Juann.
Bibir mengukir senyuman kelegaan. Tamat sudah SPM dia. Dan kertas terakhir tadi betul-betul bagi satu kelegaan yang teramat sangat. Kaki melangkah pulang ke rumah. Seperti selalunya. Heh, SMK Cyberjaya dengan rumah dia, bukan jauh sangat. Dan dia lebih seronok begini. Berjalan pulang ke rumah.
Tatkala pagar tinggi itu muncul menjengah pandangan mata, dia terlihat kelibat uncle post man. Dia tersenyum membalas. Peti surat yang terletak di dalam tembok rumahnya dilihat sebaik sahaja pagar tinggi itu terbuka automatik. Surat yang berpucuk-pucuk itu dilihat satu persatu. “Papa, papa, papa, Edmund, papa, mama, papa, papa, Edmund, Juann. Juann...” Bibir mengukir sengih refleks. Surat tawaran daripada Berlin Institute Of Technology dan University Of Stuttgart. Dua-dua degree. Dua-dua coarse Bachelor Of Aircraft Maintenance Technology. Macam yang dia minta dulu.
Dan berbahagialah kamu Juann Fitri Bt Mohd Hisyam, dua tawaran terhidang di hadapan mata. Guna keputusan percubaan SPM dia je. Alhamdulillah, usaha dan keringat dia tidak sia-sia. Berbahagialah kamu.
Pintu utama yang diperbuat daripada kayu jati itu dibuka. Jenn, si adik sedang duduk bersila di atas permaidani, leka menghadap komputer ribanya. “Pa’ie...” Sengihnya tidak lekang dari tadi.
“Qwen...”Jenn yang dipanggil Pa’ie oleh ahli keluarganya menunjuk muka.
“Okay tak?” Jenn menyoal. Untuk Juann, dia tiada kerisauan. Masing-masing sedia maklum, anak perempuan sulung ni berotak cair.
“Biasa~. Teka aku dapat apa...” Juann angkat kening.
“Apa? Main-main la kau...”
“ Mama mana?”
“Bilik kot, baru lepas masak. Ah, jangan tukar topik. Cepat la Qwen...” Jenn separa merayu.
Surat tawaran dihulur. Jenn mengambil kemas lantas membacanya. Dia terjerit sendiri.
“Argh!! Tahniah... tahniah... kau nak pilih mana Qwen? Kau nak pilih mana?” Teruja dia menyoal kakaknya yang satu itu.
“Tak tahu lagi. Tengok la, tapi rasanya aku pergi Berlin. Rasanya la...” Pantas dia bangkit menuju ke biliknya di tingkat atas. “Qwen,” Jenn memanggil. Dia menoleh dari tangga. “Aku jealous...” . “Study hard la baby... Duduk dengan aku kat sana nanti.”
“Aku nak pergi Ireland.”
“Blah~” Tergelak Jenn di bawah. Suaranya dengar sampai atas. Juann sekadar menggeleng kepala. Adik dia tu... kelakar!
0 comments