempat macam tu. Tiap-tiap tahun aku pergi sana. Aku tak tahu la kau nak percaya ke tak dengan cerita aku ni, tapi serius. Tempat ni special. Tak crowd, tak busy, jauh dari Bandar. Perfect place to release tensions.” “Boleh percaya ke kau ni?” “Pernah ke aku tipu kau?” “Pernah, party Alice hari tu. Kau cakap syok, best. Tak ada pun.”
“Ala, kau ni spoil la~ mana la aku tahu kau tak suka perempuan macam Alice tu.” Edry terdiam. “Aku cakap dengan kau Ed. Sekali kau pergi sana, kau takkan pernah lupa. Environment dia, area dia. Memang kau akan selalu nak kat sana aje.”
“Prove me then.” “Ok, kau ambil cuti. Aku bawa kau” “Aku ambil cuti seminggu. Kau bawa aku.” “Bila?” “ASAP. Lagi cepat lagi bagus.” “November 12, 8.00 a.m.”
*****
“Hello, Qayyum~aku ni, Nuzul. Aku dengan seorang member aku ingat nak lepak sana la seminggu boleh? Seorang aje la, kau nak aku bawa satu KL ke? Boleh. Tak ada masalah. Seminggu aje. Ok. Thanks. Chow. Wa’alaikumsalam.”
Nuzul mengangkat kening kepada Edry yang sekadar bersandar di sofa. “Dia suruh bayar berapa?” “Tak payah bayar. Just tolong sikit-sikit kat situ.” “Kau biar betul?Tempat apa tu sebenarnya?”
“Aku takkan cerita apa-apa kat kau. Kau kena tengok sendiri dengan mata kau. Sebab aku tak berani nak Janji apa-apa. Aku takut kau tak suka, tak selesa”
“Kau ingat aku duduk KL ni aku selesa ke?” Nuzul mengangkat bahu. “Preety girls, good job, expensive payments, easy work?” “Not real me. Those things make me sick.”
“Kau jangan menyesal pula nanti. Aku takut kau nak balik je dengan hidup kau sekarang~” “Kau jangan sinis aku la. Aku berani cakap, berani la tanggung” Nuzul double-jerks. “We’ll see~”
*****
12 November, 8 pagi. Edry dan Nuzul sudah bersiap sedia untuk bertolak. HILUX Edry menjadi pengangkutan mereka hari ini. Perjalanan hari tu memang makan masa. Lebih-lebih lagi bila Nuzul tak nak beritahu destinasi mereka ke mana sebenarnya. Akhirnya, Edry senyap saja. “Hello, ha, Qayyum. Kita orang dah on the way ni. Lama dah~. Bawa, mestilah bawa. Kau prepare la apa yang patut. Mamat ni Bandar sikit. Ok.Ok. Chow. Assalamualaikum”
“Kutuk aku kaw-kaw nampak?” “Mana ada~”
“Aku tak kisah la macam mana pun~dah la duduk free.” “Just wanna give you the best.” “Kalau tempat tu dah macam kau cerita tu pun, dah terlebih cukup untuk aku. Just need peace~.Some peace.”
*****
HILUX hitam itu membelek ke satu jalan. Jalan tanah itu dikelilingi sebuah padang ragut yang luas. Sangat….luas. Edry sekadar memandang. Nuzul betul. Environment dia, differ. Macam bukan Malaysia. Pandangannya dicuri oleh sign board yang terpacak di tepi gerbang pintu masuk tu. Animals Farm. Animal’s Zone. Pandangan ditajamkan. Seolah ada tertulis perkataan lain di bawah tulisan besar itu. Ya, memang ada. Tulisan yang sengaja ditambah menggunakan liquid paper itu dibaca. Enter at your own risks. Edry tersengih sendiri.Matanya ditala pula pada dua orang lelaki sekitar 50-an yang sibuk membetulkan pagar-pagar kayu yang musnah. Tak tahu apa gunanya, kenapa ada kat situ?
“Haikal!”Kereta HILUX itu berhenti di tengah jalan tanah itu. Nuzul turun menyalami lelaki bernama Haikal itu. “kau bawa member pula?” “Mamat ni la tension, kata boring duduk KL” Edry tersengih. “Wa, pelik tu. Tak pernah aku dengar duduk KL tu boring.” “Tension la~” Edry mula bermesra. Borak punya borak , lastnya Haikal yang minta diri. Nak meneruskan kerja menebas rumput. Esok nak tag anak lembu katanya.Entah…
“Mamat Qayyum tu tak marah ke kita lambat jumpa dia ni?” Edry menyoal. “Erk??” Nuzul pandang Edry pelik. Edry angkat kening.”What?” “Er~maybe SHE’ll angry” Perkataan ‘she’ itu ditekan kuat. “Qayyum tu perempuan ke?” Nuzul mengangguk. “La, mati-mati aku ingat lelaki~”. “Qayyum Shafira Binti Hisyamuddin” “Simple,nice”
*****
“Uncle Syam!”Nuzul menyalami lelaki separuh abad itu. Edry juga. Uncle Syam, bapa kepada Qayyum Shafira. “Ha,sampai pun~Qayyum dah lama tunggu kat belakang tu~”
“O~kalau macam tu saya pergi dulu la.” “Kalau tak ada kat belakang, dia dah ke padang la tu” “Bonda mana,uncle?” Pelik juga selalunya mana Uncle Syam ada, Bonda, isterinya itu, mesti ada sama. “Ada kat dapur tu dengan Auntie Jaz. Sediakan makanan untuk kamu”
“La, susah-susah je~” “tak ada susahnya,kamu tu setahun sekali aje datang sini.” Nuzul menyengih lalu meminta diri.
Belum pun sempat mereka ke garaj,seorang gadis sudah mendatangi mereka dengan menunggang kuda. “Qayyum~” “Lambat gila~ Janji pukul berapa, datang pukul berapa.” Qayyum turun dari kuda berwarna coklat cerah itu. “Qayyum” Dia memperkenalkan diri kepada Edry yang diam sedari tadi. “Edry” “Kau kata Faz dengan Hazel ada, mana?” “Beach~” “O~”
“Aku rasa kau orang mesti letih kan? Apa kata rehat kat kabin dulu?” “Tangan kau tu apa hal?” Tangan kiri Qayyum yang berbalut bersimen dipandang. “Nantila aku cerita~” “kalau macam tu kita orang lepak dalam dulu la eh?” “Tempat biasa.” “Ok!”
Nuzul mengajak Edry ke cabin, bilik kecil di dalam farmhouse. Tempat mereka akan tidur untuk seminggu. Tempat tu kecil aje~. Satu katil double-decker,dua almari kecil yang ditingkatkan, satu meja besar dan satu bilik air. Simple and comfortable.
“Aku ambil bawah eh?”Edry bicara. Nuzul sekadar menurut. Pantas Edry mencampak begnya ke atas katil. Lau berbaring. Cakap Nuzul betul. Environment, area and every inch of this place is totally different from the other place. Udara dia,scene dia…Lamunan terhenti apabila seekor kuda mendengus di luar. Dia menjengah ke tingkap yang tertutup. Dari balik cermin kaca itu, jelas dapat dilihatnya Qayyum dan kuda tadi. Kuda itu seolah sedang mengamuk.
“Easy, Julius,easy~ it won’t harm you. It won’t be pain. I promise. Easy~” Perlahan kayu tajam yang tertusuk di tubuh Julius ditarik. Makin kuat kuda itu menyeringai. “Calm,calm. Easy Julius … Good boy, good boy~ Now come…” Tali pedati kuda itu ditarik perlahan oleh Qayyum. “Cool~” Edry bicara perlahan. Segera pula dia keluar. Terkejut juga apabila dia ke belakang. Betul. Animals Farm seluas-luas mata memandang. Kanan ada horse stable. Kiri ada cow stable.
