Babak Keenam.
Beryll kini mula sibuk dengan pekerjaannya sebaggai seorang jurutera. Kilang Proton yang menggajinya kini banyak pula mengeluarkan kenderaan terbaru. Thanks to Beryll yang banyak mengetengahkan idea luar kotaknya. Yang banyak mengaplikasikan kreativiti otak kanannya dalam setiap lakaran.
“Bos, meeting pulul 2.30 nanti di Tropicana Golf Club. Jangan lupa ye.” Rina, personal assistantnya mengingatkan akan jadual kerjanya hari ini.
“2.30...” Jam di tangan kanan dilirik. ‘Dah lunch hour... patutlah...’ Dia segera mengambil beberapa gulung paper plan dan fail proposal. Terus dia turun mendapatkan BMW 7th seriesnya. ‘Jenn mesti dah balik.’ Mengambil Jenn dari sekolah kini memang tugasnya. Kalau dulu Jenn dan Juann memang selalu balik jalan kaki sama-sama. Tapi, dah tak ada Juann ni... risau pula biar dia jalan seorang diri.
SMK Cyberjaya sudah mula dibanjiri manusia. Kelibat Jenn dicari di celah-celah pelajar yang mengerumuni bus stop. Tiada. Belum keluar mungkin.
“Mak oi... 7th series kot...” AV bicara. Lebih kepada kagum sebenarnya. “Siapa la tu... mantap gila!” Ash pula menyampuk. Jenn mula memotong mereka. Menonong sahaja ke hadapan tanpa melihat kiri kanan. Terus dia meloloskan diri ke dalam BMW berwarna hitam itu.
“Dia kah?” “Setahu aku dia balik jalan kaki je dengan Qwen dulu...”
“Rajin kau ambil aku hari ni?”
“Aku ada meeting kat Tropicana Golf Club nanti...”
“Oh...”
“Mama tak ada kat rumah...”
“Mana kau tahu?”
“Aku call mama tadi, mama pergi lunch dengan papa...”
“So, kau nak bawa aku pergi makan la ni?”
“Kau nak makan apa?”
“Apa-apa juga boleh... Eh,tapi kita kena cepat. Aku kena pergi sekolah balik.”
“Ada apa hal?”
“Aku latihan balapan la hari ni...”
“Kau ganti tempat Qwen pula?”
“Tu la pasal... adoi la. Cikgu ingat aku kuat lari macam Qwen kot.”
Beryll tergelak kecil. “Boleh je... kau pun kuat lari juga.”
“Aku tak kuat macam Qwen...”
“Qwen dah habis sekolah la...”
“Tahu...”
“Kau nak makan kat mana ni?”
“Pergi tempat kau selalu pergi dengan Qwen dulu...”
“Aiyai ma’am...”
Edmund mendatangi adik beradiknya yang sedang best je bersantap di Blue And Bright. Terkejut beruk dia bila melihat BMW Beryll ada di situ. Apa lagi, join sekaki la...
“Mama tak ada kat rumah?” Tempat di ambil di sebelah Beryll yang juga sedang menikmati Sizzling Mee.
“dating...” Selamba Jenn menuturkan.
Edmund tersengih. Dipandang dua orang adik-adiknya. Kurang seorang. Kalau dulu melepak biasa memang berempat. Lepas Beryll pergi, bertiga. Dan hari ni bertiga lagi. Juann tak ada.
“Bila nak summer ni?” Tiba-tiba ayat tu terpacul keluar dari bibir nipisnya.
Jenn yang tengah sedap melantak Nasi Ayam terhenti suapannya.
Beryll yang tengah minum Fresh Orange tersedak langsung.
“Sorry.” Sepatah Edmund menuturkan.
“Baru 2 minggu dia blah wey, sekarang siapa yang hardcore?” Beryll bersuara sarkastik.
“Sengal!”
Jenn tertawa melihat kerenah dua orang abangnya.
“Kau dari mana sebenarnya?” Beryll menyoal Edmund selepas makanannya dihidangkan. Mee Ladna tu nampak sedap je berasap-asap macam tu.
“Aku meeting kat Telco And Post tadi.”
“Nak buka cawangan baru la tu eh?”
“Renovate je...”
“Aster apa khabar?”
“Sihat je aku tengok.”
“Lama tak lepak dengan dia.”
“Dia tak ada Qwen mana nak lepak dengan kita.”
“gedik gila la mamat tu. Memang aku tak bagi la dia rapat dengan Qwen. Tak kuasa aku.” Beryll, memang tak suka Aster tu rapat dengan Qwen. Tak sanggup rasanya nak terima bakal adik ipar sebaya dengan Edmund.
“Dia gilakan Qwen gila-gila la. Aku jijik do dengan dia.” Jenn tergelak menyambut kata-kata Beryll.
“Kau ingat tak masa dia bagi hadiah Valentine tu? Dia ingat kita sambut macam dia la?”
“Muka Qwen la tak boleh blah.”
“Apa benda ni?” Edmund mengulang tayang reaksi Juann sewaktu menerima chocolate candy daripada Aster. Terbahak-bahak Beryll dan Jenn ketawa. Nasib sahaja mereka duduk di tempat yang agak terlindung, jadi tak ada masalah kalau nak gelak kuat mana pun.
“Totally innocent...” Beryll masih dengan sisa tawanya.
“Selamba je dia cakap, aku tak makan coklat candy la...padahal kat dalam beg plastic 7E tu stok chocolate dia.” Jenn menyambung. Makin galak mereka ketawa.
“kesian gila aku dengan Aster tu...” Beryll bicara. Jam di tangan kanan di pandang sekilas. 2.15.
“Hallamak! Aku nak kena blah ni. Adoi... weh kau hantar Pai’e balik eh... Aku blah dulu. Bai, Assalamualaikum.” Segera Beryll medapatkan BMW nya. Tujuannya kni satu, stesen Petronas, solat zohor dulu baru pergi meeting. ‘Sorry la Pai’e’
Edmund masih dengan sisa ketawanya. “Selambanya dia blah...” Jenn bicara. “Dia nak cepat tu.” Edmund menjawab masih bersantap Mee Ladnanya yang masih belum habis dari tadi. Sakan bergelak ketawa sampai lupa fasal Mee Ladna.
0 comments