Bab 10 :
“Aku dah agak dah!” Azul masuk ke HBC Club Room dengan muka merah, mentang-mentang kulit putih. Marah sikit macam tu la jadinya. Shao angkat kening dengar pernyataan Azul. Apakah? Tiba-tiba masuk dah main agak-agak. Nak kata mengamuk fasal makwe curang… rasanya dia tak ada benda-benda ni. “Apa yang kau agak-agak ni?” Ceri yang tengah mencari piring hitam tu berhenti sekejap. Memandang dia. “ Dia bohong…” Ceri pandang Shao. Shao pandang dia balik. Masing-masing buat muka pelik, mengangkat dagu, bertanya sesama sendiri.
“Budak Suzumiya tu boleh nyanyi, suara dia tak serak pun. Sengaja tak nak nyanyi depan kita.” “Kau dengar dia nyanyi Zul? Kat mana? Lagu Let’s Shout Out ke?” Azul menggeleng. “Aku tak tahu la lagu apa… tapi ada bau-bau bacang dengan lagu tu juga. Kat URM Studio.” “La, agaknya hari tu suara dia memang serak sikit ke…” Ceri membela. “ Tak adanya. Serak sehari je? Tak pernah dibuat orang…” “Jap, yang kau emo sangat ni kenapa?”
I knew it all along
You're so predictable
I knew something would go wrong (Something's always wrong)
So you don't have to call
Or say anything at all
You're so predictable (So predictable)
Petikan gitar tu mati . “ Sebab dia tipu…” Shao angkat bahu. “Dia ada reason sendiri kot. Tak pun dia memang dah tak nak bawa lagu tu, dah tak nak ingat benda-benda tu semua.” Shao betul. Nampak sangat yang dia nak mengelak dari nyanyi lagu tu… nampak sangat.
“Sebenar-benarnya nak bawa lagu apa ni?” D’Chantal memandang. D’nshy angkat bahu. “Kau orang yang nyanyi. Aku follow je…” Mata melirik ke Qisty. “Our Song, okay tak?” D’Chantal memberi idea. Shi-Raie mengangguk. Okay la lagu tu tak kena pukul drum banyak mana pun. “Kau, Qis?” “A-yen. Kau tahu main lagu apa je?” “Tak banyak, Our Song… Private Stuff.” “Tu lagu aku ngeng… tak ada kena mengena…” D’nshy bicara. A-yen tersengih. “ Er… Waking Up In Vegas….” “Ok la tu. Ada juga aku boleh main…” Syaz bicara. “Lagu first tu dah tentu-tentu aku tak terlibat.” Dia menyambung. “Lagu second tu aku tak terlibat…” A-dye . Ketujuh-tujuh gadis tu mengangguk. “Tapi aku ada rasa macam kurang la…”A-yen bicara juga akhirnya. “Apa pasat?” Slang Cina… “ Organ tak ada…” “Organ … badan?” D’Chantal mengerutkan keningnya. “Keyboard” “Ie~” Tujuh suara bergema memerli A-yen . “Lain kali bagi nama komersial…” A-yen sekadar mencebik.
Bilik 59-2. “Betul la A-yen cakap… Tak ada organ tak best…” Shi-Raie… Qisty memandang Syaz, serentak mereka menggeleng. “Skemanya la kau minah…” “Uisyh, kau orang ni main-main la.” A-T tergelak di hujung katil. “Kenapa kau ni? Malam-malam macam ni… kau jangan…” Syaz bagi jeling sedas. “Tak ada la, aku kelakar je tengok kau orang ni.” Tiga kepala menggeleng. “Woi, A-T kau tak nak masuk ke?” “Aku mana reti main benda-benda ni. Masa kat sekolah rendah dulu decoder pun aku failed tau. Tah mana not A, B, G la apala…” “Belajar benda lain. Keyboard. Keyboard senang sikit kot…” Qisty. Yang lain mengangguk setuju. “Dah tua-tua macam ni nak belajar music tak payah la.” “Uisyh kau ni, ada peluang tu rebut la… Nanti kalau kita orang ambil orang lain…” A-T menyengih. “Kau tengok A-yen… dia pun baru belajar dengan R’yans hari tu kan?” “Betul betul betul” “Nanti la.,, kalau nak belajar pun… dengan siapa?” Qisty memandang Syaz, Syaz pandang Shi-Raie. Double-jerks… “Ijul HBC…” “Otak dikau!”
Malam tu… café lengang. Tak tahulah sebab hujan yang turun ala hidup segan mati tak mahu ni ke atau suasana yang sejuk mencengkam bone marrow. Tak tahu la… D’nshy santai di salah sebuah kerusi di situ sambil menghirup Nescafe panas. Best wo, gerimis di lautan macam ni, suasana sunyi sepi tak do orang macam ni… Aman aje…Tak ada gangguan… tak ada… PAP! Oi, terkezut mak! Sebatang tangan menghempuk meja yang didudukinya. Nasib baik Nescafe buih halus aku tak tumpah kalau tidak ei, memang halus kau aku cincang…
Azul, tak berjemput terus duduk menghadap gadis tu. “Kau memang tak nak nyanyi lagu tu lagi kan?” Apakah? “Kau memang seboleh-bolehnya nak lupakan semua tu kan?” “Apahal la lu mamat? Tak ada punca tak ada apa tiba-tiba je datang main sergah-sergah macam ni. Salam pun tak bagi. Apa la…” Ayat tu meluncur laju meniti bibir D’nshy. Okay… “Assalamualaikum…” “Wa’alaikumsalam. Ha, apa tadi?” “Let’s Shout Out. Kau memang tak nak nyanyi lagi kan?”
“Ei, suka hati la nak nyanyi ke tak nak. Apa masalah kau?Ada aku kacau hidup kau? Tak ada kan?” Tak kacau hidup aku kau kata, habis yang selama ni aku frust menonggeng, tertonggeng, bertonggeng, ditonggengkan, ketonggengan tu tak menggangu hidup aku la tu namanya? Marah la aku ni. “Apa reason kau? Kenapa kau tak protect The Suzumiya?” Soalan yang dah lama nak disoal tu keluar juga. “That’s absolutely non of your business” D’nshy bangkit. Meninggalkan lelaki tu sendiri. Maleh la nak melayan~ Penat seh nak jawab soalan macam tu. Lagi-lagi bila benda tu langsung-mangsung tak ada kaitan dengan si penyoal. Peminat fanatic ka? Ei, tak kuasa la mak!
0 comments