“Wee~” Suara itu mencuru perhatiannya. Seorang lelaki muda sedang menolak kereta sorong dengan laju. Dan dapat dilihat, di dalam kereta sorang itu, seekor beruk sedang terkinja-kinja gembira. ‘Tempat apa ni?’ Terpinga-pinga dia dibuatnya. Da berjalan lagi, melintasi kandang kuda dan lembu itu.
“Argh!” Satu suara jelas kedengaran. “Tepi-tepi, kalau tak nak mati!” Suara gadis lain pula yang memasuki gegendang telinga. Terkedu juga Edry dibuatnya. Bilamana haiwan itu melintasi dirinya. Burung unta! Budak perempuan tu naik burung unta?! Tempat apa ni?!
“Hahaha~” Edry memandang direct kepada tuan punya suara. “Budak-budak tu memang macam tu,,, kamu ni budak baru ye??? Kawan Qayyum yang kata nak duduk sini tu?” Edry mengangguk mengiyakan kata-kata lelaki itu. “Nama uncle,Radzi. Panggil aje Uncle Rad,,, uncle ni suami auntie Jaz kamu” “Edry, uncle” Edry memperkenalkan diri. “Kamu nak ke mana ni?” “Jalan-jalan je” “O~jangan main jauh sangat, kawasan ni besar. Uncle masuk dulu ye, letih la~” Edry mengangguk. Main jauh-jauh? Dia ingat aku apa? Pandangan dilepaskan ke keliling. Suasana sunyi balik. Macam tak ada apa. Yeah, this is what I want. Peace~.
Bunyi derapan kaki itu menarik perhatiannya. Qayyum~. “Tak rehat?” “Sedang~” “I mean kat dalam. Baring, tidur?” “Rehat tak semestinya kena baring, tidur kan?” Qayyum tersenyum. “Yeah,right. Aku masuk dulu” Edry mengangguk. “Er, kalau saya nak ride?” Soalan tu tiba-tiba terpacul dari mulut Edry. Chait!
“Pilih je mana-mana kat stable luar tu. Semua dah jinak. Yang kat dalam kandang asingan ni, belum jinak sangat.” “Okay~” “Ride set semua ada dalam bengkel. Ambil aje~” “Okay, Thanks” Qayyum melayangkan tangan kanannya.
Pantas pula Edry ke horse stable di hadapan tadi. Matanya meliar mencari mana yang sesuai. “There~” Seekor kuda berwarna coklat menarik perhatiannya. Ditarik kuda itu keluar. Lalu ride set itu dipasang. Teragak-agak juga dia. Tapi, dulu masa kecil-kecil ada juga dia belajar. Tapi dia belajar main-main je. Ingat tak ada gunalah pun~. Tapi dah besar ni teringin la pula.
Tak sempat dia nak naik, kuda tu dah lari dulu. Chait! Kuda ni la! Satu lagi suara menggelakkan dia. Nuzul!
“Apsal kau gelak? Lawak ke?” Marah betul Edry. “Wo,wo~ yang kau marah sangat ni kenapa?” “Bersungguh aku pasang benda tu, boleh dia lari dulu, marah la~” Nuzul terhinjut-hinjut menahan gelak. “Kau tak ikat dulu ke?” Edry terdiam. “come~ kita pasang lagi.”
******
4.30 a.m. Bunyi dari dapur mengejutkan dia dari tidur. Diselubung dirinya, tak nak bunyi itu mengganggu. Sekali bunyi kat luar lagi kuat da~. Terus dia bangkit bangun, menuju ke dapur. Nuzul dah duduk steady di atas kerusi, menghadap makanan. Makan tengah malam? Kudapan?
“Ha, Edry, mari sarapan. Nanti buat kerja tak ada la penat sangat.” Sarapan? Ai? Mata memandang jam yang tergantung di dinding. 4.45 a.m. “Come, join us” Hazel bicara apabila melihat Edry masih tergagau-gagau di situ. Edry sekadar menurut. Roti bakar itu disuap perlahan. “Uncle Rad, Uncle Syam dengan Uncle Im mana?” Soalan diaju rawak. “Dia orang dah keluar, nak ambil tag.” Auntie Jaz yang membalas. “Qayyum?” “Qayyum dengan Haikal tak balik lagi. Malam tadi turn dia orang jaga anak lembu tu. Takut kena baham dek serigala.” Segar terus mata Edry dengar perkataan serigala tu. “Malam esok turn kita Ed.” Nuzul bicara kepada Edry. Edry mengangguk. Bonda tersenyum memandang Edry. “Tak apa Edry, kalau tak biasa lagi~ Bonda boleh jaga dengan Nuzul.” “Eh, tak apa-tak apa. Saya ok~ Bonda bagi saya duduk sini pun dah cukup bagus. Takkan saya nak duduk free je “ “Ala, Edry, kat sini memang jarang ada orang stay. Kami tak kisah je kalau ada orang datang. Kawan –kawan Qayyum juga.” Auntie Jaz bicara pula. Pintu terkuak. Abang Lee muncul sambil menggendong seekor beruk kecil. “Bonda, Mat Jan sejuk la~” Bonda segera ke dalam, mengambil tuala kecil lalu diserahkan kepada abang Lee. Beruk kecil bernama Mat Jan itu dibalut berhati-hati.
“Ed, kau dah sudah?” Abang Lee menyoal Edry. Edry mengangguk. “Pegang jap, aku nak makan la, lapar…” Mat Jan bertukar tangan.
“Nanti kau orang kena tolong aku tag lembu tau?” Abang Lee bicara tanpa memandang mereka. “Abang Lee, ada nampak Qayyum tak?” Faz menyoal. “Dia tengah tambat Julius tadi. Tak tahu la sekarang” “Sejuk!!” Haikal terus menyerbu masuk, merampas kasar air kopi ditangan Abang Lee. “Woi! Air aku~” “Sejuk!~”
Qayyum pula muncul. Muka ngantuk habis la~. Terus ambil tempat sebelah Faz lalu membaringkan kepalanya di atas meja. “Minum Qayyum” Bonda menghulur segelas susu. “Jap lagi la Ngantuk~tidur jap” Bunyi suara serak-serak basah. “Nanti tak payah la tolong tag~” Abang Lee bicara. “Yay!” Haikal pula terlebih suka. “kau jangan nak mengada. Aku cakap kat Qayyum aje. Kau wajib tolong aku~” “He’eleh abang ni. Mana aci” “Qayyum?” Abang Lee menyoal, memastikan. “5 minit je… orang tidur ni~” Qayyum bersuara lagi. Edry mengangkat kening. Suasana pagi kat sini. Wo! Memang lain la~.
*****
Uncle Rad, Uncle Syam, Uncle Im , Abang Lee, Auntie Jaz dan Bonda semua dah dulu pergi ke cow stable di depan. Tempat kawanan anak lembu tu diletakkan. Dan yang lain ni masih di sini. Nak memilih kuda mana satu nak pakai. “Aku naik dengan Hazel!” Haikal terlebih dulu memilih. “Apasal pulak? Naik la horse sendiri~” “Aah, nanti yang tag kita orang juga. Korang tangkap je pakai tali tu~” Sementelahan , Haikal terus menaiki Tommy Boy, kuda yang ditunggangi Hazel. “Kita orang tunggu kat depan la ye?” Tali pedati Tommy Boy ditarik, terus memecut kuda tu.
