Friday, May 27, 2011

Best Friends Forever (Chap.10)

Tiara Resort, Port Dickson. Kaki melangkah mengikut Irsyad di belakang. Bilik No.13. Tersasar jauh dari bilik yang parents, abang ipar dengan adik-adik dia dapat. Memang la. And the only reason dia orang kena juga pakai bilik tu adalah~

“Mama kena pakai bilik ni sebab dia kat bawah, mama dah tua tak larat nak naik tangga. Mama tak tahan naik lif, mama pening. Adik-adik kamu kena duduk dekat dengan mama, sebab takut dia orang merayap tengah malam.”
Irsyad pandang Asyraf.
“Aku cop bawah.” Irsyad kecilkan mata. Tak bagi can langsung nak berhujah pun~ And at the end of conversation, dia orang la yang kena pergi memandangkan, Along Asyraf ada anak kecil yang kena diletak dalam kereta sorong bayi tu kalau nak berjalan mana-mana. Saat ni la rasanya, alangkah bestnya kalau ada anak bayi macam tu~.

“Aku cop katil~”
Slumber Irsyad tak berperasaan. Nuzfa hilang punca. La~ takkan aku pula yang kena tidur bawah ni~ Adeh… ni yang malas ni.
“Aku pergi sewa bilik sebelah.” Nuzfa dah berura-ura nak melangkah keluar.
“Gila kau! Mau di spot check mak bapak aku~” Budak ni la…
“Jauh la~ mama kan tak naik atas…”
“Kau jangan nak buat gila boleh tak???”
“Dah tu kau cop katil.”
“Kau nampak tak katil ni sikit punya besar…Kau tidurlah sini, aku tidur sini…” Tangan kanan Irsyad mengipas angin, menunjukkan tempat, sebelah sini dan sebelah sana.
“Geez~ aku tak nak…”
“Aku tidur tak lasak…”
Ye la sangat kan? Kalau sampai selimut berlilit kat badan sampai tak nampak muka dah tak lasak la tu kan?
“Aku yang lasak. Kot malam nanti aku tertendang kau ke… Selamat je esok pagi bangun lebam-lebam, nanti lagi mak kau musykil.”
“Nuzfa, kalau dah kena tendang aku bangun, aku bukan macam kau, bom meletup kat sebelah pun tak bangun…”
Ai, main kaso nampak? Tabuk pakai metatarsus dengan phalanges tau la~

Malam, usai makan malam di Perkampungan Nelayan, mereka pulang ke resort. Masih terbau-bau lagi Steamboat yang panas tu . Pergh~ sedap seh…. Irsyad, lagi best, dengan perut kenyang macam tu, terus dia baring. Buncit la kau nanti~. Nuzfa mengambil tempat di balkoni, menghadap laut. Suasana malam macam ni memang nyaman nya la~ Dia diam, enjoy the scene. Jarang dapat peluang macam ni. Kat KL? huh, Jenuh nak menunggu waktu lengangnya pun. Kat KLIA, Sepang? Tempat dia kerja nun? Heh, sampai bila-bila pun takkan dapat rasa scene yang macam ni…

“Oi, Nuzfa, kau nak duduk luar tu sampai bila? Dah malam… tak elok anak dara duduk kat luar. Kena embun jantan nanti…”
Nuzfa melirik dengan ekor mata. Suara Irsyad dibiar tak berbalas.
“Oi, aku cakap dengan kau ni…” Irsyad muncul dari balik tabir. Memandang dia cengil. Nuzfa pandang sekilas. Pandang depan balik, tak berapa lama, pandang Irsyad semula. Dia sengih… “Kalau dah ngantuk sangat tu pergi je la tidur…” Mata merah macam apa.
“Masukla, kita tutup pintu ni…” “Aku kat sini je, aku tak pergi mana-mana…”
“Dah malam…”
“Memang la malam, pekat gelap macam ni takkan siang??” Mamat ni la~ sudah terang lagikan bertorchlight… memang la malam, bulan mengambang purnama macam tu… apa la~.

Irsyad muka bengkek. Dia mengambil tempat di sisi Nuzfa, bersila di balkoni menghadap pantai. Nuzfa diam, tak berkata apa.
“Nuzfa…” Uik? Dia panggil aku ke?
“Asal?” Suara serius semacam je.
“Kau tak ada feelings ke dengan aku?” Apahal pula ni? Malam-malam buta ni nak buat sesi luahan hati dan perasaan ni? Kot ye ngantuk sangat sampai mimpi…
“Kenapa…”
“Saje… tak ada reason.” Bicara Nuzfa dipotong.
“Tah la…” Dia alihkan pandangan. Heh, memang la aku tak nafikan tu semua, Irsyad… duduk satu bumbung dah dekat setahun… Tipu la kalau aku cakap aku tak ada feeling kat kau. Sebelum ni pun, aku ada je simpan perasaan kat kau, tapi tu sebelum kau bercinta dengan best friend aku la… Dan since then, aku memang jadi perempuan tak berperasaan la, mungkin sebab aku dah jadikan kau tu macam kayu pengukur untuk aku cari crush . Maybe…

No comments:

Post a Comment