Bab 2 :
“Welcome to A-Level Troopers” Banner tu terbentang luas dihadapan pagar URM. Memang hari tu tempat parking pun tak muat. Dianggarkan ada lah dalam 320 orang pejuang-pejuang A-Level yang akan belajar disitu untuk beberapa bulan kesemuanya. Kereta Harrier bernombor plat WNE 5370 itu meredah lautan kenderaan yang pelbagai jenis di lot parking URM tu. Terus ke Dewan Besar yang terletak di hujung Blok Istana. Pintu belakang terbuka, seorang gadis melangkah keluar. Sekali pandang macam pengamal black metal. Dua kali pandang, macam kenal la pula.
Gadis tu datang dengan style santai, jeans straight cut dipadankan dengan T-shirt lengan pendek Tom Girls bewarna hitam yang sengaja dibeli saiz L. Nampak gedabak je dia pakai.Namun, dia selesa begitu. Tangan kanan berselirat dengan rantai entah apa-apa entah. Tangan kiri memakai hand banned bewarna hitam yang ala-ala rocker punya. Tersarung 3 bentuk cincin sekali gus di jari manis,telunjuk dan jari hantu. Wajah gadis itu pula nampak bersih, namun bahagian mata yang paling menonjol. Celak entah berapa inci dipakai, tebal semacam. Rambut yang dipotong style Victoria Beckham tu hitam berkilat dipanah cahaya matahari. Memang lain dari yang lain la. Dia menapak ke Dewan besar yang dah dipenuhi dengan orang dari pelbagai ceruk bumi. Discan satu-satu. Tak ada yang dia kenal. Terus kaki diatur ke booth Engineering yang terletak berhadapan dengan booth Business Admission di hujung sebelah kiri.
Ceri yang tengah sibuk menulis sesuatu pada fail admission terhenti sekejap apabila gadis itu memberi salam. “Wa’alaikumsalam, ada apa boleh saya bantu?” Dia mendongak, memandang gadis itu. “Masya-Allah” Sepatah dia bicara apabila mata wajah gadis itu menyapa pandangannya. Gadis itu buat tak dengar. Terus dia memberi nama penuh. “Dania Nur Nina Batrisya Shafira Binti Mansur Yazid Shah. A-Level Of Aircraft Maintenance Technology”
“Err, I’m sorry, pardon me?” “Here” Gadis itu menunjukkan namanya dikertas admission Ceri.
“Ok, here, your file, and this’s your room key, you’ll stay in 29-4 Blok D, Wing A,4th floor”
“Thanks” Pantas gadis itu berlalu. “Macam kenal la.” Ceri bicara sendiri.
Gadis itu melangkah semula ke kereta Harriernya. Tak lama selepas itu, Harrier itu meluncur laju meninggalkan Dewan Besar terus ke Blok D. Barang-barang diangkut turun dari kereta, terus dibawa ke tingkat 4 itu. Pintu dikuak perlahan. Tak berkunci, maknanya dah ada orang. Dua orang gadis menyapa pandangan. Terhenti dia sekejap dihadapan pintu. Gadis berdua itu diperhati atas bawah. Yang seorang style gothic. Rambut cutting certain-certain panjang, certain-certain pendek. Bahagian rambut yang panjang tu didye warna purple gelap. Dia pakai inner kemudian sarung cardigan, seluar jeans female cuttin’ tu pula dilipat sampai aras betis. Celak kat mata pun tebal dekat satu inci.Gadis tu tersenyum. Beralih pula kepada gadis yang duduk bersandar di sisi katil, rambut panjang tak panjang la aras bawah bahu dipotong layer.Rambut depan lebih panjang dari bahagian belakang. Baju berglitter-glitter bling-bling. Seluar jeans skinny warna hitam. Tangan yang masih didalam beg tak dapat nak ditengok. Terkedip-kedip gadis tu merenung dia. Perlahan dia mengoyak senyum. Gadis itu membalas.