Qayyum, Faz, Edry dan Nuzul berpandangan sesama sendiri. “Err, aku ambil Black” Cepat-cepat Nuzul memasang ride set pada kuda jenis Holstein itu. Edry terdiam, apa je yamg tinggal? Kuda putih itu menjadi sasaran. Quaterback. Jadilah~ dari tak ada.
Sebaik masuk ke bengkel untuk memsang ride set, Edry terpandangkan seekor kuda yang betul menarik perhatian. Diletakkan dalam kandang asingan. Tak pernah nampak pula siapa-siapa tunggang sebelum ni.
“The name is King Cobra. Dia masih liar lagi. Tak biasa dengan kawasan ni. Baru ambil 2 bulan lepas dari Belanda. Garang~ sangat”
“Sebab tu nama dia King Cobra?” Qayyum mengangguk. “Hurry, we must get there before 8” Edry ditinggalkan sendirian. “Hey, you know what? I’ll make it wanna follow me back to KL” “Don’t say I’m not warning you” “I’ll prove you, in this 5 days, he’s going to be mine, and he won’t let other touches himself including you” “Don’t be too confident” “I am confident, so what?” “Prove us then. Jangan cakap aje…” “Wish me luck” Qayyum melangit.
“Lambat la kau orang~” Haikal sudah bersandar selesa di pagar-pagar kayu itu. “Sorry~my bad” Edry bicara. Mengaku salah dia. “dah jangan buang masa lagi. Cepat, petang nanti, orang tu nak datang ambil.” “Nak berapa ni?” “25 ekor” “Ok!” Qayyum mengambil tali yang tersangkut di ride set Julius lantas diikat kemas. Lalu tali itu dilayang ala cowboy. Faz dan Hazel juga begitu. Auntie Jaz dan Bonda pun. Macam professional!
PAP!seekor anak lembu berjaya ditangkap oleh Hazel. Haikal mengangkat anak lembu itu lalu membaringkannya. Uncle Rad pula mula tag anak lembu itu ditelinga kirinya.
PAP! Lagi seekor. Bonda pula yang berjaya kali ini. Uncle Syam pula mengambil alih tugas mengangkat dan begitulah seterusnya.
PAP! “Woi, nak bunuh aku ke? Aku bukan lembu la!” Nuzul memegang tali yang tersarung di lehernya. Kena tarik, naya je mati tercekik dibuatnya. Faz tersengih. “Sorry??”
Qayyum ketawa lepas. Auntie Jaz pula hanya menggeleng.
Well, segalanya berjalan dengan lancar hari ni. 25 ekor anak lembu berjaya ditag. Segera pula mereka kembali ke farmhouse untuk makan tengah hari. Lapar sungguh. Melekit pula tu, peluh meleleh tak berhenti. Macam baru lepas terjun laut.
*****
“Uncle Im!” Edry melangkah ke arah lelaki itu yang sedang memberi makanan kepasa burung-burung unta di kandang asingan. Ostrich untuk race katanya. “Ha, Ed. Awal kamu bangun?” “Saya terjaga tadi~Terus keluar.” “O~nah” Sedikit jagung kering itu diletak di tapak tangan Edry. “Nga?” “Try bagi.” Takut-takut Edry menghulurkan tangannya. Tak sempat nak mengelak,paruh burung unta itu dah terasa mengurut-urut telapak tangan.
“burung unta ni tak mematuk, tak payah la takut kalau nak bagi dia makan. Dia ni menendang.” “Oh~ Baru saya tahu!” “Dah pernah ride?” “Ish, tak berani la uncle~” “Haha. Ride ni memang best. Kalau dah pandai boleh race. Senang je, Cuma kena balancekan badan masa ride. Tapi berat tak boleh lebih 75 kg la~” “Oh, boleh lagi. Boleh lagi~” “Uncle Im! Nampak Qayyum tak?” Faz tiba-tiba muncul entah dari mana. Hazel juga. “Dia pergi Bandar sekejap dengan Bonda. Buka balutan tangan dia tu.” “Ah, tangan Qayyum tu kenapa sebenarnya Uncle?” Edry menyoal. “ Jatuh masa ostrich race show. Patah sebelah” Edry ternganga. “Nasib baik sempat tarik dia keluar. Kalau tak mesti free je mati kena pijak.” Hazel. “Nak ride tak?” Faz menyoal Edry. Keningnya diangkat-angkat. Sengaja!
*****
“Ride ni boleh dua cara, auto atau manual. Tapi kalau buddy baru macam kamu ni, baik guna auto.” ‘Nga?Ada auto,manual pula?’ Edry sekadar mengangguk. Gerun juga nak naik burung berleher panjang ni. Geli mak oi! “Kalau auto kita pakai towel, kalau manual, kita control guna kepak dia je.” Uncle Im menerangkan lagi. Faz mengangguk, mengiyakan kata Uncle Im.
“Faz, tunjuk kat dia cara nak ride benda ni.” Faz segera memanjat palang-palang besi dikeliling kawasan itu. Burung unta yang sengaja ditarik dekatan dengan palang besi itu dinaiki berhati-hati. Tuala yang terlilit di badan burung unta itu dipegang kemas oleh Faz. “kena imbangkan badan, lepas tu bersandar macam duduk kat kerusi malas.” Faz menerangkan. “Then~” sengaja kepak buruk unta itu ditarik. Berlari sakan ostrich tu dibuatnya. Edry menjegilkan mata. ‘Biar benar aku nak buat ni~’ “ha, naiklah Ed” Uncle Im tersenyum mesra. Muka pemuda itu dipandang. Pucat. “Er, kalau lain kali?”Perlahan Edry berkata. “Apa?” “Tak tak, saya naik, saya naik.” Aksi Faz sebentar tadi dicuba tiru. Dan~. “Argh! Uncle pegang Uncle! Pegang! Saya takut!”
Qayyum berlari pantas ke arah bunyi jeritan itu. Tergel;ak besar dia sebaik melihat kegelabahan Edry. Selama hari ni, tak pernah tengok muka dia macam tu.
Pucat lesi wajah Edry sebaik turun dari Combi, burung unta yang ditunggangi tadi. “best?” Qayyum menyoal. Edry tak bersuara, tak menunjukkan apa-apa reaksi. Diam membatu.
“Benda ni laju tau. Dia boleh maintain 70 km sejam dalam 10 kilometer? Binatang ke dua terlaju lepas cheetah.” Qayyum bicara lagi. Edry membeliakkan matanya. “Dah la, jangan kamu kacau Edry tu Qayyum.” Uncle Im tersengih. Qayyum membalas, pantas dia terus berlalu, mencari Hazel dan Faz mungkin.
Lewat malam itu, Edry dan Nuzul sudah bersiap sedia untuk menjaga kawanan anak-anak lembu. Ada yang akan datang esok, nak beli 30 ekor. Black ditarik keluar oleh Nuzul. Ride set dipasang. Edry pula masih merenung King Cobra. Nampak gagah sungguh kuda itu. “Cepat la Ed~” Tommy Boy ditarik keluar. Dan masing-masing kini menuju ke cow stable di hadapan sana.
“Aku teringin nak naik Julius” Nuzul tiba-tiba bicara. Matanya tertancap pada butiran bintang di langit lepas. “Dia garang kan?” Edry membalas dengan soalan. “Dia nak dengan Qayyum aje..” “Esok aku nak try King Cobra la.” Edry meletak angan. “Boleh ke? Tu liar lagi tu~” “Aku nak try~” “Kau kena tendang, jangan merungut maki hamun pula nanti” “Heh, berani buat berani la tanggung.” “Amacam sini ,Ed?” Nuzul mematikan bicara tadi. Malas nak mengulas lebih lanjut. Dia buka cerita baru. Tentang Animals Farm ni pula. “Aku suka, environment dia, area dia. Memang macam yang kau cakap. Tersasar jauh dari bayangan aku.”
