Monday, May 30, 2011

The Silent Melodies(Chap.5)

Bab 5 :

'Cause when I'm with him I am thinking of you

Thinking of you, what you would do

If you were the one who was spending the night

Oh, I wish that I was looking into your eyes

Pintu bilik 59-2 itu terkuak tiba-tiba.Shesh! Kacau sungguh! Qisty meletak gitar akustik Orange Caribow tu ke tepi katil. A-T menyengih di muka pintu.Main pintu pula budak ni~. “Wo! Suara kau boleh tahan…”A-T bicara lantas duduk di katilnya, menghadap gadis itu. Qisty menyengih. “Biasa je…” “Tak,serius…sedap.Kau tak menyanyi kat mana-mana?” Qisty menggeleng kepala. “What a waste.” “Aku tak fikir pun nak serius menyanyi. Suara aku tak sedap mana pun.”

“Heh, merendah diri la konon.” Syaz dan Shi-Raie muncul entah dari mana. Setin Coca Cola dihulur kepada Qisty manakala A-T menerima setin Sprite. “Thanks…”

“Hei, 3 March ni ada sambutan untuk Troopers tau. Nak buat persembahan tak??” Syaz menjungkit kedua belah keningnya. “Isyh, tak kuasa segan aku!” Qisty menggeleng tak henti. “Bukan kau sorang la… dengan aku…” “Kau nak main apa?” “Eee… aku tahu main benda tu je la.” Mata melirik konsol dan DJ set dihujung meja study. “Kau nak suruh aku rapping ke?” Mata Qisty membulat. “Ala, kalau kau nyanyi, aku putar mixer pun ok…” “Tak kerja!”

Pantas Qisty membangunkan dirinya, menuju ke bilik air. “Shi-Raie?” Shi-Raie yang sedang khusyuk menghirup F&N Ice Cream Soda tu terbatuk sekejap-sekejap. “Gila kau!” “Semua tak nak. Kata nak aktif. Poyo la kau orang ni tau tak?” “Poyo tak poyo la. Kau nak buat, buat sorang-sorang. Jangan nak ajak aku malu sekali.” “Hei, jangan cabar aku. Kalau aku famous nanti, jangan mengada nak tumpang popularity aku eh?” “Huh?!”

“Ei, menyampah sungguh aku dengan Tyson ni la. Macam-macam dia suruh aku.” Acap, mamat muka ala-ala Yamashita Tomohisa tu mencampak sehelai kertas yang telah diklipkan di atas board.Rata-rata keenam-enam ahli HBC yang lain menjengah kertas itu. “Tu la siapa suruh beria nak pegang jawatan pengerusi projek tu. Kan dah payah.” “Ei, tolong sikit eh? Bukan aku yang nak. Tyson tu yang pilih.” “Yang kau tidur dalam kelas tu apasal?” “Mana la aku tahu dia perasan aku tidur. Selama ni aku tidur aman je, tak ada apa pun.” “Benda ni?” Syafiq yang sibuk menggilap DSLRnya bicara. “Troopers welcoming show. Entah apa entah orang tua ni. Sejak bila entah. Muka ni juga la yang kena mencari siapa nak buat performances malam tu. Perintis, penapis baru la apa la. Nak perempuan pula tu mana nak cari?Siapa je perempuan tahu main musics instrument kau cakap sikit kat aku?” “Budak Suzumiya tu kan ada. Si Cinderella tu pun tahu. Tak kan tak ada link?”Azul bicara slumber. Tak memandang pun. Matanya lebih ditumpukan pada Shout Awards di televisyen kecil di HBC Club Room.

“Shesh! Aku nak bercakap dengan perempuan ni dah satu masalah besar kau tau tak?”

“Cap, aku tahu la kau tu sekolah Alam Shah dulu, takkan terbawa-bawa sampai sekarang kot?” Ceri tersenyum sinis. “Kau jangan nak sinis aku la Ceri. Aku tumbuk kau lunyai sat lagi.” Ceri ketawa lepas. “Wei, guys kau orang kena tolong aku. Takkan nak biar aku terkontang-kanting sorang-sorang macam ni.” “Ha’ah terkontang-kanting sorang-sorang. Habis aku ni?” Ijul, mamat macho yang slumber all the time tu bicara. “Kau exception la.” Acap tersengih. Ijul jeling sedas. Ada ke babitkan dia dalam benda Troopers Welcoming Show ni. Jadi penyelaras pentas pula tu. Ada ke patut. Time terima watikah tu memang rasa nak gulai aje si Acap tu. Sabar je aku ni la.

“Eh, dah la… cakap fasal ni sampai bila pun tak habis. Ni kau orang ni on tak? Guitar Station sabtu ni?” Shao yang diam sedari tadi berkata juga akhirnya. “On je.” Kay. Yang lain mengangguk.

Heritage Mockingbird Special. Gitar tu akhirnya dikeluarkan juga dari tempat bersawang tu. A-yen meniup habuk pada gitar mahagony tu lalu memetik tali-tali tebalnya. Bass berwarna merah tu kemudiannya beralih tangan. D’nshy merenung tajam. “Macho~” “Macho memang macho, tapi aku tak reti main.” “Tak reti main kenapa beli?”Lancang A-dye menyoal. “Minat sebenar. Nak belajar tak sempat. Habis SPM, PLKN, lepas tu ke sini pula.” “Belajar la sekarang.” D’Chantal angkat kening. “Kau orang reti main?” “Sorry girl, bass ni aku serah diri awal-awal. Tali dia besar-besar. Sakit jari aku nak main.” D’Chantal menggelengkan kepalanya. “Aku apatah lagi…” A-dye menyengih. Tiga pasang mata beralih ke D’nshy. “Aku tak pandai. Tapi aku kenal sorang yang pandai. Kalau kau nak belajar. Aku boleh introduce.Tapi fasal upah, aku tak tahu…” “Introduce to me then.” A-yen dah berkobar-berkobar.

“Nanti aku jumpa dia. Tengokla macam mana dia nak ajar ke tak. Aku tak janji.” “Siapa, D’nshy?” 3 suara keluar serentak. “Somebody someone…” Dia terus bangun. Sementara A-dye, A-yen dan D’Chantal sudah berpandangan sesama sendiri. Minah ni pelik-pelik la!

No comments:

Post a Comment