Bab 1 :
Grosteque’. Lagu itu bergema di corong pemain pita rakaman. Shao duduk menghadap skrin tv kecil dihadapannya. Mulutnya terkumat kamit mengikut alunan lagu itu yang telah sebati dengan lidahnya sejak 6 tahun lalu. The Suzumiya,band yang diminati tatkala itu. Namun semenjak vocalist Suzumiya itu pergi meninggalkan dunia ini, band itu terus mati. Mati bersama penyanyi utamanya. Dia culas. Mengapa harus begitu, bukankah perjuangan mereka masih baru? Kumpulan itu baharu sahaja tumbuh tunasnya, namun semenjak peristiwa itu, mereka terus menghilangkan diri. Kali terakhir dia mendengar berita mengenai kumpulan itu adalah melalui temuramah antara pihak media dengan Yuki, keyboardist kumpulan itu yang tak memberi banyak komen.
Azul melangkah masuk ke HBC Club Room yang memang telah disediakan oleh pihak universiti untuk mereka setelah mereka memohon untuk mengadakan sebuah Club bagi pejuang muzik Indi di universiti itu. URM , Universiti Royal Malaysia. Azul terhenti dimuka pintu. Grosteque’. Dia kenal lagu itu. Dia melabuhkan duduk di sebelah Shao yang tak berkelip menonton pita rakaman yang dah lama tu.
“Kau tengok D’nshy tu main, gila professional padahal umur time ni baru 12 tahun.” Shao bicara kepada Azul. Azul menyengih. Masakan dia boleh lupa sedang sewaktu konsert iu berlangsung secara LIVE dia ada disitu. Dipanggil menjadi artis jemputan bagi memeriahkan concert The Suzumiya LIVE In Tokyo Harbour. Tatkala itu dia masih dengan Miracle Monday, band yang dahulunya boleh dikatakan famous juga. Namun, 5 tahun lalu, dia telah menarik diri dari kumpulan itu dengan alasan nak tumpu pada pelajaran. Sedangkan dia frust menonggeng time tu. Hatinya tak boleh menerima hakikat yang The Suzumiya dah terkubur macam tu aje. Betul, bukan Shao seorang sahaja yang meminati band The Suzumiya itu, dia juga tak ketinggalan. Dan dah dekat 5 tahun juga dia menyimpan dendam terhadap kumpulan itu. Kalaulah The Suzumiya itu ada didepan matanya tatkala ini, memang habis mereka dihamburnya.Entah mengapa dia begitu emosi kalau bab-bab macam ni. Fanatik sangat ke dia tu?
“Berapa kali kau nak ulang tengok benda ni, Shao?” Azul menyoal. Muka slumber. “Entah, seronok, aku tak ada kat sana, Cuma aku dapat tengok diorang LIVE kat KL sebelum diorang buat tour kat Tokyo Harbour.Tengok banyak kali pun tak bosan. Skill diorang, Pergh! Kau tengok R’yans. Bass dia 6 tali tu.”
Betul. Skill yang tak perlu lagi nak dipertikaikan. Ada juga dia dengar, The Suzumiya tu cuma ambil the best musician sahaja. The Best Musicians For The Best Performances.
“Benda ni lagi…” Ceri terus duduk bersila disebelah Azul. Shao hanya tersengih. Grosteque’ dah berganti dengan It’s A Private Stuff! “Bila budak A-Level masuk ha?” Ceri menyoal tiba-tiba. “15 ke 16 , cam tu a…” Azul membalas. “Asal, kau nak scan lagi ke?” “Lebih kurang la…”
“Yang lain mana?” Shao menyoal Ceri. “Kay tak habis kelas lagi, Acap dengan Ijul kat Café , Syafiq ada discussion dengan Kelab Fotografi untuk pendaftaran budak-budak A-Level tu a…”
Azul dan Shao mengangguk serentak.
Lantas ketiga-tiganya mendiamkan diri. Pandangan dihalakan tepat ke skrin tv. It’s A Private Stuff! Dah bertukar dengan rentak lebih ganas. Lagu Let’s Shout Out! memecah speaker. Kedengaran hentakan bass yang mengancam dari Pedula MVP AA R’yans. Bunyi guitar current KV2T King V D’nshy yang bersih . Libasan drumstick Kyon di drum berjenama Yamaha juga tak kurang hebatnya. Dan D’nshy bertukar tempat dengan Suzumiya yang tatkala itu mengambil tamborin berdekatan Yuki yang sedang menekan kekunci keyboard. Bergaya sungguh. Suara D’nshy memecah alunan muzik. Suara yang ada kekuatan sendiri. Bukan Haruhi je yang boleh menarik perhatian. Dia juga. Dan sebab tu The Suzumiya punya kehebatan sendiri di pentas seni.
0 comments