“Ha,tu la. Aku dah cakap. Tempat ni best. Tapi tinggal 4 hari seh~” “Aku rasa nak stay sini lama sikit la. Boleh tak?” “Betul ni?” Edry mengangguk. “Aku on je~” “Dia orang kasi ke?” “Selagi kita buat kerja, selagi tu dia orang tak kan kisah punya~” “Heh, cakap macam betul. Bukan aku boleh stay pun. Kerja aku berlonggok lagi kat pejabat tu.”
Suasana menyepi. Nuzul tak berkata apa. Diam memandang scene malam yang menenangkan tu. “You know what?” Edry tiba-tiba buka mulut balik. “What?” “Aku akan balik sini balik, satu hari nanti”
*****
4.00 pagi. Edry perlahan-lahan menyusup ke kandang asingan. Pintu utama dibuka. Julius menyapa pandangan. Kuda itu mendengus kuat. “Easy boy,easy~ This is Edry. See?” Lampu suluh itu dihala ke wajahnya. Langkah diatur kemas ke kandang King Cobra. Menyeringai kuda tu bilamana kelibat Edry muncul.
“Hey,shh~” Edry menyuruh kuda itu diam. Makin galak King Cobra berbunyi. “Hey, the name is Edry.” Pintu kandang King Cobra dibuka lalu ditutup cepat-cepat. Perlahan kakinya melangkah ke arah kuda itu. Tangannya diacu ke depan untuk membelai kuda itu. “Easy boy,easy ..” King Cobra mendengus lagi.
“Shut up! You’ll wake everyone! Listen, I’m not here to harm you. I’m here to be friend with you. Easy, calm, stay cool…Okay?” Tangannya didepakan sekali lagi. Perlahan kuda itu dibelai lembut. Biar kuda tu faham akan maksudnya.
Terkinja-kinja kuda tu dibuatnya. Memang spesies tak makan saman. “Shut up!!!” Kuat pula Edry menjerit. Hatinya sudah mula menyumpah seranah kuda tu. Betul cakap Qayyum. Garang! Tapi, aku pun boleh jadi garang tau tak?!
“Easy,ok? Calm down~ I wanna ride you. We’ll do everything together okay? Like Qayyum and Julius. You and I will be a perfect match. I promise you. I’ll not harm you. Promise, ok?” Kali ni tubuh kuda itu berjaya dipegang. Kuda itu seperti faham. “I know you’re upset. Taken from your family, not use to this environment, right? But everything’s gonna be allright. You and I will make up every single thing together. Just let me be with you for this 4 days. You know Qayyum? Isn’t she’s preety? Please, do this for me. I wanna show her what I got. Please understand. I know you know how I feel. We’re man. Right, boy? Oh, I know you know Quaterback right? You want her? If you let me ride you, I promise. I’ll bring you to her. Then you can get to know her, and maybe marry her? Or you want Francisca? Lightning?Fasyha?” Kuda itu berbunyi perlahan. Edry tersengih. Cakap dengan kuda? Berjanji yang bukan-bukan pulak tu. Rasa macam… merepek~.
Perlahan ride set dipasang di badan King Cobra. Tak pula kuda itu mengamuk ke apa. Diam aje. “Good boy” Tali pedati kuda itu ditarik, keluar dari kandang asingan ke padang ragut yang luas.
“Let’s run~”Edry menaiki King Cobra. King Cobra berjalan perlahan. Sejuk pagi itu membuatkan suasana rasa segar. Nyaman. Sedang sedap-sedap menikmati suasana, King Cobra pula buat hal. Dia berdiri ala-ala cop jenama Levi’s. Betul la kuda ni. Terduduk terus Edry atas padang ragut tu. Pantas King Cobra berlari. Entah ke mana. “Chait!” Edry menendang seketul tanah keras. Marah betul dia.
Dia berjalan mencari King Cobra. Naya je kalau kuda itu lari. Dia terhenti di horse stable. “Ewah-ewah, bercintan-cintun pula dia dekat sini~” Tangannya mencekak pinggang bilamana matanya menyambar King Cobra dan V-Three. Bermanja-manja, berasmaradana la bagai.
“King Cobra!” Kuda itu menoleh. “Balik, aku cakap balik, balik!” Bolayan je kuda tu dengan arahan dia. “Amboi-amboi. Sombongnya kau dapat jumpa awek kan?” Tali pedati tu ditarik sungguh-sungguh. Sia-sia. King Cobra tak bergerak langsung. Barakar kat situ.
Edry memandang King Cobra tajam. “If you want her, follow me. Or~ aku sembelih dia buat sate, kau nak mana?” Kuda itu mendengus kuat. Protest la tu! “Come, follow me, then you’ll be here with her forever. You don’t have to go back to that place (kandang asingan)”
Tali pedati kuda tu ditarik lagi. King Cobra melangkah perlahan-lahan. Sekali lagi kuda itu dinaiki. Belum sempat dia mengimbangkan badan, King Cobra dan mencicit lari. “Hey, stop! Stop!”
*****
Hazel berlari-lari menuju ke Qayyum yang sibuk meletakkan jerami ke dalam kandang Julius. “Dollah!Dollah!” Tercungap-cungap Hazel. “Kenapa dengan dia?” Concern. “Dia sakit!” Qayyum segera bergerak ke sana. Kelihatan Abang Lee sudah memangku Dollah, beruk dewasa itu.
“Dia kena paru-paru berair ni” Abang Lee yang berkelulusan doctor haiwan itu memeriksa. “Paru-paru berair?” Qayyum menyoal. “Mungkin tak boleh buat show lagi. Kena ambil supply ubat kat Bandar. Abang pergi dengan Haikal. Abu kau tolong jaga. Kau tahu kan hari ni ada guests nak datang?”
“Saya kena take incharge? Abis? Tour guide?” “kau tarik la siapa-siapa. Ostrich race show tu pun kau grab je la sesiapa pun. Okay?” Menggelabah dibuatnya. Macam-macam hal la~. Uncle Rad dengan ayah pula tak ada. Hantar burung unta ke Melaka untuk disembelih.
“Nak tarik siapa ni?” Faz yang diam dari tadi bicara. “Nuzul, Edry je la pun. Aku handle Abu. Edry jadi tour guide sebab dia tak reti race lagi kan? Kau, kau dengan Nuzul ambil race, boleh?” “Boleh je.” Faz dan Hazel menyatakan persetujuan.
Qayyum berlari pantas menuju ke pantai. Edry dan Nuzul kelihatan sedang bersantai-santai di situ.
“Heh, kau dua boleh tolong tak?” Tertunduk dia mengambil nafas. “Kenapa ni?” Nuzul bangkit dari duduknya. “Dollah sakit, hari ni ada guests nak datang, so, Nuzul boleh tak kau ambil ostrich race show?” “Nga? Memang nak kena naik binatang tu juga ke?” No choices?”
“Abang Lee dengan Haikal bawa Dollah pergi klinik. Edry tak tahu race lagi, so, Ed boleh tak kau jadi tour guide?”
Edry menghalakan jari telunjuknya pada dirinya sendiri. Qayyum mengangguk. “Macam Haikal buat hari tu ke?” Qayyum angguk lagi. “Aku try la~” Takut juga ni~ Shesh!Tunjuk skills, tunjuk skills!
