Tuesday, June 21, 2011

Babak Keempat

Babak Keempat.

“Kat sana nanti baik-baik...” Papa bicara, ada sendu pada suara papa. Papa sedih. Anak-anak dia, seorang balik, seorang pergi. Macam Edmund dan Beryll dulu. Waktu Edmund pulang ke Malaysia, giliran Beryll pula keluar dari Malaysia. Tapi, papa tak pernah kesal tu. Sebagai seorang pensyarah, dia kena bersikap terbuka dalam hal-hal macam ni. Sokongan untuk anak-anak tu penting.

“Kau jagan nakal sangat do kat sana...” Edmund menggosok kepala Juann.

“Oi, rosak la tudung...” Juann memegang kepalanya.

“Study elok-elok, jangan tension-tension. Nanti summer balik.” Beryll sudah bersuara serak. Beryll memang emo. Dari dulu.

“Baru nak pergi dah cakap fasal summer...” Juann pula.

“Qwen, nanti aku tinggal sorang-sorang kat rumah.” Jenn, sayu je suara dia. MRSM dapat, dekat Penang, mama pula tak kasi pergi. SBP pula dia tak dapat. So, menetap la di SMK Cyberjaya tu.

“Tak apa, kau study je, nanti boleh fly...” Juann bicara. Memegang bahu adik yang seorang ni.

Mama sudah sedia dengan air mata. Memeluk dia kejap.

Panggilan kedua. “Dah, orang nak pergi ni. Jaga diri baik-baik tau. Nanti summer Qwen balik. Abang jaga family tau...” Edmund menayangkan ibu jari kanan. Adik perempuannya diraih dalam pelukan. Bakal rindu dengan gaya selamba budak ni.

Giliran Beryll yang sedang cuba control macho. Air mata tumpah juga dari mata lelaki ini. Juann yang paling rapat dengannya dipeluk kejap. “Contact aku selalu tau...” sempat dia berbisik pada gadis itu. Juann mengangguk. Jenn sudah menangis semahunya.

“Malu do orang tengok. Pakai lawa-lawa nangis macam ni.” Sempat dia menyakat si Jenn.

“Eleh, Beryll tu, jatuh saham.” Dalam tangisan sempat juga dia membalas.

“Kau memang saje je kan?” Beryll mencerlung memandang dia.

Usai bersalaman dengan kedua orang tuanya, dia menapak pergi dengan sebuah beg besar. Tawaran belajar 4 tahun di german tu memang akan diguna sebaiknya. Dia kena pergi awal, sebab buat prep languange. Kalau tidak, memang bertolak bulan March nanti. Tapi sekarang baru bulan January, dah kena pergi. Susah kalau dapat A-Level sekali dengan tawaran U.

“Heyo, Germany... ‘ere I come...” Sepatah perkataan itu diiringi dengan ayat kursi dan surah al fatihah. Semoga perjalanan perginya selamat. Kepala menoleh memandang ahli keluarga yang lain. Masing-masing dibalut duka. Mereka melambai perlahan. Dia melayangkan tangan kanan ala solute. ‘Adios family...’

Dia perlahan duduk di atas kerusi di dalam kapal terbang itu. Berdebar juga rasanya nak pergi sendiri ke German. Heh, memang sebelum ni bercuti tidak pernah bersendirian. Gerun juga rasanya. Kerusi kosong disebelahnya terasa diduduki. ‘Aiyaiyai... lelaki la pula. Macam mana nak tidur ni? Thee...

“Germany?” Lelaki itu menyoal pendek. Dia mengangguk.

“Berlin?”

Angguk lagi.

“A-Level?”

“Yep...”

“I’m Asyraff.”

Anak mata Hazelnya menikam teman di sebelah. “Acap!!”

“Shuut...”

“Sorry,sorry...”

“Kau dapat coarse apa baby?”

“Aircraft la...”

“Masyuk~”

Asyraff, teman sehidup semati. Memang orang tak akan sangka yang dia orang akan sentiasa ada peluang untuk bersama. Sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah enam, kelas sama. Naik sekolah menengah, sekolah yang sama. Sama-sama mohon MRSM, sama-sama dapat tempat yang sama, sama-sama tak dapat pergi sebab ibu bapa tak bagi. Jauh sangat ke Perlis tu? Sama –sama sambung study di SMK Cyberjaya. Masih dalam kelas yang sama. Dan sekarang, sama-sama pergi German. Sama-sama dapat Aircraft. Alhamdullillah~.

“Kau kena together-gether dengan aku all the time tau. Nanti mak kau bebel kat aku.”

“Mama tahu kau pergi German juga.”

“Rabu lepas, mak aku jumpa mak kau. Dia orang berborak sakan, semua cerita keluar, apa lagi, lepas dapat tahu aku terima tawaran Berlin ni, terus dia bagi amanat. Aku malas je, kau boleh jaga diri sendiri kan?” Asyraff akan kening sebelah.

“Eleh, kau tak ada, macam aku tak boleh hidup je.”

“Bukan ke?”

“Perasan.”

Asyraff tergelak. Juann, kau memang tak berubah.

No comments:

Post a Comment