Babak Kedua.
Juann yang sudah tamat peperiksaan SPM kini duduk di rumah tidak buat apa. PLKN, heh... namanya tidak tersenarai. Entah mungkin markah kokorikulumnya sudah mencukupi. Mungkin. Dan kini dia membantu mamanya menyiram bunga di halaman rumah besar itu. Jenn pula entah ke mana cuti-cuti ni, asyik keluar berlibur sahaja. Heh, lepas geram habis periksa. Norm.
“Oi...” Beryll, si abang memanggil dari belakang, dia menoleh. Dengan rupa bangun tidurnya. Mungkin dia mengantuk sangat. Semalam selepas sahaja dia buat kejutan dengan kepulangannya yang tidak di duga itu mulalah mereka berborak sampai pukul 2,3 pagi.
“Nak keluar tak?” Beryll menyoal. Dia memang begitu, memang suka berjalan-jalan kalau balik Malaysia. Heh, dan misinya nak meronggeng satu KL sebelum masuk kerja dua minggu lagi. “Mana?” Juann menyoal. Selalunya memang begitu. Beryll memang akan mengajak dia dahulu kalau mahu pergi ke mana-mana. Memang dia dan Beryll kamceng benar. Tetapi dengan Jenn pun tidak ada bezanya. Cuma dengan Jenn, dia kurang sedikit. Mungkin sebab jarak Jenn dengan dia yang agak jauh. Mungkin.
“Ronggeng.” Beryll menjawab sepatah. Juann tergelak. Comel benar perilakunya. “Kau ni balik je mesti cakap perkataan tu. Kelakar la.” Beryll angkat bahu. “Nak tak?”
“Duit kau?”
“No problem~.”
“Kau dah mandi belum?”
“Nak pergi la ni...” Beryll sudah berpusing mahu masuk semula ke rumah.
“Beryll” Juann memanggil. Beryll menoleh. Splash!
Paip getah di tangan selamat dihalakan pada Beryll yang masih mamai.
“Qwen!!!” Pantas lelaki itu mengejar adik perempuannya yang seorang ini. Apa lagi, Juann berlari sakan la. Heh, lama tidak merasai nikmat yang begini. Itu semua sebab Beryll yang tidak menetap di Malaysia dulu. Dan sekarang memang nak kena guna masa tu betul-betul, sebab tak lama lagi giliran dia pula nak merantau. Mengikut jejak abang-abangnya yang berdua tu.
Edmund yang sudah dulu merantau ke Sydney. Beryll yang baru pulang dari Jepun. Dan dua bulan lagi, giliran dia ke Berlin. Dan dia memang sudah tak ada banyak masa lagi.
“Kita nak pergi mana ni,Beryll?” Juann menyoal apabila kereta BMW 7th series itu sudah masuk ke parking lot di dalam bangunan shopping complex. “Aku nak main bowling la...” Kereta diparkir. Lantas mereka berdua menuju ke lif untuk naik ke tingkat empat.
“Aku rasa aku baru balik 5 bulan lepas, apasal dah lain sangat?” Beryll bersuara.
“5 bulan lama do... kau ingat sekejap? Masa tu aku tengah bersuka ria lagi sebelum SPM.”
Beryll tersengih. Betul la tu.
“Lane 22, 3 games.” Beryll bicara pada Juann yang sibuk memerhati manusia-manusia yang berada di situ. Tengok gelagat mereka, rasa terhibur. Ada yang terlonjak gembira sebab strike. Ada mengeluh sendiri sebab bola masuk longkang. Ada yang garu kepala sebab satu pin tak jatuh. Memang pelbagai ragam la senang cerita.
“Dah lama aku tak main do...” Juann berkata pada si abang. “Abis kau ingat aku macam pro la?” Beryll sudah siap sedia dengan bola bernombor 13 di tangan. Mata hazelnya melirik pada si adik. Tersengih. “Baling je la~” Juann buat muka boring.