*****
“So, ni satu group eh?” Bonda menyoal sekelompok besar manusia yangberdiri di hadapannya. 14 orang remaja itu mengangguk. “So, saya bagi special package la. RM 200 untuk semua aktiviti. Boleh ride kuda, ostrich, pijak telur ostrich, tengok monkey show dengan ostrich race. Kalau nak tengok rabbit pun kita ada. Bagi makan kat dia orang tapi makanan kena beli la. 1 pack ni RM2. Lepas tu kita ada satay ostrich and rabbit, yang tu pun kena beli la. Yang satay ostrich 6 cucuk RM10, rabbit pula 5 cucuk, RM4. And specialnya, ticket ni tahan satu hari, kalau nak datang balik lepas lunch nanti ke, tak ada masalah…” Panjang lebar Bonda bicara.
“Ah, by the way~ Kalau sesiapa yang ride ostrich and horse tu, kita ada sijil la. Sijil ni boleh pakai la kalau nak cari kerja ke apa ke kan?” Tergelak anak-anak muda itu.
“Ok, saya kenalkan tour guide kita hari ni. Edry” “Handsome~” Terdengar bisikan halus dari bibir remaja-remaja perempuan itu. “Ok, assalamualaikum semua, saya Edry. Saya akan bawa kau orang jalan sini dulu then last sekali kita akan pergi café. So boleh kita mula sekarang? Come~” Edry membawa mereka terus ke horse stable.
“Ok,sini kudanya semua dah jinak. Kita orang ada lagi satu stable kat dalam. Ha, yang tu, nampak tak? Kat situ semua liar lagi. Yang kat sini kalau nak ride, boleh pilih je~ Tapi kita jalan dulu la eh?” Perjalanan diteruskan. “Sebelah sana stable apa bang?” Seorang gadis menyoal. “Well, itu stable lembu sebenarnya, nak tengok juga ke?” Terdengar tawa dari mereka. Edry membawa mereka ke rabbit farm pula. “well, lembu tu ada yang pernah kena curi tau, masa dah nak dekat raya haji. 2 ekor kena curi.” “2 ekor?” “Ha, tapi tu 2 tahun sebelumnya, tahun lepas. Tak ada.” Gate rabbit farm itu dibuka. Mengizinkan 14 remaja iu masuk. Seekor arnab kecil dikeluarkan dari sangkarnya lalu dihulur pada seorang gadis. Gadis itu menggeleng. Geli barangkali. “Ha, yang ni kecil.. Yang besar~” Seekor lagi arnab bersaiz besar dikeluarkan. “Yang nombor-nombor tu apa bang?” Nombor-nombor yang terlekat pada sangkar-sangkar arnab itu pula yang jadi isu berbangkit? “Yang tu size dia. 16 paling kecil, 32 paling besar” Mereka dibiar untuk bersama arnab-arnab itu kemudian angkatan itu dibawa pula ke ostrich stable. Dapat dilihat ada yang geli-geleman apabila melihat liuk lentuk leher burung unta itu.
“Ha, yang ni pun boleh ride. Ha, kalau nak bagi makan kat dia~ Dik, minta sikit” Jagung kering itu dituang ke tapak tangan. “Kalau nak bagi kena tutup dulu tapak tangan ni, lepas tu hulur kat dia. Bila dia dah dekat, terus buka. Tegangkan eh tangan tu. Sebab takut kalau tak tegang, dia boleh tarik kulit jari ni. Nah, try a..” Rata-rata ramai yang takut. “Eh, jangan risau, binatang ni tak patuk, dia tendang aje.. Ha, lagi satu binatang ni haiwan Kedua terlaju selepas cheetah tau tak? Specialnya, dia boleh maintain 70 km sejam sepanjang 10 km. Kalau macam cheetah tu dia 90 km sejam tapi every 1 km, dia punya speed tu akan kurang, 80, 70. 60 km sejam”
“Wa, maknanya kalau bawa ni pergi kerja pun boleh la?” “Boleh, RM7000” “Mahal gila!~” 13 remaja lain terus menggelakkan lelaki itu. “Eyuh~ kenapa yang ni tak ada bulu?” “Oh, Ostrich ni ada musim gugur bulu. Biasanya dalam bulan Oktober sampai Mac lepas tu bulu dia tumbuh la balik” “Oh~ eh, bang macam mana nak beza jantan ke betina ke?”
“Tengok bulu dengan paruh dia. Kalau bulu kelabu, paruh hitam, tu betina. Kalau paruh merah, bulu hitam, tu jantan” 14 kepala mengangguk. Kagum juga dengar abang seorang ni bicara.
“By the way, kalau nak tahu. Kedua-dua jantan dan betina ni, ambil tugas dalam proses eraman. Biasanya, jantan akan ambil malam la, sebab bulu dia hitam. Boleh panaskan sikit telur tu. Dia orang boleh bertelur 20 biji setahun. And actually ostrich ni mengamalkan poligami.” Tergelak remaja-remaja itu. Fikir aku main-main ke? “Betul, 1 jantan 3 betina, biasanyalah”
Langkah diatur ke arah Qayyum yang sudah sedia menanti dengan Abu, seekor beruk jantan. “ok, sekarang kita tengok monkey show eh? Akak ni akan tunjukkan macam mana beruk ni petik buah kelapa. Pernah tengok real tak?” 14 kepala menggeleng. Sah la budak Bandar sungguh!
“Hai~” “Hai~” “Ni nama dia Abu. Dia akan buat show untuk kau orang. Tapi sebelum tu tepuk tangan dulu” 14 remaja itu menepuk tangan dengan bersungguh-sungguh sekali. “Terima kasih. End of the show. Nanti datang lagi ye?” Blur je muka budak berempat belas tu. Edry dah tergelak-gelak. “Eh, apa ni kak?” “Haha. Tak ada lah. Ok, ada sesiapa nak ambil gambar?” Ramai yang menggeleng. “Eh, jangan takut la~ taring dia dah tumpul. Tengok” Mulut Abu dibuka oleh Qayyum. “Biasanya beruk ni seorang je yang jaga. Patutnya, Abang Lee yang pegang, tapi tadi ada seekor beruk kena paru-paru berair. So, abang Lee dengan Haikal, member kita orang, bawa dia pergi klinik la. Yang tu pun sama, nama dia Hassan. Pun kena paru-paru berair juga. So, kalau kau orang ada dengar macam orang batuk tu. Dia lah tu orangnya.” “eh, bukan orang” Edry menafikan. “Oh, dia lah tu binatangnya.” Qayyum membetulkan bicara. Remaja itu dah tersengih-sengih melihat gelagat Edry dan Qayyum sebentar tadi.
“Nak tak ambil gambar?” Seorang lelaki menarik dua orang temannya lalu duduk di sebelah Abu. “Ala, peluk je~” Tangan Abu diletakkan di bahu lelaki itu. “Ngee!!!” Yang lain hanya tergelak . “Dia ada isteri tau, Minah nama dia, dengan anak dia, baby lagi. Mat Jan namanya…mana entah.Main jauh sangat” Edry seakan-akan mencari kelibat dua ekor beruk yang disebut tadi~.
“Belum isteri lagi la~” Qayyum bicara. “Belum eh?” “Belum~ tu janda Hassan” Bertambah riuh bunyi tawa mereka. “Nama beruk je disebut… nama akak ni siapa pula?” Seorang lelaki menegur. Qayyum tersengih.
