Babak Ketujuh.
Salji yang masih meliputi bumi German masih galak turun. Ais-ais halus tu kelihatan seperti kapas sahaj galaknya. Juann merapatkan sweater ke tubuh. Sejuk si~. Asyraff di sebelah sudah mula menggosok tangan.
“Tempat orientasi dia jauh gila!” Asyraff bersuara dalam kesejukan.
“Aku macam nak tergolek dah jalan atas salji ni.” Juann mengadu seperti selalunya.
“Shortcut punya fasal.”
“Kau la bangun lambat. Aku pula nak kena tunggu.”
“Sorry la, malam tadi aku sibuk melayan mamat Perancis yang duduk sebelah katil aku tu. Aku tak faham do dia cakap apa. Aku nak tidur, lagi galak dia bercerita. Aku angguk-angguk je la.”
“Dia cakap English je...”
“France dia pekat la, tak faham.”
Juann tergelak kecil. Asyraff memang kalau dah malas melayan tu. Memang ada sahaja alasannya.
Suasana di dalam dewan itu agak hingar dengan pelbagai suara dan bahasa. ‘Macam tak ada Malay lain je...’ Hati kecil Juann berdetik. Mata melirik ke kiri kanan. Hampa. Tiada.
“Cap, kau rasa ada Malay lain tak?” Soalan itu terkeluar juga.
“Ada la, takkan tak ada. Banyak lagi coarse, tak kan tak ada Malay. Melampau la tu...” Asyraff mula menyedapkan hati. Sedangkan dalam hati dia juga timbul persoalan sebegitu. Semalam, sewaktu dia dapat watikah perutusan tempat yang bakal dia orang tidur untuk sementara waktu tu , memang tak nampak mana-mana Malaysians. Sama ada dewan tempat dia orang tidur tu terlalu besar atau memang tiada. Entah~. Timbul keraguan di situ.
Satu suara menjengah eardrum. Suara emcee yang bertugas itu menarik perhatian. Berbahasa Inggeris pastinya. Semua pelajar diminta duduk dan sesi orientasi pun bermula. Pembahagian kumpulan berlaku. Pembahagian kumpulan dalam ratio yang besar juga. Dan dia tersesat sendiri. 7 orang satu kumpulan dan cuma dia seorang Malaysian. Senyum dihadiahkan.
Sesi suai kenal bermula sesama ahli kumpulan.
“Hi, the name is Qwen.I’m from Malaysia.” Juann mula bicara.
“Ich bien Alonzo. Ich bien Germany” Alonzo memperkenalkan diri dengan bahasa ibundanya.
“I’m Yuki. I’m from Japan.” Fasih amoi Jepun ini berbahasa Inggeris. Langsung tiada slanganya.
“Amanda from USA” Manis Amanda bicara. Tengok sekali sahaja sudah tahu dia ini lembut orangnya.
“I’m Raaj. I’m from Bombay.” Tetapi lelaki ini langsung tiada rupa Indian. Sejujurnya. Campuran mungkin.
“Delvin ‘ere. France.” Simple.
“Armstrong. California.” Akhirnya lelaki selekeh ini bicara juga. Selamba je dia datang pakai tee dan jeans. Muka memang serabut kusut habis. Macam baru bangun tidur. Tetapi di balik rambut blonde yang menutupi sebahagian wajahnya itu dia nampak kacak juga.
Suara emcee pecah lagi. Kali ini kumpulan-kumpulan tadi disatukan dalam satu band. Bukan band muzik itu tetapi band orientasi. Satu band 5 kumpulan. Pincang! Juann dan Asyraff berbeza band. ‘Dah la tak ada kawan. Susah la baby...’
Ya, memang sangat susah. Lagi-lagi bila band-band ini bakal dipecah-pecahkan tempat. 5 band pertama di Blok Dumont. 5 band kedua di blok Wright. 5 band ketiga di blok Cayley. Dan seterusnya. Dan Juann di blok Coanda~.
Langkah di atur perlahan meniti jejak mereka yang lain. Dalam 1200 pelajar A-Level yang mengambil prep language di sini hanya 140 sahaja yang mendapat coarse Aircraft. Dan apa yang dia duga cuma dia dan Asyraff sahaja Malay di sini. Sungguh tak percaya!
Dewan besar di blok Coanda~ mula dipenuhi manusia dari pelbagai ceruk bumi. Dan kumpulan dia ditempatkan di kedudukan depan sekali. Duduk dalam kumpulan tu menyeksakan jiwa dan raga betul. Nak berbual tak tahu nak cakap apa. Dengan muka-muka asing tu. Dia juga bukanlah jenis yang senang rapat dengan orang. Makan masa juga ni.
0 comments