Beryll kalau dapat bola, tak strike tak sah. Paling tidak pun mesti spare. Cuma dia ni aja yang asyik-asyik masuk longkang. Tapi tu dulu la, sekarang gelaran Ratu Longkang tu memang sudah terserah pada orang lain. Ini semua hasil usaha Edmund yang banyak mengajar. Heh, Edmund. Bola dia paling cantik antara adik beradik mereka. Selamba aje dia buat bola hook. Entah dari mana dia belajar, pelik juga kadang-kadang. Si sulung tu macam terlebih advanced pula rasanya.
Bunyi bising bola bowling berlanggar dengan pin itu mematikan lamunannya. Beryll tersenyum sinis. Berbangga dengan strike nya. Dan kini seolah mencabar si adik. “Setakat strike sekali dah bangga apahal? Ni Qwen la~” Riaknya dia berkata.
“Riak, riak...” Beryll menggeleng.
“Bukan riak, sedapkan hati...” Bola nombor 10 dicari. Bola merah itu dicapai dengan tangan kiri. Juann bukan kidal tapi entah kenapa kalau bermain bowling, bola itu mesti berada di tangan kiri. Lainlah Beryll, yang sememangnya kidal. Entah~.
“Alamak!” Tangan kanan mengetuk dahi. Kena 9 pin je. Lagi satu pin tak mahu jatuh. “Ha tu la riak lagi...” Beryll sudah tersengih-sengih di belakang. “Chait! Diamlah...” Balingan kedua. Mata memfokus pada pin yang satu tu. “Yes.” Bidikannya tepat. Dia menoleh lalu mengenyit pada si abang. Beryll buat muka. Dia bangkit bertukar tempat dengan Juann. “Tengok aku strike lagi.”
“Riak, riak ...”
“Bukan riak, sedapkan hati...”
“Pentiru!! Pentiru!!”
“Apa kau pentiru? Peniru la...” Beryll sudah tergelak-gelak.
“Ni perkataan zaman moden, kau apa tahu?”
“Ye la ye la aku je la yang tak tahu...”
“Respect to senior la brother~”
“Respect the retro...” Beryll bicara sebelum memfokus pada pin-pin dihadapan sana.
“Mama, Pai’e dah balik... mama, mana BMW Beryll?” Jenn bersuara apabila kakinya menapak ke dapur. Air sejuk dicapai dari dalam peti ais. Penat berjalan dari bus stop tadi. “Dia orang keluar...”
Mama yang sedang mengacau sup di dalam periuk menjawab. “Nga? Keluar tak ajak Pai’e...” Jenn sedikit merajuk. “Dah awak tu keluar dengan kawan, macam mana nak ajak?”
“Ee... Beryll tu saje tau, suka tinggal Pai’e...” Dia menapak terus ke ruang tamu. Melayan mood bengkek. Mama menggeleng. Pai’e, Pai’e.
Apabila jam mencecah angka 3, barulah Beryll dan Juann sampai di rumah. Jenn masih dengan mood bengkek. “Oi, kau kenapa? Dah macam sotong kering je aku tengok...” Juann menyapa adiknya yang tersidai di atas sofa. Tangan yang menjinjit barang dihulur terus pada Jenn. Tak bersambut. ‘Heh, dia marah...’ Sengaja barang-barang itu diletak di atas badan Jenn.
“Apa ni , Qwen...” Suara Jenn lemah langsung. Barang-barang di dalam plastic itu diteliti.
“Tengok tu, pergi Subway tak ajak aku.” Jenn menyelongkar beg plastic. Sandwich mahal tu ditarik keluar. Favourite dia. Terus disua ke mulut.
“Tak cakap terima kasih pun.” Beryll, yang muncul dari dalam terus menggosok lembut kepala Jenn.
“Kau keluar tak ajak aku...”
“Kau yang keluar tak ajak aku. Pagi-pagi aku bangun kau dah tak ada, kau pergi mana ha?” Barang-barang yang dijinjit diletak sekali atas badan Jenn.
“Oi...” Beryll dan Juann tertawa melihat muka Jenn. Kelakar betul adik dia seorang ni...
0 comments