Friday, May 27, 2011

Best Friends Forever (Chap.9)

Rumah Pn Norita hari tu nampak meriah sungguh, semua anak menantu dia balik… ada benda nak di discuss. Entah apa la pun, sampai Nuzfa yang kerja overtime tu kena balik juga walaupun sampai rumah dah area pukul 10 malam. Yang Irsyad pula dah awal-awal cabut, balik kerja terus lari rumah mak dia. Betul la mamat tu~.Tiba aja dia kat rumah mak mertua dia tu, memang bersepah kereta sini sana tak tahu nak parking kat mana. Dengan kereta Carerra G3 Irsyad, dengan Porche abang dia sebiji. Dengan Peugeot adik dia yang seorang tu. Kereta Toyota Stream bapa mertua dia. Kancil adik dia yang paling kecil. Nuzfa melangut seketika sampai Irsyad mengetuk tingkap kereta. Cermin kereta diturunkan.
“Keluar la… semua orang dah sampai…”Irsyad menghadap dia di dalam Harrier tu.
“Ada apa sebenarnya?”
“Entah aku pun tak sure.”
“Memang kena tidur sini la hari ni?”
“Kau nak balik malam-malam buta ni?”
“Okay je…” Irsyad melangit. Seboleh-bolehnya la pun minah ni~… Tak nak sebilik dengan aku la tu… Nuzfa melangkah keluar, mengikut jejak Irsyad yang dah berjalan dulu di depannya.
“Ha~ sampai pun…” Mama Norita tersengih di sofa, mengahadap buah tembikai susu yang dipotong untuk pencuci mulut.
“Dah makan Nuzfa?”
“Dah~ tadi…”
“Mari join kita orang…” Kak Aisya , merangkap kakak ipar dia tersenyum mesra. Nuzfa membalas dengan senyum juga, tapi tawar benar, memang nampak dia betul penat. Nuzfa melangkah ke sebelah Irsyad, duduk di atas permaidani menghadap tv. Entah cerita apa dia pun tak ambil pusing. Tembikai susu yang dah sedia terhidang tu disambar sepotong.
“Mama nak kau orang datang ni sebab nak discuss something~”
‘dah sedia maklum….’ Nuzfa buat toya.
“Mama dengan papa nak buat family day…”
‘apasal pula?Tiba-tiba je~’ Hati berbisik sendiri.

“Kita akan buat di PD for several days…”
“Berapa hari?”Along Asyraf yang bertanya.
“4, 5 hari?” “Whoa! Baik cakap seminggu je…” Irsyad.
“Irsyad , kamu jangan nak banyak cerita. Dah la tak pergi honeymoon, nak buat family day lama sikit pun bising.Asyik dengan kerja je, kesian Nuzfa.”
‘Uik?Aku ke?’
“Nuzfa ni pun… ajak la, Irsyad ni pergi honeymoon. Kalau tak diajak jangan harap dia nak pergi…” Dan Nuzfa.. hanya mampu tersenyum. Aku ni la~. This is the only reason yang membuatkan aku malas nak balik sini. The same old story… So what if we don’t want to go honeymoon. Bukan mati pun…

Bilik tepi tangga tu kini sunyi sepi. Walaupun jarum jam dah mencecah angka 12 tapi lampu masih belum bertutup. Irsyad di sofa melanding sempoi. Yang si Nuzfa atas katil, masih dengan percaturan nak ambil cutinya…
“PD, 4-5 hari…Aku rasa aku tak lepas la~”
“Kau workaholic sangat la…” Irsyad.
“Kau cakap aku ke?” Nuzfa melangit. Dia tak sedar ke dia pun spesies homosapien macam aku juga?

“Aku gerenti Alai tak kasi aku cuti la…”
“Dapat, yakin la sikit. Baru nak ambil cuti, lepak a…”
“4-5 hari wei, kalau 2-3 hari tu ok la…”
“Tu namanya bukan bercuti, tu flying visit namanya…” Nuzfa bagi jeling sedas. Ada pula Irsyad ni.
“Tido~ Malam…” Nuzfa berpaling mengereng ke sebelah kanan.
‘Heh, Nuzfa, Nuzfa… kau memang seboleh-bolehnya nak lari dari aku kan?’ Irsyad melirik memandang belakang Nuzfa. Mata dipejam. Semoga mimpi indah~

No comments:

Post a Comment