“Qayyum, nama akak Qayyum.” “Eh, samala, nama saya Qayyum juga.” Lelaki yang bergambar bersama Abu itu bicara. “Jom, Abu…Kita petik kelapa. Hep! Hep!” Qayyum mengeraskan suaranya. Abu berjalan ke arah pokok kelapa yang sengaja di tanam di satu kawasan. Pantas Abu memetik buah-buah kelapa itu. “Wa, pandai dia pilih eh? Semua dah masak~” Seorang gadis berkata. “Dah terlatih dah~ Biasanya lepas dia petik ni semua, kita orang bagi dia upah. Dia tak suka makan pisang~”
“Bukan beruk makan pisang ke dah tu dia makan apa?” “Tada~ Uisyh, nanti dulu” Ice-cream coklat itu dibuka lalu dihulur kepada Abu. Abu terus merampas ais krim itu. “Gelojoh! Malu la sikit orang tengok~”
******
“Siapa nak ride?” Ostrich itu dipegang belai oleh Faz. Kening diangkat seolah mencabar. Terkedu dibuatnya. “Ala, ride senang je. Abang ni dengan uncle ni akan pegang, jangan risau. Cuma tinggal balance kan badan je~ macam ni.” Faz segera menaiki Combi, burung unta yang dah khas dilatih untuk riding. Demo tak berbayar.
“Satu pusingan je dapat sijil” Hazel menayangkan sijil itu kepada mereka. “Naikla~” Nuzul bicara. Uncle Im tesenyum Cuma. Qayyum, lelaki itu memberanikan diri. “Saya buat untuk akak,kak” Qayyum melayangkan thumb up. Edry melangit. Melebih la pula budak ni. Terjerit-jerit budak-budak yang ride tu dibuatnya. “ok,lepas ni boleh ride kuda pula.Jom” Edry membawa mereka ke horse stable. Tommy Boy,Black, Quaterback dan V-Three dipasangkan ride set. Seorang demi seorang menaiki kuda itu.
Dan setelah selesai semua aktiviti itu, mereka dibawa ke cabin house. Bau semerbak satay tu menusuk hidung. Dah la lapar~.
Air kelapa segar dihidangkan percuma. Kelapa yang dipetik oleh Abu tadi. Memang letih betul la~.
Auntie Jaz tersengih sahaja. “Kalau kita orang datang sini lagi dapat murah tak?” “Eei, dah murah la tu, kalau tak horse riding kita orang letak RM 10 seorang. Ostrich RM 2. Tau?” Qayyum bicara bersahaja. Sengaja.
“Ala, boleh la kak.” “Actually ada je orang datang practice riding.” Edry memberitahu. “Tapi,sorry kita orang tak jual.” “Alapak, baru nak beli seekor”
******
9.00 malam. Farmhouse tu dah gelap. Ramai yang dah tidur. Letih sangat la tu. Biasanya, kalau ada orang datang Animals Farm ni memang macam tu. Perlahan, Edry keluar. Berhati-hati juga dia, takut mengejutkan semua orang. Halanya cuma satu. King Cobra’s stable.
“hey,yo buddy~” Sebaik King Cobra menyapa mata, Edry menegur. King Cobra mendengus perlahan. “Syhh…Easy boy. Look~ King Cobra. I just wanna ride. I’ve only 2 days left to prove to Qayyum that I’ve got skills. Could you just act like you and I have been friend or whatever.” Edry menggaru kepala. Betul la rasa macam orang gila. Bercakap dengan kuda sombong ni pula.
“Buddy, I like her, you know? Please. Don’t you wanna see us happy together?” Tersengih Edry dibuatnya. Meluahkan perasaan dekat kuda pula aku ni~
“Come~” Pintu pagar kandang asingan King Cobra dibuka. Kuda itu melangkah keluar. Ride set dipasang oleh Edry pantas. Dah cekap dia sekarang. Tali pedati kuda itu ditarik ke padang ragut. Dibelai perlahan. Kemudian dinaiki. “Let’s” Kuda itu dipacu perlahan.
“I like her. Very much. Simple,nice, attractive, funny. She has what it takes. Farmer in an engineer. Sounds amazin’ right?” Bintang dilangit dipandang. Tinggal 2 hari~ Shesh! Aku dah jatuh sayang pula dengan si Qayyum ni~.
“Run!” Tali pedati itu ditarik lagi. Kali ini lebih kuat. Berlari sakan King Cobra melintasi padang ragut itu. 11 malam, Edry mampu tersenyum. Yes, I’ve got skills to show off!
King Cobra seakan faham akan luahan hatinya. Macam dah jinak pula~ Sampai di farmhouse, dia turun. Risau kalau-kalau derapan kaki King Cobra boleh mengejutkan yang lain. Perlahan kuda itu ditarik ke kandangnya semula.
Qayyum. Bunyi tapak kaki itu menarik perhatian. Majalah Seventeen itu diletak tepi,mengintai dari tingkap bersebelahan katil. Dapat dilihatnya, Edry tersenyum sambil menanggalkan ride set daripada~ “King Cobra?” Qayyum bicara tanpa sedar. Biar betul ni. Matanya digosok beberapa kali. Shesh! Betul la!
*****
“Nak ke mana Qayyum?” Nuzul menyoal. Edry mengikut di belakang. “Nak kutip telur ostrich” “Untuk apa ? Masak ke?” Edry menyoal. Qayyum tergelak. “Nak letak kat peti ais. Petang nanti nak dihantar ke Melaka.” “Eh, proses eraman dah habis ke?” “Oh~ kat sini tak banyak yang eram. Banyak yang dihantar ke Melaka sebab environment kat sini tak sesuai.Padahal aku rasa sama je~” Nuzul tergelak. Sekilas Edry dipandang. “Aku nak ride la~” Edry bicara. Lalu meninggalkan mereka berdua. “Dia sedih~” Nuzul mula berbual dengan gadis itu. “Kenapa?” “Esok kan last day, dia kata dia suka environment kat sini, semua kat sini.” “Bukan KL best ke?” Qayyum mengutip satu-satu telur burung unta di stable itu. Berhati-hati juga takut kena kejar. Naya je~ “Dia kata dah boring. Jiwa kosong la apalah~”
Sementara Edry menarik keluar King Cobra dari kandang asingannya. Dinaik lalu ditunggang ke horse stable diluar. “Aku bagi chance kat kau lepak dengan V-Three. Lepas ni bawa aku pergi beach. Ok?” King Cobra ditinggalkan bersama kawanan kuda-kuda lain. Edry bersandar pada kayu-kayu panjang itu. Membiarkan pandangannya mati pada persekitaran. Kawasan hijau itu ditenung dalam-dalam. Rasa macam tak nak balik la~ Tapi… kerja bertimbun berlonggok macam apa. Balik nanti, jamin la, kepala ni bakal dibebani dengan masalah yang berat gila~.
Hari pertama dia ke sini, handphone memang dah dimatikan awal-awal la. Malam, bila dia buka, 30 panggilan tak berjawab dari office. Padahal dah minta cuti tu. Semalam dia buka lagi. 235 panggilan tak berjawab, 30 mesej tak dibaca. Semuanya berupa arahan. Suruh dia balik cepat. Voice mail box, tak payah cakap. Dah kejung telinga mendengar.
Mata dihalakan pada Qayyum pula. Gadis itu masih mengumpul telur ostrich. Nuzul pula sudah tak kelihatan. Hazel dan Faz pula menyapa pandangan. Sibuk dengan Minah dan Mat Jan. Beralih pada Uncle Rad yang tengah mengalihkan jerami. Uncle Syam dan Uncle Im, sibuk mengangkat turun jagung-jagung kering. Abang Lee, menebas rumput, dah separuh padang juga. Haikal pula mengumpulkan rumput-rumput yang dah ditebas di satu sudut.
