Monday, May 30, 2011

The Silent Melodies(Chap.4)

Bab 4 :

Bilik 29-4. D’nshy menyandarkan tubuh pada kepala katil. KV2T King V, gitar legend yang diberi nama The Royal Quartz tu disangga di paha. Tangan kiri menekan kod. ‘Lama dah tak main…’ Tangan kanan memetik tali gitar. Bunyi masih smooth macam dulu, tapi tangan dah rasa kejung sikit. Jari diketap-ketupkan, menghilangkan rasa sengal. Sekali lagi kod ditekan. Grosteque’ dilagukan.

“Kau dah lama tak main ke?” D’Chantal yang memerhati dari tadi menyoalnya. “Ada la dalam 2,3 tahun” D’nshy sengih sendiri. “Ajar aku not Kill You.” D’Chantal turun dari katilnya. Membongkok ke bawah katil. Satu box hitam dikeluarkan.

“Pergh!Draco tu!” D’nshy meloncat turun dari katil ,mendapatkan Draco Bc Rich D’Chantal yang baru dikeluarkan.

“Turn Railed Pick up nampak? Pick up Rock santak gedabak. Bunyi mesti best ni”

D’nshy melagukan Kill You pada gitar D’Chantal.

“Berat dan Bersih… I like…”

“Tapi, aku minat RQ kau. Aku cari tak ada… yang ada Prelude punya…”

“O~ aku tak suka yang tu, bentuk memang sama, tapi bunyi tak best, lagipun dia tak ada Interior Black Hardware”

“Scale dia berapa eh?”

“24 ¾ scale. Pick up Humbucker Seymour Duncan.” D’nshy menjawab lantas Draco D’Chantal diserahkan semula kepada tuannya. “Ajar la…”

D’nshy menekan not B, kemudian dia laju memindahkan jari pada not D major.D’Chantal perlahan mengikut.

“Kau cabar dia terang-terang cam tu, kau tak takut ke?” Syaz menyoal. Shi-raie menggelengkan kepala. “Sebenarnya aku teringin nak main dengan dia. Skill dia memang tak ada orang boleh pertikaikan. Aku pun nak juga merasa…”

“Tapi aku rasa cara kau tu dah salah ni… lawan terang-terang?”Qisty menggeleng.

Shi-Raie sekadar tersenyum. ‘Diorang ni tak tahu lagi aku siapa… tengoklah esok… Aku Shi-Raie Cinderella la…’

12 tengah hari tepat. Shi-Raie dah sedia menanti di tengah Trapezium Teta dengan drum dia yang dah diangkut beramai-ramai bersama beberapa sumber tenaga manusia. Dia pandang keliling, ramai orang disitu. Memang mereka sengaja berkumpul untuk menyaksikan fight instruments tu. Tapi, D’nshy tak juga muncul-muncul. “Dia tak berani datang kot…” Syaz bicara sambill mulut mengunyah Wreigley’s Chewing Gum. “Tak kanlah… kejap lagi dia datang la tu… on the way kot…”

“Kau tak pergi ke D’nshy?” A-yen yang dah siap-siap tu memandang D’nshy yang masih silang panggung di atas katil. “malas la…” “Kau jangan, nanti diorang panggil kau pengecut pula…”

“Lantak a…” D’nshy membaringkan badan. Memandang siling yang putih tu. Otak tak fikir apa pun.

“Oi! Kau tak siap lagi?” A-dye bersuara apabila dia terlihat D’nshy sedang bersantai-santai di atas katil. “Kau nasihat la dia ni sikit… aku dah malas.Dah berbuih dah mulut aku nak bercakap dengan dia ni. Dah macam shokubutsu. Satu pam banyak buih. Shokubutsu, bagusnya~” A-yen menggeleng sambil duduk di kerusi study. “D’Chantal dah tunggu kat sana tahu? Berkobar-kobar dia nak tengok kau…”

D’nshy bangkit dari perbaringannya.Senyum tersungging di bibir. RQ dicapai dengan tangan kiri. Tangan kanan pula membuka laci meja study, pantas string glove itu disambar kasar. “Aku pergi,aku pergi” Cap Quiksilver yang digantung di tempat penyidai telekung itu dicapai lalu dipakai di kepala. “Celak kau tak pakai?” A-yen menyoal. “Not feelin’ to” D’nshy membuka pintu lantas keluar. A-dye dan A-yen menyusul di belakang.

