Salam to the readers.
Reminder : This ain’t a cool story yang anda cari. Jujur!
Perutusan Ranting Kering :
Bismillah~. Saat pena bertinta di atas kertas, saat Allah menurunkan skrip, saat otak mula mencerna, aku menggondam sebuah rahsia kenangan. Bukan hikayat agung yang telah berulang kali dicetak. Bukan riwayat yang perlu dibanggakan, sekadar penceritaan penghayatan. Tanda aku pernah mengenal mereka-mereka itu.
Babak Pertama.
Edmund.
Paper plan yang berterabur di atas meja diangkat berulang kali. Kening tebal yang menghiasi wajah kacak lelaki itu tampak berkerut hampir bercantum. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Pandangan menala ke kiri kanan. Mananya? Tubuhnya yang berblazer lengkap itu disentuh, rimas mencari fail yang masih belum dijumpai.
Tengkuk dipegang , masih dalam mode mencari. Mata masih melilau seperti tadi. Kepala menggeleng perlahan akhirnya. Dia menarik nafas panjang. Paper plan yang bertindih-tindih di atas meja dicapai satu-satu lalu digulung kemas. Siapa tahu fail proposal yang dicari ada tersembunyi di celah-celah tindihan kertas itu.
Usai mengemas, dia duduk semula di kerusinya. Masih belum berjumpa. Otak mula berputar mengingat tempat-tempat yang dia pergi tadi. Rasanya memang tidak tertinggal di mana-mana. Jemari mengetuk meja, membentuk satu alunan yang merdu juga. Butang interkom di telefonnya ditekan.
“Lisa, cuba try tengok kat atas meja reception tu, ada tak folder warna merah?” Dia perlahan meminta. “okay,bos...”. Risaunya makin menggunung. Macam mana kalau tak ada? Pintu terkuak, Lisa tersenyum di balik pintu kayu itu, menjengah ke bilik lelaki itu yang sentiasa kemas seperti selalunya. Ah, lelaki ini memang hampir sempurna!
“Ada?” Menggelabah dia menyoal. Lisa menayangkan fail A4 berwarna merah yang berada di tangannya. Nampak dia lega benar. Air muka yang tegang tadi berubah perlahan-lahan. “Thanks.” Dia bangkit mengambil fail itu. “Bos tak nak balik ke?” Lisa bersuara menyoal.
Jam di tangan kiri dipandang. 5.15. Ah, solat belum lagi. “Tak apa, awak balik dulu.” Lisa mengangguk cuma. Pantas dia berlalu, tidak sanggup membiarkan tunangnya menunggu begitu lama di lobi. Edmund, lelaki berkening tebal itu mengemas mana yang patut. Komputer riba Acer yang sejak tadi terpasang ditutup. Fail berwarna merah itu dimasukkan ke dalam briefcase. Seperti selalunya, segala proposal akan dibawa pulang ke rumah untuk dibaca. Lebih senang begitu.
Dan kini, Mercedes Benz F400 itu mengaum membelah lebuh raya. Menjengah ke kota Cyberjaya yang semakin sibuk dengan kenderaan.
Beryll.
Dia menapak turun dari kapal terbang Boeing 770 itu. Melangkah ke balai kepulangan dengan beg roda besar dan beberapa beg sampingan. Lama sudah dia tidak menjejak tanah air. Dekat lima tahun juga ni. Perasaan terharu menyelinap kotak hati. Betul rindu!
Jam di tangan kanan dilirik dengan ekor mata. 7.15 petang. Sekejap lagi azan, jadi dia berkira-kira untuk duduk di situ dahulu sebelum pulang ke rumah. Pulang dengan sebuah kejutan pastinya. Kaki mengatur langkah ke surau.
