Bab 3 :
Dewan Besar, hari ni dipenuhi dengan pelbagai bangsa dan aneka kategori jenis manusia. Membanjiri segenap ceruk dewan, dari hujung kiri sampai hujung kanan. D’nshy,D’Chantal,A-yen dan A-dye berjalan beriringan memasuki dewan.Sementelah mereka melabuhkan duduk, Tuan Pengarah URM memulakan sepatah dua kata. Yeah, sepatah dua kata lah sangat, D’nshy memandang A-yen disebelah.Tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Bibir terukir senyum nipis segaris. A-dye di kanan dipandang sekilas, duduk steady tegak memandang straight ke depan . Tak bergerak-gerak. Rupanya, duduk je steady, mata pejam. Kepala menggeleng sendiri. Cuma dia dan D’Chantal masih melayan Tuan Pengarah tu berbicara. Bercakap ala-ala bagi ceramah politik.
Tak berapa lama dia melayan perasaan, tersentak dia sekejap apabila terasa ada aura lain macam. Mata merenung punca kejadian. Seorang gadis berambut pink hitam tu memandang dia tajam. Betul la ni ‘demo la ni tok supo mulo, tak berani kawe nok tego, tengok kerling ujung mato’
D’nshy mengalih pandangan. Duduk dah tak seselesa tadi.
“Kau kenapa Shi-Raie?” A-T, teman sengih semedang tu menegur. “Tu bukan Suzumiya D’nshy and The RQ ke?” A-T mengangguk. “Betul la tu.” Dia turut memerhati tempat yang sama. Kagum bercampur-baur dengan curious. “Patutlah macam kenal…”Cara Shi-Raie bertutur tu lain macam. Tak lama lepas tu dia bangkit. Keluar dari dewan. Entah ke mana, A-T sendiri tak tahu. “Ke mana dia?” Qisty menyoal. A-T sekadar mengangkat bahu. Syaz yang dah terkedip-kedip mata tu dipandang sepi. “Apsal ha?” “Entah”
Tepat jam 12 tengah hari, sesi orientasi berhenti seketika untuk berehat. Segera kaki D’nshy,D’Chantal,A-yen dan A-dye mengatur langkah keluar. Tak tega mereka nak duduk disitu lama-lama. Tatkala kaki sebelah dah menjejak lantai luar, sebatang tangan menahan dari depan. Terkebelakang mereka dibuatnya. “Kau D’nshy The Suzumiya kan?” Shi-Raie menyoal lantang. Tak kira dendam yang disimpan kian lama tu memang nak kena diselesaikan hari ni juga.
“Ya, tapi benda tu dah lama…” D’nshy membalas tenang. “Kalau betul kau The Suzumiya kenapa kau tak pertahankan band tu?” Shi-Raie menapak selangkah ke hadapan. “Yang kau emo kenapa?” “Mesti, kalau betul kau ni hebat sangat kenapa tak protect kumpulan kau dari bubar?”
“Aku tak ada kuasa nak menghalang.” “O~, maknanya kau nak kata kau ni hebat a?” D’nshy dah hilang punca.Tak tahu mana hala tujunya perkelahian ni. “Kalau kau ni hebat sangat, aku nak tengok skill kau sekarang, sama lagi tak dengan dulu, atau kau bajet famous je nak guna nama Suzumiya D’nshy tu sampai sekarang sedangkan kau tak menyumbang apa-apa pun untuk band kau.” D’nshy terkedu. “Kalau berani, datang Trapezium Teta esok , kita fight guna instrument kita. Pukul 12.” Pantas Shi-Raie berlalu.
D’nshy memandang keliling. Rata-rata semua orang disitu sedang memandangnya. ‘Siapa minah tadi tu?Tiba-tiba je…’ Bahu terasa disentuh seseorang. “Rileks, D’nshy. Kau fight je dia. Tunjuk skill kau”D’Chantal bicara. “Ganbatte!” A-yen mengepal buku lima.
“Shao!Shao!” Ceri berlari memasuki HBC Club Room. Sementelah dia masuk, 6 wajah menyapa mata. “Semua ada kat sini?Baguslah!” “Apa yang bagusnya?” Acap menyoal.
“Shao, Suzumiya D’nshy dengan R’yans ada kat sini.”
“Huh?”
“Gapo dio?”
“Kobondo e jang?”
“Mu biar bonar?”
“Hang jangan men-men”
“Atte , Mike buat lawak ke?”
“Korang ni la, aku tak main-main la… betul, serius, aku jumpa D’nshy masa pendaftaran hari itu. Tapi time tu aku tak pasti lagi, ni tadi, kau kenal band Cinderella?”
“Band yang tersenarai kat Guitar Station punya kontrak tu eh?”
“Ha, betul la tu, esok, drummer dia, entah ke sapa nama dia aku pun tak tahu, cabar D’nshy lawan skill instruments.”
“Heh?”
“Nga?”
“R’yans pula aku…” “Betul la budak D’nshy tu ada sini?” Shao dah membangunkan badan. “Aku tak habis cerita lagi…” “Ceri~” “Betulla, esok diorang fight kat Trapezium Teta pukul 12, tapi aku tak tahu la D’nshy datang ke tak esok…”
“kau jumpa dia tadi kat mana?” “Dewan Besar”
Tak bertangguh, Shao menggarap beg sandangnya lalu dia terkocoh-kocoh kelur dari HBC Club Room.
“Fanatik sungguh la mamat tu” Syafiq menggeleng. 10 saat kemudian, Shao muncul lagi, mengambil kotak hitamnya yang tersandar di belakang pintu. “Chow” Dia menjerit sedikit.
Dah nak masuk 2 jam dia tawaf satu URM tapi memang tak jumpa. Ceri ni betul ke tak… ke saja je nak perdajal aku ni? ‘Huh…’ Shao mengeluh panjang, duduknya dilabuhkan di bench kosong di Pavillion Sigma di tengah URM tu. Mata merenung kosong deretan bench-bench kosong yang lain. Jam ditangan dilirik, pukul 4.30 dah, Patutlah. Kebanyakan student di situ dah habis kelas, padanlah pun Pavillion Sigma ni lengang je.
“Tak jumpa ke?” Ijul, keyboardist macho yang muka slumber all the time tu duduk disisinya. “Tak ada” Kecewa betul bunyinya. “Aku nampak R’yans kat Hall Digma” “R’yans nanti-nanti boleh cari~” Ijul tersengih. “Kau ni macam orang angau je” Ijul bicara kepada Shao yang muka dah tak boleh nak baca. “Main-mainlah kau…”
0 comments