Razieq melangkah ke kelasnya. Gaya sempoi habis. Tiba di pintu kelas, dia terus masuk mengucap salam. 26 suara menyahut membalas.
Dia duduk di kerusinya. Beg yang tergalas di bahu dilurut perlahan, mengeluarkan segala isi buku dan bekas pensil.Disumbat masuk ke bawah meja.
‘Eh~’ Tangan menarik keluar bungkusan itu. “Dapat lagi?”Hezri menyoal tiba-tiba. Razieq mengangguk, kerjanya menyumbat buku ke bawah meja diteruskan. Hezri sibuk membelek bungkusan itu. “Bau sedap,bro…” Razieq tersenyum. Dalam diam dia mengutarakan persoalan. Siapa yang bagi? Dah dekat seminggu dia terima bungkusan macam ni. Sebelum ni tak ada pula.
Tertanya-tanya dia dibuatnya. “Buka, Zieq” “Buka a…”
Bungkusan itu dibuka oleh Hezri dengan gopoh. “Panas lagi dow…”
Penutup bekal itu dibuka. Semerbak baunya menyucuk hidung. Seafood Carbonara menjengah pandangan. “Pergh~” sepatah perkataan itu keluar dari mulut Hezri. Heari menggeleng, semalam dapat Nasi Goreng Ayam, kelmarin dapat Fettuccini Fungi, hari sebelumnya dapat Mee Goreng Mamak…memang la~ Jealousnya aku!
Razieq memandang Hezri. “Kau nak ke?” Tanpa silu Hezri mengangguk. “Sikit je tau~Tu aku punya~” Hezri mengoyak sengih. Garfu di dalam bungkusan itu ditarik keluar. Seafood Carbonara itu kini menjadi santapannya.Sedangkan Razieq masih terus tertanya-tanya siapa pemberi makanan ni. Kenapa beliau bagi? Setahu dia, dia tak pernah pula nak mengusik mana-mana anak gadis. Bercinta jauh sekali. Katanya, tak pandai la benda-benda ni semua. Tapi untuk remaja macam dia, mustahillah kalau dia tak ada perasaan terhadap mana-mana perempuan. Cuma~ dia takut aja. Perempuan yang dia minat tu jenis bolayan. Takut belum try dah masuk dalam reject list. Lagipun…
“Aku suka je kau dengan dia, buadak tu baik apa~” Hazel, si teman bicara. Amni, pengawas berbaju biru itu sekadar tersenyum. Ayu sungguh~.Razieq menunduk ke lantai. Amni~. Memang dia lah orangnya..
“Tapi aku suka SIRIM” Terus terang Amni bicara. Razieq mengangkat wajah. SIRIM? Tu bukan…
“E, tu bukan cop ke?” Itu soalan aku la Hazel. Razieq sekadar memasang telinga. “Adalah~” “Story a…” “Nanti-nantilah~”
***
“Aku tak percaya Amni suka SIRIM! Terkejut beruk aku masa dengar pengakuan berani mati dia tu” Hazel menggeleng.
“Tapi aku rasa ok apa~ SIRIM tu pun budak baik kan?” Faz menyoal. Hazel mengangguk. Dah la baik, pandai, ada rupa, ada harta, lagi apa…kira cam hampir sempurna a senang cakap” “Pandai dia pilih eh?”
Berbulu je telinga Razieq menangkap buah butir bicara teman-teman Amni. Siapa SIRIM tu? Macam bagus…
“Wei, SIRIM wei, SIRIM” Faz menyiku Hazel yang terus-terusan memuji SIRIM yang entah sape-sape tu. Hazel terus terdiam. Razieq menoleh, kelibat Muidz kelihatan Takkan dia.. ke… Iskandar pula muncul entah dari mana…Kening Razieq berkerut melihat mereka berdua.
