Monday, May 30, 2011

The Silent Melodies(Chap.8)

Bab 8 :

“ I really need your help.” Acap bicara, memandang gadis tu tepat. Shi-Raie terkedip-kedip kehairanan. Apakah? Tiba-tiba datang kat aku dan kata benda ni? Eh, kita ni bukan kenal sangat la! “T..tolong apa?” Suara tu keluar juga. “ Tolong la ambil bahagian untuk Trooperz Welcoming Show. Tolong la…” “Nga?!” Aku iye iye mengelak dari Syaz, kau nak suruh aku masuk pula? “Tak nak la!” “Please…preety please…Tak pun, tak pun… kau tolong cari mana-mana girls yang tahu main music yang nak ambil bahagian. Tolong la. Tolong la!” Jemari lelaki itu bersusun sepuluh. Merayu.

“ Nanti la, aku tanya member aku dia nak masuk ke tak nak.”Mengalah. Menyampah la pula tengok lelaki ni merayu berlutut la bagai macam apa. “Kalau boleh ajak Suzumiya sekali.” Banyak bunyi pula mamat ni, bagi kaki karang! “Thanks, sis. I owe you one.” Blah. Macam tu je. Kalau la kau ni bukan senior aku…

Bilik 59-2.Buku Basic In Architechture tu dicampak atas katil. Pening, pening! “Kau kenapa Shi-Raie?” Syaz menegur tak memandang dia. Sibuk dengan menaip apa entah kat lap top Acer dia tu. “Acap…” “Acap mana pula ni? Kau ni sekejap Amie, sekejap Saufi, sekejap Haikal. Ni Acap pula? Ei, pening la aku…” “Aku ni lagi pening tau tak?” “Kenapa, Acap mana? Aku kenal ke?” “Acap HBC.” “Apa itu?” “Head Banging Machines Club. Si Bassist Yamashita Tomohisa tu.” Pandangan Syaz mati pada matanya. Terkejut mak! “DJ Ceri?” “Bukan DJ Ceri… Acap.” Eh, minah ni pekak apa? Aku cakap Acap, Ceri pula. “Tak yang satu group dengan Ceri?” Shi-Raie mengangguk. “Kau ni, dah la dapat satu studio dengan dia orang hari tu. Ni Acap pula cari kau. Cemburunya!” Shi-Raie buat muka. “Dia cari aku nak minta tolong je la. Tau tak?” Ada nada geram pada pertuturannya. “Nice starter apa.” “Banyak la kau. Dia minta tolong aku masuk Trooperz Welcoming Show tau tak?” “Na!~” Syaz mengutuk meja, langsung berkalih ke sebelah Shi-Raie. “ Itu la aku dah kata, masuk aje. Kau tak nak tak nak, lastnya kena masuk juga kan?” Shi-Raie kasi Syaz sedas jelingan. “Eleh… cakap lawa konon. Ni kau nak tak join aku ni?” “Untuk meraih popularity? Aku tak ada masalah.Lagi, kau nak ajak siapa?” “Qisty la kot… lepas tu aku nak try tanya Suzumiya.” Syaz mengangguk.

Bilik 29-4.“ Kenapa tak nak nyanyi je hari tu?” A-yen bicara memandang D’nshy yang duduk di meja study. “La, tak habis lagi?” D’nshy dah pening kepala. Dari hari tu tanya kenapa tak nak nyanyi. Masalah betul la!Suka hati la! “Aku tak nak… suara aku dah lain la. Nanti kena gelak malu je…” “Suara kau pecah ke? Baligh?” A-dye slumber menyoal. Tak malu sungguh! “Oi! Kau ingat aku lelaki apa? Punya la aku feminine macam ni kau kata aku pecah suara?” “Feminine, ha’ah… ye la sangat.” D’Chantal…Sengaja bibirnya dimuncungkan ke arah D’nshy. D’nshy ketawa lepas. “Suara aku dah lain la. Aku takut tak sampai bawa lagu tu. Cuba dia bagi lagu lain. Grosteque’ ke, Private Stuff ke? Kill You ke. Boleh la aku berdondang sayang dengan lagu tu.” “Key nak rendah.” “Mesti…”

Pintu diketuk dari luar. 4 kepala berpusing menghadap pintu. D’Chantal bangkit. Teragak-agak juga dia nak membuka pintu tu. Misteri sungguh la rasanya malam-malam Keliwon ni…

“Hah!” Suara tu menyergah. D’Chantal kejung di muka pintu. Shi-Raie dan Syaz melangkah masuk walaupun tak berjemput, nak juga masuk! “Aku ada something nak cakap dengan kau.” Shi-Raie pandang keliling. “Oh, lawa bilik… tapi bukan itu yang aku nak cakap… aku nak kata…Whoa!” Perlahan gadis tu menapak ke katil D’Chantal. Gitar hitam berbentuk V tu ditenung penuh minat. “Cantiknya… apa ni?” “Erk?!” “Draco Bc Rich…” D’Chantal menjawab. Bc Rich V-Shape, keluarkan terbaru dari Bc Rich store. Terbaik dari ladang. Twin railed pick-up. Pick up rock santak gedabak. Bunyi dia berat dan bersih, smooth gitu. Limited Edition warna hitam, tali putih. “Aku ni la dengan benda-benda macam ni… berminat sungguh!” Suasana sunyi sekejap. “Eh, aku ke sini nak buat apa ye?” Shi-Raie pandang Syaz yang blur-blur gitu. “Trooperz Welcoming Show. By the way, nama aku Syaz. Aku roommate dia. Aku ambil Bussiness Admission. Tujuan aku datang sini… Shesh! Nak masuk Trooperz Welcoming Show tak?” “Apakah?” A-dye mengerutkan kening. Budak ni cakap bahasa pelik-pelik. “3 March nanti ada malam menyambut kita-kita ni. Malam tu nak buat show. So, ada sorang mamat ni, minta tolong Shi-Raie carikan budak-budak yang nak perform malam tu. Kita orang nak masuk tapi macam tak cukup orang la pula.” Shi-Raie terangguk-angguk disebelah. “Aku sebenar… malas benda-benda ni…” D’nshy memegang tengkuk. “Aku teringin la juga. Tapi buat masa ni, aku cuma reti main 2 3 lagu je…” A-yen. “Aku pun…” A-dye angkat kening. “Macam best…” Dia menyambung. D’Chantal memandang teman-temannya. “Aku…Jom a…” D’nshy disiku perlahan.

“Satu dua lagu ok la… tapi aku tak nak nyanyi a…” “La, apsal pula? Takkan nak suruh aku yang kat hujung pentas tu nyanyi…” Shi-Raie bicara. “Ni, minah ni ada…” D’nshy menyiku D’Chantal balik. “Tak pun, ni…” A-yen ditunjuk dengan jarinya. “Aku ni la… Aku tak boleh lagi la nak menyanyi, main bass. Satu-satu la dulu. Asyik nak menyeksa aku je.” “Sorry, Yen… jari aku memang kejam beb.” D’nshy bicara sambil meniup jari telunjuk yang menunjuk A-yen tadi. “So, deal?” Keempat-empat gadis tu menagangguk. “Cantik!” “Tahu… kita orang memang cantik. Tak payah cakap pun dah tahu.” D’Chantal. “Chait!”

No comments:

Post a Comment