“Hai,D’Chantal kau tunggu siapa?” D’nshy berbisik di telinga D’Chantal yang terjengah-jengah di lautan manusia tu. “Aku tunggu D’nshy, kata nak fight hari ni. Kau nampak dia?” D’Chantal menoleh. D’nshy menjengah di lautan manusia tu pula. “Tak ada… kau?” D’nshy mengalih pandang semula kepada D’Chantal. D’Chantal dah muka masam. “Kau ni apahal? Pergilah sana.” Suara tanpa nada. “Ye,ye” Lautan manusia itu dipecah-belahkan. Tak berapa lama, dia sudah sampai dihadapan Shi-Raie.

“Nak fight macam mana ni?”

Azul dan Kay terhenti di Trapezium Teta. Pelik tengok ramai sangat orang berkumpul.

“Pasal Battle Instruments tu ke?” Kay, mamat yang muka ala cute selenga tu memandang Azul. Azul mengangkat bahu, pantas mengatur langkah ke sana. Kay hanya mengikut di belakang.

Shi-Raie dah mengambil tempat. Senyum di bibir di ukir.Sengaja. Drumstick dicapai. Mata melirik D’nshy yang sedang mengeluarkan RQ dari boxnya. Kagum dia sebentar. 6 tahun dia pegang RQ, masih cantik macam dulu, tak calar pun. Berhabuk pun tidak. D’nshy menyelimpangkan RQ di bahu. Belum pun sempat dia nak menyelesakan diri, Shi-raie dah mula memukul tong drum. Paramore, That’s What You Get! Tanpa sedar, tangan mula mencari kod. Gitar dipetik. Bunyi nyaring dan bersih. Shi-Raie tersengih . Pukulan berubah rentak. Kali ini, Chorus Predictable, Good Charlotte berdentum di tengah Trapezium Teta. D’nshy dah berkerut kening, cuba mengingat lagu apa. Perlahan gitar dipetik, memecah bunyi drum yang galak dipukul Shi-Raie.

“Boleh tahan.” Kay bercakap sendiri. Azul diam dari tadi, tak memberi apa-apa komen. Matanya Cuma bertumpu pada D’nshy yang terkial-kial menyesuaikan diri dengan cara perlawanan tu. Disconnected, Red Jump Suit Apparatus mengalih gema. Dan kini dah masuk lagu yang kelima.

D’nshy terangguk sendiri. Tangan berlari menukar not baru. Bibir tersungging sengih.Red Jump Suit Apparatus bertukar rentak.Kins And Caroll mengambil alih. Shi-Raie terhenti sekejap.Kemudian dia masuk semula. Baru dua tiga kali pukulan Shi-Raie mengenai tong drum,D’nshy menukar lagu.Skillet,Hero meniti di tali gitar RQ. Shi-raie berkerut kening.Layan… Tak lama, Fuwa Fuwa Time memasuki rentak. Shi-raie ternganga. ‘lagu apa ni?’ Dia terhenti sendiri.

“Yes!” D’Chantal terlompat kecil. “Mana aci masuk K-On pula.” Kay membebel sendiri. “Syarat tak kata tak boleh pun” Azul memandangnya. “betul juga” Kay menggaru kepala yang tak gatal. D’nshy mendatangi Shi-Raie. Salam dihulur. “D’nshy” Shi-Raie bangun. “Shi-Raie” “Cinderella,aku tahu” Shi-Raie menyengih. “Skill kau masih macam dulu.tabik a~” “kau pun boleh tahan…” Shi-Raie mengangkat bahu. “Blah eh, sakit jari. Lama aku tak main” D’nshy melangkah pergi. “Bila-bila nanti, kalau terasa nak jamming, panggil la aku”Shi-Raie separa menjerit. Tangan kanan dilayangkan .

Azul memerhati gerak gadis itu. Kaki mengikut. “Eh,Zul kau nak pergi mana?” Kay menyoal. Kaki terhenti. Kay ditoleh sekilas, kemudian hala tuju diteruskan lagi.

“D’nshy!” Azul berhenti lagi.Kelibat Shao menyapa mata. Bahu diangkat, kaki berpusing 360 darjah. Terus mengajak Kay ke HBC Club Room. “Kau ni sekejap ke sana, sekejap ke sini, peningla aku” Dia sekadar tersengih membalas kata-kata Kay.

No comments:

Post a Comment