“Kenapa kau Razieq?” Iskandar menyoal. Razieq menggeleng. Mungkin Iskandar…desis hati kecilnya. Benar, Iskandar baik, pandai, ada rupa, ada harta…boleh kira one of the HOT guy di sekolah. Muidz pun boleh tahan. Kacukan Melayu-Cina, bapanya ada syarikat perkapalan. Satu-satunya anak tunggal lelaki dalam keluarga. Kalau periksa, kedudukannya tak pernah jatuh dari senarai top 5 dalam tingkatan. Kepala digeleng. Tak larat la nak lawan macam ni~
***
Razieq melangkah malas ke kelas. Tak ada mood datang sekolah la pula hari ni. Macam biasa, barang-barang di dalam beg dikeluarkan sekali rap. Terus dimasukkan ke dalam meja. Dan~ ada lagi bungkusan tu… Dibuka perlahan.
‘U~nasi dagang…’Bibir mengukir sengih. Favourite ni~
“Oh,my~” Serentak suara itu bergema sekali dengan bunyi kerusi jatuh. Razieq menoleh. Dina berdiri sambil menekup mulutnya. Gaya terkejut benar. “Dia ke SIRIM?” Terbeliak matanya menyoal Hazel. Hazel dan Faz mengangguk. “Serius, Amni?” “Kau ingat aku main-main ke?” Amni menjawab slumber.
Cet! Aku nak tahu juga~boleh aku buat differentiation sikit. “Sumpah aku tak expect pun mamat tu, tapi.. ok la…” Dina membetulkan kerusi lantas terus duduk.
“Lama-lama pandang, berkenan juga aku.” Amni bicara.
“Tapi Kira pun suka dia juga kan?” Dina dan Hazel menyoal serentak. Kirana… tak habis-habis nak kacau line. “Tak pe…aku dah mulakan step pertama. Nanti~ aku masuk la step kedua pula.”
“Sungguh-sungguh ke kau ni?” Faz menyoal.
“Buat masa ni bersungguh la~tak tahu la kalau dia reject aku nanti.”
“Ada ke orang nak reject kau?”
“Ada je…” Amni mengangguk.
Amni, gadis berkulit cerah tu memang natural. Dserikan dengan mata bundar yang hitam pekat. Alisnya lentik, anak mata berwarna cooklat cerah. Cantik semula jadi. Bertambah lagi apabila dikurniakan lesung pipit di kiri dan kanan pipinya. Bukan spesies manja dan agak boyish. Mungkin sebab itu lelaki lebih senang menjadikannya teman sahaja.
“Eh, aku nak balik kelas la…mengamuk pula Rin nanti bila tengok aku tak ada”
Hazel,Faz dan Dina mengangguk. Tergesa-gesa Amni keluar melalui pintu belakang kelas. “Kenapa Rin nak mengamuk?”
“Amni terambil buku Math mode dia…”
“Ele… dia terambik buku Add Math Amni tak apa.”
“Kau tau la Rin tu berangin aje~”
“Tak faham la aku dengan perempuan tu~”
***
“Aku dengar kau suka Iskandar betul ke?” Sinis Rin menyoal.
“Iskandar mana pula?” “Iskandar la, boy aku!” Tak semena-mena ketawa Amni meletus. “Buat apa aku nak kat dia?” Dengan sisa tawa Amni menyoal. Serius kelakar.Tak pernah terlintas pun dan lagi. “Bila masa pula Is jadi boy kau?”
Rin terpinga. Geram jatuh dilubuk hatinya. “Kau ingat kau pengawas aku takut la?” Ketawa Amni terhenti . Tiba-tiba je jadikan isu berbangkit ni apahal?
“Aku tak ada masa nak layan kau, lagi pun aku ada orang lain. Bukan Iskandar.” Pantas Amni berlalu.
Razieq di satu sudut tersenyum senang. Bukan Is maknanya. Muidz? Senyuman mati. Cet!
Bungkusan di tangan dilihat. Mati terus seleranya nak menikmati Nasi Lemak Kepak Ayam tu. Betul la~ dia kena cari crush lain. Amni untuknya? Mustahil!