Dia berehat-rehat sebentar di dalam surau sebelum azan. Saat inilah memori kembali ke Jepun. Tanah tumpah ilmunya. Teringat masa-masa pertama kali dia tiba di negara itu. Heh, ekuinoks musim bunga. Betapa cantiknya sakura yang merimbun di dahan pokok. Dia masih ingat tu. Betapa indahnya saat bunga itu jatuh ke bumi. Dia masih ingat tu. Salah satu perkara yang tidak terdapat di negara lain pastinya.
Dan kini, macam tak percaya yang dia sudah tiba di Tanah Melayu. Dan tidak sangka sudah lima tahun berlalu. Memang , memang rindunya pada ahli keluarga membuak-buak. Tak dapat dinafikan tentang itu, tetapi untuk meninggalkan negara yang seolah menjadi rumah keduanya, pasti menimbulkan perasaan sayang juga. Namun, dia sedar. Baktinya kini amat diperlukan disini. Ya, dia sedar.
Azan isyak sudah 45 minit berlalu, dan dia juga telah usai bersolat jema’ah bersama para musafir. Saat ini rindunya pada tanah Jepun itu meruntun. Suasananya berbeza sungguh. Dia lebih gembira menunaikan solat di sana. Rasa lebih tenang. Dan di sini, suasanya lain habis. Orang sibuk berkejar mencari harta, dan apa yang lebih menyedihkan. Tempat solat ini tidak penuh pun. Sayang.
Teksi ditahan, Cyberjaya hala tujunya kini. Bibir mengukir sengih nakal. Pasti ahli keluarganya terkejut dengan kepulangannya. Kepulangan yang bukan sementara seperti selalunya. Ini kekal.
Juann.
Bibir mengukir senyuman kelegaan. Tamat sudah SPM dia. Dan kertas terakhir tadi betul-betul bagi satu kelegaan yang teramat sangat. Kaki melangkah pulang ke rumah. Seperti selalunya. Heh, SMK Cyberjaya dengan rumah dia, bukan jauh sangat. Dan dia lebih seronok begini. Berjalan pulang ke rumah.
Tatkala pagar tinggi itu muncul menjengah pandangan mata, dia terlihat kelibat uncle post man. Dia tersenyum membalas. Peti surat yang terletak di dalam tembok rumahnya dilihat sebaik sahaja pagar tinggi itu terbuka automatik. Surat yang berpucuk-pucuk itu dilihat satu persatu. “Papa, papa, papa, Edmund, papa, mama, papa, papa, Edmund, Juann. Juann...” Bibir mengukir sengih refleks. Surat tawaran daripada Berlin Institute Of Technology dan University Of Stuttgart. Dua-dua degree. Dua-dua coarse Bachelor Of Aircraft Maintenance Technology. Macam yang dia minta dulu.
Dan berbahagialah kamu Juann Fitri Bt Mohd Hisyam, dua tawaran terhidang di hadapan mata. Guna keputusan percubaan SPM dia je. Alhamdulillah, usaha dan keringat dia tidak sia-sia. Berbahagialah kamu.
Pintu utama yang diperbuat daripada kayu jati itu dibuka. Jenn, si adik sedang duduk bersila di atas permaidani, leka menghadap komputer ribanya. “Pa’ie...” Sengihnya tidak lekang dari tadi.
“Qwen...”Jenn yang dipanggil Pa’ie oleh ahli keluarganya menunjuk muka.
“Okay tak?” Jenn menyoal. Untuk Juann, dia tiada kerisauan. Masing-masing sedia maklum, anak perempuan sulung ni berotak cair.
“Biasa~. Teka aku dapat apa...” Juann angkat kening.
“Apa? Main-main la kau...”
“ Mama mana?”
“Bilik kot, baru lepas masak. Ah, jangan tukar topik. Cepat la Qwen...” Jenn separa merayu.
Surat tawaran dihulur. Jenn mengambil kemas lantas membacanya. Dia terjerit sendiri.
“Argh!! Tahniah... tahniah... kau nak pilih mana Qwen? Kau nak pilih mana?” Teruja dia menyoal kakaknya yang satu itu.
