Tuesday, June 21, 2011

Edmund Haziq

Tinted : New Version Of Life.

Bismillah~.

Salam to the readers.

Reminder : This ain’t a cool story yang anda cari. Jujur!

Perutusan Ranting Kering :

Bismillah~. Saat pena bertinta di atas kertas, saat Allah menurunkan skrip, saat otak mula mencerna, aku menggondam sebuah rahsia kenangan. Bukan hikayat agung yang telah berulang kali dicetak. Bukan riwayat yang perlu dibanggakan, sekadar penceritaan penghayatan. Tanda aku pernah mengenal mereka-mereka itu.

Babak Pertama.

Edmund.

Paper plan yang berterabur di atas meja diangkat berulang kali. Kening tebal yang menghiasi wajah kacak lelaki itu tampak berkerut hampir bercantum. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Pandangan menala ke kiri kanan. Mananya? Tubuhnya yang berblazer lengkap itu disentuh, rimas mencari fail yang masih belum dijumpai.

Tengkuk dipegang , masih dalam mode mencari. Mata masih melilau seperti tadi. Kepala menggeleng perlahan akhirnya. Dia menarik nafas panjang. Paper plan yang bertindih-tindih di atas meja dicapai satu-satu lalu digulung kemas. Siapa tahu fail proposal yang dicari ada tersembunyi di celah-celah tindihan kertas itu.

Usai mengemas, dia duduk semula di kerusinya. Masih belum berjumpa. Otak mula berputar mengingat tempat-tempat yang dia pergi tadi. Rasanya memang tidak tertinggal di mana-mana. Jemari mengetuk meja, membentuk satu alunan yang merdu juga. Butang interkom di telefonnya ditekan.

“Lisa, cuba try tengok kat atas meja reception tu, ada tak folder warna merah?” Dia perlahan meminta. “okay,bos...”. Risaunya makin menggunung. Macam mana kalau tak ada? Pintu terkuak, Lisa tersenyum di balik pintu kayu itu, menjengah ke bilik lelaki itu yang sentiasa kemas seperti selalunya. Ah, lelaki ini memang hampir sempurna!

“Ada?” Menggelabah dia menyoal. Lisa menayangkan fail A4 berwarna merah yang berada di tangannya. Nampak dia lega benar. Air muka yang tegang tadi berubah perlahan-lahan. “Thanks.” Dia bangkit mengambil fail itu. “Bos tak nak balik ke?” Lisa bersuara menyoal.

Jam di tangan kiri dipandang. 5.15. Ah, solat belum lagi. “Tak apa, awak balik dulu.” Lisa mengangguk cuma. Pantas dia berlalu, tidak sanggup membiarkan tunangnya menunggu begitu lama di lobi. Edmund, lelaki berkening tebal itu mengemas mana yang patut. Komputer riba Acer yang sejak tadi terpasang ditutup. Fail berwarna merah itu dimasukkan ke dalam briefcase. Seperti selalunya, segala proposal akan dibawa pulang ke rumah untuk dibaca. Lebih senang begitu.

Dan kini, Mercedes Benz F400 itu mengaum membelah lebuh raya. Menjengah ke kota Cyberjaya yang semakin sibuk dengan kenderaan.

No comments:

Post a Comment