The Alter-Ego :-
Tangannya pantas menjangkau deretan buku-buku di rak library tu. Sebuah buku berkulit tebal dicapai. Kagum sekejap malihat cover buku tu. Berukir dengan beberapa lambang dan tulisan yang tak difahami. Kening berkerut. Bahan prasejarah mana pula sesat dalam perpustakaan ni? Cover yang berkulit tebal tu menarik tangkai hati untuk membukanya.
Bukan buku~.Macam buku tapi bukan buku. Ditengah-tengah muka surat pertama tu ada satu lubang yang terus membelah terus ke kulit belakang.Dalam lubang tu ada satu kertas bergulung yang dah kuning warnanya. Tangan gatal mencapai watikah perutusan itu. Gulungan dibuka. Kertas yang kuning itu memang nampak lama sungguh. Ada tanda-tanda koyak sini sana. Ada kesan terbakar juga.
Baris-baris perkataan dalam surat itu diteliti. Tak faham~. Dia mengangkat muka dari dada kertas itu. Huh? Suasananya asing. Okay, ini sangat menakutkan. Keadaan persekitaran sama sahaja macam dalam library tadi Cuma hingar bisingnya tiada. Dia bangkit dari duduk, berjalan menuju ke bahagian bacaan. Meja-meja dan kerusi-kerusi kosong. Tersusun kemas tak berpenghuni.
Dia berjalan keluar dari bangunan perpustakaan. Memang semuanya sama, Cuma tak berorang. Jalan raya yang sedia maklum sibuk dari pagi sampai pagi esoknya kini lengang selengang lengangnya. Matanya meliar ketakutan. Terhenti pada banner kedai makan di hadapan perpustakaan. Terbalik? Apahal ni?
Dia melingkas di sekeliling. Semua tulisan terbalik. Tekak terasa kering benar. Air liur yang ditelan terasa berpasir. Buku ditangan direnung. Surat tu dah hilang. Oh my~. Dia berpatah balik ke arah jalann-jalan yang sudah dilaluinya tadi. Tiada! Dia berhenti di pintu kaca mengambil nafas. Refleksi dirinya dipandang. Refleksi itu tersenyum sinis. Dia terkaku terkejut. Refleksi itu mula meninggalkan dia di balik cermin. Dunia di sebalik cermin? Dan aku dalam dunia itukah?
Apakah kemungkinan yang diri kita sebenarnya adalah yang sebenar-benarnya dan refleksi diri kita pada cermin itu hanyalah biasan semata-mata? Siapa tahu refleksi itu adalah yang sebenar-benarnya kita dan kita hanyalah refleksi?
Perkataan yang berbaris-baris itu meniti di kotak fikiran. Yes, dia pernah terbaca benda ni. Tapi~ ketakutan mula menyelubungi diri. Dia bangkit keluar dari perpustakaan semula. Berlari ke arah jalan. Semuanya terbalik belaka. Pintu-pintu cermin di deretan-deretan kedai itu ditenung. Ada pergelutan. Itu dunia sebelah sana. Dunia di balik cermin tu... dan itu dia.
Dia nampak diri dia membuat kecoh di sebuah bank. Kepala menoleh ke belakang. Bank! Dipandang semula cermin itu. Ramai yang dah terbunuh.Kesan peluru yang dilepaskan dari pistol di tangan’nya’. Wang dibank disumbat terus semuanya ke dalam sebuah beg guni.
Sempat refleksi itu tersengih memandangnya. Dari sebelah sana. The alter ego. Sisi gelap. Itu sahaja yang dapat dia proses sekarang. Kaki melangkah mengikut arah perjalanan refleksi dalam cermin.
Sha. Dia nampak gadis itu di dalam sana. Di taman, tempat biasa mereka berdua melepak. Ya, belakangnya kini adalah taman. Refleksi itu merapati Sha. Pistol diacu tepat ke kepala gadis itu. Dia terkejut. Gadis itu nampak ketakutan. Tak berbelas kasihan, peluru dilepaskan. Ngeri~
Dan kini. Pistol diacu padanya. Lagi terkejut. Senyum tersungging di bibir biasan dirinya tu. Peluru dilepaskan. Dia rebah~.
Mata terbuka luas. Seluas-luasnya.Ngeri. Itu sahaja yang dapat dia fikir sekarang. Buku entah apa-apa entah tu dicampak tepi. Dia bangkit meniti ke arah bahagian bacaan. Lega. Ramai orang. Dia keluar, mengambil buku-buku rujukan yang mahu dipinjam. Pen di kaunter pinjaman diambil. Nama dan tajuk buku ditulis. Terus dia keluar.
Gadis di kaunter itu memandang dia. Kenapa.... tulisan...Pelik.
Dia terus berjalan tak peduli keliling. Kedai kek di hadapan taman itu menarik perhatiannya. Tempat dia kena tembak dalam mimpi tadi. Tapi... direnung tepat, dalam cermin itu. Bagai mahu tembus dibuatnya. Tak ada? Tak ada~.
Refleksi dirinya tiada. Banner di atas kepala direnung. Terbalik. Dia faham mengapa gadis di kaunter itu memandangnya. Tulisannya tadi terbalik. Dia menoleh. Seorang budak lelaki memandangnya ketakutan. Ibu budak itu menariknya pergi. Dan dia disitu sendiran.
Jadi, apakah kemungkinan yang diri kita sebenarnya adalah yang sebenar-benarnya dan refleksi diri kita pada cermin itu hanyalah biasan semata-mata? Siapa tahu refleksi itu adalah yang sebenar-benarnya kita dan kita hanyalah refleksi?
Imaginasi tidak terhalang.
Ikhlas.Juann Fitri.
0 comments