‘I’m gonna miss all this. Perhaps~’
Phewitt!! Edry memanggil King Cobra. Kuda itu berjalan menghampirinya. Dinaiki King Cobra perlahan lalu memecut terus ke pantai.
Petang menjengah tirai langit. Mega merah sudah mula kelihatan. Edry pula masih tak pulang. “Qayyum, cuba kamu cari Edry tu, dah petang. Kita nak makan malam ni. Dia balik solat je tadi. Lepas tu hilang balik” Bonda bicara. “Makan tengah hari pun tidak.” Auntie Jaz pula menyampuk.
Qayyum segera keluar, menarik Julius, mencari sekali Edry. Risau juga dia. Animals Farm ni besar. Takut lelaki tu sesat pula.
Penat menoleh, menjengah, memanjangkan leher la bagai. Akhirnya Qayyum berhenti di sebuah bukit. Kat sini area nampak luas sikit. Edry kelihatan kecil di timbunan batu-batu pantai yang besar itu. Qayyum segera ke sana.
“Oi, semua orang cari kau tahu? Dah la bawa lari King Cobra~” Slumber dia bicara. “Heh~ just wanna see the sunset. Mana bawa lari, dia yang nak ikut. Kan?”
Qayyum turun dari Julius. Duduk merapati Edry. Merenung matahari yang sudah separa terbenam. “Bonda panggil balik makan. Kau tak makan tengah hari tadi kan?” “Dapat lepak sini buat aku rasa kenyang.” “Yeah, right…” Qayyum melangit. Edry menyengih. Tiba-tiba perut Edry berbunyi. “Na~ kan?” “Jom la~” Edry ketawa lepas. King Cobra ditunggangi lagi. Qayyum pula menaiki Julius semula. Mereka melintas terus pasir pantai itu menuju ke farmhouse. “Macam mana kau boleh lembutkan King Cobra ni eh?” “Rahsia~” “Ceh,kuda aku tau?” “Tak, dia kata nak ikut aku balik KL.” “Bohong.” “I told you already” “Heh, RM 19 000”
“Shesh! Aku dapat kereta kancil 3 biji tau.” “Eh, dah discount la tu”
*****
Edry bersandar lepak di HILUX hitamnya. Menanti Nuzul yang yang masih bersalaman dengan semua orang di rumah itu. Dia dah sudah~. Shesh!Makin lama kat sini, makin tak nak balik pun ada.
“Senang-senang datang la sini lagi ye?”Bonda bicara sambil tersenyum mesra kepada Edry. Entah, dia rasa senang dengan anak muda itu. “Mesti ~” Edry membalas senyum. “ Tapi nanti kalau saya datang jangan la tak layan pula.” “Ish, takkan la macam tu” “Kami pergi dulu la” Nuzul berkata, meminta diri. Bonda dan Uncle Syam mengangguk serentak.
Pandangan dilepaskan buat kali terakhir ke arah pemandangan dan sedikit melirik ke arah Qayyum. Er, ok… banyak la juga~.
Segera Nuzul dan Edry menaiki HILUX. Takut lambat sampai rumah. Nanti kalau dah malam sangat susah pula~. “Terima kasih, semua. Assalamualaikum” “Wa’alaikumsalam”
Edry melampiaskan perhatiannya di luar. “Lepak la der… nanti bila-bila boleh datang lagi.” Nuzul bicara. I hope so~ Nuzul. I hope so~.
Sekembalinya mereka ke Kuala Lumpur. Edry lebih banyak termenung. Sampai mak bapa dia pun rasa pelik. Tapi betul la~ dah duduk sana rasa lain pula. Kat sini, jiwa kosong, sunyi~ tak ada green scene, tak ada beach, tak ada King Cobra, tak ada…Qayyum~. Nge!! Apasal aku ni?! Kepala digeleng berulang kali. Fail-fail yang berterabur di atas meja disusun kemas. Kerja-kerja yang terbengkalai di selesaikan sedikit demi sedikit.
*****
4 tahun berlalu~ “Surat apa ni Ed?” En. Hakimi menyoal. “I wanna quit.” Yakin dia bicara. “Hey, apa awak cakap ni? Awak arkitek terbaik kami. Mana boleh awak buat macam ni”
“Semua kerja saya dah selesai. Saya ada benda lain nak buat.” “Awak nak gaji lebih tinggi? Saya boleh bagi~” “tak, saya ada cita-cita. Bagilah saya peluang untuk saya tunaikan cita-cita saya tu~”
“Kalau awak dah cakap macam tu, saya pun tak boleh halang. Tapi saya tak Janji apa-apa. Saya akan discuss balik dengan lembaga pengarah.” “Thankie, Kimi. Tapi, bagi, tak bagi aku memang nak pergi. Ni surat aku. Esok aku takkan masuk kerja.”
“Kau nak pergi mana sebenarnya?” “Kahwin” Edry terus keluar. Malas nak melayan Hakimi. Kalau sekali dah menyoal tu, berharaplah nak dia berhenti.
*****
“Uncle~” Edry tersenyum. Menyalami lelaki tua itu. “Edry! Datang tak bagi tahu pun?” Uncle Syam membalas. “Saja, uncle” “Stay sini?” Uncle Syam memandang HILUX hitam Edry yang terletak sebuah beg besar. “Kalau tak jadi masalah?” “Kena stay!” Bonda muncul dari farmhouse. Borak punya borak . Lastnya~ “Eh, kita borak kat luar je. Masuk Ed” “Saya nak jumpa King Cobra la~” “mengamuk sakan dia tak ada kamu kat sini.” “Ye ke?” “Dengan orang lain tak nak dia. Asyik nak marah je~” Edry tergelak kecil. Leher dipanjangkan. “Uncle, Bonda, Qayyum mana eh?” Wajah keduanya agak berubah. Tapi sayang, Edry terlalu excited untuk melihatnya. “ Dia ada kat beach. Pergilah” “O, okay…”
Kaki melangkah ke kandang asingan. Tak ada apa yang berubah kat sini. Betul~ masih sama macam dulu. “Uncle Im!” “Ed! Bila sampai?” “Baru je, uncle” “Lama kamu tak datang~” “Tak apa, lepas ni saya kat sini je, sampai uncle boring tengok muka saya” “Tak duduk KL lagi?” “Berhenti kerja, uncle. Saya ingat nak kerja kat sini, ada kosong?” “Itu, kena tanya ma’am kat beach tu.” Edry tergelak kecil. “Abang Lee dengan Haikal mana?” “Dia orang pergi Bandar.” “O~ saya pergi dulu la uncle. Nak jumpa ma’am. Minta kerja…” Uncle Im pula yang melampiaskan tawa.
Kandang asingan itu dibuka. Julius tiada. Dengan Qayyum la tu~. King Cobra menyapa pandangan. Dari duduk terus bangkit kuda itu apabila terlihat Edry. “Hey, yo buddy. What’s up?” King Cobra dibelai. “Let’s go to the beach” Perlahan King Cobra ditarik keluar. Terus dinaik tunggang ke pantai. Tommy Boy dan Hazel menyapa mata. Dia memacu lebih laju,menyaingi mereka.