Barang-barang diangkut masuk. Setelah bersalaman dengan ahli keluarga,dia menghantar mereka ke tempat kereta diparkir tadi. Tatkala Harrier tu dah hilang dari pandangan, dia menjengah masuk semula ke biliknya. “D’Chantal” Gadis baju berglitter tadi menghulur salam perkenalan. “A-dye” Seorang lagi menyapa mesra. “D’nshy” Dia membalas ikut protokol. “Suzumiya D’nshy kan?” D’Chantal menyoal. “Kan dah lama~” D’nshy membalas. “Lama tak lama la, kipas-susah-mati ni” “Kipas-susah-mati… die hard fan, haha” D’nshy tergelak kecil. “Kan betul D, aku dah cakap.” A-dye menyengih. “Full nick please!” D’Chantal menjeling. A-dye dan D’nshy ketawa cuma.
Tepat jam 3 petang, pintu bilik dikuak kasar. D’nshy,D’Chantal dan A-dye berpaling serentak. Seorang gadis muncul dengan beg roda besar ditangan kiri dan Box hitam dibahu kanan. Terpampang besar tulisan A-yen tu terpahat pada box hitam tu. Gadis itu nampak terkejut dengan kewujudan mereka bertiga. Pantas dia menyengih. “Ingat tak ada orang tadi” Ketiga-tiganya memabalas senyumnya. Gadis yang dianggap glitter glam white chick bila dipandang sekali imbas. Kecantikan tulen. Betul. Rambut panjang aras bahu. Dibiar lepas macam tu je. Tangan sebelah kiri pakai hand sock berbelang pink hitam. Tangan sebelah kanan berselirat dengan gelang wayar warna hitam. Adalah dalam 4,5 bentuk. Pakai skinny jeans dan kasut high-cut paras betis. Satu lagi style gempak yang dilihat hari ni.
59-2. Nombor yang tertera di kunci bilik itu ditatap lagi. Penat sudah dia berjalan dari hujung sana ke hujung sini. Mendongak melihat satu-satu nombor yang tertera pada pintu bilik. Sengal tengkuk dibuatnya. .Rambut pink hitam style Avril Lavigne tu disanggul. Panas! Last door. Dia mendongak. Na! Akhirnya. Hati melonjak girang. Pantas pintu dikuak. Seorang gadis dah bersantai hebat diatas katil. Gadis itu membuang pandang padanya. “Cinderella kan kau?” Gadis itu memekik sendiri. Laju dia mengangguk. “A-T!A-T!” Gadis itu memperkenalkan diri. “Shi-Raie” Kemudian excited A-T bercerita tentang Cinderella. Shi-Raie, layan…
Tak lama lepas tu, kedengaran orang bergelak ketawa diluar. Dua orang gadis muncul. Yang seorang dah basah kuyup, yang seorang lagi masih ketawa sakan.
“Syaz, kau kenapa?” A-T yang kerja senyum semedang tu terkejut melihatkan temannya yang basah.
“Kau nak tahu? Minah ni kena sembur dengan paip kat tandas bawah nun. Punyalah dia terjerit-jerit tadi, aku ingatkan apalah, rupanya… haha”
“Diamlah, Qisty, ha ni, orang baru kan?”Syaz menyoal pada Shi-Raie. Shi-Raie mengangguk mengiyakan, “Aku ingatkan kau, jangan pergi tandas bawah tu memang bawa malang. Geram betul aku…” Makin menjadi-jadi gelak Qisty. “Lepak a Qisty…”A-T bicara. Qisty terus lepak panggung di katil berhadapan A-T. “Kelakar sangat. Kalau kau tengok reaksi dia time tu…Huhu… Oh, hi…” Dia bicara pada Shi-Raie. “Oh, ye… nama siapa?” Syaz menyoal gadis tu. “Shi-Raie…” “Nama aku Syaz. Yang terkekek macam gila tu pula… panggil je dia Crazy…Tak ada masalah.” “Woi! The name Qisty e…”.Pecah gelak mereka berempat, tak bertapis langsung.
Syaz, dipandang sekali imbas, macam pelakon Korea Park Shin-Hye. Comel semacam. Rambutnya panjang mengurai. Betul comel.
Qisty pula, spesies happy go lucky, tengok sekali memang macam tak pernah ada masalah. Boleh tahan juga orangnya.
A-T, gadis yang kerjanya asyik senyum sokmo. Tak pernah lekang dengan senyuman, Attitude sangat santai.
0 comments