“Tak tahu lagi. Tengok la, tapi rasanya aku pergi Berlin. Rasanya la...” Pantas dia bangkit menuju ke biliknya di tingkat atas. “Qwen,” Jenn memanggil. Dia menoleh dari tangga. “Aku jealous...” . “Study hard la baby... Duduk dengan aku kat sana nanti.”
“Aku nak pergi Ireland.”
“Blah~” Tergelak Jenn di bawah. Suaranya dengar sampai atas. Juann sekadar menggeleng kepala. Adik dia tu... kelakar!
Jenn.
Selesai sudah PMR dia beberapa bulan yang lalu. Dan rutin harian sekarang hanya duduk di rumah, online, makan, tidur, study untuk form 4, hang out dengan kawan dan menonton movie marathon. Itu sahajalah kerjanya.
Kaki menjengah ke Big Apple, mencari kelibat teman-temannya. Ash, Boboy, AV, Farace , Hisyam, Adye, Hazel, DJ Fuzz, DJ Uno, DJ Zio dan Aisy sudah sedia melepak di situ. Langkah diatur kemas.
“Oi,lambat la kau~” Ash bicara. Dia tersengih cuma. Doughnuts dan Iced Lemon Tea yang terletak elok di atas tray dipindah ke atas meja. Doughnuts dimakan penuh nikmat.
“Kau mohon mana, Jenn?”
“MRSM, SBP...”
“MRSM mana?”
“Kuala Kubu.”
“Qwen SPM okay?” AV menyoal. Juann dengan mereka tiada apa nak rahsia. Tiada apa nak rasa kekok. Biasa je lepak sama-sama. Juann bagi mereka senior terbaik.
“Kau tanya Qwen ke? Otak dia macam apa, kau nak tanya pula.” Jenn tersengih. Yang lain juga begitu. “Dia ambil 11 kan?” Angguk. “Dia dapat tawaran pergi German kot...” Perlahan Jenn bersuara. 11 orang tersentak. AV,Ash dan Boboy tersembur. Farace tersedak. Mantap si~. “Coarse apa? U mana?”
“Aircraft. Dia memang minat benda tu, padahal Medic punya tawaran bertingkat-tingkat kat rumah. Aku memang tabik gila dengan dia. Beryll dulu pun tak macam tu.” Bersungguh-sungguh Jenn bercerita. “U mana?” Hazel mengulangi soalannya.
“Berlin, Stuttgart, something... entah aku tak ingat sangat la nama dia. Pelik-pelik kot...”
“Dia tu... mantap si~” 3 suara berpadu serentak.
“Aku jealous gila dengan dia, dah la koko semua dia sapu, akademik pun masyuk. Tak boleh blah~” DJ Fuzz meluah rasa. Jenn tersengih cuma.
Usai hari itu, dia menunggu dihadapan shopping complex. Menunggu bas. Rutin normal anak-anak Encik Mohd Hisyam dan Puan Sarah. Ibu bapa terbaik yang tidak pernah terlalu memanjakan anak-anak mereka. Nak keluar, tiada masalah. Tapi kena indipendent. Pandai jaga diri, jangan conteng arang di muka ibu bapa. Maruah perlu dijaga dan konsep itu dipegang sehingga anak yang bongsu ni juga. Kasih sayang sama rata. Tiada beza antara satu sama lain. Baik Edmund, Beryll, Juann mahupun Jenn.
Bas berhenti di bus stand yang terletak 300 m daripada rumahnya. Rumah yang terletak di atas bukit landai itu. Dia pantas menapak ke sana. Tidak mahu lewat, nanti mama akan membebel. Mama memang begitu, dia memang tidak suka anak-anaknya pulang lewat ke rumah. Kalau boleh sebelum zohor mesti ada di rumah. Lepas solat, nak keluar, keluarlah. Tapi mesti balik sebelum maghrib. Itu mama.
ini p0wer namanya.. *d0uble jerk*
ReplyDeletekeep it up... F0ll0w3