Babak Kelima.
Rumah ala-ala chateu di Cyberjaya tu kini sunyi sahaja. Masing-masing masih terkesan dengan pemergian Juann. Jenn duduk di sofa, memandang televisyen yang mati tidak terbuka. Edmund di sebelahnya juga begitu. Langsung tiada mood nak menonton ke apa sekarang ni. Beryll, awal-awal sudah naik ke bilik, masih melayan perasaan. Beryll, si emo yang selalu control macho. Teringat kata-kata Juann waktu Edmund mahu bertolak ke Sydney dulu.
“Kau ni nangis-nangis, buruk a...” Edmund yang sudah sedia dengan bagasi di sisinya memandang adik lelakinya yang seorang tu. Sudah tak tahu macam mana nak pujuk.
“Biar a... aku sedih je...” Beryll masih cuba mempertahankan diri.
“Emo la kau!” Edmund.
Tiba-tiba Juann tergelak kecil. “Ni bukan emo, ni hardcore dah...”
‘Heh,Qwen...’ Foto dia bersama Juann dipandang. Dah terasa rindu padahal Juann baru pergi 3 jam lepas. Memang, memang dia hardcore, memang dia emo. Dia tak kisah pun adik-beradik dia nak label apa pada dia. Tapi, perasaan kekeluargaan dia memang kuat. Dia tak boleh nak tolak tu.
“Ed... nanti kalau aku pergi Ireland kan, Beryll macam tu tak agaknya?” Jenn, entah kenapa menyoal begitu. Edmund diam. Tidak menjawab. Jenn menala pandang pada lelaki berkening tebal itu.
“Ye la kot. Dia kan hardcore... Kau nak pergi Ireland?”
“Tengokla kalau ada rezeki.”
“Study hard la baby...” Edmund. Heh, gaya bahasa Qwen yang memang dia tak boleh lupa. Entah mana datang ‘baby’ di setiap hujung perkataannya pun dia tak tahu. Yang pasti, dia dah mula terikut-ikut dengan gaya tu.
“Kau tiru ayat Qwen...”
“Aku kan abang dia...” Edmund segera bangkit meninggalkan Jenn bersendirian di ruang tamu. Ada perkara yang dia perlu selesaikan. Ada paper plan yang nak kena siapkan sebelum deadline dia minggu depan.
Jenn bangkit menuju ke bilik Beryll. Pintu berwarna hijau itu diketuk. “Masuk...” Perlahan suara Beryll bicara. Daun pintu ditolak, kelibat Beryll bersantai di atas katil dipandang.
“Kau nangis lagi ke?” Berhati-hati Jenn menyoal. Comel betul gaya dia.
Beryll tersengih. “Tak adalah. Kenapa?”
Jenn melangkah masuk. “Tak ada, aku risau je kau nangis.”
“Tak adalah, aku okay.” Jenn ditarik naik ke atas katil. Bersantai di sebelahnya.
“Beryll...”
“Hmm...”
“Aku rindu Qwen...” Perlahan suara itu dituturkan. Merembes juga air matanya yang cuba ditahan semasa Juann melangkah ke balai pelepasan.
Beryll menarik Jenn dalam pelukan. “Aku pun rindu dia.”
Hubungan kekeluargaan yang rapat adalam keluarga Encik Hisyam, memang tiada siapa boleh sangkal benda satu tu. Bila seorang pergi, memang terasa. Lagi-lagi dengan attitude yang pelbagai dari setiap individu anak-anak Encik Hisyam ni.
Edmund, hidup gaya selamba yang memang enjoy hidup bujang dia. Yang memang enjoy hidup tiada girlfriend dia. Yang hidup dengan berlandaskan paper plan dan tools melukis dia. Yang memang enjoy aktiviti bersama adik-beradik dia. Itu Edmund.
Beryll, anak kedua yang tidak dapat dinafikan lagi mempunyai perasaan kekeluargaan yang kuat. Yang emosi bila adik-beradik dia jauh dari pandangan. Yang betul-betul enjoy bila family dia berkumpul buat aktiviti. Yang sentiasa punya idea luar kotak untuk buat aktiviti yang bagi kesan. Macam Bungee Jumping yang dia cadangkan dulu. Siapa tak takut nak buat extreme game tu? Tapi, bila ramai-ramai buat aktiviti... memang masyuk~. Itu Beryll.
Juann, anak ketiga merangkap anak perempuan sulung yang selamba sepanjang masa. Yang tak pernah kisah dengan lifestyle remaja havoc dan popular. Yang menjadi ‘hot stuff’ dengan cara dia sendiri. Yang punya otak genius dan tidak perlu dipertikaikan kepandaian dia. Yang pandai sesuaikan diri dalam setiap keadaan. Yang pantang menyerah. Ada strong willing power yang memang orang lain boleh solute pada dia. Itu Qwen.
Jenn, anak bongsu yang tak macam anak bongsu langsung. Yang indipendent walaupun kakak dan abang-abang dia ada je kat rumah. Yang matang dalam pemikiran dia. Yang mempunyai azam kuat untuk lebih berjaya daripada abang-abang dan kakak dia. Yang selalu menanam hasrat untuk ikut jejak langkah mereka untuk belajar di luar negara. Itu Pai’e.
Memang kalau buat penilaian sikap dan sahsiah, mereka semua ada graph attitude yang berbeza. Tetapi semua itu yang melengkapkan diri mereka tu sendiri. Mereka bukan sempurna, tapi hidup mesti enjoy beb. Live with you fullest. Baru hidup tu terasa hidup. Tapi enjoy jangan melampau, enjoy dalam konteks Islam tu sendiri. Itu yang papa selalu pesan. Dan itu yang dipraktis oleh anak-anak dia sampai sekarang.
“Beryll, boleh tak aku cuti bulan tiga nanti kita pergi German?”Jenn si adik tiba-tiba menyoal. Beryll yang masih hanyut dengan perasaan tersentak. “Kau nak melawat Qwen ke?”
“Aku kumpul duit sendiri. Aku support diri aku sendiri. Boleh ye Beryll...” Jenn menjawab. Memang terasa sangat kakak dia tak ada. Memang dia dan Juann rapat.
“Boleh je kalau kau nak...” Excited.
“Yes! Aku cuti seminggu, kita kat sana seminggu okay?”
“Okay~” Yakin Beryll menjawab.
0 comments