Tuesday, June 21, 2011

Beryll Rizqi

Beryll.

Dia menapak turun dari kapal terbang Boeing 770 itu. Melangkah ke balai kepulangan dengan beg roda besar dan beberapa beg sampingan. Lama sudah dia tidak menjejak tanah air. Dekat lima tahun juga ni. Perasaan terharu menyelinap kotak hati. Betul rindu!

Jam di tangan kanan dilirik dengan ekor mata. 7.15 petang. Sekejap lagi azan, jadi dia berkira-kira untuk duduk di situ dahulu sebelum pulang ke rumah. Pulang dengan sebuah kejutan pastinya. Kaki mengatur langkah ke surau.

Dia berehat-rehat sebentar di dalam surau sebelum azan. Saat inilah memori kembali ke Jepun. Tanah tumpah ilmunya. Teringat masa-masa pertama kali dia tiba di negara itu. Heh, ekuinoks musim bunga. Betapa cantiknya sakura yang merimbun di dahan pokok. Dia masih ingat tu. Betapa indahnya saat bunga itu jatuh ke bumi. Dia masih ingat tu. Salah satu perkara yang tidak terdapat di negara lain pastinya.

Dan kini, macam tak percaya yang dia sudah tiba di Tanah Melayu. Dan tidak sangka sudah lima tahun berlalu. Memang , memang rindunya pada ahli keluarga membuak-buak. Tak dapat dinafikan tentang itu, tetapi untuk meninggalkan negara yang seolah menjadi rumah keduanya, pasti menimbulkan perasaan sayang juga. Namun, dia sedar. Baktinya kini amat diperlukan disini. Ya, dia sedar.

Azan isyak sudah 45 minit berlalu, dan dia juga telah usai bersolat jema’ah bersama para musafir. Saat ini rindunya pada tanah Jepun itu meruntun. Suasananya berbeza sungguh. Dia lebih gembira menunaikan solat di sana. Rasa lebih tenang. Dan di sini, suasanya lain habis. Orang sibuk berkejar mencari harta, dan apa yang lebih menyedihkan. Tempat solat ini tidak penuh pun. Sayang.

Teksi ditahan, Cyberjaya hala tujunya kini. Bibir mengukir sengih nakal. Pasti ahli keluarganya terkejut dengan kepulangannya. Kepulangan yang bukan sementara seperti selalunya. Ini kekal.

No comments:

Post a Comment