“Oi, kau tak kerja ke?” Edry menyoal Hazel. “Heh, aku dah quit lama kau tahu?” “Bila?” “2 tahun lepas.Well, aku dah stay sini lama tau. So, call me senior” Ketawa meletus dari keduanya. “Kenapa kau quit?” “Tah la, dah datang sini. Betul la~ my life’s totally different. Aku dah rasa macam tak larat nak pandang sesak kereta dengan bunyinya.” “sama la~” “Kau quit?” “Heh, mesti~” “Wa! Habis tu kau nak buat apa sekarang?” “Aku nak pujuk ma’am , minta kerja kat sini~” “Gerenti dapat…”
Pantai yang terbentang luas dihadapan nampak kosong. Tak ada orang pun~. Julius muncul entah dari mana. “Tu, Julius” Hala diarahkan kepada kuda Anglo-Arab itu. “Mana Qayyum??” “Qayyum??” Hazel menjerit sedikit. Garis-garis kerisauan muncul diwajahnya. Jeritannya tak berbalas. Makin menggelabah pula gadis tu.
“Qayyum?!” Hazel berlari ke arah timbunan batu-batu besar di situ. “Aku ok la~” Edry memunculkan diri. Qayyum nampak pucat betul. Terkejut juga dia. Kenapa gadis itu begitu.
“Aku pening sikit aje~ eh, kau? Bila kau datang?” “Baru aje…” Gadis itu dirapati. “Kau macam tak sihat aje?” “Am I? Tak adalah… aku ok” Qayyum pantas bangun, membersihkan bajunya dari pasir pantai lalu terus menghala ke arah Julius. Kuda itu ditunggangi perlahan. Pulang ke farmhouse.
“Dia kenapa sebenar?” Serba salah Hazel dibuatnya. Nak luah mati mak, nak telan mati bapa. Cakap salah, tak cakap pun salah.
“Dia memang tak sihat.” “Dia sakit?” Hazel mengangguk. “3 tahun lepas. Disyaki kena Multiple Scelorisis” “Bunyi macam cronic disease je~” “ Ye la tu. Aku risau juga. Mata dia dah kabur tu. Lepas tu, sekarang ni dia selalu kena kejang otot. Simptom nak lumpuh la tu~”
Ternganga besar Edry mendengar cerita Hazel. Memang ada something yang berubah kat sini. “Tak ada ubat ke?” Hazel menggeleng. “Therapy je la pun. Sebab doctor kata dia dah tahap akhir.”
******
“Saya harap uncle faham hasrat hati saya.” Edry mengakhiri permintaannya dengan sebuah lagi harapan. “Uncle tak boleh bagi jawapan Ed. Kamu kena tanya Qayyum sendiri.”
“Biar macam ni aje~ Kau tak payah bebankan diri kau dengan masalah aku.” Qayyum bicara. Suaranya tak tinggi. Biasa aje. Entah datang dari mana tiba-tiba je muncul. Tapi, nampaknya dia dah dengar semuanya.
“Aku ikhlas Qayyum. Hati aku memang sayangkan kau.” “Aku tak faham ni. Aku bukannya akan hidup lama pun. Apa motif kau sebenar? Kau nak farm ni eh?” “Astaghfirullahalazim.Apa kau cakap ni? Aku tak nak la benda ni. Bagi aku bahagiakan kau. Aku ikhlas, Qayyum~.” Bersungguh Edry melafazkan. “Aku dah nak pergi dah. Kau yang rugi nanti. Kalau aku ada pun. Kau kena jaga aku. Worthless la macam tu. Cari je la orang lain.”
Edry melepaskan nafas berat. “Aku boleh bagi King Cobra. Kau tak payah risau…” Nga! Betul rasa nak tarik rambut. Aku tak nak King Cobra. Aku nak kau. King Cobra tu nak buat apa?! Bukan boleh kahwin la!!
“Eei, tak faham bahasa ke? Aku nak kau. Aku tak nak farm kau ni. Kalau lepas kita kahwin, aku tak dapat apa-apa pun aku tak heran la. Cuma aku nak bahagiakan kau. Itu cita-cita aku. Dah lama! Aku memang sayang kau sejak first time aku datang sini.”
“Carilah orang lain.” Gadis itu berlalu bersahaja. Seolah tiada apa yang berlaku. Macam tak ada perkara serius pun yang dibincangkan sebentar tadi.
*****
2 tahun berlalu lagi, segalanya normal aje. Tak ada apa masalah. Nuzul tiba dengan senyuman mekar. Edry menyambut mesra. “Wei, lama tak jumpa~” “Kau la, jarang datang sini. Dulu selalu je. Ni dah kerja bagus ni, amboi!” “Heh, bini kau mana?” “Ada kat dalam.” “Dia okey?” “Alhamdulillah. Sihat je~”
“Woi, Nuzul! Datang tak jumpa aku dulu eh?” Qayyum menjerit dari farmhouse. Pucat betul muka dia. “Dia baru je sampai la~” Edry pula yang membalas. “Dah tu kenapa borak kat luar? Kenapa tak kat dalam je?” “Kau orang ni tak macam laki bini langsung la…”
“Kita orang okey je” Qayyum merangkul Edry lembut. Edry juga. Tersenyum. “Eh, Ed. Boleh teman aku pergi Bandar sekejap? Aku nak ambil barang la~”
“Oh, itu~” Edry memandang Qayyum. Selama hari ni tak pernah pula dia berenggang dengan isterinya tu. “Pergilah. Qayyum okey” “Ala, aku pinjam sekejap je. 30 minit nanti aku pulang la…” “Aku ok la…” Edry tersenyum. “I’ll be right back. Tunggu Ed balik tau.” Qayyum tersenyum cuma.
25 minit. Edry turun dari Harrier milik Nuzul. Suasana Animals Farm tu nampak lengang sungguh. Kosong~ Hatinya mula rasa tak sedap. Tergesa-gesa dia masuk ke dalam farmhouse. Bonda dan Auntie Jaz tersedu di sisi katil. Uncle Syam, bahunya ditepuk perlahan oleh Abang Lee. Haikal sudah meleleh air matanya. Uncle Rad dan Uncle Im dipandang. Uncle Im menggeleng memandangnya. Air mata rasa tak boleh nak keluar sekarang ni. Terkejut sungguh. Qayyum di atas katil ditenung redup. Tenang betul wajahnya.
*****
“Janji dengan aku, kalau aku pergi. Kau takkan nangis.” Qayyum berbaring di dada Edry yang bersandar lepak di batu besar di pantai itu. Mengahadap terus ke laut.
“Apsal kau cakap macam tu? Insya-Allah, kau akan selamat.” “Semua orang akan pergi.” Qayyum bicara logik. “Aku belum sedia nak hilang kau” Qayyum dipeluk erat. “Aku dah cakap dulu, kau yang degil” “Degil sebab kau.” “Nga?! Nak salahkan aku pula?” Ketawa Edry meletus. “Janji la , Ed” “Tak Janji. I’m gonna miss you anyway.” “Pray for me then. But cry me not” “I’m sorry Qayyum. I can’t but I’ll try it. Promise.”
Perbualan itu terulang tayang di tirai mata. Dah 3 tahun Qayyum pergi. Dah 2 tahun Julius mati. Kini hanya dia yang sendiri. King Cobra merapati. Menyentuh Edry dengan kepalanya. Seolah memujuk. “Heh, aku ok la~” Nafas dihela perlahan, dalam. “You know what, King Cobra? I wish I could come back to those days again. Really~ “
Dia terus bangkit dari duduk. Mega merah sudah jelas kelihatan. Ditarik King Cobra perlahan melewati pasir pantai dan pepohonan kelapa liar. I miss you, Qayyum Shafira. Al-Fatihah.
4.47 p.m
By Juann Fitri
www.cameo-grafiteedebut.blogspot.com
Was dedicated to everyone that involved in the making of ‘A Dream’
Everyone that really supportive and sincerely commented
Everybody that being my main source
Everyone that had read this story
Thank You.

0 comments