Babak Ketiga.
5.30 petang. Edmund menolak daun pintu, melihat tiga orang adik beradiknya yang lain sedang gah bersantai atas sofa. 3 pasang mata memandang dia. “Assalamualaikum...” “Wa’alaikumsalam...” Tiga suara berpadu mejawab. Briefcase dan beg komputer riba Acer itu diletak tepi, langsung dia mengambil tempat di sebelah Jenn yang sedang duduk dengan gaya bebas.
“Dah solat belum?” Edmund bicara. “Dah~” Heh, macam budak tadika jawab soalan cikgu. “Ed, kau cuti bila?” “Sabtu aku cuti, apasal?” Edmund menyoal. Beryll yang bermata hazel itu dipandang. Kening lebat lelaki itu terangkat dua kali. Double jerks. ‘Apa pula kali ni Beryll?’ Adik dia lelaki yang seorang tu memang extreme. Ada-ada sahaja perkara nak dibuat. Dan dia memang enjoy kalau ikut Beryll.
“Wall Climbing jom...” Beryll bicara. “Go kart la baby...” Juann menyampuk di tengah bicara. “Ala, kita pergi Sunway la jom...” Jenn pula.
“Wall Climbing la...”
“Go kart la....”
“Sunway la...”
“Wall Climbing...”
“Go Kart...”
“Sunway...”
“Okay , kita pergi rumah Aunty Rozie...” Tiba-tiba Edmund bicara.
“Eee... nak pergi , pergilah sorang-sorang...”Jenn.
“Tak kuasa aku...” Beryll.
“Macam tak ada tempat lain nak pergi...” Juann.
Edmund tergelak kecil. Tahu dah kelemahan dia orang. Berebut lagi nak pergi mana, padan muka. Terdiam terus. Auntie Rozie, kawan mama yang totally out of date la konon. Anak beranak sama je. Perangai hu ha hu ha je setiap masa. Naik menyampah juga kadang-kadang. Aunty Rozie kawan yang anggap mama tu macam rival. Tak tahu kenapa. Mama kahwin dengan pensyarah, dia pun nak kahwin dengan pensyarah. Mama dapat anak sulung, dia pun nak anak sulung. Mama dapat Beryll, dia pun dapat anak kedua. Mama dapat Juann, dia pun lahirkan anak ketiga. Cuma satu je la... masa Mama dapat Jenn, dia belum mengandung lagi. Bila Jenn umur 8 bulan baru dia mengandung. Memang rival betul ni.
“Kita pergi wall climbing, lepas tu kita pergi sunway. Malam kita pergi Go kart. Okay?”
“Masyuk~” Masing-masing tersengih. Edmund, dengan sikap sabarnya, dengan matang dia kalau handle occasion memang masyuk~. Keputusan yang dia buat memang boleh buat semua orang tersenyum puas hati. Memang the most eligible bachelor of the year la dia ni.
“Ha, nak berjalan tu jangan tak ingat dunia.” Papa bersuara. Entah bila papa balik. Sudah siap bertukar pakaian lagi. Edmund yang balik dulu pun masih belum bertukar pakaiannya.
“Ai? Bila papa balik?” Jenn merungkai persoalan.
“Ya Allah, punyalah papa mendayu-dayu bagi salam , tak dengar ke?”
4 kepala menggeleng. Dari yang sulung umur 24 tahun sampai si bongsu yang umur 15 tahun. Perangai sama je. Giliran papa pula menggeleng.
“Berkobar sangat bercerita , sampai papa balik pun tak perasan.” Mama muncul dengan sedulang air kopi. Coffee time!
“Qwen, pergi ambil Apple Strudel atas meja tu...”
“Aiyai, ma’am...” Pantas Juann bangkit menuju ke dapur.
“Yes, Apple Strudel. Sayang mama.” Beryll bicara.
Beryll, tak tahu dia ikut siapa, lidah mat salleh. Bukannya dia tak makan langsung masakan melayu, cuma dia lagi gemar Western. Dari dulu lagi. Dari kecil sampai besar. Apple Strudel ni kira salah satu makanan kegemaran dia la. Memang la kalau tengok sekali, Beryll ni ada rupa mat salleh juga. Dengan mata warna Hazel dan kulit putih melepak macam tu. Kena kenan kot. Dengar kata dulu, masa mama mengandungkan Beryll dia suka sangat tengok filem orang putih. Betul kot kena kenan.
Apple Strudel terhidang sudah dihadapan mata. Masing-masing tersenyum. Mama punya apple Strudel, tiada siapa boleh lawan. Masakan mama memang paling sedap.
“Ni, Qwen punya.” Juann menunjuk pada potongan filo pastri yang besar tu.
“Ish, apa pula, papa la punya.”
“Qwen nak...”
“Papa~.”
“La...” Mama tersengih. Family yang memang rapat antara satu sama lain. Memang sebuah keluarga yang bahagia.
“Kau nak pergi mana Qwen? Berlin ke Stuttgart?” Edmund memecah kesunyian.
“Aku dah hantar surat terima baru kau nak tanya?” Juann menjawab.
“Mana aku tahu kau dah hantar, kau pergi mana?”
“Berlin...”
“Bagus...” Beryll pula menyampuk.
“Kenapa?”
“Entah , aku macam tak yakin je dengan Stuttgart tu...”
“Suka hati je cakap macam tu...” Jenn pula. Terjegil matanya memandang Beryll.
“Bising la kau budak kecil...” Potongan Apple Strudel di dalam pinggan Jenn diambil.
“Oi! Mama....” Jenn merengek kecil.
“Pai’e asyik kena je hari ni... haha~.”
“Kejam!”
0 comments