***
“Syed Izrafful Razieq Bin Syed Izrafful Manazil.” Pn. Masyitah memanggil.
Razieq berdiri mengambil laporan prestasinya. Dalam kelas : 1 dengan GPA nya 1.2. Bagus-bagus. Dalam tingakatan tempat ketiga. Jatuh di tangan Muidz dan Iskandar lagi. Ya, lagi… Cet!
Tamat sahaja kelasnya, dia memasukkan buku laporan itu ke dalam beg, sekilas dia menoleh ke belakang. Amni berbaju sukan sekolah dengan kayu hoki di tangannya.
“Bila pertandingan?” Hazel menyoal.
“Minggu depan”
“Kat mana?”
“Seksyen 17, 3 hari kot tak ada kat sekolah~”
“Dah tu aktiviti seludup kau macam mana?” Faz pula. “Tu la, terbantut la sekejap.” Faz dan Hazel tergelak kecil.
“Kau nak tahu? SIRIM kau dapat nombor satu.”
Na~Muidz la tu. Sah!
“Ye ke? Wa… bangganya~ aku no.5 je. Sedih betul.”
“Ok la…” Amni menampal senyum.
“Dekat kelas… kau nombor berapa?” Dina menyoal tiba-tiba.
“Hampeh, 3… kalah dengan Muidz dengan Is…”
“SIRIM kau tu pun kalah dengan budak berdua tu la…”
“Menyampah kot asyik dia orang je…” Faz mencelah.
“Menyampah ke jealous?”
“Lebih kurang a~.”
Ai,SIRIM kalah dengan Muidz dan Iskandar? Maknanya~
Pantas Razieq kelar dari kelas. Tujuannya satu. Kelas Amni!
“No.4 dalam tingkatan siapa?” Soalan dituju kepada Iskandar.
“Oh, Syafiq…” “Syafiq?” Tak masuk dalam senarai aku tu.
“Syafiq Izuan Rahim.” Kepala Razieq mengangguk. Sudah!
***
3 hari berturut-turut Razieq tak menerima bungkusan itu. Pelik juga dia~ Dalam hati ada juga perasan sendiri. Amni yang kasi ke? Berbunga juga hatinya waktu tu. Tapi tu tak pasti lagi. Tapi… kalau Amni~ maknanya dia akan terima bungkusan tu hari ni. Excitednya! Tapi…SIRIM tu… keluhan dilepaskan, Mimpila kau Razieq. Namun dihatinya ada secebis harapan~
Langkah diatur ke kelas. Razieq terhenti di pintu. Gadis dimejanya menoleh. Dina?! Erk?!
“Oh, my~” Dina bersuara. Bocor sudah! Dina menelan liur. Tebal mukanya menahan malu.
“Kau buat apa Dina?” Razieq menyoal soalan bodoh, padahal~
“Sorry, aku Cuma tolong orang. Amni minta tolong letak, dia tak dapat bagi hari ni. Ada perjumpaan pengawas.” Senafas Dina bicara.
“Amni?”
Cet! Aku terlepas cakap!Mati aku kena cincang 18!
“Amni kan suka SIRIM?” “Ye la~ kau la SIRIM tu…” “Huh?”
“Dina!~” Amni muncul dengan muka singa. “Alapak!” Tangan Dina menepuk dahi.
“Betul aku cincang kau 18~”
Razieq menoleh. Amni terdiam. Dia dah tahu ke?
Razieq memandang Amni atas bawah. Nak reject aku la tu. Amni bicara sendiri.
“SIRIM?” Sepatah Razieq bersuara. Cet! Saje je!
“SIRIM pun SIRIM la…” Razieq tersengih. Bahagia seh…
Epilog :
Syed Izrafful Raziq Izrafful Manazil = SIRIM
Syukran… Tamat~

ReplyDeleteceyh!!! begitu rupanya..!
“SIRIM pun SIRIM la…” =P
ahahhaha...simbolik sungguh :)
ReplyDelete